Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Wednesday, 30 June 2010

.:perpisahan..:.

salam..


perkara yang pelik berlaku kepada Farah arini. dan semuanya mengenai perpisahan. daripada cerpen, m0vie, sampai ke lagu huhu..kejamnye! tau lah perpisahan 'tu' bakal berlaku. nak tak nak Farah kena hadapinya, betul tak? *sorry tak boleh bagitau kenapa, siapa dan bagaimana benda ni boleh berlaku*

i'm trying to kuatkan iman, tabahkan hati dan sentiasa berfikiran positif!

ish..tibe-tibe mp3 ni pun bukak lagu perpisahan terasing-KRU. ah sudah... jiwanglah Farah malam ni. aish...

"kadangkala Allah menghilangkan matahari..
kemudian Allah turunkan kilat dan guruh...
puas kita cari, mana hilangnya sang mentari?
rupa-rupanya Allah nak beri kita pelangi...."


Farah sayangkan persahabatan ni..Farah sayangkan dia....tapi, Allah lagi sayangkan Farah. s0, back to the basic. Love somebody who loves you...

buat diriku ketika ini...
Dear Farah...

Buatlah kawan dengan siapa saja...
asalkan bertujuan untuk memperbaiki hubungan silaturahim
serta mendekatkan diri kepada Allah.


Bersabar dalam pergaulan suatu kebajikan..
Berusaha memperbaiki akhlak kawan satu kebajikan yang lain.


Mencari kawan mudah...
tetapi mencari kawan yang setia dan memahami amat sukar.


Perbaiki hubungan sesama manusia (hablum-minan-nas)...
di samping perbaiki hubungan dengan Allah (hablum-mina-Allah).


Dua sahabat yang menangis lantaran berpisah kerana Allah...
akan dinaungi Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.


Jangan mamandang keji terhadap seseorang kerana akhlaknya...
tapi bersimpatilah di samping cuba untuk mengubah kelakuannya.


Berusaha dalam dakwah adalah tanggungjawab kita...
tetapi pemberian taufiq dan hidayat adalah di tangan Allah.


Berkawan dengan orang yang jahat akhlak...
adalah sebagai satu cara untuk menguji diri...
sejauh mana kesabaran dan kesediaan kita untuk memaafkannya.



*3 hari lagi...*

Farah

(~_~)

.:mana Farah ni..?:.

salam..


dah agak lama Farah tak update blog kan? huhu.. i miss myself!
ni la yang terjadi dengan Farah sepanjang Farah takde...


6 hari yang lepas, Farah start kena demam. ambil dari ibu. huhu...
5 hari lepas, jumpa doc. dapat ubat kaler pink sebab Farah sakit tekak. ibu kena tongsil. *lagi kesian..* after that Farah terbaring 24 jam. aduyai..

....blah blah blah....
3 hari lepas, sepatutnya keluar dengan Dahlia and nanna. tapi still sakit. uwah.....!!! ruginyer...
.....blah blah blah.....
dan harini, sakit tekak still lg bersarang dalam tekak Farah ni. hebat!

wait Farah! jangan merungut!! baca ni....

“Sesungguhnya seorang yang beriman ketika ditimpa musibah sakit, kemudian Allah
menyembuhkannya, maka itu adalah kaffarah (penghapus) bagi dosa-dosa yang dia
lakukan sebelumnya, sekali gus menjadi peringatan berharga untuk menghadapi masa akan datang.”

(Hadis riwayat Abu Dawud)

huhu..sakit yang Farah dapat sepatutnya Farah terima sabagai satu ujian kesabaran. Sabar tu kan separuh daripada iman? Allah akan sentiasa bersama dengan orang-orang yang bersabar...tak gitu?

“Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang yang
sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah
al-Nahl, ayat 96)

Firman-Nya lagi yang bermaksud:


“Sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah yang disempurnakan
pahala mereka tanpa batas.” (Surah al-Zumar, ayat 10)

s0, Cik Farah, bersabarlah anda ye.. ada hikmah disebalik semua yang berlaku. just believe in Allah...

kepada Noor Dahlia dan Nadia Anuar, i'm s0o s0rry sebab tak dapat jumpe korang 27 hb yang lepas..miss u all s0o much! huk3....

Farah

(~_~)

Thursday, 24 June 2010

.:ber'kit-kat' seketika...:.

salam..

hehe..maaf la, Farah tak mampu nak beli kinder bueno sekarang. duit ptptn Farah sgt limited. huhu.. *ciannye* harini ibu Farah demam. cian ibu. s0, Farah jadi la doktor peribadi ibu kat rumah. bla..bla...bla..stop!

apa yang Farah nak kongsi harini sebenarnya pasal satu kuiz ni. Farah jumpe time wat keje untuk ibu. *sempat lagi..?* kuiz ni pasal

dan..inilah result yang Farah dapat..

You Are 25% Left Brained, 75% Right Brained:

The left side of your brain controls
verbal ability, attention to detail, and reasoning.Left brained people are good
at communication and persuading others.If you're left brained, you are likely
good at math and logic.Your left brain prefers dogs, reading, and quiet.
The right side of your brain is all about creativity and
flexibility.Daring and intuitive, right brained people see the world in their
unique way.If you're right brained, you likely have a talent for creative
writing and art.Your right brain prefers day dreaming, philosophy, and
sports.
huhu..betul ke? entah lah..
Tuesday, 22 June 2010

.:surat chenta! jom baca nak..?:.

salam...

punya lah susah Farah nak update blog sekarang. busy sangat! huhu.. even faceb0ok pun Farah dah lama tak online. syukran kepada pengunjung-pengunjung yang sudi melawat Teratak Farah. kepada yang Farah belum balas kunjungannya lagi tu harap maaf sangat. masa Farah sekarang ni terhad sangat. lagi-lagi sebab lagi 2 minggu Farah akan kembali ke Jengka yang terchenta. huhu.. *sedeynyer!*

papepun, kembali kepada tajuk diatas. hehe..pernahkah anda mendapat surat chenta? dari siapa? pak we ea..? ke balak anda? or mak we anda or sape-sape lah. pernah tak?
*wink wink*





amboi...mesti seronok kan? rasa macam nak terbang je kan? bahagianya hidup..indahnya dunia. terasa dunia ini bagai kita yang punya....~lalalala...~

*ish...sejak bila Farah jadi jiwang ni? eee....tak kena lansung! stop it Farah!*


haha..surat cinta yang Farah nak maksudkan kat sini sebenarnya adalah surat cinta dari Allah kepada umatnya. nak tau tak apa die....?


Al-Quran la! apa lagi...hehe..
Anda semua perasan tak?
sayangnya Allah kepada kita selaku hambaNya..Allah berikan kita surat cintaNya sebagai petunjuk, sumber kebahagiaan dan panduan ke arah kejayaan dunia dan akhirat....ke arah menggapai dan menikmati syurgaNya yang tak terhingga hebatnya... yang tak terbayang dek mata dan kepala...MasyaAllah.
namun, selama ini, kebanyakan drpd kita lebih mengutamakan surat cinta dari manusia dan sering mengabaikan surat cinta dr Allah..betul tak? *Farah maksudkan diri Farah sendiri juga ye..*

"sesungguhnya org2 yg beriman itu adalah mereka apabila disebut nama Allah
bergetarlah hati mereka dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka,
bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan-lah mereka bertawakkal."

surah al-Anfal:2~

disebabkan Farah tidak mempunyai masa yang panjang untuk menaip, disini Farah ingin berkongsi sesuatu dengan anda semua. maaf la, sekadar copy and paste dari rumah pak cik g0ogle... tak cukup masa nak taip semula... selamat membaca..renung-renungkan, dan jangan lupa amalkan!
Farah
(^^,)
***********
Saat kau bangun pagi hari, AKU memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepada KU, walaupun hanya sepatah kata meminta pendapatKU atau bersyukur kepada KU atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu hari ini atau kemarin ……

Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja …….
AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap, AKU tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKU, tetapi engkau terlalu sibuk ………

Disatu tempat, engkau duduk disebuah kursi selama lima belas minit tanpa melakukan apapun. Kemudian AKU Melihat engkau menggerakkan kakimu. AKU berfikir engkau akan berbicara kepadaKU tetapi engkau berlari ke telephone dan menghubungi seorang teman untuk mendengarkan kabar terbaru....

AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan AKU menanti dengan sabar sepanjang hari. Dengan semua kegiatanmu AKU berfikir engkau terlalu sibuk mengucapkan sesuatu kepadaKU...

Sebelum makan siang AKU melihatmu memandang sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepadaKU, itulah sebabnya mengapa engkau tidak menundukkan kepalamu.Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan melihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut namaKU dengan lembut sebelum menyantap rezeki yang AKU berikan, tetapi engkau tidak melakukannya …….

Masih ada waktu yang tersisa dan AKU berharap engkau akan berbicara kepadaKU, meskipun saat engkau pulang kerumah kelihatannya seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan...

Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan TV,engkau menghabiskan banyak waktu setiap hari didepannya, tanpa memikirkan apapun dan hanya menikmati acara yg ditampilkan. Kembali AKU menanti dengan sabar saat engkau menonton TV dan menikmati makananmu tetapi kembali kau tidak berbicara kepadaKU ………

Saat tidur, KU pikir kau merasa terlalu lelah. Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu, kau melompat ketempat tidur dan tertidur tanpa sepatahpun namaKU, kau sebut...
Engkau menyedari bahawa AKU selalu hadir untukmu.

AKU telah bersabar lebih lama dari yang kau sadari. AKU bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar terhadap orang lain. AKU sangat menyayangimu, setiap hari AKU menantikan sepatah kata, doa, fikiran atau syukur dari hatimu...

Keesokan harinya …… engkau bangun kembali dan kembali AKU menanti dengan penuh kasih bahawa hari ini kau akan memberiku sedikit waktu untuk menyapaKU……..
Tapi yang KU tunggu …….. tak kunjung tiba …… tak juga kau menyapaKU.
Subuh …….. Dzuhur ……. Ashar ……….Maghrib ……… Isya dan Subuh kembali..
kau masih mengacuhkan AKU ….. tak ada sepatah kata, tak ada seucap do’a, dan tak ada rasa, tak ada harapan dan keinginan untuk bersujud kepadaKU ……….

Apa salahKU padamu …… wahai UmmatKU ? Rezeki yang KU limpahkan, kesihatan yang KU berikan, harta yang KU relakan, makanan yang KU hidangkan, anak-anak yang KUrahmatkan, apakah hal itu tidak membuatmu ingat kepadaKU ………… !!!!!!!

Percayalah AKU selalu mengasihimu, dan AKU tetap berharap suatu saat engkau akan menyapa KU, memohon perlindungan KU, bersujud menghadap KU ……
Yang selalu menyertaimu setiap saat ……..

catiknya blog penuh gan ciri2 islamic

syukran..(^^,)
*tak tahu nak cakap apa lagi*

Ask me anything

Saturday, 19 June 2010

.:marah yang membara-bara:.

salam..
Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya ada seorang telah berkata
kepada Nabi saw : Berpesanlah kepadaku! Jawab baginda: Jangan Marah! Orang
itu mengulangi lagi beberapa kali minta dipesani, maka baginda masih tetap
berkata: Jangan marah!

Hadis Riwayat Bukhari


erm...kenapa Farah buat entry pasal marah ni? huhu..mesti la sebab Farah tengah marah. huhu.. seriously, sejak akhir-akhir ni asyik nak marah je. emosi tak stabil kot. maybe nak kena demam kot. entah la. Farah ni sebenarnya senang je nak maafkan orang tapi kadang-kadang saje je nak mengada-ngada nak suruh orang lain pujuk. *teruknya!* okay..memang salah Farah.




sedangkan dalam hadis pun dah sebut, jangan marah! tapi Farah seakan-akan lupa ataupun dengan erti kata mudah, buat-buat lupa. just b'coz nak mengada-ngada nak suruh orang lain pujuk. terukkan? *tau takpe*

Hadis kat atas menganjurkan kita supaya jangan selalu suka marah, sebab ~> marah itu terjumlah antara sifat2 yg tercela yg dibenci oleh Allah dan RasulNya. Dalam menta'rifkan sifat marah, Imam Ghazali berkata:
Marah itu sebenarnya ialah secebis api yg bersumber dari api Allah yg
menyala-nyala, yg panasnya naik ke pangkal hati, dan api itu bersemadi pula di
lubuk hati hingga berbara, kemudian diselaputi oleh abunya. Daripadanya
terpancar sifat congkak yang terpendam di dlm hati setiap orang yang sombong dan
bongkak, seperti terpancarnya api dari batu yang bergesek dengan besi.

o....key. now, cuba lihat firman Allah swt :
"Orang-orang yang sanggup menahan marah serta suka pula
memaafkan orang ramai"

(Al-Imran 134)

"Dan apabila mereka marah, suka pula memaafkan."
(AsySyura : 37)


huhu..nampak tak Farah? orang yang memaafkan adalah lebih baik. lagipun, sabar tu kan separuh daripada iman..

Sifat marah itu daripada syaitan, dan sesungguhnya syaitan
itu diciptakan daripada api. Dan api hanya dapat
dipadamkan dengan air.

Maka jika seseorang daripada kamu marah, hendaklah ia
berwudhu.

(Hadis Riwayat Abu Daud)

s0, bagaimana caranya kita nak mengatasi marah ni ye..?
a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina. betul tak?

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur. *selalu buat*

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah. Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Marah itu tandanya sayang tau! hehe..

Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insya-Allah kemarahan akan mulai reda...

Farah
(*o*)
Thursday, 17 June 2010

.:yeay! my 2nd award:.

salam...





*wink wink* hehe...dengan bangganya Farah nak tunjuk award yang Farah dapat dari cik myravea.. arigatou gozaimaz! Kamsahamnida!! syukran!!!...hee~

pss =>maaf ye cik myravea, Farah lambat publish award ni atas sebab2 yg sgt munasabah..huhu...


1) What do feel to know that you get this award?

Alhamdulillah.. happy tak terkata.....hehe.. macam dapat terbang je...i'm flying without wing..~lalala...*gaya macam dapat grammy award lak. aduyai..*

2) List down 7 blog that deserve this award

Cik Faten Farahin

Cik liyana Omar

Cik safinah

cik zee

Cik Fatin Atiqah @ my lil' sis

Incik Azrai @ qamarguy

~> err...6 je boleh tak? ramai yang dah dapat award ni la..huhu...

Farah

(^^,)

Monday, 14 June 2010

.:ehem-ehem...~Aksara Pencorak Hidupku~...:.

salam...


1st of all, Farah agak busy sejak akhir-akhir ni s0 mmg kejap update blog, kejap tak. lebih kurang macam chipsm0re la. kalah besk0ot.. huhu..*like people care..?*

haritu Farah jalan-jalan merangkak kesana-sini.*ceh..*dan terjumpa satu kontes yang telah berjaya menarik tangkai hati Farah untuk menyertainya. and for your information, this is my 1st contest that i wanna join. hehe... dasyat kan aura kontes tu? hehehe...so..., tanpa membuang masa, mari Farah perkenalkan kontes itu. jeng..jeng...jeng!!




yeay! bukubukubuku!...lalalala~ seronok tau! sapa-sapa rasa diri dia tu b0okaholic *betul ke ayat tu?* boleh la join kontes ni. silalah klik pada banner kontes diatas untuk keterangan lanjut. hee~..

ehem-ehem...Farah ade banyak sangat buku yang nak dimasukkan ke dalam kontes ni. huhu....proses pemilihan calon buku yang layak dihantar ke kontes ni memang perh...susah betul! hehehe...okey..stop it Farah! *dush* s0 sekarang...buku yang Farah nak perkenalkan buku yang bertuah itu...





err...macam jauh sangat je cover depan buku tu. bawah ni Farah sertakan close-up buku tu...




~JUDUL BUKU~
versus



~PENULIS~
hlovate


~PENERBIT~

jemari seni Publishing


~BIL MUKA SURAT~

432 muka surat






~HARGA~
rm19.00




KENAPA versus MENJADI PILIHAN...?

Farah suka membaca. dari zaman kanak-kanak lagi Farah suka membaca apa-apa yang Farah jumpa. even dinding toilet yang berconteng pun Farah sudi membacanya. *ish...tak payah la bagitau!* perkara normal bagi seorang wanita dan yang sewaktu dengannya yang suka membaca, mestilah baca novel kan? huhu.. mula-mula untuk kontes ni Farah nak letak buku motivasi..macam La Tahzan ke, Chicken s0up for the s0ul ke..blah..blah..blah.. and so 0n. tapi Farah fikir-fikir balik, realiti masyarakat kat luar tu suka baca novel. s0, kenalkan la novel yang tak lagha sangat tapi ada kisah yang baik dan boleh diambil ikhtibar.

Hlovate memang nama yang tak asing lagi bagi penggemar novel dikalangan remaja. kenapa? sebab gaya bahasa dia sempoi je. kena dengan remaja-remaja zaman sekarang. kisah dalam novel nukilannya pun not bad, sangat street. hehe.. apa yang membuatkan Farah respect dengan hasil nukilan hlovate-versus ni sebab ceritanya berkisar tentang bagaimana watak-watak ciptaannya mengubah haluan hidup mereka dengan pusingan 180 darjah, atau dengan bahasa mudahnya dari seorang yang mengamalkan cara hidup street kepada ad-din, yakni cara hidup Islam. dari seorang Ed`sassin kepada Minn Edina, dari seorang AO kepada Ashraff Omar.


untuk berubah kepada yang lebih baik memang perit, susah, dan banyak dugaannya. versus menceritakan bagaimana insan-insan terpilih menjumpai turning point dalam hidup mereka. semua orang mesti akan ada turning point mereka sendiri, insyaAllah...dimana time tu kita akan mula sedar Allah tujuan hidup kita, Rasullullah teladan hidup kita, dan Al-quran pedoman hidup kita.

me versus myself, itulah yang Farah faham dari cerita ni. sebab halangan, dugaan dan cabaran terbesar dalam hidup kita adalah diri kita sendiri. kuat ke iman kita? mampu ke kita nak berubah dari free-hair ke bertudung? wallahua'lam. segala persoalan yang Farah sebutkan tadi merupakan apa yang Farah faham dari buku tu. maybe pemahaman kita semua lain-lain. yelah, rambut sama hitam tapi hati lain-lain kan?

phew..panjang lebar betul. Farah kalau dah dapat menaip and menulis karangan ni memang suka panjang-panjang. hehe.. tak tahulah kenapa.huhu..

yang baru nak menyertai kontes:
Farah
(^^,)

.:Cik Tam-tam:.

salam..


beberapa hari yang lepas banyak memberi kejutan kepada Farah. Let say.. it all started with my result. jangan ditanya Farah dapat berapa. uwaaa....! this sem tak dapat dekan! But overall Farah berbangga juga la dengan result yang...huhu...tidak menepati piawai yang ibu letakkan. Alhamdulillah.... sebab apa nak tau? akhirnya.....Akaun dapat A! haha... walaupun hanya A-, tapi Farah tetap bersyukur. I hate account s0 much eventhough i'm taking course account. shh..! ahaks!


pada 12 Jun 2010, Farah and family dijemput ke majilis perkahwinan kakak kepada Cik Beeha, one of my BFF kat TiKL. hehe... jauh tuu... kat Puncak Alam. 1st time pegi sana. hehe.. best la jugak dapat jumpa member lama. miss FeBiNaRah s0o..much! u t0o apple.. *wink-wink* Ops...tak lupa, Geng Kuning..hee~...


pada 13 Jun 2010 a.k.a semalam, Farah kena DIARRHOEA! penyakit apa tu ek? pergilah cari dekat rumah pak cik g0ogle.huhu... dah la sakit, tak dapat pergi majlis kahwin kakak kepada kak zakiah. uwaaaa....sorry kak zakiah!

enough talking bout my self.now.. let me introduce t0.....Cik Tam-Tam!


ish! bukan yang tengah senyum manis bak gula merah tu! that's my sis a.k.a cik toten..ops! cik Fatin. hehe...akak terckp lg la..sorry aten! tapi si kicik yang dipegang oleh cik Fatin tu. namanya cik Tam-tam a.k.a si hitam. ehem ehem..hitam itu menawan! huhu.. chumel kan dia? i mean si Tam-tam okey?



Al-kisahnya Cik Tam-tam ni telah dijumpai di belakang rumah kami. dia dipercayai telah dibuang oleh ibu kandungnya. tersentuh dengan keadaan cik Tam-tam yang seakan-akan sedang berada di ambang maut, cik Fatin dengan beraninya meminta ibu kami, yakni Puan Noraini untuk memjaga Cik Tam-tam. kiranya cik Fatin ni wonderwoman la dalam post kali ni? hehe.. dan seterusnya, ibu membenarkan kami menjaga Tam-tam sekiranya...kami tak buat masalah...? huhu...adakah muka-muka seperti Farah dan Fatin ni ade gaya cam pembawa masalah? huhu...









cik Fatin tersangatlah gembira. tengok kat picture ni pun dah tau kan? terserlah aura ke'hepi'an di wajah adikku itu. hahaha...BM Farah makin marvelous la! hehe.. tapi.......kesedihan melanda anak-anak En. Asri Ruslan apabila kami mendapati...ada cacing JAHAT masuk kat dalam perut Tam-tam! pity Tam-tam...huk3...




Cian kan cik Tam-tam? maka dengan ini, kami, anak-anak En Asri Ruslan dan Puan Noraini berjanji akan menjaga Cik Tam-tam sedaya upaya kami, sehabis kudrat kami supaya Tam-tam dapat membesar dengan kuat dan sihat. InsyaAllah..Amin....

Mama kucing wanna-be:

Farah

(^^,)

.:Rejab sudah kembali..:.

salam...
tahukah anda wahai sahabat-sahabat, rakan-rakan, kakak-kakak, pak cik-pak cik dan follower sekalian bahawasanya hari ini adalah 14 June 2010 atau selepas di translatekan ke bulan Islam ialah 1 Rejab 1431? *sorry sangat penggunaan Bahasa Melayu Farah semakin fail sejak akhir-akhir ni. huhu...*

tahukah anda kita sudah masuk bulan Rejab? ahah...! baru tau ke? taklah Farah! ade je yang dah tau. hehe...jangan risau...sebab Farah pun baru sedar semalam.huhu...ish3.... teruknye!

Question : ada apa dengan bulan Rejab ni?

Answer : sila carik sendiri. haha...tak la. Farah dah jalan-jalan n geledah rumah pak cik g0ogle untuk jawab soalan yang ditanya oleh Farah sendiri. hehe..

Pengertian Rejab...



Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.

Peristiwa Penting:



1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)

Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.




2. Isra' dan Mi'raj

Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)


3. Perang Tabuk


Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.


4. Pembebasan Baitul-Muqaddis

Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.

Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.


Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kiraan taqwim
Hijriyyah.

Bulan ini termasuk salah satu di antara bulan suci dan
dinamakan sebagai bulan Allah. Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda
bermaksud:

"Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan
Ramadhan bulan umatku."

Fadhilat berpuasa di bulan Rejab:

  • Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun


  • Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rejab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.


  • Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

  • Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rejab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

  • Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rejab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

  • Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rejab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

  • Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan,

  • dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.

***

Sabda Rasulullah SAW:

“Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”
Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab.”
***

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT.

Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rejab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”
*****
s0, jom join Farah dan sahabat-sahabat lain yang ber'juang' pada bulan Rejab ni. hehe...selamat beribadah!



Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:“Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu
adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rejab
dengan ikhlas,
maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT."





yg meng'copy', 'paste' dan edit:

Farah

(^^,)
Friday, 11 June 2010

.:result...ohh result:.

salam....


dengan ini...penantianku berakhir.. dari semalam, 10 jun 2010 Farah berlumba-lumba mencuri masa semata-mata untuk menge'cek' result yg Farah tak nak tengok pun sebenarnya..haha.. and guess what? pagi ni selepas solat subuh baru dapat login. *phew*.. dan berita yang ditunggu-tunggu adalah.....


ha-ha-ha...Farah gumbira dalam tangisan!

sekian..harap maklum.

hati yang sedang kachiwa:

Farah

(>o<)

Thursday, 10 June 2010

What celebrity would play you in a movie about your life?

Farah Nurazrina...which is me..! only i can understand myself better. right..? (^^,)

Ask me anything

:Fatin Nuratiqah...siapakah dia?:

salam...


harini adek Farah yang bernama Fatin Nuratiqah dengan segala tak hormatnya telah mengikuti jejak langkah Farah. haha... seb0k je...orang buat blog, dye pun nak buat blog. hehe..
saya kakak yang jahat...eh, takla! n0tty sikit je...kan aten? hehe..






ni lah blog cik toten..eh! cik Fatin.

tu je pengumuman nak buat hari ini. oh ye, sorry la kerana telah menghilang secara tiba-tiba without any notice. huhu...banyak perkara dah berlaku sepanjang kehilangan Farah. betul ni..





hurm...ok la. nak solat zuhur. by the way, result UiTM dah keluar!!!! but i can't get thru the page. huhu... DEBARNYA!
Wednesday, 9 June 2010

Kematian....

salam...


“Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan kematian seseorang
apabila telah datang ajal/waktunya.” (Al-Munafiqun: 11)

Apabila ruh berpisah dari jasad dan apabila jasad menjadi mayat, maka terputus hubungan manusia dengan dunia yang menjadi medan amal dan medan ujian. Ketika itu ruh berada di alam kekal dan berada di tempat perhitungan dan pembalasan.


Di sana, ada masa yang dilalui oleh setiap makhluk selepas meninggal dunia iaitu masa alam barzakh atau alam kubur. Alam kubur ini ibarat perhentian untuk persediaan menanti hari kiamat. Oleh yang demikian, manusia tinggal di alam kubur dalam satu tempoh yang Allah akan tentukan waktu dunia ini dikiamatkan.


Kematian yang membawa jasad bersemadi walaupun berada di dalam perut binatang, mati dibakar, dikuburkan di dalam tanah. Mayat itu akan disoal oleh dua malaikat bernama Munkar dan Nakir. Pada waktu inilah Allah memperhubungkan ruhnya dan jasad secara perhubungan yang khusus. Oleh itu, manusia yang hidup di atas dunia ini tidak merasai kewujudan perhubungan itu walaupun jasad yang mati itu dipamer dalam peti kaca di hadapan manusia. Yang akan disoal ialah mayat berkenaan yang menjadi ruh dan jasad dengan rupa yang diketahui Allah.

Dalam satu hadis riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w. bersabda,

" Apabila seorang mukmin duduk di kuburnya,
datanglah kepadanya seseorang, kemudian dia menyaksikan bahawa Tiada Tuhan yang
sebenarnya melainkan Allah dan menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah,
maka yang demikian itu ialah firman Allah: Menetapkan Allah akan mereka yang
beriman dengan perkataan yang tetap dalam kehidupan dunia dan juga di
akhirat."




Yang dimaksudkan iman yang tetap dalam kehidupan dunia ialah ketetapan keimanan seorang mukmin itu atas jalan yang lurus semasa hayatnya di dunia dan ketetapan akidahnya ketika disoal oleh malaikat di dalam kuburnya.

Sebahagian ulama berpendapat bahawa maksud ketetapan kehidupan dunia ialah pertanyaan dalam kubur (kerana soalan ini berhubung dengan kehidupan di dunia) dan maksud ketetapan iman di akhirat ialah ketika dihitung (hisab) di hari Kiamat.Pertanyaan kubur meliputi orang yang beriman dan orang kafir. Malaikat akan berlembut dengan orang Islam yang taat dan berkeras dengan orang kafir dan orang yang melakukan maksiat.Mayat akan ditanya sebaik sahaja dimasukkan ke dalam kuburannya. Terang dan suram atau gelitannya kuburan itu bergantung kepada keimanan dan amal kebajikan manusia di atas dunia ini.

Sebaik sahaja berpindah dari dunia ini ke alam kubur, segera malaikat mengajukan soalan supaya apa yang disembunyikannya akan zahir. Soalan-soalan yang dikemukakan menyentuh perkara-perkara umum seperti siapakah Tuhanmu? Apakah agamamu? Apakah kepercayaanmu terhadap orang yang diutus


Mayat orang-orang mukmin akan menjawab, Allah Tuhanku. Agama Islam ialah agamaku dan orang yang diutus kepada kami ialah Muhammad s.a.w. Dua malaikat itu akan berkata kepada mayat tersebut," Lihatlah tempat dudukmu di Neraka. Allah telah menukarkannya dengan tempat di Syurga." Kemudian mereka memerintah mayat itu," Tidurlah dengan tenang."


Orang-orang kafir dan munafik akan menjawab tidak tahu. Kedua-dua malaikat itu akan berkata," Tidakkah engkau ketahuinya dan tidak mengikutnya." Selepas itu mayat itu dipukul dengan batang besi.Soalan kubur itu ialah fitnah atau ujian sebagaimana disebut oleh hadis Rasulullah s.a.w. bahawa ia adalah satu kebenaran. Ada pendapat yang mengatakan maksud fitnah itu ialah jawapan mayat yang teragak-agak atau salah.

Ada yang berpendapat bahawa maksudnya ialah waktu itu Iblis laknatullah berada di hujung kubur. Apabila mayat ditanya " Siapakah Tuhanmu? " Iblis akan menunjuk-nunjuk kepada dirinya.Ada sebahagian manusia yang dikecualikan dari disoal sebagai penghormatan dan kemuliaan kepada mereka. Mereka itu ialah para Nabi, siddiqin, solihin dan yang berperang lalu mati dijalan Allah.

Ada hadis menyebut orang yang sering membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajadah tidak disoal. Orang yang sabar dengan penyakit yang diterimanya semasa hayat tidak juga disoal. Tetapi mengikut keterangan yang sahih, bahawa semua manusia akan disoal kecuali para Nabi.Mereka yang disoal ialah setiap mukallaf yang terdiri daripada manusia dan Jin. Kita tidak dijelaskan tentang para Malaikat tetapi secara zahirnya mereka tidak disoal.




p/ss: dikesempatan ini, Farah ingin mengucapkan Takziah kepada keluarga allayarham muhammad shafiq (s.k Taman Rakan, SMK Bandar Baru Sg. Long) yang telah meninggal dunia pada hari Rabu, 9 Jun 2010. dikatakan allayarham kemalangan ketika allayarham dalam perjalanan untuk menduduki final exam di GMI. wallahua'lam. semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya. amin.. Al-Fatihah.

By the way, thanks to Nazwan Abd Aziz merangkap bekas lecturer BEL260 diatas artikel diatas...

Farah
(=._.=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...