Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Friday, 28 May 2010

cume tanya....kamo blaja katne? thx become my follwer

salam..farah kini studi kat UiTM Jengka. ^^, thanx juga kerana sudi bertanya..

Ask me anything

Thursday, 27 May 2010

.:lihatlah kebesaran ALLAH:.





salam..

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.”
(Al Furqan 25:53)
Dalil di atas adalah mengenai air masin dan air tawar, ataupun dengan erti kata lain air sungai dan air laut.
"apa yang Farah cuba nak sampaikan ni..?"
ahah..mesti ada yang tertanya-tanya kan? tadi Farah ber-blogwalking sambil baca post-post yang menarik. then Farah terjumpe post yang berjaya menarik tangkai hati farah untuk membacanya dengan lebih lanjut. haha..apabila Farah berpuitis...post ni mula-mula Farah baca kat blog incik shaiful. then Farah jalan-jalan lagi kat rumah pakcik g0ogle, jumpe lagi post kat blog ustazah-yang-tidak-Farah-kenali-orangya, dan setelah Farah jalan-jalan lagi rupanya berita tersebut dah keluar tahun lepas di Berita Harian Online. Masya-Allah.. kan toi farah jarang baca newspaper. papepun, berdebar hati Farah bila baca kisah penemuan sungai didalam laut ni. serious!
s0, Farah pun meng-'copy & paste' post yang dah ade, supaya Farah tak sampaikan perkara yang salah. huhu.. keterangan lanjut boleh la klik kat blog dan akhbar yang disenaraikan diatas ye.. selamat membaca.. =)
**********
Jika saudara termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau. Dia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke pelbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari, ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba dia menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang segar dan sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.


Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Dia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinasi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun dia masih belum menemui jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sehingga suatu hari dia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian dia menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al-Quran tentang bertemunya dua lautan (Surah Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi,
مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ
Maksudnya: Dia biarkan dua lautan bertemu.
(Al-Rahman 55:19)

بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ
Maksudnya: Di antara keduanya ada sempadan yang tidak boleh ditembus.
(Al-Rahman 55:20)
Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tidak bercampur airnya ditafsirkan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsiran itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Al-Rahman ayat 22 yang berbunyi,

يَخْرُجُ مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ
Maksudnya: Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.
(Al-Rahman 55: 22)

Padahal tiada mutiara yang dihasilkan di muara sungai.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al-Quran itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Quran ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman yang mana belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam benar-benar suatu mukjizat. Akhirnya terbukti pada abad 20, Mr. Costeau berkata bahawa Al Quran memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya adalah benar belaka. Justeru itu, dia lalu memeluk Islam.

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

***********

note : Farah just copy dan paste apa yang Farah baca, sekadar berkongsi bahan pembacaan. segala kesalahan dan kesilapan dalan info yang Farah copy amatlah dikesali. apa yang ingin dikongsi hanyalah kebesaran Allah. harap maklum.

peng-'copy & paste'

Farah

(^o^)

Wednesday, 26 May 2010

.:I'm not ok!:.



salam..


Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W.Maksudnya: “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)




Daripada Thabit bin Dhoha R.A sabda Nabi S.A.W.:Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat.” (HR al-Bukhari dan Muslim)


huhu..sakitnya hati..hanya Allah je yang tahu. kenapa la sakit sangat? hmm... dugaan Allah Farah. Sabar je lah ok? chaiyok-chaiyok!

Dahlia, Nana, Mia, Syaz, Ani dan Solei, i'm s0o sorry coz farah tak dapat follow u all pegi mid harini. ada yang lebih memerlukan Farah disini. chewah! ayat skem. haha..satu hari nanti kalau ada jodoh kita akan ketemu jua. serious! huhu...



ok,back to hadith above. During these day, many teenagers suffered from many diseases such as tension or bahasa malayu nya...tensen? hehe..tak ingat , peer pressure.....blah blah blah.. yada yada yada.....anything. i dont care. huhu..*i'm not in a g0od m0od. sorry..*



sejujurnya, sekarang ni Farah sakit hati sangat3! serious! rasa macam nak lompat tinggi-tinggi, jerit kuat-kuat, sepahkan baju kat dalam bilik already done. ahaks! and then tak nak kemas balik. huhu..teruk kan? at least Farah tak rasa nak bunuh diri or tumbuk dinding rumah or hantuk kepala kat dinding (0uch!) sebab Farah masih waras. still ada iman. still ingat Allah.



"apa lah, baru kena duga sikit dah macam ni. pegi la mengaji ke, solat sunat ke, kan dapat pahala?"
okey..okey..got it. sepatutnya Farah wat apa yang tertulis di atas kan? tau pun. tapi kan tak tahu kenapa Farah lupe nak buat semua tu. ya Allah! teruknye!!! ini terjadi sebab syaitan dah berjaya menguasai hati kanak-kanak Farah. huhu.. *dush! dush!* amek kau.



dah la. daripada asyik berkata-kata, baik Farah laksanakan. betul tak? huhu... renung-renung kan, dan selamat beramal...~






tukang sakit hati tp dah nak pulih;
Farah
(=.=")
Tuesday, 25 May 2010

Review Filem: Shrek Forever After


Salam..
yeah! Shrek new movie.. hehe..actually i'm not a Shrek-maniac but i've already watch all Shrek series. haha.. funny isn'it? well, Farah kan pelik orangnya. whatever la Farah! Shrek Forever After ni best la juga. especially when you watch it with your bestfriend. why? coz kita boleh gelak giler-giler tanpa segan dengan orang lain *lol*. hehe... (bukan farah tau!) ok, stop it Farah! *dush* what are you talking bout?
theme of the story is appreciate what you have now or in malay, hargailah apa yang anda miliki sekarang. macam shrek, lepas dia dah hilang anak-anak dia, Fiona pun dah lupakan dia, Donkey pun bukan lagi kawan dia, baru lah dia nak hargai orang sekeliling dia. hehe..panjang lebar punya explanation. my first though when Naddy and Sarah want to watch this movie....
"no! Shrek? kiddo! ala....tamau. i'm not a kiddo anymore. mesti boring. hurm... tido la aku dalam cinema nanti. *sigh* hurm..."
but yhen, after watched the movie i realise...
"not bad. ok la. aku gelak kan td? ade la juga kot..hehe...comelnye puss in the b0ot!"
haha..see? orang yang tak minat cerita ni pun tibe-tibe TERsuke tengok cerita ni. s0, u all ape lagi..?
nak summary cite ni? sila lah melawat imbd or wiki ok? have a nice day..
Farah
(^^,)
Monday, 24 May 2010

::SYEIKH FATHI YAKAN ; siapakah beliau?::


salam..


mungkin ada yang mengenali pemilik nama di atas namun sejujurnya, Farah baru hendak mengenali beliau. teruk kan?huhu.. puas jalan-jalan kat rumah pakcik g0ogle, last-last jumpe jugak artikel yang sesuai. buat yang tidak mengenali beliau, marilah kita sama-sama mengenalinya. anyway, credit to Musammir.com. keterangan lanjut, boleh la melawat Musammir.com ea? huhu..



******************************************


Tuesday, June 16, 2009

SYEIKH FATHI YAKAN SEORANG JURUTERA YANG BERHATI WAJA

Pemergian Syeikh Fathi Yakan sememangnya meninggalkan bekas yang mendalam di hati-hati umat Islam seluruh dunia. Kehadirannya adalah sebuah kurniaan besar dari Allah, dan pemergiannya yang tidak disangka juga adalah fitrah kehidupan yang telah Allah tetapkan. Semua jiwa-jiwa yang telah dipinjamkan akan menemui Tuhannya. Tidak ada seorang pun yang akan terselamat, walaupun dibina tembok yang tinggi, mempunyai doktor yang hebat dan membina dinding kukuh berisi besi. Jika ajal telah tiba, tidak akan sesekali Allah lewatkan atau percepatkan. Firman Allah,


“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya.” (Al-A’raf:34)



Lubnan atau lebih tepat lagi Tripoli pasti menangisi pemergian tokoh ini. Di sinilah tempat beliau dilahirkan pada tanggal 9 Februari 1933. Tokoh ini tidak asing dalam dunia pergerakan islam, lebih-lebih lagi bagi Ikhwan Muslimin. Pengaruh tulisan-tulisannya telah menular dan meresap jauh ke dalam hati-hati umat Islam tentang peri-pentingnya dakwah islamiah dalam kehidupan seharian. Malahan tulisan-tulisan beliau bukan sahaja dapat di baca dalam bahasa Arab, tetapi telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa, termasuklah bahasa Malaysia. Bukunya yang mashur iaitu “maza ya'ni intimai Ila Islam” (Apakah Ertinya saya menganut agama Islam) telah dijadikan silibus Usrah oleh kebanyakkan pertubuhan-pertubuhan Islam.



Beliau dikenali sebagai insan yang bukan sekadar berteori semata, tetapi melaksanakan apa yang dikata. Kehadirannya di tengah-tengah masyarakat dalam menyampaikan risalah-risalah Islam dalam kuliah-kuliah di masjid dan pelbagai tempat, menambahkan lagi ketokohan beliau di mata masyarakat. Seperti kebanyakan tokoh-tokoh gerakan Islam yang lain, beliau juga tidak terlepas dari dipenjarakan. Tulisan dan penglibatan beliau dalam gerakan Islam dianggap mengancam kedudukan dan memerbahayakan pemerintahan. Atas alasan itu beliau telah dipenjarakan, malahan beliau turut diseksa dengan pelbagai cara.




Tetapi dugaan dan cubaan itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk menyebarkan risalah Tauhid dan mengembalikan kegemilangan Islam di seluruh dunia. Cubaan itu hanyalah secebis ujian yang Allah berikan kepada beliau. Malahan ujian itu dianggap sebagai penanda aras sejauh mana imannya kepada Allah. Selaras dengan firman Allah yang bermaksud,

“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (al-Baqarah:214)



“Apakah yang diperbuat musuh padaku!.. Aku, terpenjaraku adalah khalwat. Kematianku adalah mati syahid. Terusirku dari negeriku adalah rekreasi.”
Ucapan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah ini sesuai untuk ditujukan kepada tokoh seperti Syeikh Fathi Yakan. Kehidupannya dipenjara tidak disia-siakan begitu sahaja. Jika Syed Qutb menghasilkan Tafsir Fi Zilalil Qur’an di penjara, begitu juga dengan HAMKA dengan tafsir Al-Azhar, maka beliau juga turut menghasilkan tulisan-tulisan ketika mendekam di dalam penjara. Namun tulisan-tulisannya disasarkan khusus untuk para pemuda dan pemudi Islam. Beliau berkeyakinan bahawa para pemuda dan pemudi Islam adalah asset Islam yang harus dikejutkan dimotivasikan dengan semangat dan nilai-nilai Islam.



Kata Syeikh Fathi Yakan ketika membicarakan tentang para pemuda dan pemudi ini. Katanya, “Pemuda ialah sebuah tenga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam. Tetapi orang lain telah mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda dan pemudi tetapi mereka ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar.”



Sehingga akhir hayatnya, beliau tetap berkeyakinan bahawa para pemuda dan pemudi Islam adalah agen perubahan kepada Daulah Islamiyah. Tokoh yang mempunyai kelulusan Master dalam bidang Kejureteraan dan Dokterat dalam bidang Pengajian Islam dan bahasa Arab ini akhirnya pergi menghadap Illahi pada tanggal 13 Jun 2009. Sesungguhnya permergian beliau bagaikan kehilangan sebutir mutiara di dasar lautan. Moga Allah menempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman dan mendapat syurga Firdaus.



Benarlah apa yang disabdakan oleh Rasulullah, bahawa Allah tidak akan sesekali menghilangkan ilmu pengetahuan sekaligus dari dada-dada manusia, tetapi mematikan para alim-ulama’. Dari Abdullah bin ‘Ash r.a. berkata, “Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda ;
“Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.” (Hadis direkodkan Imam Muslim)


***********


© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

peng'copy & paste'
Farah
(^^,)

.:al-kisah di koc WANITA:.


salam..



tahukah anda yang di KTM sekarang ada KOC khas untuk WANITA? tahu kan? haa... Farah nak cerita sikit pasal KOC WANITA ni. coz Farah rasa kan, ade juga segelintir umat manusia yang tak tahu pasal koc wanita ni. wether they really don't know just pretending. wallahua'lam.



Al-kisahnya begini...Sabtu lepas, Farah pegi Mid dengan FeBiNaRah. daripada lima yang dijangka hadir, sorang je yang tak dapat datang yakni Cik Nabihah kita. huhu..sedey gak sebab dah lama tak jumpa dia. Miss u Bihah a.k.a 3B!



nak dijadikan cerita, balik dari Mid haritu, kitorang (Farah and Naddy and adek, Fatin) balik la naik KTM Mid menghala ke KTM Serdang. naik Koc WANITA tau! hehe.. nak selamat. biasa lah, kalau dari mid mesti KTM tu sesak sampai susah nak bernafas! betul ni... dalam KTM tu ade la sorg budak kicik yang chumel tengah sedap duduk kat atas kerusi. ni la budaknye..






hehe..sempat lagi snap gambar. jangan marah ye dik? dalam otak Farah time tu asyik terfikir...

"adik...tak nak bagi akak duduk ke? akak penat ni. adik tak kesian kat akak ke..?"

haha..kata-kata ni terhenti sekatak..ops! setakat di minda je la. tak mampu nak keluarkan. Naddy ngan Sarah de cakap..

SARAH - "korang sedar tak kat koc wanita tu bising sangat. biasa lah bila girls da jumpe girls."

NADDY- "a'ah..sedar sangat. sebab tadi dalam perjalanan datang sini aku ngan Fera je yang wat bising. haha.."

SARAH-"ish..korang ni memang.. penyumbang kepada ke'bising'an dalam tren je."

ahaks..! kantoi disitu. sedang mata Farah melilau-lilau melihat keindahan alam, tiba-tiba...

ada lelaki dalam koc wanita! gambar diatas merupakan pic curi-curi yang berjaya diambil sebagai bukti. huhu..sempat lagi amek pic..? actually bukan sorg je..ramai lagi kot. cuma disebabkan mangsa diatas merupakan yang terdekat, so amek pic dia je la. orang sebegini memang sengal. ada guard yang jaga koc tu dah jerit
"koc ini untuk wanita SAHAJA! yang tidak berkenaan sila keluar."
namun, si 'dia' di atas buat donno je. ape kes? ade masalah pendengaran kot.. eee...berasap sungguh! ni la dia antara orang-orang yang tak paham bahasa melayu + suke buat masalah. ape la nak jadi ngan orang-orang macam ni? entah la... geram betul!
Farah
(^^,)

.:what happen..?:.

salam...

Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Setiap orang yang puasa satu hari kerana Allah, maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh 70 000 musim.” (Hadis Riwayat Muslim)

MasyaAllah, baru puasa satu hari dah dapat ganjaran sebegini. apatah lagi kalau berhari-hari..kan? kan? kan?

hai sume.sudah dua hari Farah tak post ape-ape. mana tak nye, Sabtu penat balik dari mid. hehe.. Ahad penat balik dari shopping kain untuk baju raya. hari ni ye la yang tak berapa penat sangat...i guess? huhu..

cakap pasal puasa kan, Farah teringat pulak zaman kat TiKL dulu. student-student (termasuk la tuan yang menulis ni) ramai yang puasa sunat, buat solat sunat dhuha, solat sunat hajat dan lain-lain lagi la. Alhamdulillah..bagus kan? tapi kan, agak-agak kan mereka-mereka tersebut (err..including me) istiqamah tak dalam melakukan ibadah tersebut? huhu.. tepuk dada tanya iman.

interbiu bersama one of ex-TiKl bercerita;

"awal-awal dulu ade la juga buat amalan-amalan sunat ni. sejak masuk u, amalan tu semakin berkurang.ye la..busy maa. assignment, aktiviti kelab, hangout ngan kawan-kawan. lama-lama...err..macam da jarang-jarang wat je? hehe.."

ini lah dia realiti masyarakat sekarang..(ceewah..guna ayat skema). Farah bukan nak cakap orang lain je, sebab farah sendiri pun sama je macam yang lain. ade yang bagus, dapat istiqamah dengan amalan mereka. tapi, boleh dibilang dengan jari je la. what happen?! why??

huhu..jawapannya, ada ditangan anda semua. semua orang boleh fikir sendiri kan? huhu..Tepuk dada tanya lah iman. wallahua'lam.

Farah
(^^,)
Friday, 21 May 2010

.:Yeay!!:.


salam..

hari ni, satu je benda Farah nak cakap. thanx to buðak xnakaℓ sebab bg 1st award ni. hehe..mari la kite ramai-ramai serbu blog buðak xnakaℓ ea? hehe..

esok kn....hehe...farah nak keluar ngan geng Farah time kat TiKL dulu. FeBiNaRah! hehe.. miss them s0o...much! we're going to mid valley megamall. anyone want to join..? let's g0! haha..suka-suki je ajak orag laen. macam dorang takde keje je esok kan? hehe.. asyik nak gelak je. happy sangat.


hadis untuk harini ialah;

Sabda Rasulullah S.A.W Maksudnya; "Orang yang memulakan memberi salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takbur" ( Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib )
s0o...rajin-rajin lah bagi salam ek? tak kira la kawan kita or tidak, bagi je salam. niat nak bagi salam tu jangan la sebab nak flirting lak. aduyai..tu dah satu kes. guys, did u really thinks that girls ni suke bile kena kacau or ganggu ngan korang? daa...?! nope! absolutely NO ok?
kami ni (girl) actually anti with guys yang suka mengganggu hidup kami, contohnye, siul-siul time girls tengah jalan, main kenyit-kenyit mata (sakit mata ke?) dan sebagainya.
dah la. banyak lagi farah nak bebel tapi Akim da bangun pulak. nanti Farah sambung lagi.... daa~..
Farah
(^^,)
Thursday, 20 May 2010

.:spek mata vs contact lens:.

versus

salam..


hari ni Farah nak bercerita sikit. pasal Farah, specs dan lens. haha.. macam tajuk lagu je. untuk pengetahuan semua, Farah dah start pakai specs sejak er...form 1 kot? hehe..agak lama la kan? starting this year, i'm trying to wear lens. reasons dia..err..entah la. Farah tak selesa pakai specs sebenarnya. berat. lepas tu mesti timbul lebam kat atas hidung tu. huhu.. (banyak nye alasan)

okey..okey... salah satu sebab utama Farah pakai lens adalah keyakinan. nak tau tak, sebenarnya sesetengah orang yang pakai specs ni rasa macam tak yakin dengan diri sendiri. betul ni! huhu... kalau orang lain tak rasa, Farah rasa. (huhu..nak gak menang!) selain tu, rasa macam 'saya-budak-nerd' pun ada. ialah, pakai spek mata berbingkai (sebab Farah tak reti jaga kalau takde bingkai) then tengok girls lain yang tak pakai specs tu cantik je, timbul la rase jeleous. huhu... sebab tu nak gak pakai lens. da nekad dah.

ada juga keadaannya bila Farah malas nak pakai lens sebab bangun lambat nak ke kelas or kelam-kabut nak bersiap Farah pakai spek je. huhu..dulu boleh la. sekarang dah tak boleh. sebab spek Farah dah hilang! cedey tau...

berbalik kepada Specs vs Lens, ni ada sedikit info yang Farah dapat selepas jalan-jalan kat umah pak cik g0ogle mengenai hukum memakai lens..
check it out!


  • Apakah hukum menggunakan kanta sentuh berwarna untuk tujuan perubatan?

Tidak mengapa menggunakan kanta sentuh berwarna untuk tujuan perubatan jika tiadanya sebarang mudarat terhadap mata dan tidak termasuk dalam pembaziran, kerana kadangkala harga sesetengah kanta sentuh agak membebankan (mahal) sedangkan seseorang tidak memerlukannya. Adapun jika ia membawa unsur penipuan, iaitu samada ia seolah-olah mempunyai penglihatan yang baik atau warna matanya cantik maka tidak dibenarkan penggunaan kanta sentuh berwarna ini. Adapun jika dipakai untuk suaminya atau ahli keluarga di rumahnya dan tidak memudaratkan serta tidak berlaku pembaziran maka tidaklah mengapa.

  • Apakah hukum memakai kanta sentuh untuk tujuan berhias?

Memakai kanta sentuh untuk tujuan berhias adalah dibolehkan, jika tidak terdapat unsur penipuan dan tidak berhias di hadapan lelaki ajnabi, serta tidak mendatangkan mudarat, kerana kaca mata yang dipakai oleh seseorang yang tidak perlu memakai kaca mata boleh memudaratkan mata seseorang. Oleh itu kami menasihatkan agar menjauhinya sekiranya ia boleh memudaratkan. Menolak fasad itu didahulukan daripada mendatangkan maslahah.

means boleh la Farah pakai yang ada colour punye. hehe..takpe la. tak berminat.

  • Adakah terbatal puasa dengan memakai kanta sentuh?

Kanta sentuh tidak membatalkan puasa kerana tiadanya kaitan di antara keduanya, puasa ialah menahan perut (lapar) dan kemaluan (jima'), dan kanta sentuh tidak berkaitan dgnnya.

s0, jawapannya tak batal..

  • Adakah memakai kanta sentuh itu haram kerana sesetengah ulama' telah berfatwa ianya mengubah ciptaan Allah?

Tidak mengapa memakai kanta sentuh berwarna dan syara' juga membenarkan warna rambut diubah selain hitam dan tidaklah itu mengubah ciptaan Allah. Begitu juga dengan perihal 'menyaluti' mata denga kanta tersebut adalah untuk mengekalkan ciptaan Allah yang asalnya.

thank god! Alhamdulillah... takut gak kalau da mengubah ciptaan Allah. huhu..

  • Adakah kanta sentuh memberika kesan terhadap mandi dan wudhu' seseorang?

Tidak diwajibkan sampainya air hingga ke dalam mata ketika wudhu' dan mandi. Tidak perlu menanggalkannya ketika mandi atau wudhu'.

kadang-kadang Farah kelam-kabut balik dari kelas nak bersiap pergi kelas lain, nak mandi lagi. s0 kena lah mandi and ambil wudhu' without buka lens. tapi tak selalu la. sebab tak selesa..trust me.

Farah

(^^,)

.:Bersabarlah:.

Salam..

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun."
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).
KENAPA AKU DIUJI?
waah..bersemangat Farah. hehe..harini punya hadis ringkas je. sebab Farah terlalu 'rajin' nak taip banyak-banyak. hehe..maaf..apa yang Farah nak kaitkan ialah hadis ni dengan apa yang dah Farah lalui. ape taknye, semalam dah kena sound dengan seorang senior yang baik hati. dia yang dah sedarkan Farah. Farah lalai. bila dia sound tu perh.... macam ade banyak batu hempap kepala Farah. ouch!
s0o..pengajaran untuk harini, jaga tingkah laku anda Cik Farah. jangan berubah kerana 'senior tu', tapi berubahlah kerana Allah. InsyaAllah.. bila ada dugaan yang menimpa, jangan la pulak salahkan takdir or tuhan. ingat hadis kat atas tu. InsyaAllah, tak sia-sia kesedihan kita tu nanti..hee~..
p/s : ni ade sedikit perbualan antara cik A dengan Cik F;
A : "kakak dah alim, macam ustazah"
F : "ish..mane de. biasa-biasa je"
A : "kenapa akak berubah?"
F : " ntah..dah dapat hidayah kot.hehe.."
A : "owh..bukan kerana Allah ke?"
F : " erk... aaa....dah dapat hidayah tu..means kerana Allah gak la..(i guess)"
A : " same ke? niat akak sebab dah dapat hidayah or kerana Allah?"
F : " err..akak dah pening la. adek sayang, mesti la kerana Allah. abes tu sebab ape lagi?"
A : " mana A*** tau. hanya akak dengan Allah je yang tau."
F : "errr........."
wallahua'lam. niat kita tu penting dalam menentukan setiap amalan kita. s0, niat la setiap amalan anda tu sebaik-baiknya. kan ada farah post kan dalil niat. hayati la elok-elok ye.. renung-renungkan dan selamat beramal...
Farah
(^^,)
Tuesday, 18 May 2010

Review Filem : Farah movie marathon!

ehem-ehem..

my new hobby : tengok movie yang best-best!
why : nak balas dendam.
because : time Farah nak final member banyak ceritakan movie-movie best yang dorang dah tengok.
result : tengok la..^^,

BRIDE WARS

KOMEN : this story theme is about friendship...and marriage. haha! no wonder la sejak akhir-akhir Farah asyik fikir nak kawen je. hik3.. kisahnya dua orang gadis di atas saling berkawan baik. masing-masing berharap masing-masing dapat jadi pengapit masing-masing. (berapa bnyk la masing-masing tu.) konflik dia start when both of them get married at the same date and under same place! wh0o..can you imagine? haha.. cerita ni banyak buat Farah senyum. seriously! hehe... i'm started to think that anne hathaway and kate hudson ni memang bff (best friend forever) sebab dorang mcm ade chemistry. haha.. what am i talking about..??

27 DRESSES

KOMEN : lalalala...~ this story also about marriage. don't blame me! sape suh recoment this movie to Farah? hehe.. i love James Marsden and Caterine Heigl. mereka sgt sweet! hehe.. gaduh-gaduh cinta, tu la theme story ni. tengok banyak kali pun tak bosan. hee~...

EVOLUSI KL DRIFT 2
KOMEN : huhu..jangan ditanya kenapa Farah tengok cerita ni. Akim punye pasal la. dia dah la giler cerita kereta, motor, anything la yang boys sukea. nasib baik adek tersayang. kalau tak, takde maknenye Farah nak tengok. huhu.. Farah kan kakak yang penyayang..(perasannye..?) cerita ni ok la. not bad. lagi best dari yang pertama. syabas la yer Syamsul. ^^,
ITS A BOY GIRL THINGS
KOMEN : another cute story. its about a neighbour who always fighting over something stupid. haha.. until one day they have this kinda situation; body swapping between both of them! s0o hillarious. i'm lovin' it (bak kata mcD).si lelaki menjadi lembut, manakala si gadis menjadi kasar. macam mana doran nak kembali ke bentuk asal? tengok la sendiri...=]
SYDNEY WHITE
KOMEN : modern Fairy-tale of snow white. amanda bynes berlakon best. selalu pelik-pelik and cute! hehe.. cerita ni ade 7'dork' a.k.a 7 dwarf, prince, witch and of course, sydney white. haha.. jalan cerita dia tak lah macam snow white sangat. laen giler kot. cerita ni ade keaslian yang tersendiri ( ceh...da macam pengkritik filem profesional lak!) okey la.. sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak..
Farah
(~~,)

Bumi sebagai saksi?

Salam..
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w membaca ayat ini: Yang bermaksud:
Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kemudian baginda bertanya: Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti? Para sahabat menjawab: Allah s.w.t. dan RasulNya yang lebih mengetahui.
Baginda s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya. Bumi akan berkata: Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).


hai..dah lama tak post anything kat Teratak Farah ni kan? huhu..sejak akhir-akhir ni Farah asyik sibuk 'uruskan' faceb0ok je. hehe.. teruknye!
seriously, i'm back to my "zaman ke'lagha'an". mana taknye, orang , lain sibuk wat itu, wat ini, Farah pun TERikut sama. My bad. I know..
dah lama tak baca hadis. dah lama tak baca al-mathurat. what happening to you Farah?! Arghhh.....MasyaAllah. okey-okey.. no more just talking. after this, try to change okeh!
Yeah! thats the spirit
okey, dah tutup sesi muhasabah diri. sekarang mari kita tengok hadis hari ni cakap pasal apa.
based from what i've read from hadith above, satu hari nanti, bumi akan menjadi salah satu daripada saksi-saksi penting dalam mahkamah akhirat. wh0o... biar betul?
apa yang perlu kita faham ialah kemampuan Allah untuk menjadikan segala benda di muka bumi ni bercakap perkara-perkara yang pernah kita lakukan semasa di dunia dulu. betapa hebatnya kuasa Allah.
contohnya lah kan, si fulan pernah membaling seketul batu untuk menganiaya kucing tanpa pengetahuan siapa-siapa sebab takde orang pun yang nampak. lepas tu si fulan tadi lari jauh-jauh kesukaan. perh..teruknya! ish3...
contoh je la..bukannya kita pernah buat.....kan? wallahua'lam.
nanti dekat akhirat batu tersebut akan menjadi saksi bahawasa nya si fulan tadi telah menganiaya seekor kucing dan dia akan menerima balasan yang setimpal dengan perbuatannya. itu janji Allah. kita tak boleh nak nafikan.

s0o.....kesimpulannya, lakukanlah amal soleh, dan tinggalkan lah maksiat serta kemungkaran. ingatlah bahawasanya di akhirat kelak semua perbuatan kita di dunia akan diadili. tak akan ada satu pun yang tertinggal.

kira-kira balik kn, macam banyak je dosa..eh! bukan macam lagi dah. MEMANG BANYAK PUN! huhu.. banyak nye dosa Farah. sempat tak Farah bertaubat sebelum terlambat? wallahua'lam....



Farah
(^^,)
Saturday, 15 May 2010

Ding Dong...I'm back!!

Dari Amirul Mukminin abi Hafsin, Umar al-khattab r.a berkata : aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : maka setiap amalan itu dengan niat. sekiranya hijrahmu kepada Allah dan Rasul, maka hijrahmu kepada Allah dan Rasulnya. dan sekiranya hijrahmu kepada dunia yang dicari atau wanita yang dinikahi, maka hijrahmu kepada apa yang diniatkan.








salam..


dah lama Farah tak menjenguk Teratak Farah ni.huhu.. sorry ye? i'm kinda busy. Alhamdulillah, i'm already finish my second semester. yeay!


next sem da masuk sem 3. makin banyak la subjek yang pining-pining kan kepala. huhuhu.. it's ok. belajar tu satu ibadah kn? termasuk dalam ibadah umum kot kalau Farah tak salah. (kalau salah tolong betulkan). macam mana belajar boleh jadi satu ibadah? hehe..senang je. dengan niat. huhu..




Oh ye, hadith diatas sebenarnya menerangkan tentang niat. Dari apa yang Farah faham (from hadith above), setiap amalan itu beserta niat. kita akan mendapat apa yg kita mahukan berdasarkan niat. contohnya, jika Farah niatkan belajar ikhlas kerana nak dapatkan keredhaan Allah dan belajar bersungguh-sungguh, Insya-Allah Farah akan mendapat keredhaan Allah..(AMIN....)




tapi kalau Farah niatkan belajar untuk berjaya, nak ade kerja yang baik, dan Farah berusaha bersungguh-sungguh, maka apa yang Farah akan dapat seperti yang Farah hajatkan je la. Faham tak? keredhaan Allah kat sini takde, betul tak?




haa....sebab tu pentingnya setiap apa yang kita nak lakukan perlu niat elok-elok dulu. setiap benda yang kita buat kat dunia ni mesti ade relate dengan Allah.kn kn kn? hehe.. mentang-mentang la tengah tak ada kerja sekarang.




yeah!! i'm on holiday!! yippie!!!!
hahahaha...ni picture time Farah baru lepas abes PMR. seyes tak matang lg time tu. buat malu je..hehe...
Farah
(~~,)
Thursday, 6 May 2010

I just can't wait!

"Sebaik-baik sedekah adalah mempelajari seseorang islam akan ilmu, kemudian mengajar ilmunya itu kepada saudara Islam yang lain"
(Riwayat Ibnu Majjah)


salam.

alhamdulillah.. 2 paper already finish. sekarang tinggal paper akaun je. Ahad ni tamatlah final exam. tak sabar! hehe..
sabar Farah! Sabar itu separuh daripada iman. Hmm.. sekarang macam dah takde m0od nak belajar. asyik nak tengok movie je. aduyai... STOP IT FARAH! study first. mid-sem break nanti kan boleh bersenang lenang. tengok lah movie sebanyak mana yang Farah nak ok?
hehe.. Daa~..
Sunday, 2 May 2010

hadis of the day..

Abu Hind Arrazi berkata: Nabi saw. bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Ingatlah kepadaKu dengan mentaatiku, Aku akan ingat kepadamu dengan pengampunan-Ku. Barang siapa ingat kepada-Ku seraya ia berta'at, maka patutlah Aku ingat kepadanya dengan pengampunan-Ku, dan barangsiapa ingat kepada-Ku seraya ia bermaksiat, maka patutlah Aku ingat kepada-Nya dengan kebencian".
(Hadis Riwayat Ad-Dailami dan Ibnu Asakir dari Abi Hind-Arrazi)
hadis ni ingatkan Farah supaya sentiasa mengingati Tuhan. da alang-alang ingat tu, ape lagi...beramal la. kadang-kadang kan, bila kita senang or susah, baru kita ingat kat Allah. tapi bila keadaan berlaku sebaliknya? wallahua'lam.
sekadar peringatankepada diri sendiri dan orang lain. tanda-tanda akhir dunia dah semakin banyak. ramai yang sedar tapi...hurm..Farah sendiri pun macam tu. bila lah agaknya Farah boleh beramal dengan yang sebetul-betulnya? wallahua'lam.
muhasabah diri malam-malam ni bagus. mana tahu, esok-esok Farah dah 'takde'.. huhu.. sedey pulak. hmm..t0o much talking isn't it? hehe.. daa~.. wassalam.
Farah
(^^,)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...