Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Friday, 18 February 2011

.:Matlamat cik Farah yang manis..:.

salam..

ehem2.. harini Cik Farah nak citer sikit pasal matlamat baru yang baru Cik Farah cipta setelah dipujuk oleh my lovely mother coz takut anak dara kesayangan dye yang sorang ni 'comel' sangat, or dengan erti kata lain, g0m0k sangat. but, G0m0k is Sehat rite? so what's the problem..? ayayayai...

my mom once said this to me;

+ "Farah, ayah komplen Farah dah makin gemuk. kena kurus balik ni"

-" alaa..bu ni, biar la. kalau g0m0k la takde orang nak kacau. baru boleh belajar dengan aman. THUS, BOLEH DAPAT ANUGERAH DEKAN SETIAP SEM. ibu tak nak ke..?"

+"sheeh! jangan nak ngade. kalau kurus tu tak boleh berjaya ke? takde2. Farah tak malu ke sekarang nak pakai baju pape pun dah tak muat?"

-"shhh...ibu ni. ade ke cakap camtu. biar la. orang bahagia hidup camni. hee~"

+"ah..takde2. cuba bayangkan kalau dapat hubby kurus tapi Farah..? tak malu..?"

-" eh ibu ni.. tu la lagi bagus. baru rumah tangga seimbang. sorang besar sorang keding. aman. bahagia. senantiasa. bagai pineng dibahagi 2"

+" eh2? mana ada. bagai pinang dibelah kapak ade la."


****oh2, ayat ibu takde la sebrutal cam kat atas. tapi is kandungan dye lebih kurang gini la...btw, pinang dibelah kapak tu memang betul ibu yang cakap. sampai ati... ;(****



kalau nak berjaya dunia akhirat, kita kena lah dengar cakap parent kita okeh? jangan nade-nade nak bantah-bantah. tapi kalau bende tu dah serious sangat sampai babitkan agama, maruah or something teruk yang korang boleh fikir, silalah jangan ikut. okeh2, meh tengok sedikit preview daripada matlamat baru Farah.



*

POINTER à ABOVE 3.5

* *MAKAN à nasi..? AVOID

kurangkan.

* à ayam..? 2x sehari seminggu! (boleh ke?!)

* *AMALAN à RAHSIA! But don’t forget to baca Al-Quran every day. InsyaAllah.

* *BELAJAR à

pagi-pagi mesti belajar. Korean drama..? selalu kuran

gkan!

* *BERANGAN àBefore tidur je boleh. Eh2..?


sengal kan? hurm.. tulisan ni tibe-tibe jadi lain pulak. aduyai.. oh ye. korang pernah dengar tak Detox Foot Patch? ala..benda yang tampal-tamopal kat kaki nak buang toksik dalam badan tuu.. haaa.. penah dengar kan kan kan? bagi yang tak pernah dengar korang boleh la tanya kat umah pak cik g0ogle k? =)






p/s: tibe2 m0od di'spoilt'kan oleh si AJ. GREAT. THANX A LOT. memang suke cari pasal kan? okeh fine. kite masuk UiTM untuk belajar. bukan untuk calling2 and gaduh2. s0, lets us jauhkan diri masing-masing. malas nak gaduh2. BYE!
Thursday, 17 February 2011

.:yes! tamat sudah hikayat ....?:.

salam.

i'm quite sad rite now. 1st of all, Alhamdulillah, sume soalan Law tadi Farah tau jawapannya. syukur sangat-sangat sebab Allah beri minda yang cerdas untuk mengingati sume case dan section yang berkaitan. BUT! boleh pulak masa mencemburui Farah? memang tak boleh tengok orang bahagia betul. 1 soalan tak SEMPAT JAWAB! arghhhh! ruginyeeeer.... ;(

2nd thing, is that Farah dah langgar resolusi sendiri. aduyai.. my resolusi yang baru ---->avoid nasi. BUT somehow Farah TERmakan jugak walaupun separuh je. aduyai... eottoke..? ni mana ade chance nak kurus. asyik langgar resolusi sendiri je. ;(

3rd, sedang asyik tengok We Got Married - pasangan Khuntoria (nickhun & Victoria) tibe-tibe dapat tugasan untuk wat note Marketing. then suddenly teringat;

'selasa next week aku ade 2 test. Ahad aku ade test Tax. Isnin aku ade test Maf. owh..banyaknye test aku..?'

bagus kan? test-test menanti but Farah boleh senang lenang tengok drama. ade yang nak kena ni..? huhu..

4rd, sekiranya anda berpuasa dan anda mempunyai perut yang sangat sensetif, sila jangan makan makanan yang pedas-pedas. walaupun ianya lazat. walaupun anda baru belajar makan pedas. or else, perut anda akan sengsara seperti Farah. sekarang. ouch!

okeh, tamat sudah hikayat marang-merapu-tak-abes-abes Farah ni. penat la. sakit peruuut. huhu.. daaaa...~
Wednesday, 16 February 2011

.: Law of korean partnership..ade ke..? :.



salam..

for your information, sekarang ni musim test-datang-mencurah-curah-ke-ladang-gandum dan seperti biase, Farah dengan bangganya akan buat statement kat fesbuk begini;


...bye2 blogger, bye2 korean drama, bye2 fesbuk...


"huh? dah tu yang kau tengah taip ni ape Farah oii..?"

"errrrr...."


teeeeet! kantoi disini. aduyai.. diam-diam Cik Farah ni tengok gak citer korea dye, siap nanges-nanges lagi. i hate sad ending! hurm... ni cam mana nak dapat pointer tinggi-tinggi ni..? cakap tak serupa bikin. dush! amek ko Farah!



Hong Gil Dong. siap tengok 2x. sengal!

hehe..tak boleh la gini. khamis ni a.k.a esok ade Test Law. Farah pulak sibuk tengok 'We Got Married'. aaaaaarrrrgggghhhh!!!!! ape kes?! pastu dengar lagu-lagu ost 'Hong Gil Dong', sibuk hingus nak meleleh. nanges. choy! sad ending tu dalam drama korea je. bukan betul-betul pun. feeling je lebih. aduyai.. kena dengar lagu-lagu cite tu berulang kali kot baru dapat terima hakikat yang that kind of ending only happen on drama. that's it! i'm gonna do it!


seoyong couple..We Got Married! comell... ;)

dush! dah la. kembali ke alam yang nyata. priority Farah masuk UiTM ni untuk belajar, not for crying-over-stupid-sad-ending-of-korean-movies. ingat tu kawan-kawan! jangan jadi macam Farah ni. giler korea sangat. sampai boleh jadi camni:

+"ana, lusa ade test Law"

-"dah tu? da study? iye2 je wat statement no more korean drama. tu yang fera ngah wat tu pe? esok2 jawab la law korea tu. tu yang masuk test kan?"

+"'ah la. mana ana tau? kitorang belajar Law of korean. masuk test tau sume tu! sebab tu kena tengok dengan kusyuk..."

ahah! anak sape la ni. ish3...
Tuesday, 15 February 2011

.: jom share problem. =) :.



salam..

anda ada problem? berat sangat sampai perlukan someone untuk share problem tu? ahah!Silalah kongsi problem anda dengan 'Dia'. ye..'Dia'. Allah sentiasa ada untuk anda. =)

ehem.. sedikit info Farah nak kongsi. rasanya ramai yang dah tahu. saje nak kongsi lagi. ;) instead of sharing your problem with friend, or maybe your parent, why don't u just share it with Allah.

macam mana? how?

dengan berdoa. lagi-lagi lepas solat. InsyaAllah... hati anda akan lebih tenang. tenang giler. plus, kalau nak nanges pun kita tak rasa malu. coz kita nages dengan Pencipta kita. betul ni. kalau tak percaya, cubalah.




si aj ada problem semalam. problem apa entah, i don't care much. coz dye ni memang susah sikit bab nak share problem dengan orang lain. urgh..hilang m0od nak dengar problem dye. untuk pengahuan anda, cik Farah ni kuat jeles orangnya. ngan member pun nak jelez, even ngan adik-adik pun nak jelez. hehehe... nature cik Farah memang gini. si kuat jelez. eh..?apa kaitan??

berbalik pada kisah si aj tadi, suddenly dye cakap problem dye da settle. then still tak nak share problem dengan farah. ok. up to you la. yang penting anda berbahagia. TAPI, Farah memang suke dye tak nak citer problem dengan Farah.coz kalau dye cite kat Farah pun bukannya farah boleh wat pape. baek dye citer kat Allah. Allah knows better. and, i don't feels jeles at all. bagus kan? hehe..



p/s: happy b'day ya Rasulullah. jom selawat banyak-banyak keatas Nabi. ;)
Sunday, 13 February 2011

.: tribute to Rasulullah s.a.w: adab minum Nabi. :.

salam..

sempena maulud nabi yang makin hampir ni, i think i would like to share something b0ut our beloved prophet, Nabi Muhammad s.a.w. Farah jumpa ni dalam e-mail. segala kesilapan harap maaf. sekadar ingin berkongsi. ;)


**********

Adab Minum Rasulullah S.A.W

03 Muharam 1432H
Oleh : Markisa Razak


Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.


Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak
dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.


Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.

Minuman Manis dan Sejuk

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk"

Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).

Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk"

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum :

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
9. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain, Hadis menyatakan bahawasaki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.
Saturday, 12 February 2011

.: sayang tapi...... :.

PERHATIAN: ENTRY INI SANGAT MENGARUT DAN JIWANG. BAIK JANGAN BACA KALAU RASA ANDA JENIS YANG TAK SUKA PADA ENTRY CAKAP-KOSONG-YANG-SANGAT-JIWANG-LAGI-MENGARUT. SEKIAN, TERIMA KASIH.



salam...

arini, biarlah Farah luahkan segala yang terbuku dihati.. izinkan Farah menggunakan 'aku' sebab nak bagi feeling sikit. eh2..?

hmm..aku kenal dia since form 4. aku ingat lagi, time tu aku mentah sangat. baru nak menginjak kealam remaja. bila semua member-member aku ade, aku pun nak gak. penat gak la aku merayu-rayu kat ayah untuk benarkan aku memilikinya juga. puas kena marah, bebel, dan macam-macam lagi. aku terima je ngan redha dan penuh sabar. kalau ikutkan kata-kata ibu;

+ "dulu ibu dah kerja baru ade. ngade ea Farah?"

- "huhu.. tu zaman dulu bu. skarang da lain. ibu memang tak faham Farah!"

- "huh..?"

eh2? ni bukan aku yang cakap ni. ni hati-aku-yg-mengada-ngade-gedik-sangat yang cakap. Farah ni baik budaknya. *uweek!* so, instead of cakap camtu aku juz buat muka redha dan diamkan diri.

tapi... akhirnya, setelah lama mengusha rakan sejenis kau, last-last aku dapat gak kau. tak tau la cam mana ayah boleh bagi green light. ibu siap tolong propose lagi, tanyakan whether aku ni kekasih pertama or kedua. oh, of course la aku ni kekasih kedua. ;(

tapi takpe, aku redha. aku hepi. aku siap tayang kau kat membe-membe aku. ngeh..Cliché kan? budak pompuan memang gitu. dapat sumthing je terus gosip-gosip. aku? of course la tak terkecuali. hehehe... oh, aku namakan kau sunny.

selapas bertahun-tahun kita bersama, tahun ke-4 kau mula buat perangai. s
alah aku ke? yee..aku paham. aku ni ganas, selekeh, kurang take care pasal kau tapi tak bermakna aku dah tak nak kat kau okeh? hubungan kita asyik on-off je. aku tensen! kalau ikutkan, orang lain siap ada dua lagi. aku cukup setia ngan kau, tapi kau buak perangai. fine k! aku pas kau kat orang lain. moga kau berbahagia dengannya. oh, nampaknya kau memang bahagia dengan dye kan? samopai dah tak ingat kat aku. ='( bye sunny!

then, adikku kenalkan aku dengan kau. aku namakan kau, ki. cam biasa la, aku mesti la kekasih kau yang ke-brapa ntah. lantakla. malas nak pikir lagi. dengan kau ki, kita sgt serasi. walaupun kau banyak kekurangan, tapi aku suka sangat kat kau. aku tau kau pun sama.=)

tapi.... kusangkakan panas hingga ke petang. ceet! ayat nak jiwang-jiwang lak. piiiraaah! last week, kau pergi meninggalkan aku. dalam bank Islam lak tu! betul-betul lepas aku keluarkan duit kat bank, aku tak sengaja ter'accident'kan kau. oh no! hidup aku tak keruan aritu. kau koma. aku bingung. rasa nak nagis pun ada.tapi, ayah tiba-tiba offer aku RM 10o untuk lupakan kau. errr....aku TERambil duit tu. BUT! aku still jaga kau. aku kan sayang kau ki.

aritu jugak aku terus jumpa 'tri'. kau sangat menawan. aku pun diam-diam dah lama usha kau. tak sangka akhirnya kau jadi milikku. dengan hantaran tambahan dari aku sebanyak RM33o, kau dah jadi milikku. walauweh! Syukur sangat2. aku janji akan jaga kau baik2. syukur ya Allah kerana pertemukan aku dengannya. for the 1st time aku dapat jadi kekasih pertama. ;)


nilah dye sunny, ki dan tri.

si sunny

si ki


dan ni lah kekasihku skarang- tri. ;p

yg karut lg mengarut:
Farah
(^^p)

Thursday, 10 February 2011

.:Sepetang bersama Farah...:.

salam..

it has been a while since my last entry rite? biasalah.. student yang baik lagi comel ni lepas balik dari cuti je mesti dapat hadiah daripada lecturer. quiz? assignment? test? presentation? apa lagi? semua ada. ole-ole terbaek la katakan..


sepanjang Sebulan lebih Farah dah 'menetap' kat bumi Melaka ni, boleh dikira dengan jari berapa kali je Farah keluar selain daripada pegi kuliah. well, Farah kan anak dara sunti. manesuka keluar-keluar ni. hehe.. *sila jangan muntah.;p*


oh2! a few day before, for the first time Farah keluar beriadah bersama Cik Faa.. hehe.. seronok jugak tau beriadah sambil menikmati alam sekitar ciptaan tuhan. ;) okey2.. enough talking. meh sini kita cuci mata bersama-sama ek..?




baru perasan ada tanjak kat jambatan ni. no wonder la dorang senut jambatan tanjak. atoyai..malunyer....*blush*



teringin tak nak naek...?


berfikir seketika...macam ni rupanya orang yang berusaha cari sumber rezeki. dorang ni baru pas menjala ikan kat sungai melaka. huhu..


Cik Farah baru sedar yang beliau mempunyai kaki yang sgt panjang. muhahaha...





eh2? haha.. ni la Cik Faa kite. ;)


hoho.. ni ahjumma ara. i really look like an ahjumma didn't i? *ahjumma->aunty*



aik?? nape ain pakai tak nampak macam ahjumma pun?! aaaarrrrrrrrrr!!!

Farah
(^^,)
Thursday, 3 February 2011

.: i'm here..perak! (part 1) :.




salam..

welcome to Perak. h0h0o... untuk cuti kali ni Farah sekeluarga berjalan-jalan-mengelilingi-dunia-ops-Malaysia-je ke perak. oh yeah.. sangat seronok. ayah Farah ni jenis yang suke wat plan mengejut. kejap kata jadi, kejap kata tak. al-maklumlah, kan sejak akhir-akhir ni hujan je, sampai banjir! last-last, tengok semalam cuaca baik je terus cakap;


" ok anak-anak, esok kita pegi Perak. mandi kat Lost World of Tambun." *erk, ayat ayah bukan se-skema gini yee..*


so, jadilah plan kami nak ke Perak arini. pagi-pagi lagi (dalam kol 5) ayah kejut anak-anak ayah sorang-sorang. semangat betul ayahku ni. tambah tolak dalam kol 6 lebih kami bertolak dari rumah. on the way nak ke Perak tu Farah sebagai setiausaha-tak-rasmi terpaksa menge-call satu-satu hotel + homestay yang available untuk harini. perh...sume PENUH! ramainya orang bercuti kat Perak.. =.="

ok. dipendekkan cerita kami TERSESAT. nak menghala ke Butterworth pulak tu! aduyai.. main pusing-pusing kat Highway, memang takde keje. akhirnya, tepat jam 12 kami sampai ke homestay Sha Eja, yang mana PENUH JUGA. tapi, g0od news dorang punya membe ada buat homestay gak. Akhirnya.......sampai la kami disini...


*muka tensen sebab sesat*



*gaduh sebab sapa-nak-belikan-makanan-kat-luar-sebab-dah-sedap-dapat-dok-kat-umah. sesored cikit ye pic ni*


*homestay kami*


****TO BE CONTINUE****


err, nampaknya penulis terlalu penat and i really need an anti-dandruff rite now. arrrghhh! apedie? nak watpe..? hmm...RAHSIA! muahahahaha....

p/s: kan da cakap, penulis terlalu penat. penat tido dalam kete. tu yang jadi sewel seketika tu. ish3...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...