Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Sunday, 30 January 2011

.: tolong-jangan-bunuh-saya!! :.

salam,

kenapa ramai orang nak bunuh Farah ni? jahatnye!!! everywhere i go, mesti ade si pembunuh tu. benci! benci! benci! dah takde keje lain ke? hey mr. or miss, whoever it is, kalau anda nak bunuh diri sekalipun, perlu ke bunuh saya sekali?? apa salah saya pada anda huh?!




cuba la hentikan kerja gila ni. anda memang dilahirkan untuk membunuh diri sendiri ke? maaf diatas kekasaran bahasa saya. tapi saya dah tak tahan lagi dengan orang-orang macam anda. anda nak sangat bunuh diri? ok fine. buat lah.

TAPI, cari lah tempat yang takde orang. ni tak. buat kat tempat terbuka. paling tak tahan sangat, saya dah terang-terang batuk giler-giler kat sebelah anda. boleh pulak anda buat tak tahu je? dengan muka kerek dah-tahu-tak-tahan-bau-rokok-sila-shuhh-jauh-jauh selamber dek je anda teru-terusan menghisap benda alah tu. aisey, ni tak boleh jadi ni!

urgh, kalau saya membebel banyak-banyak pun takat masuk pintu depan, keluar balik ikut tingkap belakang buat apa. hurm...



--------------****---------------

salam,

saya anti kepada cik Farah. ala, pedulikan je cakap si Fara
h tu. dah tau nampak orang merokok pegi la jauh-jauh dari dia. tu pun nak kena ajar ke? suka-hati-diri-aku-yg-hensem-atau-lawa la nak buat apa yang aku suka. kan kan kan?

kalau benci sangat dengan orang merokok tu asal tak straight cakap terus kat dia? nak pegi bebel-bebel kat blog pulak. macam la orang kesah. kan kan kan?

eley, bukannya hisap rokok tu boleh terus mati. derita sakit sikit-sikit je. yang kau sebok-sebok apasal hah Farah? paling-paling koman pun ade sakit ni je;


  • Barah paru-paru
  • Kelelahan akibat COAD dan emphysema
  • Sakit jantung iskaemia
  • Kerosakan pada salur darah spt peripheral vascular diseases
  • Kanser pundi kencing
  • Air mani tidak normal
  • Lemah ingatan
  • Jika mengandung anak boleh terbantut perkembangan
  • Meningkat risiko kecederaan pada anak yang di kandung
  • Risiko kerosasakan sistem pernafasan pada bayi atau anak kecil
  • Risiko mengidap berbagai jenis barah @ kanser meningkat
    • dan mungkin bagi kaum lelaki boleh menyebabkan mandul


    see? sikit je. bukan ada pape pun.

    .: oh.ini.sangat.mengarut :.


    salam.

    do you believe it? i found it at faceb0ok. one of my friend ( rasanya lah) post kat dia. pape la. but Farah tetap tak percaya. huhuhu.. M E N G A R U T.


    *daaa...???? how come?*
    Saturday, 29 January 2011

    .: i'm cursed..? :.


    salam..

    ehem. bukan nak bikin kontroversi macam dalam melodi tu. betul takde niat nak kecoh-kecoh kat sume orang. hmm.. nak cerita ke tak nak? nak ke tak? tak ke nak? ngok ke ngek? *dush!* main-main lak Farah ni. ayy0..

    gini story nye. Farah tak tau la nape, but every year, mesti akan ada adengan jatuh-dengan-gaya-sangat-elegan-depan-tandas yang mana hasilnya seperti tahun-tahun lepas, lebam-lebam, sakit punggung and of course, sewel seketika..? 0h0o...




    ringkasan cerita:

    -> bermula dari tingkatan 4 ~ (lokasi: Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur) : jatuh time nak ambik wudhu'.

    -> tahun berikutnya, di lokasi yang sama still jatuh sebab ambik wudhu'.

    -> tahun berikutnya, lokasi: (UiTM Jengka) jatuh betul-betul depan bilik air disaksikan oleh sekumpulan pelajar yang cuba tahan gelak tapi tergelak jugak. ok.

    -> tahun ni pulak lokasi (UiTM Bandaraya Melaka) jatuh lepas keluar dari tandas.

    4 tahun berturut-turut..? i have enough of it. ok? no more adengan-jatuh-depan-tandas-dengan-penuh-elegan. tolong doakan Farah. =I

    p/s: sampai hati si aj gelar Farah 'kereta kebal'. FINE! bukan nak simpati. siap buat komen2 yg tak memberansangkan. sampai ati. ;(

    tukang jatuh:
    Farah
    Thursday, 27 January 2011

    .: untuk awak :.

    salam.

    hey you!

    i know that u would read my blog. so, this entry i dedicated just for u. i hope u sedar orang yang i maksudkan ni adalah u. kalau u tak sedar pun takpe la. anggap lah i cakap sorang-sorang. i tak kesah. i tau i siapa.

    1st of all, i tau u makin busy, takde masa untuk i. it's ok, i understand. i don't expect nothing much from u. everyone around me memang camtu. bukan u je. even my bff pun dah takde masa untuk i. ye la, siapalah i. tu i sedar.





    i tau i ni kuat merajuk. u pun mesti tension kan dengan i? hari-hari nak jealous
    . nak buat macam mana, i memang camtu. Tuhan da cipta i dengan sifat kuat cemburu. walau macam mana sekalipun i cuba, mesti gak timbul perasaan tu. even with my friend pun i jealous. i cemburu bila tengok orang yang rapat ngan i start rapat ngan orang lain. teruk kan i..? sometimes i malu nak admit i tengah jealous. sebab rasa macam sangat unreasonable.


    "jgnlah merasa cukup dan angkuh dgn ilmu yang kamu ada..berjalanlah mencari ilmu.. ilmu allah itu sangat luas.. semakin berilmu semakin tunduk keangkuhanmu.. buang riak dan besar diri"

    i tau i ni tak pandai sangat dalam agama. makin i belajar, makin i rasa i ni tak pandai. kenapa? i pun tak tau. lagipun, mana ada manusia yang perfect kan? sebab tu i need someone to guide me. tolong i mana yang patut. i perlu banyak belajar lagi. i hope u bole jadi orang tu.





    mungkin i ni demand tinggi, sedangkan diri tak seberapa. nak guy yang tak hensem la, nak guy yang down to earth la, nak guy yang beriman la..sebenarnya, i tak kesah sesiapa pun diri u. yang penting, u adalah jodoh yangAllah dah ciptakan untuk i. yang penting u lah orangnya, 'dia' dah tertulis di Loh Mahfuz untuk i. i redha.


    "...banyak yang bercinta, bertahun-tahun putus jua..."

    i takut nak bercinta dulu. takut hilang nikmatnya kalau dah berkahwin. tapi i buat juga. bila i cuba nak buang, hanya Allah tahu betapa peritnya. I sedih, i menangus, semua sebab u. i tau i dah tersilap. i sayangkan u lebih dari Dia. i selalu sedar akan hal ni. tapi i TERbuat juga. teruknya i.

    Dari anas bin malik radliyallahu’anhu bahwa Rasulullah shallallahu’alaihiw a sallam bersabda: “Ada tiga hal yang barangsiapa memilikinya niscaya ia akan mendapatkan manisnya iman: (1). Allah ta’ala dan Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam lebih ia cintai daripada yang lainnya, (2). Mencintainya seseorang, tidaklah ia mencintainya melainkan karena Allah ta’ala, (3). Benci untuk kembali kepada kekafiran setelah Allah ta’ala menyelamatkan darinya sebagaimana ia benci dirinya dimasukkan ke dalam api”[1]

    u, i nak berubah. i akan cuba kurangkan sikit demi sikit rasa sayang i kat u. i tak sedih i, tangisan ,i semua jadi sia-sia. i sepatutnya sedih bila Allah jauh dari i, bukannya bila u jauh dari i. u bila-bila masa je boleh pergi dari hidup i, bff i pun sekarang ni dah jauh dari i. tapi Allah, Dia sentiasa dengan i. i yang tak sedar. sebab i ingat dah ada u dah cukup. i lupa, u bukan untuk i selama-lamanya.

    sampai sini saja coretan i buat u. i akan cuba hilangkan u dari hidup i. andai kata u betul-betul untuk i, alhamdulillah. andai kata u bukan untuk i, alhamdulillah. mungkin ada hikmahnya. i redha. thank for everything. ;)



    akhir kata, selamat malam. ;)

    .: saya anak yang sangat teruk! :.


    salam..

    baru kejap tadi, tak sampai 3 minit pun lagi ketika entry ini ditaip Farah dapat call dari ibu. macam biasa la, bila seorang ibu call anak kesayangan *cewah!* dia, mesti la tanya khabar, dan soalan paling best!

    "bila akak nak balik?"

    ngeh3.. ibu rindu la tu... ingat Farah tak tau? hee~.. but then tetibe ibu tanya,

    "Farah ingat tak minggu depan ade apa?"

    "tak. ade apa?"

    "cuba ingat betul-betul minggu depan ada apa?"

    "ada apa ni buu? hmm..befday si kembar *perasan* bulan 3, akim bulan 9, farah bulan 7. ibu punya dah lepas. kita nak sambut tahun baru cina ke?"

    " ade pulak. eee...kesiannya dia.."

    "siapa?"

    "aduh, kesiannya dia...."

    "siapa? eh? ALAMAK! BEFDAY AYAH!!!"

    begitu lah al-kisahnya. yee, saya sangat teruk. i admit it. birthday ayah sendiri pun tak ingat.*malunye!* tapi kan, birthday kaum lelaki ni susah sikit Farah nak ingat. except akim. huhu.. saya seorang anak yang sangat teruk! bianne ayah. ='(



    *cuba teka diantara pakcik-pakcik kachak diatas which one is my dad? huhuhu.. kalau betul tak dapat hadiah tau.*

    Farah
    (*_*)
    Tuesday, 25 January 2011

    .:sekuntum mawar merah..:.


    salam...


    " the flower is beautiful, so are you. s0, what's your answer..?"


    ececece... romantik pulak si Farah malam-malam ni. ehem.. actually, hari ni ade 2 penghantaran bunga ros ke kelas kami, BACC 2D. walauweh! beshnye!!

    unfortunately, neither one of them are for me. *blush* haha.. mak cik ni kuat perasan sikit. maaf la ye anak-anak? *dush* ape ko merepek ni Farah oii..?

    ok. Farah sempat la jugak mem-perasan-kan diri kunun-kunun dapat bunga ros. cilok bunga ros dari cik Ezza sekejap and terperasan lak note kat bunga tu. ahah!


    aduyai... punya la dipuji-puji cik ezza ni. secantik mawar. Farah pun tumpang jeles seketika. alol0o...
    *cuba teka mana satu cik ezza...?*

    takpe Farah. nanti kalau dah kawen (ehem..jauhnya pikir) suruh la ur beloved hubby belikan bunga setiap hari sampai rasa bosan. haha.. ada ke yang sanggup wat begitu......? hmmm...

    farah
    (*_*)
    Saturday, 22 January 2011

    .:Review jdrama: tribute to Kamenashi Kazuya:.

    salam....

    si pemilik nama Kamenashi Kazuya ni telah berjaya menawan hati Farah untuk tengok sume cerita lakonannya. sebab..? dia kachak! *wink wink* hehehe... tak la. kiddin' only. sebab lakonan dia best! dan semestinya, semua cerita lakonannya best-best belaka. pandai mamat ni pilih cerita. ;p




    selain bakat dalam berlakon, actually si kame (panggilan manja bagi kamenashi kazuya) ni penyanyi tau! He's one of the member of Japanese group, KAT-TUN. 0m0o...h0t nye..!! *gediks sey!*



    yamato nadeshiko shichi henge, dalam masa 2 hari je Farah dah habiskan 10 episode. *urgh, ayat keling!* sanggup bersengkang mata tak tidur petang lepas habis je ppkp (program pembangunan kemahiran pelajar) anjuran UiTM semata-mata nak habiskan cd yang ke-2. hehehe... teruknya!





    Selain yamato nadeshiko shichi henge, si Kame ni turut berlakon dalam Nobuta wo Produce bersama yamashita tomohisa dan horikita Maki. cerita tu pun best.


    another drama yang Farah dah tengok hasil lakonan kame ni adalah Gokusen 2. yang lain..? on the way. hehehe... nak tau lagi lanjut, sila la tanya kat pok cik g0ogle ek..?


    Thursday, 20 January 2011

    .: Lelaki dan Wanita :.

    salam.

    info ni Farah dapat dari SINI . s0 anak-anak, let's check it out! ;)

    Perihal Lelaki :


    seawal umur 5 - 7 tahun, kanak-kanak lelaki sudah tahu seks dan akan mencuba melakukan seks secara tidak sedar, sama ada geseran atau main-main alat kelamin kawan-kawan.


    8 hingga 10 tahun sudah pandai melakukan onani. Jangan sekali-kali marah pada anak-anak yang melakukan onani. Nasihatkan mereka secara baik, katakan perbuatan itu tidak baik.


    Lelaki Peringkat Remaja, 10 hingga 19 tahun. anak lelaki sudah pandai dan tahu seks dan ingin mencuba, jika ada peluang. Mereka akan membaca buku-buku lucah dan menonton CD blue bersama kawan-kawan.Mereka kerap melakukan onani.


    *PERHATIAN: KEPADA MEREKA YANG MEMPUNYAI ADIK-ADIK DIKALANGAN UMUR SEBEGINI, SILA PERHATIKAN MEREKA ELOK2 YEE...*

    Peringkat Dewasa 2o tahun, Peringat ini lelaki sudah bersedia untuk berkahwin. Bagi yang nakal mereka mungkin akan mencuba seks dengan teman wanita atau sesiapa saja yang rapat dengan mereka. (BERDOSA!)


    Peringkat Umur 30 – 40 tahun lelaki yang berumah tangga sudah mula matang dan mula mengintai wanita-wanita lain selain dari isteri. GATAL!


    Peringkat 40 tahun keatas bila lelaki sudah kaya dan establish, mereka menjadi miang dan mencari wanita lebih muda. *INI MEMANG REALITI* Bagi yang baik dan jenis yang menghargai, mereka akan kekal dengan isteri pertama. yang ini memang Farah suka. ;p Bagi yang GATAI, MENGADA DAN (tak tahu nak label apa lagi) akan mula berusaha untuk mendapatkan isteri kedua, seterusnya isteri ke3 dan ke4. sangat TAK SUKA!


    Wanita-wanita muda 16 hingga 25 tahun sentiasa mengoda lelaki yang kaya. Trend gadis masakini, lebih suka lelaki dewasa yang kaya kerana mereka sudah memiliki segala kemewahan hidup. Mereka yakin hidup dan masa depan mereka lebih terjamin. dislike!


    dah puas usha bahagian lelaki, now let proceed ke bahagian....

    Perihal Ladies! :


    Usia 1 hingga 10 tahun

    kanak-kanak perempuan cepat membesar dari lelaki, pada peringkat ini sedikit demi sedikit kelihatan kegadisannya menonjol seperti lagak jalanan, suara, jenis permainan. oh ya, breast dan juga hips dorang mula terbentuk.


    Usia 11 hingga 19 tahun

    Alam remaja, haid datang buat pertama kali. ehem...gadis TAKDE ye mimpi pelik2.


    Usia 15-16, 17 tahun anak-anak remaja perempuan mula pandai berbohong dan pandai jumpa boy friend.(alhamdulillah Farah tak menghadapi situasi gini. ) Mula meminati lelaki dan cakap soal lelaki. (ni ada lasikit..kot..?)

    Mula mencari jalan untuk jumpa dengan boy friend (TAKDE TAKDE TAKDE!).

    Berkhayal untuk bermesra dengan lelaki. ( BAHAYA NI!! BUT SERIOOUSLY TAKDE!)


    PERHATIAN! Jika melakukan seks diwaktu ini, ia boleh menghamilkan seseorang perempuan. Awas ! IBUBAPA SILA JAGA ANAK GADIS ANDA!


    20 hingga 28 tahun

    Sudah pandai seks dan alam rumah tangga.

    Mengurus rumah tangga.

    Waktu ini harus banyak bersabar, kerana banyak hal-hal berlaku dalam rumah tangga diluar dugaan. huhu..


    29- 40 tahun keatas wanita mula sibuk. dengan anak-anak, suami, nak kena jaga suami betul-betul coz nanti suami cari lain. OH TIDAK!

    .: pernahkah...? :.


    salam..

    pernahkah anda rasa:

    • apabila anda tak tension TETAPI dikatakan sedang tension,

    • apabila anda sedang merajuk TETAPI takde orang pun perasan
    (especially to someone yang u all memang nak dye tau uall tengah merajuk)

    • apabila anda gembira TETAPI takde orang nak berkongsi gembira dengan anda,

    • sunyi TETAPI takde sesiapa pun menemani anda

    well, welcome to the group. mix together all the portion and wallah! anda akan dapat

    ...PERASAAN CIK FARAH NURAZRINA KETIKA INI...

    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    TAHNIAH. =)

    .:jam 2 pagi dan saya tak tidur lagi :.

    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

    “Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.”

    (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


    salam..

    i wonder la kenapa kan time-time kita perlukan someone mesti time tu takde orang ade dengan kita?

    ok. maybe bukan selalu la. but still, time-time i really-really need someone, that suppost to be close to me, they kinda dissapeared. hall0o..? WHERE ARE YOU...?




    no offense la. if someone-that-i-know tu sedang hadapi problem, i really try hard to help them. eventhough maybe dia nak sembunyikan problem tu dari Farah but still, selagi boleh, i try....VERY HARD untuk korek dalam-dalam rahsia dia tu. bukan nak aibkan dia or whatever-that-he-think-i'm-trying-to-do but i just want to help them. want to share their problem. want to shuuh the problem away eventhough they didn't think that i'm doing it. *i have to use term 'them' coz tamau ade orang lain yang terasa*


    w-h-a-t-e-v-e-r!


    i'm tired doing things that people don't appreciate. *is it so..?* ok. i lied. Farah takkan penat nak dengar or share problem dengan orang lain. c0z i love all my friend. kalau ada one of my housemate bace entry ni, mianne, sorry, maaf, i can't share it with you guys. u all ade problem sendiri. tak nak la bebankan korang. not that Farah anggap korang macam orang luar. SUMPAH TAK! it juz that, u all terlalu matured. Fera (panggilan mereka pd farah) lak sangat kebudak-budakkan. rasa maluu jeeee.... =((

    terlalu banyak problem datang kepada Farah. mungkin sume problem ni datang sebab Farah dah makin jauh daripada Pencipta. ahah! i knew it! that's why! Ya Allah... how can i never thought that from the start..?




    Subhanallah.. now i remember. before this whenever i got problem, to Him i shall complain. ask for forgiveness, ask for guidance. but what happen now...?


    “Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, supaya mereka selalu berada dalam kebenaran.”
    (Surah al-Baqarah, ayat 186)

    Ya Allah...malunya...
    Tuesday, 18 January 2011

    .: ada apa pada nama...? :.


    salam..

    baru tadi Ana, my h0usemate merangkap my r0omate yang giler2 juga bercerita mengenai 'Tragedi di Sarawak' which is kalau korang order nasi goreng ikan masin, korang akan dapat nasi goreng dan ikan masin sekor. beserta kepalanya! huh..?

    Then Farah dengan naifnya mencari nasi goreng ikan masin kat rumah p0k cik g0ogle. teringin sangat nak tengok. huhu.. but unfortunately ALL OF MY
    H0USEMATE ternampak Farah buat benda 'bijak' tu, dan terjadinya aksi 'jom-kita-gelakkan-dia-kuat-kuat'. ha-ha-ha. ye saya memang naif nak buat cam mana kan..?




    dorang cakap lebey kurang macam gambar di atas la. but then ikan kat atas ni banyak sangat. and takde KEPALA. huhuhu... still tak boleh bayang. hmm...


    suddenly Farah teringat. ibu pernah story-merry pasal asal usul nama NURAZRINA. ehem... tu nama saya ye..? *wink wink* huhu.. my mom cakap tu hasil gabungan nama both of my parent, which is;

    Nur- ambil daripada Noraini
    Azri - nama yang ayah guna masa ayah flirt ibu zaman d0lu-d0lu. haha.. my mom said that he was ashame wif his own name - Asri c0z it s0und like an old man! ngeh3... ayahku..ayahku..


    funny isn'it? tak sangka ada orang boleh malu dengan nama sendiri.erk..? conclusion nya, tolong jangan malu dengan nama anda. saya berbangga dengan nama sendiri, iaitu Farah Nurazrina. ;)

    p/s: ehem2, sila jangan tiru nama farah. ;p

    Farah
    (^^p)
    Friday, 14 January 2011

    .:Bertudung Tapi Hanya Hipokrit :.

    salam..

    entry ni farah dapat dari e-mail. selamat membaca. ;)


    from Seutas Renungan, Tasbih Perjuangan by Mohd Yusof Hadhari Bin Saidon



    Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.



    Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher).



    Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat. Mereka bertudung tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka. Baju, seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh.



    Bagi yang memakai baju kurung, ada yang dari kain yang nipis dan jarang. Bagi yang berbaju kebaya, ianya terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang. Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang. Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya.



    Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada. Lelaki-lelaki yang memandang tidak berkelip melihat mereka. Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki yang bukan muhrim, pengotor dan pelbagai karenah lagi. Walaupun saya tidak memakai tudung, saya menjaga solat, pemakaian dan tingkah laku saya.



    Kawan-kawan saya ini ada menyuruh saya supaya terus memakai tudung tetapi saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang.



    Semoga ALLAH membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Amiin...

    - Diera -



    JAWAPAN



    Ada beberapa perkara yang saudari utarakan dalam soalan dan ingin saya berikan respon ringkas. Iaitu :-



    1) Isu tidak mahu bertudung ( menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokrit serta tidak mahu berubah kerana disuruh.




    Sebenarnya isu ini telah agak banyak saya sentuh di dalam artikel-artikel yang lalu seperti berikut :-


    * Aurat wanita apa sudah jadi?

    * Wanita, aurat dan Kerjaya




    Namun demikian, disebabkan soalan ini ada menyentuh beberapa isu yang agak semasa dan kerap, saya berasa perlu untuk memberikan ulasan tambahan.




    Begini ulasannya, Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.



    Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu.



    Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis.



    Atas sebab itu, pemandu yang asalnya ‘brutal' di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK. Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab lauaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.



    Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut).!


    Justeru itu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya.

    Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.



    Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam.



    Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.




    Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.



    Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.




    Kesimpulannya, ‘ingin berubah hasil hati sendiri', ‘tidak ikhlas' dan ‘tidak mahu hipokrit' itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.



    2) MEREKA YANG BERTUDUNG TAPI TIDAK SEMPURNA DAN BERAKHLAK BURUK.




    Sebelum mengulas, isu sebegini telah pernah saya ulas sbeelum ini di artikel : Bertudung Sambil Hina Hukum





    Kembali kepada persoalan saudari, dari bait-bait ayat saudari, kelihatan saudari begitu benci dan terganggu serta terkesan dengan keburukan akhlak dan cara tutupan aurat rakan sekerja yang lain yang dikatakan memakai tudung tetapi ketat dan sebagainya. Sehingga saudari merasa mereka semua hipokrit, buruk perangai, pengotor dan sebagainya, walau bertudung.





    Sebelum itu, saya perlu ingatkan saudari dikira bertuah kerana mendapat kerja di sebuah syarikat yang begitu perihatin dalam masalah agama sehingga mewajibkan kakitangan mereka untuk menutup aurat.




    Satu perkara mesti jelas juga, semua wanita yang bertudung tetapi berbaju ketat, skirt panjang terbelah, berbaju kebaya sempit dan sebagainya, semua mereka berada di satu level pada pandangan Islam. Iaitu SEMUA SEDANG MELAKUKAN DOSA DAN SEMUA TIDAK MENUTUP AURAT.



    Justeru, adalah SALAH bagi saudari menganggap ‘rakan sekerja itu' SEBAGAI MENUTUP AURAT TETAPI BURUK AKHLAK DAN BEROSA. Sebabnya, mereka juga TIDAK MENUTUP AURAT.





    Malah jika mereka benar-benar menutup aurat sekalipun, adalah SALAH untuk merujuk kepada mereka dalam menetap pendirian sama ada saudari perlu sudah sampai masa untuk menutup aurat atau tidak.




    Ingatlah bahawa yang diwajibkan oleh Allah bukanlah hanya bertudung kepala dan menutup leher, tetapi menutup seluruh bahagian aurat tubuh sebagaimana yang telah saya terangkan di dalam artikel ‘Aurat Wanita Apa Sudah Jadi'




    Selain itu, adalah salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan uuntuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.




    Jelas dari hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha



    Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak.




    Sabda Nabi :-
    خَصْلَتَانِ من كَانَتَا فيه كَتَبَهُ الله شَاكِرًا صَابِرًا وَمَنْ لم تَكُونَا فيه لم يَكْتُبْهُ الله شَاكِرًا ولا صَابِرًا من نَظَرَ في دِينِهِ إلى من هو فَوْقَهُ فَاقْتَدَى بِهِ ونظر في دُنْيَاهُ إلى من هو دُونَهُ فَحَمِدَ اللَّهَ على ما فَضَّلَهُ بِهِ عليه ..



    Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)



    3) WALAUPUN TIDAK MEMAKAI TUDUNG (MENUTUP AURAT) TETAPI MASIH JAGA SOLAT DAN MAMPU MENJAGA TINGKAH LAKU.



    Tahniah atas kemampuan saudari untuk terus menjaga solat dan menjaga tingkah laku, namun solat yang hakiki dan ikhlas akan menghasilkan seorang yang gerun melakukan dosa, serta akan mendorong sesoerang untuk tanpa lengah menunaikan tanggungjawab yang diarahkan Allah.



    Namun apabila saudari terus redha dalam pembukaan aurat sedangkan saudari menunaikan solat, ia bermakna solat saudari juga bermasalah. Tapi jangan pula mengatakan, "kalau begitu saya tak mahu solat kerana tak mahu hipokrit", ia telah kita bincang di atas tadi.



    Juga, buktikan kepada diri bahawa jagaan solat saudari adalah benar-benar sebuah ketaatan dan bukan hanya kosong tanpa isi. Tanda awal ia adalah benar-benar sebuah solat adalah saudari akan terbuka hati dengan cepat untuk menutup aurat tanpa terkesan dek buruk perangai orang sekitar yang kononnya menutup aurat tetapi buruk.



    Justeru, saya menasihatkan saudari agar segera keluar dari jenis individu yang saudari sendiri benci (bertudung atau tutup aurat tapi tak solat, mengumpat dsbgnya). Saudari membenci perangai mereka tetapi dari sudut pandangan agama, saudari sebenanrya adalah sebahagian dari mereka kerana :



    Mereka yang menutup aurat dan buruk perangai adalah sama darjatnya dengan mereka yang solat tapi tidak menutup aurat. Kedua-duanya tidak bertanggungjawab terhadap Allah dan sedang melakukan dosa.



    Malah saudari juga patut bersyukur mendapat ibu yang prihatin soal kewajiban agama, terlalu ramai ibu di zaman ini yang hanyut dan lebih suka anak perempuan mereka mengikuti gaya yang disukai syaitan iaitu seksi.



    Lalu apabila ibu menyuruh, Allah juga mengarahkan, maka saudari bukan sahaja berdosa kerana aurat saudari yang terbuka, malah juga berdosa kerana tidak mematuhi suruhan dan harapan ibu, selain berdosa melanggar arahan Allah.



    Bukankah mentaati ibu dalam hal yang tidak membawa dosa adalah WAJIB?. Dan jatuh derhaka bagi seorang anak yang mengguris perasaan ibu, khususnya dalam hal nasihat ibu untuk kita mentaati arahan Allah swt.



    4) BUKAN SEKARANG MASA UNTUK BERUBAH.?


    Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin beurbah. Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.


    Kebaikan dan pelaksanaan tanggungjawab jangan sesekali ditangguhkan, kelak tidak kempunan di hadapan Allah.


    Moga Allah membantu saudari untuk segera berubah dan terbuka untuk menerima jawapan ini.
    Saya juga doakan saudari untuk segera berHIJRAH KE ARAH kebaikan, dan teruslah kita semua berusaha untuk ikhlas dalam semua amalan kita.


    Sekian


    Zaharuddin Abd Rahman
    www.zaharuddin.net
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...