Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Monday, 25 October 2010

.: Tak Guna Punya Kafir! :.

salam.

i'm in a bad m0od rite n0w. wanna know why? watch this. click the picture to see it clearly.



there is this page in Facebook, which is I'm proud to be a muslim. what is your thought when you read the title for the first time? especially when u see it through ur FB sidebar. and most of your friend click 'like' to the page. great isn't it? feels like "yes, i'm proud to be a muslim!". s0, u juz keep on follow ur friend and click 'like' WITHOUT looking at the content of the page...am i rite?


that's what happen to me before. this morning, when i l0ok at the page i am totally sh0ck when i watch the photo they've been posted in it and all comment on their wall. they have been insult our religion and our beloved prophet, Nabi Muhammad s.a.w! argh! i'm s0o freaking mad rite now.


feels like crying to see what they've been doing to us. there is so many pictures that says a vad thing bout our prophet! i can't just stand there doing nothing thus i try to fight with them. but then, coz i'm alone that time i've been attacked with s0 many comment that make me numb for a moment. feels like wanna cry again!

but then, Alhamdulillah some of muslim who aware with the page help a lot with the fight. my friend ask me to stop l0oking at the page. how can i d0 that? they've been insulting Islam! but then he said to me that;


" to fight with them we need strategy, not emotion. use a rite
words to debate with them. don't use unappropriate word to them. show them that we are not terrorist. make them think wisely before reply ur comment. thats ways, maybe Allah will give them guidence. we don't know bout that rite?"



yeah..rite. everything that Allah have set up must have its own reason. i believe something g0od will be happen someday. InsyaAllah...

p/s: sepanjang hari dok marah-marah sampai tak belajar. ops! teruknya.. nak buat macam mana..hati tak tenang...aduyai..

Farah
(>o<)

.: Final exam dan Pergantungan kepada Allah..:.

salam...

selamat pagi! hee~.. hari ini merupakan permulaan bagi final exam. waaaah! cepatnya.. my preparation? hehe.. sikit-sikit je. memandangkan exam Farah start hari rabu ni dan ianya BEL s0 Farah tak tahu nak baca dan buat apa. kat bawah ni Farah ada sertakan jadual periksa farah yang diedit oleh cik Nana. *thanx ye nana!*





huhu.. preparatin untuk BEL, hari-hari Farah taip NST online cari ayat-ayat yang best dan isu semasa yang boleh masuk dalam essay nanti. tu jelah usaha yang Farah boleh buat. selebihnya d0a dan tawakal. dan tak lupa, pergantungan kepada Allah. penting tu!

hari ini Farah nak kongsikan satu info yang mungkin anda dah tahu tapi Farah nak juga bagitahu. Credit to Kak Haziqah yang chumell. =) tahukah anda bacaan di bawah ini:

Rabbighfirli Warhamni Wajburnii Warfa'nii Warzuqnii Wahdinii Wa'Aafinii Wa'fuannii

haa...mesti ada yang dah perasan. ini kan bacaan didalam solat, which is ketika duduk antara dua sujud? sedar tak ni..? tahukah anda akan maksudnya? sejujurnya, Farah sendiri baru tahu bila Kak Haziqah bagitahu kat Farah. reaksi Farah lepas tahu maknanya, Farah terdiam seketika. lama la juga. rasa macam satu perasaan yang tidak dapat di identify menusuk ke seluruh anggota badan. nak tahu apa maknanya..?

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Warhamni (sayangi aku)

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.. ada pula yang hendak mempercepatkan solat lantas membacanya dengan laju hinggakan tersalah sebut lalu tersalah makna. MasyaAllah..

Ya Allah.. betapa jahilnya diriku ini. dalam diam kita tak sedar kita sedang memohon kepada Allah. tanpa kita sedar ketika kita duduk antara dua sujud pun kita sedang berdoa. betapa besarnya nilai doa ini. doa yang selama ini kita meminta tetapi kita tidak sedar.

marilah kita muhasabah diri kita sebentar. lepas ni, perbetulkan apa yang silap. kita mesti sentiasa perbetulkan diri kita. manusia kan tak perfect, sentiasa lakukan kesalahn..kan? s0, lepas ni Farah hope sangat-sangat pembaca blog Farah beserta diri Farah sendiri perbetulkan segala kesilapan kita terutama didalam solat. =) wallahua'lam. sebarang kesilapan didalam blog Farah harap dapat diperbetulkan.

Farah

(^^,)

Saturday, 23 October 2010

.: teringat zaman kicik-kicik...:.

salam...

ketika ini Farah sedang duduk seorang diri didalam bilik K226 komplek siswi. huhu.. malam ni Farah akan tidur bertemankan cik p0oh kesayangan je la. i'm not afraid okey? =)

1st skali, Farah nak ucap TERIMA KASIH yg teramat kepada saudara Amir di atas link-link e-b0ok yg best. latest issue yang dia kupas dalam blog pun sangat menginsafkan. kandungan blog saudara Amir ni sangat berinformatif dan bagus. kepada blogger yang suka membaca sumthing yang islamic yang informatif, bolehlah melawat blog saudara Amir ni ya. ( Amir, Farah promote blog amir ni. hee~.. tak nak bagi komisyen ke? hehe..gurau je la. =p)

2nd, Beberapa hari yang lepas Farah TERtekan channel tv9 dan TERtengok satu rancangan ni, yang bernama Istana Takeshi. program gameshow ni berasal dari Jepun. dulu masa zaman kicik-kicik Farah suka sangat tengok gamenshow ni. then Farah terkenang zaman kicik-kicik dulu. selain Istana Takeshi, banyak cerita yang Farah follow, kira tak pernah miss la. hehe.. zaman muda-muda dulu... Antaranya :

"dengan kuasa bulan, akan menghukummu!" haiyak..! Cik Sailorm0on yang jelita..


"sebenarnya, dragon ball ada 7 biji semuanya..." dari suzikon sampai la ke g0ku => Drag0nball


"Doremon...tolonglah saya.." kucing robot bulat~> Doraemon
dan baaaaanyak lagi!


hehe..sekali lagi Farah ulangi, tu zaman kicik-kicik ye? sekarang dah tak layan. InsyaAllah.. hmm...bila Farah fikir-fikir balik kan, cerita-cerita yang Farah sebut kat atas tadi banyak membantu dalam proses 'menyesatkan' pemikiran Farah. nak tahu kenapa? haa... farah dulu pernah je terfikir...


" nak pakai baju sailorm0on, nak ada kuasa macam sailorm0on. da la kuat, cantik lak tu. bestnye kalau boleh jadi macam sailorm0on..."

" harry potter ade penyapu terbang, ade magik, ade kuasa hebat. kan best kalau ade magik. nak jadi ahli sihir jugak"


dan macam-macam lagi la 'pemikiran budak-budak' yang datang. terukkan? Tanpa Farah sedar Farah dah syirik! oh tidaaak!! Astaghfirullah.. lambat betul Farah sedar. ye la, parent Farah bukannya tau apa yang farah fikir. s0 macam dorang ingat Farah boleh terima je cerita-cerita yang Farah tengok tanpa berfikir yang bukan-bukan. kalau Farah dulu macam tu, apatah lagi kanak-kanak yang lain? wallahua'lam.

s0, kepada bloggers-bloggers sekalian, sila lah perhatikan adik-adik anda mahupun anak-anak anda. awasi dorang. masa dorang kicik-kicik ni la kita nak bentuk dorang. ajar dorang benda yang betul. Ada orang pernah nasihatkan Farah;


"lepas adik-adik tengok kartun tu terangkan balik kat dorang apa yang sepatutnya. jangan bagi dorang terbawa-bawa dengan cerita yang dorang tengok. dan yang paling penting, jangan amik remeh perkara ni."


tu je lah yang mapu Farah sampaikan hari ni. Farah ni periksa dah dekat, tapi kerja online je. aduyai..nak baca buku la. wish me luck! daa..~ wassalam.


Farah
(^^,)
Thursday, 21 October 2010

.: oh ibu.... :.

salam.. (AMARAN: entry yang sangat panjang)

hari ini Farah agak gembira kerana dapat pulang ke rumah (wlupun seketika), dapat makan dengan family semeja, dapat kacau Akim (rindu adik sndiri..takpe kan..?) dan akhir sekali bertemu sahabat lama. terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada Farah hari ni. syukur! Alhamdulillah..

selepas bertemu sahabat Farah yang sorang ni dekat mukabuku, Farah teringat sesuatu. dia adalah seorang yang Fraah sangat kagumi kerana sanggup mengorbankan sesuatu yang penting bagi dirinya demi seorang yang bergelar 'ibu'. nak tau tak apa yang jadi..? haa...

Farah perkenalkan namanya sebagai A. A merupakan anak sulung didalam keluarganya. seorang yang bertubuh kecil tetapi mempunyai semangat yang waja. A belajar disalah satu IPT yang terdapat di Malaysia ni dalam bidang profesional. nak dijadikan cerita, Allah turunkan ujian kepada si A ni. ibu kesayangannya jatuh sakit. sakit yang amat serius. penyakitnya? err..tak berapa nak ingat. maaf. =(

disebabkan adik-adiknya masih kecil, ayahnya pula berada di luar negara atas urusan kerja, A nekad untuk mengambil cuti 1 sem untuk menjaga ibunya lantas menguruskan adik-adiknya. bukan calang-calang orang tau boleh wat camtu! huhu.. Farah sendiri pun terkial-kial nak uruskan rumah. berbalik kepada si A ni tadi, Farah rasa nak nangis bila tengok A ni bercerita mengenai kisah ibunya sambil mengalirkan airmata! Farah ni dah la sensetif. tengok orang nages sikit mula la..... ='(

A dapat berbakti pada ibunya sewaktu ibunya masih hidup. semoga Allah memberkati segala pengorbanannya. InsyaAllah. Farah takut sangat. takut kalau-kalau Farah tak sempat berbakti pada ibu. Farah sayang ibu. ibu, walau penat macam mana pun dia, dia tetap utamakan anak-anak. bukan ibu Farah je, tetapi semua ibu-ibu di dunia ni. pengorbanan seorang ibu itu terlalu tinggi nilainya. mampukah kita balas semula? nanti bila Farah dah jadi seorang ibu barulah Farah tau rasanya menjadi seorang ibu...huhu..

tadi ibu balik lambat dari kerja. ibu telefon Farah dan bertanya, Farah nak makan apa hari ni? keluarkan lauk. nanti ibu masak. Farah tak tahu ibu puasa. dan Farah tak sempat sediakan apa-apa pun untuk ibu. rasa macam nak nanges je.. ='(

untuk tebus kekesalan Farah, Farah terus goreng nasi. menunya nasi goreng ladna by chef Farah. hebat! walaupun maccam tak berapa nak jadi tapi adik-adik puji sedap. yeay!! heee~.. seronok! ibu pun makan sambil senyum..rasa lega sangat!

enough talking bout me. Farah ada kisah tentang ibu yang ibgin dikongsikan bersama. mungkin ada yang dah baca kot, tapi baca je lah lagi ek? klik di bawah:



ni ada lagi satu kisah untuk anda semua. selamat malam. Farah nak tidur. wallahua'lam.

Farah
(^^,)

________________________________________________________________

sumber : http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/dis00/h_ibu.htm

DOA SEORANG IBU MISKIN



Semasa kerajaan Bani Umaiyah berkuasa di bawah pemerintahan Khalifah Mu'awiyah bin Abu Sufyan, terdapat seorang janda daripada keturunan Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam. Dia mempunyai tiga orang anak perempuan yang masih kecil dalam kedaaan hidupnya sangat dhaif dan menyedihkan.


Pada suatu hari anak-anaknya menangis tidak berhenti-henti, kerana tidak tahan lagi menanggung kelaparan. Sudah puas ibunya memujuk menyuruh bersabar namun anak-anak itu terus menangis dengan kuatnya.


"Tunggulah sampai besok nak, nanti ibu akan pergi ke pejabat kadi bertemu tuan hakim meminta sesuatu daripada harta Baitulmal' mudah-mudahan dia menghulurkan sedikit bantuan untuk kita. "


Ujar ibu itu berjanji mengharapkan anak-anaknya akan diam.
Maka pada keesokan harinya, pagi-pagi lagi ibu tadi beserta anak-anak itu datang ke pejabat tuan hakim. Setelah agak lama menunggu, barulah tuan hakim datang. Melihat ibu dan anak-anak kecil berada di hadapan pejabatnya, tuan hakim bertanya :

"Ada apa kamu sekalian menunggu di sini ?"

"Tuan Hakim ! Kami sudah lama tidak menjamah makanan. Saya sendiri bolehlah tahan, tapi anak-anak kecil ini tidak sanggup menahan lapar, jadi kami datanglah ke mari moga-moga Tuan dapat memberikan sedikit sedekah kepada kami."
Kata ibu tadi mengharap belas kasihan daripada tuan hakim itu.


"Baiklah, hari ini kembalilah dulu ! Besok aku akan berikan kamu sesuatu," tegasnya.

Wajah ibu itu ceria sedikit bila mengetahui bantuan yang diharap-harapkan itu akan diterimanya esok. Tapi bila memikirkan keadaan anak-anaknya yang sedang kelaparan itu maka timbul di hatinya untuk merayu kepada tuan hakim itu supaya bantuan itu diberikan pada hari itu juga.

"Tuan Hakim ! Terima kasih banyak di atas pertimbangan Tuan yang baik itu, tapi alangkah baiknya kalau bantuan itu diberikan sekarang ini juga kerana anak-anakku sedang kelaparan." Ibu itu merayu.

"Sudahlah, bukankah aku sudah katakan besok saja, aku baru saja datang, takkan hendak menyelesaikan urusan kamu dahulu. "Sergah tuan hakim sambil minta si ibu itu keluar dari biliknya.


Ibu itu menarik tangan anaknya untuk pulang, namun anak yang tidak mengerti itu lebih kuat lagi tangisannya kerana dillihatnya tidak ada sesuatu yang diberikan oleh tuan hakim itu.


"Tuan hakim tak bagi kita apa-apa ibu?" Tanya anaknya yang agak besar itu.
"Tuan hakim sibuk hari ini nak, besok dia akan berikan sesuatu kepada kita." Pujuk si ibu.



Pada malam itu dia terpaksa mencari jalan untuk mententeramkan anak-anaknya agar tidak terus menangis dan meyakinkan bahawa mereka pasti dapat bantuan daripada harta Baitulmal pada keesokan harinya. Namun anak-anak yang belum faham itu terus bertanya kenapa mesti kena tunggu besok kalau tuan hakim betul-betul mahu bantu. Bagaimanapun akhirnya mereka semua tertidur di dalam keadaan perut yang kosong.


Pada keesokan paginya , ibu itu pergi seorang diri ke pejabat tuan hakim sementara anak-anaknya ditinggalkannya di rumah.


"Assalamualaikum Tuan Hakim, " ibu itu memulakan bicaranya.

"Ah, pagi-pagi buta begini engkau sudah sampai ke mari, ada apa ?" Bentak tuan hakim pura-pura bertanya.

"Bukankah Tuan Hakim suruh saya datang hari ini kerana bantuan yang Tuan janjikan itu ?" Kata ibu itu.

"Bantuan yang aku janjikan ? Eh... aku tak pernah berjanji kepada sesiapa pun." Kata tuan hakim dengan nada sombong.

"Bukankah saya yang datang kelmarin dengan anak-anak dan Tuan hakim menyuruh...."


Belum sempat ibu itu menghabiskan bicaranya untuk mengingatkan tuan hakim tentang janjinya, tiba-tiba tuan hakim dengan nada keras dan suaranya yang tinggi memerintah pengawalnya.


"Hei pengawal ! Halau perempuan ini dari sini."

"Wahai Tuan hakim! kenapakah tuan bersikap zalim begini ?" Kata ibu dengan marah

"Ah.... pergi saja dari sini, jangan bising-bising, buang masa saja."
Perintah Tuan hakim.

Dengan penuh perasaan malu, ibu itu keluar dari pejabat tuan hakim sambil menahan tangisannya. Dia tidak mahu menunjukkan dirinya rendah dan hina seperti seorang pengemis yang sudah tidak punya pendirian lagi. Dia tahu dirinya dari keturunan mulia, dari anak cucu Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam yang mesti menjaga harga diri.


Ibu itu cepat-cepat meninggalkan tempat itu dengan fikirannya yang berkecemuk memikirkan nasib malang yang menimpa dirinya.


"Apa yang akan aku katakan kepada anak-anakku yang sedang menunggu di rumah ? Aku katakan tuan hakim itu telah memungkiri janjinya ? Manalah anak-anak kecil itu tahu alasan-alasan seperti itu. " Bisik ibu itu di dalam hatinya.


Dia kemudian memesongkan kakinya ke haluan jalan di mana terdapat sederetan rumah-rumah buruk yang sudah tidak berpenghuni lagi dan duduk di salah satu anak tangga di situ. Dia terus menangis sekuat-kuat hatinya sambil mengeluh :

"Wahai Tuhanku! Apa yang akan aku katakan kepada anak-anakku yang sedang menunggu? Aku tidak sanggup lagi melihat mereka menangis kerana kelaparan. Aku tidak dapat menipu mereka lagi dengan alasan-alasan yang tidak benar ! Tuhanku ! Berilah aku jalan keluar daripada kesempitan ini! Aku sendiri pun sudah tidak larat lagi menanggungnya, apatah lagi anak-anakku yang kecil yang belum tahu apa-apa pun!" ibu itu mengadu kepada Allah.


Ibu itu terus menangis dan merintih mengenangkan kesempitan hidupnya yang selalu sangat di dalam kelaparan dan dipandang hina oleh masyarakat setempat.


Sedang dia menangis tiba-tiba lalu dihadapannya dua orang pemuda yang kebetulan tadi sempat mendengar keluhan dan tangisannya, lalu menegur.


"Wahai ibu, jangan takut.... kenapa ibu menangis di sini ? "Tanya pemuda itu.

"Wahai orang muda, kamu siapa ? Dan kenapa kamu datang ke sini ? "Ujar ibu itu pula sambil mengesatkan airmata dengan tangannya.

"Nama saya Saiduq, berbangsa Nasrani dan beragama Masihi. Semua orang kenal saya di sini, dan ini pengawal saya. "Kata pemuda itu sambil menunjukkan pengawalnya.

"Saiduq, saudagar Nasrani yang kaya raya itu ke ? "Tanya ibu itu yang pernah mendengar cerita tentang kekayaan Saiduq sebelum ini.

"Kenapa ibu menangis di sini ? "Tanya Saiduq tanpa menghiraukan pertanyaan ibu itu.

"Tak ada apa-apa. "Jawab ibu itu cuba menyembunyikan.

"Tak ada apa-apa takkan menangis ? Cuba ceritakan ! "Desak Saiduq lagi.


Setelah didesak berkali-kali akhirnya ibu itu pun menceritakan nasibnya yang malang itu dan bagaimana dia hidup menderita kesusahan menanggung tiga orang anaknya yang masih kecil. Diceritakan juga apa yang berlaku di antaranya dengan tuan hakim yang sombong itu.


"Saya faham, ibu jangan menangis lagi ! "kata Saiduq.


Kemudian Saiduq menyuruh perempuan itu kembali dulu ke rumah dan menunggu bantuan yang akan dikirimkan kepadanya lalu memanggil pengawalnya dan berkata :


"Pengawal ! Berikan perempuan itu seribu dinar (nilai yang sangat tinggi waktu itu). Kemudian belikan dia dan anak-anaknya pakaian dan segala keperluan rumahnya sekarang juga! "Perintah Saiduq.


Ibu itu terkejut melihat seorang Nasrani yang begitu murah hati terhadap orang yang susah dan menderita sepertinya. Dia tidak dapat mengatakan betapa terima kasihnya terhadap orang yang bertimbang rasa itu. Meskipun dia bukan seorang muslim, namun dia tetap seorang manusia yang mempunyai perasaan terhadap insan yang lain.


Orang suruhan Saiduq itu segera pergi ke pasar untuk membeli makanan, buah-buahan dan segala keperluan dapur yang diperlukan oleh sebuah rumah, di samping pakaian untuk ibu dan anak-anaknya. Kesemuanya disampaikannya pada hari itu juga.


Anak-anaknya bergembira melihat barang-barang yang belum pernah dilihatnya seumur hidup. Ibu itu juga turut gembira, dan mulai hari itu dia tidak menangis lagi. Dalam tangannya sudah ada serbu dinar yang cukup untuk menjamin hidupnya dua atau tiga tahun lagi.


"Sampaikan salam ku kepada Saiduq serta ucapan terima kasih banyak kepadanya", kata ibu itu kepada pengawal tersebut.

Kemudian ibu itu pun berdoa kepada Allah:
"Ya Allah ! Ya Tuhanku ! Berikanlah si Saiduq itu taufiq dan hidayat untuk memeluk Islam, dan berikanlah dia daripada kenikmatanMu di syurga!"


Sementara itu pada suatu malam tuan hakim yang sombong itu telah bermimpi melihat seolah-olah dia sedang berada di Hari Kiamat. Manusia terlalu sibuk waktu itu, masing-masing mencari perlindungan mengikut amalan di dunia. Tuan hakim dibawa malaikat menuju ke syurga. Kemudian di dalam syurga itu dia dibawa masuk ke dalam sebuah gedung besar yang tinggi, indah permai penuh dengan ukiran mas merah, tingkapnya daripada mutiara putih yang berkilau-kilauan. Di suatu tingkap di situ berdiri sekumpulan bidadari yang bercahaya lebih terang daripada cahaya matahari, dan lebih menarik dan cantik daripada cahaya bulan.
Apabila tuan hakim tiba disitu, semua bidadari itu bertempik di mukanya:

"Orang yang tidak tahu diuntung ! Orang yang dalam kerugian ! Dulu kami semua adalah kepunyaanmu, dan gedung ini pula adalah milikmu. Tetapi sekarang sudah bertukar, alangkah malangnya nasibmu. Semuanya ini, termasuk kami bidadari akan menjadi hak milik Saiduq, seorang berbangsa Nasrani itu. Sekarang pergi dari sini, kami bukan hak milik kamu lagi. Tempat yang layak bagi kamu adalah neraka." Kata suara tempikan yang sangat dahsyat.


Kemudian tuan hakim itu dibawa pula ke dalam neraka, dan ditunjukkan tempatnya di situ. Pada saat itulah tuan hakim itu tersedar daripada mimpinya. Dia terperanjat dan merasa takut sekali. Dia tidak dapat tidur pada malam itu sampai ke pagi memikirkan mimpinya yang menakutkan itu.


Pada keesokan paginya, tuan hakim bergegas ke rumah Saiduq. Saiduq berbangga kerana tuan hakim datang ke rumahnya.


Tuan Hakim masuk ke dalam rumahnya lalu bertanya:
"Ada apa-apa tak kebaikan yang kau lakukan semalam?"

"Saya memang suka membuat kebaikan," jawabnya. Kebaikan yang macam mana?
Tanya Saiduq kembali.

"Kebaikan apa saja, cuba terangkan!"

"Malam tadi saya menjamu kawan-kawan minum arak, dan saya minum lebih sedikit, maka saya mabuk, saya tidak ingat apa-apa." Saiduq memberitahu tuan hakim.

"Aku tidak mahu tahu dosa yang kau buat itu, yang aku maksudkan kebaikan apa yang kau buat untuk orang lain, cuba ingat," tuan hakim naik darah.

Setelah diingati betul-betul maka teringatlah Saiduq bahawa beberapa hari yang lalu dia telah menolong seorang perempuan dan anak-anaknya yang di dalam kesusahan dan kelaparan.

"Barangkali kebaikan yang aku lakukan terhadap seorang perempuan yang mempunyai tiga anak kecil jika tidak salah aku! "terang Saiduq.

"Ya...ya, itulah dia "pintas tuan hakim tidak sabar. "Apa yang kau berikan kepadanya ?"

" Baiklah, mula-mula saya jumpa perempuan itu di deretan rumah-rumah yang roboh sambil menangis. Saya kasihan kepadanya, tanpa diminta saya berikan makanan, pakaian dan segala keperluannya serta anak-anaknya,"kata Saiduq sungguh-sungguh.

"Itu sajakah yang kau beri? "Tanya tuan hakim lagi.

"Ada lagi, "Jawab Saiduq.

"Apa dia? "Tanya tuan hakim memaksa.

"Saya beri dia seribu dinar untuk keperluan hidupnya. Saya berikan itu kerana Allah, saya kasihan kepadanya dan anak-anaknya,"Saiduq cerita kesemuanya.


Tuan hakim termenung sebentar kerana mengenangkan peristiwa yang berlaku antaranya dengan perempuan itu sebelum ini. Dihatinya sungguh menyesal perbuatannya yang angkuh itu yang menyebabkan beliau diperlihatkan bakal kehilangan segala-galanya di akhirat kelak.


"Tapi, saya ingin tahu juga apa sebabnya tuan hakim datang ke rumah saya pagi-pagi begini semata-mata hanya hendak bertanya perkara ini ? "Tanya Saiduq menduga.


Tuan hakim masih termenung, kemudian tunduk. Pada wajahnya ternyata seperti seorang yang sedang memikirkan sesuatu dan tampak sedih sekali.

"Begini Saiduq, malam tadi aku bermimpi yang sungguh menyedihkan. "Kata tuan hakim perlahan.

"Mimpi yang menyedihkan tuan ? "Saiduq terperanjat "Tapi apa kena mengenanya dengan diri saya?" Tanyanya lagi.


Tuan hakim tidak punya pilihan lain, terpaksa menceritakan segala yang berlaku di dalam mimpinya. Dia menceritakan segala gedung dan bidadari-bidadari di syurga nanti yang asalnya menjadi miliknya telah bertukar menjadi milik Saiduq kerana semata-mata kebaikan yang dilakukan itu kepada seseorang yang memerlukannya.
Mendengar cerita itu, gementerlah badan Saiduq dan dengan tiba-tiba dia menghulurkan tangannya kepada tuan hakim, katanya :


"Tuan hakim ! Sekarang saksikanlah ...... bahwa saya menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, Yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan bahwasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah, yang diutuskanNya membawa petunjuk dan agama yang benar."


Tuan hakim terpaksa menyaksikan keislaman Saiduq itu dengan hatinya sedih dan menyesal atas kelakuannya yang tidak berperikemanusiaan.


Begitulah manisnya iman. Seorang Nasrani yang berbudi mulia, dengan doa seorang perempuan miskin saja, dia telah diberi Allah petunjuk menemui jalan kebenaran, lalu menjadi golongan ahli syurga.



Dipetik daripada kitab Mukhtashar Raudhur-Raiyahin karangan Al-`Allamah
al-Yafi`i

Tuesday, 19 October 2010

.:mari berjuang! haiyakkk! :.

salam...

minggu ni merupakan study week bagi student UiTM seluruh negara. h0h0o..dengan bangganya Farah nak bagitau final exam akan bermula pada minggu hadapan. yeay! that's mean cuti sem dah semakin menghampiri. h0h0o.. miss my family s0o much!

preparation Farah nak 'berperang' ni memang lah sangat tidak memuaskan. hehe.. 1st day of study week, Farah bangun -bangun je terus online ym and faceb0ok. 0uch! teruknya.. =.=" tengahari baru bukak buku MGT. pastu malam sebelum nak tidur sempat la jugak habiskan satu chapter dlm MGT. Alhamdulillah. pagi ni Farah revise balik apa yang Farah baca. and i've remember it all! Alhamdulillah..

tepat jam 8.08 am (waktu Malaysia) hari ini r0omate kesayangan Farah meninggalkan Farah sorang-s0rang dalam bilik untuk ke Bukit Tinggi. huhu.. seronoknya d0rang. Tapi takpe lah. sebab Farah rasa kalau nak keluar jalan-jalan melihat alam ciptaan Allah ni lagi best dengan family. alaaa....tengok, rasa nak nanges lagi. I MISS MY FAMILY!

Farah nak ajak sume bloggers yang masih belajar untuk berjuang bersama-sama Farah. Let's fight for our future! ni ade sedikit cenderahati dari Farah sebelum anda beredar ye..

TiPs UnTuK BerJaya dAri Cik Farah yang MaNis..
~> bangun je dari tidur jangan lupa s0lat Subuh. penting tu! selepas bersolat duduk sat atas katil. ingat balik apa yang dah baca or belajar semalam. kalau tak ingat, cuba bukak buku balik. lepas da ingat baru boleh wat benda lain. =)
~> susun jadual belajar anda betul-betul. ini bagi mereka yang ada jadual belajar. As for myself, i don't ever have any study schedule before. it's depend on korang punya cara belajar tau. tapi kalau ada jadual lebih sistematik la. takde la kabut semacam. ehem..Farah memang kabut pun, s0 what? huhu..
~> perbanyakkan latihan. past year question help me a lot. be 'friend' with past year question. Tak kenal maka tak cinta kan? dah kenal past year, dah berchenta dengan past year, then suddenly we realise; 'eh, final exam... it's not that hard. senang je....'
~> early in the mornng, memang sangat sesuai untuk sebjek membaca. Tengahari sampai petang pulak sesuai untuk subjek mengira. malam, u can d0 b0th, wether reading or calculation. and before we sleep, boleh la baca sikit-sikit buku yang kalau anda baca mesti rasa nak tidur. huhu..
~> SOLAT FARDHU 5 WAKTU, DOA, SOLAT HAJAT, TAHAJUD MALAM, Al-QURAN. ini sangat penting. Don't never miss any of these. banyakkan amalan dan PERGANTUNGAN pada ALLAH. InsyaAllah...kita boleh berjaya. Allah selalu ada masa untuk mendengar doa dan rintihan kita.
~> last but not least, RESTU dari ibubapa dan lecturer. jangan lupa call your parent. ask forgiveness from them. sometimes, kenapa semua yang kita balajar tak letak jugak kat otak sebab TIADA KEBERKATAN sama ada dari parent or lecturer. please! remember that.
nampaknya ni je la tips yang dapat Farah share harini. it's time for Dhuha. =) g0od Luck ye sume. daa.. wassalam.
Farah
(^^,)
Tuesday, 12 October 2010

.:sahabat:.

salam...

Aku melafaz doa sekudus kasihku...





"Ya Allah, jagalah sahabatku di kala penjagaanku tak sampai
padanya..


sayangilah dia dikala rasa sayangku tak dapat merangkulnya
dalam dakapan yang nyata..


perhatikan dia kala perhatianku tak terangkum dalam kata yang
sahaja..




Engkau punya segala yang ku tak punya..


Aku ingin dia menjadi sahabatku didunia, dan harap dapat
bertemunya di syurga..


hanyha derai air mata yang bisa membenteng kami dari segunung
api nerakamu...


AMIN..."

sahabat sejati sentiasa dihati. walau se'busy' mana pun kita, kita tetap ada masa untuknya. betapa eratnya ukhuwah yang terjalin sesama sahabat. perbezaan antara sahabat sejati dan kawan-kawan biasa tu memang terasa. nak tau kenapa?





  1. kawan-kawan biasa kalau jumpa kita setakat senyum, or paling afdal pun cukuplah cakap 'hai'. tapi sahabat sejati, kalau jumpa kita mesti saling bersalaman dan berpelukan (sesama wanita ye!) lantas berkata, ' Farah! lama tak jumpa. rindu kat Farah. bla bla bla...'


  2. dikala kita sakit, sahabat sejati akan datang ziarah, tolong apa yang patut. ada juga yang sampai nak menangis tengok keadaan kita. tapi kalau kawan-kawan biasa, dikala kita menangis dalam diam dia sekadar buat tak namapak, or berkata dalam hati, ' biarlah dia. takkan aku nak menyebok hal dia kot? kang dia cop aku sebagai busybody pulak.'


  3. sahabat sejati dikala kita down or something happen, dia dapat sense sekejap je. tapi kalau kawan biasa dia takkan sedar.


  4. sahabat sejati akan sedaya upaya membantu apa yang patut, bukan mengata di belakang kita.


  5. sahabat yang sejati, dia akan membantu dengan ikhlas, tidak mengharapkan balasan. kawan biasa pula..? vice versa.




banyak lagi Farah nak state kan. tapi masa begitui mencemburui Farah. sekarang, Farah dah tak tahu which one is Sahabat Sejati and which one is Kawan Biasa. orang yang disangka sebagai sahabat sejati memperlakukan kita sebagai kawan biasa, namun yang kita sangkakan sebagai kawan biasa pula bertindak seperti sahabat sejat. KENAPA? either you believe it or not, this thing really happens. and it's happen to me. :(



whatever it is, live your lives to the fullest! don't forget, Allah is you best friend. you can trust Him and tell Him all your problems. He's always be there.. trust me.

salam sayang:
Farah
(^^,)

.:g-e-r-a-m!:.

salam..





setelah agak lama tidak menulis, arini farah nak lepas geram versi tulisan. h0h0h0o... nak tau kenapa Farah geram sangat..? ni la sebab-sebabnya..





1. thanks to UiTM c0z nak tolong anak bangsa dengan menaikkan bilangan intake untuk sem depan... BUT menyebabkan kami tak dapat duduk di kolej sem depan.. ;(





2. thanks juga kepada UiTM kerana tak provide kemudahan untuk pelajar bakal-bakal non-resident untuk sem depan. rumah sewa TAKDE! hurm.. :'(





3. kat Jengka ni dah la rumah sewa yang dekat-dekat dah takde, sebab ramai yang dah b0oking. yang ade jauh-jauh, tapi takde pagar, and keadaan disitu sangat-sangat menakutkan. keselamatan student macam mana?





4. cuba bayangkan, kalau ade kelas malam, tapi pengankutan takde. macam mana nak balik rumah? boleh tak nak pasang khemah je kat belakang blok K ni..?





5. dah tak tahu nak cakap apa. huhu.. GERAM!!!!

grr.....geram ni!!



sekian.wassalam..


Farah


('_')
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...