Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Wednesday, 30 March 2011

.: ponteng kelas dan Test 2 MKT keranamu.. :.

salam..
just nak singgah sebentar before nak teruskan buat assignment yang tak siap-siap lagi ni. huhu.. next week bermula lah serangan 'test 2' yang datang bertubi-tubi disertai MUET. ahah! tak lupa juga cik meggi ( migrain) yang dah start datang bertandang arini. g0od. sangat seronok. nak-nak pulak MUET clash dengan Test 2 MKT. yes. feel the excitement here!




Sunday, 27 March 2011

.: akhirnye...:.

salam..

arini, dengan bangganya Farah nak cakap yang Farah dah berjaya buat benda yang Farah sepatutnya buat dari dulu. yes! kayu penghalang dapat ditinggalkan. lega..? yes i am. sedih? of course. ala.. sementara je. nanti ok lah. i'm quite strong girl okey? hehe..

kepada cik An Najwa, maaf la tak dapat update pic payasum tu kat blog. banyak sangat rintangan la minggu ni. i guess Allah loves me a lot. He gave me a lots of challenge that i....just...can't go through at first. but i think slowly, i'll manage to go through it. InsyaAllah.

tolong doakan Farah. semoga Farah kuat harungi dugaan. InsyaAllah. syukran. =')
Friday, 18 March 2011

.: bila si innocent menangis... :.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah al-Nahl, ayat 96)



as salam.

baru seketika tadi housemate Farah yang sangat pure and innocent menangis. sebabnya? some stu*id girl marah my girls just because dye jujur dan lurus. apekah?! what's on earth happening in here?




bukan senang nak cari orang yang jujur kat dunia ni. betul ni! boleh dikira la berapa orang je yang sanggup bagitau sejujur-jujurnya kat lecture for example, that lecturer TERbagi soalan presentation yang sama kat dua group. sepatutnya ahli group tu bersyukur coz dorang ada ahli group yang bertanggungjawab, tak nak ahli group dye susah-susah pada masa akan datang. ye lah, takkan nak nasi dah jadi bubur baru nak menyesal;


"kenapalah kita tak bagitau lecturer awal-awal..kan dah kena buat balik.."


ok. consider la sikit kalau si pemarah tu dah buat keje presentation dye. ni, habuk pun takde! dah la tak datang kelas, pastu tak buat kelas. pastu pegi marah my girl sebab lurus-sangat-dengan-lecturer. Astaghfirullah.. hidup lagi manusia macam ni rupanya. dah la sesedap oren tuduh my girl yang macam-macam. hall0o..? awak tu bukan kat sekolah amek STPM lagi okeh? u are a degree student. how come that attitude still ade dalam diri awak?!


p/s: kalau nak ikutkan bukan Farah yang kena. tapi takkan Farah nak berpeluk tubuh je and let my girl kena buli? daa..? i won't let that happen okeh! but somehow, i think my girl seems like much better now. nak tau kenapa?

+ " eee...bengangnye kat witch tu. jom tulis surat-
tak-puas-ati kat witch tu."

dan si ketua rumah lantas berkicau;

-" oit fera, watpe tulis surat? zaman dah maju nak tulis-tulis surat lak."

dan sekiranya anda melihat di wall fesbuk saya, anda akan melihat sesi mari-kita-gelakkan-si-fera-beramai-ramai-coz-still-guna-surat-walaupun-zaman-dah-maju. huhu..demi my girl, saya rela berkorban menjadi bahan buli sang kakak untuk kebahagiaan bersama.



another p/s: lega kerana dapat gembirakan hati seorang r0omate dan legakan hati sendiri. agak-agak, kalau Farah menangis ade tak yang nak pujuk macam tadi? huhu... sekarang Farah nak tekadkan hati. dah tak nak merajuk-rajuk lagi dah. i'm going to be a matured woman. instead of merajuking, Farah akan ignore that person sampai....err...bila? ntoh lee...


“Sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahala mereka tanpa batas.” (Surah al-Zumar, ayat 10)
Thursday, 17 March 2011

kenali tokoh: Siapakah Sultan Muhammad al-Fateh?




salam..

dah lama Farah 'jatuh hati' dengan hero Islam ni, Sultan Muhammad al-Fateh. jatuh cinta sejak kali pertama membaca kisah tentangnya. to be honest, Farah ni lemah sikit bab sejarah. serius. memnag tak suka. tapi, kalau bab sejarah Islam Farah tak tahu kenapa Farah suuuukaaaa sangat! walaupun baru baca sikit-sikit pasal mereka, Farah dah jatuh hati. nak beli buku, tak mampu. harapkan buku library dan pok cik g0ogle je lah Farah boleh baca kisah mereka. hmm..ruginyee...


Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)


Nabi sendiri penah bersabda mengenai kedatangan Sultan Muhammad al-Fateh ni. bahkan, seorang sahabat Rasullullah s.a.w, Abu Ayub al-Ansari menginginkan jasadnya dikuburkan ditembok kota Constantinople, dan apabila ditanya beliau menjawab;

"Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda."
MasyaAllah, betapa hebatnya penangan Sultan Muhammad al-Fateh. so, tanpa melengah-lengahkan masa, marilah kita menghayati sejarah Sultan Muhammad al-Fateh. ;)



sumber:




********************
Bibliografi Sultan Muhamm
ad al-Fateh.


Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.


Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.


wallahua'lam...

.: tolong! tolong!! i'm stuck! :.

as salam.

1st of all, i would like to explain something. tajuk entry kali ini adalah STUCK, bukan SUCK ye? sila jangan salah faham. STUCK disini mengikut kamus dwibahas *karangan Cik Farah* memberi banyak makna. so, sila jangan salah faham again. dan lagi, kalau anda rasa macam berada di alam wonderland bila membuka webpage TeRaTaK F.A.R.A.H, err.... sila salahkan tahap kematangan Cik Farah. ok. *dush* u are so annoying Farah. stop it.

baiklah. untuk tidak melengahkan masa lagi, mari kita meneliti satu persatu makna-makna stuck tersebut.


1. i was stuck in a lift!






owh.. this one comes just nice. baru sekejap tadi berlaku. elok-elok lepas keluar dari surau Farah terus berlari kejar lif disebabkan pemikiran seperti berikut;

"urgh..lepas ni belum tentu ada lif nak buka. nak harapkan aku naik tangga sampai tingkat 12..? dalam mimpi la.."

dan wallah! sejurus selepas Farah berjaya meloloskan diri masuk kedalam lif, tiba-tiba lif tak naik, mahupun turun. diam-diam je kat tingkat 4 tu. oh great. makin kita nak cepat makin lambat pulak lif ni. tau-tau je sorang staff yang kebetulan berada didalam lif yang sama tekan loceng kecemasan, bukan kencing masam! dan berbunyi seperti berikut;

+ "dik! lif ni tak bergerak. rosak ke hape?!"

dan kedengaran bunyi 'ting-tong' disulami suara garau pakcik guard.

- " ye, ada apa masalah cik?"

+ "lif ni haa, berhenti kat tingkat 4. boleh tak cepat betulkan cepat sikit?! orang dah lambat ni!"

- " ohh, sila tunggu dalam kira-kira 10 minit, bantuan akan tiba. terima kasih"

+ " huh? asal?!" (dengan nada bengang tak terkata)

- " cik, tak boleh ke bersopan sikit? tak payah jerit-jerit kami boleh dengar."

dan zuupp! jadilah koko-cruch! eh2? silap-silap. staff tadi terus diam. Farah pun diam je lah. Alhamdulillah dalam lif tu cuma ada 4 orang je termasuk one of my housemate. dan alhamdulillah juga, staff tadi terus bercakap dengan nada yang lebih sopan.

pengajaran : budi bahasa budaya kita. tak kira la kat mana-mana pun, sila jaga tutur kata anda. jangan ingat orang lain tak ambil kisah. SALAH! WE DO CARE. kesian pak cik tu tau. hope kejadian ni tak jadi lagi InsyaAllah..



2. i'm stuck between them!

okeh. another story-morry. *suka hati aku je nak guna idioms or phrase yang tak pernah wujud. duhh!* kali ni stuck diantara 2 orang teman. waduh-waduh.. gawat ni! Farah paling FAMILIAR dengan kisah sahabat yang diketepikan ni. ok, silap. term yang patut digunakan bukan sahabat, tapi kawan je. sahabat sejati takde nye buat keje-keje gini. betui tak?

iman seseorg mukmin tidak akn sempurna sekiranya dia ada menyimpan prasaan benci thadap mana2 saudaranya yg seagama..
~hadis riwayat al-imam al-bukhari dn muslim~


bila kita dah ade kawan baru, tak payah la nak tinggalkan kawan lama. tu untuk kes 1. lagi satu kes, sorang kawan ni kena pinggir sampai rasa menyesal masuk fastrack. Ya Allah. ape la nak jadi ni? tapi Farah memang perasan bab pinggir-meminggir kawan ni dah jadi habits student la. apa nak jadi pun tak tahu lah. sampai bila nak jadi macam ni? yang sorang rasa terpinggir so diamkan diri. yang sorang meminggir kawan but actually don't realise it. what the..?


kalau takat kaum wanita je yang rasa Farah rasa...biaselah, wanita ni sensetif sikit. so what..? huhu.. ni sampai kaun adam pun rasa benda yang sama (sesama dorang la) ape kes? hurm... susah betul nak cari sahabat ni kan..?





pengajaran: Be friend with Allah. He's always there for us. nak harapkan manusia, belum tentu dorang dapat tolong kita. kan kan kan?

ade lagi kes stuck ni tapi......masa tak mengizinkan. ;( nanti-nanti lah yee.. until next time, wassalam.
Monday, 14 March 2011

HARAP MAKLUM.

salam.

Teratak FaRaH sedang dlm pembinaan. sebarang pertanyaan sila simpan dulu coz saya belum punya waktu nak jawab. hehe.. maaf yee... ;)
Sunday, 13 March 2011

.: i dapat surat BERantai u! ottoke..? (what should i do?):.

salam.

long time no see. hehe.. Cik Farah agak busy 2-3 minggu ni...kot? huhu.. ok. my fault. ade 2-3 entry yang da siap taip tapi tak dapat nak dipostkan kerana ....... malas?? ape laaa nak jadi ngan Farah ni. ish3...

housemate Farah sume bertungkus lumus belajar sebab dorang baru nak tamat test 1 dan Farah dapat bersenang lenang sekarang coz da habis test 1. hee~..tapi test 2 just around the corner.. and i'm still in the m0od of honeymoon. urgh.. teruknya!

back to the title above. *sorry yang kat atas ni sampingan je. da lame kan 'tinta tak berbicara'. ;p* korang pernah tak dapat surat berantai-rantai? ade rantai emas, perak zullian... *pang! sila jangan melalut!*. pernah tak dapat? pernah kan kan kan? haaa.... Farah pun berjuta-juta million trillion kali dapat. sampai da boleh agak da kandungan dye. tak kire la mesej handphone ke, email ke, facebook ke, myspace ke, bla bla bla......ke, everything almost the same. last sentence mesti ada amaran:

SEKIRANYA ANDA TIDAK MENGEPOST SURAT/EMAIL/MESEJ INI, BALA MUNGKIN AKAN MENIMPA ANDA. MUAHAHAHAHA...


*OK.Farah tak ingat sangat ayat yang betul dye but i guess it more or less something like that. but, macam biasala, hyperbole terLEBIH. hee~ maaf la yeee..*.

baiklah. tanpa melengahkan masa (sebab Farah dah tak sabar nak gigit-40-kali-sampai-lunyai-baru-telan BigMac McD yg sedang menari-nari-dan-menggoda-tanpa-henti di depan lapy ni, korang sila la baca info yang Farah dapat dari satu blog ni. korang bole klik kat link akhir skali dlm entry ni k? urgh..terliur laaa... daa~...


**********************************************
SURAT BERANTAI

Ulasan

1. Walau apa pun isi kandungan sebelumnya, sama ada "Doa Nabi", Ayat Alquran, Peringatan dll...tapi jika di sertakan dengan perkara diatas...kamu sudah syirik jika kamu menyebarkan dengan yakin.

2. Walau kamu tak yakin, tetapi tetap menyebarkannya kepada orang ramai, DAN JIKA ada yang menerimanya yakin akan kata-kata tersebut...KAMU JUGA MENDAPAT SAHAM DOSA TERSEBUT DAN SAHAM ITU BOLEH DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI MLM ATAU SISTEM PIRAMID YANG MANA KAMU AKAN TERUS MENERUS MENDAPAT SAHAM DOSA DARIPADA DOWNLINE KAMU.

3. Hakikat Sebenar Surat Berantai. Sila baca petikan ini sampai habis

Soalan 1
Ustaz, saya ada menerima surat berantai yang pada amnya mengajak kita bertakwa kepada Allah. Tetapi di akhir surat itu ada diceritakan berkenaan kisah orang yang mendapat bala kerana tidak menyebarkan sebanyak 20 salinan kepada orang lain. Apa pandangan ustaz?
Soalan 2
Baru-baru ini saya ada menerima e-mail yang mengandungi surat berantai. Di dalamnya menceritakan tentang wasiat seorang alim dari Madinah. Di akhir surat tersebut di suruh sesiapa yang membacanya supaya disampaikan kepada orang lain sebanyak 20 salinan dalam masa 2 minggu.. Sekiranya dilakukan akan dikurniakan oleh Allah sesuatu hajat atau niat.. Dan apabila tidak dilakukan akan terjadi sesuatu perkara yang buruk. Apakah hukumnya mempercayai surat ini?

Dahulu ia diedarkan dengan membuat salinan Photostat tetapi kini ia diedarkan melalui internet. Mungkin pihak AnNur dapat memberikan jawapan yang tepat kepada masalah ini supaya saya dapat edarkan kepada rakan-rakan saya yang masih mengedarkan risalah ini.

Jawapan

Setelah diamati, ada beberapa perkara yang boleh dikupas dari surat itu. Pertama dari segi isi. Kebatilannya terbukti apabila surat ini mendakwa Sheik Ahmad bertemu Rasululllah (s.a.w) dalam mimpi dan memberi pesanan kepadanya.. Seolah-olah Rasululllah SAW belum selesai tablighnya. Kita ketahui bahawa dalam khutbah terakhir ketika haji wida', Rasulullah s.a.w telah bersabda "Telah sempurna bagimu agamamu" yang membawa maksud bahawa tiada lagi wahyu atau ugama yang akan turun selepas itu. Mahu ikut yang mana? Surat inikah atau AlQuran?

Kedua dari segi arahannya. Sekiranya kita percaya bahawa dengan mengedar 20 keping surat ini akan membawa rezeki atau kebaikan dan sebaliknya sekiranya tidak maka kita kan ditimpa bencana maka secara tidak langsung, kita percaya bahawa ada lagi kuasa selain Allah SWT. Ini akan menjadikan kita syirik. Na'uzubillah.

Sheik Ahmad yang dikira kuat iman ini pula sanggup mati dalam kufur. Seseorang yang berilmu, warak, alim dalam soal agama tidak akan mempertaruhkan imannya untuk apa sekalipun. Saya berpendapat surat ini adalah satu dakyah untuk memesongkan aqidah umat Islam. Mari kita kaji pula niat disebalik surat berantai ini. Ia mengandungi isi yang menceritakan tentang Sheik Ahmad yang kononnya bertemu Rasulullah s.a.w dalam mimpinya. Rasulullah kononnya memberi satu statistik yang tujuannya menakutkan pembaca yang memang tiada cara untuk membuktikan kesahihannya. 60,000 orang akan mati tanpa iman, apa maksudnya? Adakah orang yang ke 60,001 akan beriman? Setelah itu diselitkan nasihat supaya pembaca yakin bahawa surat ini berniat baik. Kemudian datang ugutan.
Sekiranya tidak diedar 20 salinan, mendapat bala.

Untuk meyakinkan pembaca, penulis rela kufur sekiranya isi surat ini adalah palsu. Untuk menambahkan lagi keyakinan pembaca, diturunkan pula beberapa contoh yang menjurus kepada perkara diatas. Tentunya susah untuk menentukan kesahihan cerita tersebut. Cuma setahu saya, Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi tidak dibuang kerja tetapi meletak jawatan kerana mahu aktif dalam politik. Kalau ada yang rapat dengan keluarga Allahyarham atau keluarga Datuk Tajul Rosli, mungkin boleh sahkan hal ini.

Tentunya muslim yang rapuh imannya akan terpengaruh dengan dakyah sebegini. Jika tak dihiraukan maka semacam ada keresahan dalam hati seolah-olah menanti bencana yang dijanjikan. Maka dengan keresahan inilah syaitan dapat menakluk hati kita. Dicekiknya tubuh kita sehingga sakit, maka kita teringat akan surat wasiat tersebut, dan kita edarkan. Syaitan akan melepaskan cekikannya ketika itu kerana dia telah berjaya memesongkan aqidah kita. Maka kita berjalan pula dimuka bumi Allah ini dan menceritakan pengalaman kita tadi, dan ada pula hamba Allah memasukkannya ke dalam Internet.

Kesimpulannya, janganlah percayakan surat tersebut dan selagi ada umat yang percayakannya maka ianya tetap akan beredar hingga bila-bila, kerana seingat saya, surat ini telah beredar sejak saya disekolah rendah lagi dan mungkin bermula berpuluh-puluh tahun sebelum itu. Dari Penerangan diatas jelaslah mempercayai surat wasiat tersebut adalah haram.

Wallahu'allam.


EXTRA:


Jika anda ingin tahu dari siapakah bermulanya surat berantai yang kononnya dari Sheikh Ahmad yang bermimpi bertemu Rasulullah didalam mimpinya, bacalah keterangan dibawah ini:-

Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 SURAT SHEIK AHMED PALSU, KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD. Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah Mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968 dibawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa me! ninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.

Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967-hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979.

Penjaga makam di Madinah ialah:
  • Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932)
  • anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934)
  • adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan
  • anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).
Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).

Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini".

(Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil.7/78/I).

Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak. Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam Menyekutukan Allah S.W.T...dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A..W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.."

Lagipun, "surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda". Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya... Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim" .

Murtad boleh berlaku dalam 3 perkara
1. Anggota Badan (contoh, menyembah/memuja apa-apa) atau
2. Lidah (meng"iya" kan kata-kata yang dah confirm sesat dan menyesatkan) walaupun terpaksa... atau
3. Hati yang mana dalam hati ada terdetik, betul jugak atau mana tahu dapat betul dll

Kalau kita buat salah satu daripadanya, kita sudah jatuh murtad, jadi tiada istilah saja suka-suka sebab bila kamu buat, kamu sudah jatuh murtad mengikut hukum feqah.

Wallahuallam


Read more: Aby RAd's blog: Surat Berantai (Chain Letter) http://abyrad.blogspot.com/2009/09/surat-berantai-chain-letter.html#ixzz1GU3Zn8f7
Thursday, 3 March 2011

.: Tazkirah: Wasiat Imam Syafi’e:.



Renungan sejenak buat kita semua.

Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”





1: HAK KEPADA DIRI. Iaitu:
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.


2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu:
Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.


3 : HAK KEPADA KUBUR iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.


4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.


5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) Iaitu :
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.


6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu :
Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.


7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu :
Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa,bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.


8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA
SYURGA) Iaitu :
Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.


9: HAK KEPADA NABI SAW Iaitu :
Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith),menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.


10: HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

wallahua'lam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...