Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Saturday, 30 April 2011

.:yang datang dan yang pergi :.

as salam.

tinggal lagi 3 hari sebelum saya habis final exam. esok ade paper eco 211 dan selasa depan paper mkt berapa ntah. huhu.. dalam 2-3 hari ni megi menjadi santapan wajib bagi saya. sekali makan berbungkus-bungkus. dan hasilnya? headache! great. disebabkan juga saya menginap di kolej UiTM, thus tak dibenarkan memasak. so makan megi ngan air panas je la. kalau tak hari2 saya tumis megi tu. baru sedaaap! hehehe..


ok. berbalik kepada tajuk entry arini. apa yang datang? apa yang pergi? haaa...dalam fesbuk arini i've just discovered about 2 article that somehow suppost to be related tapi di postkan oleh orang2 yang berlainan. nak tau tentang apa...? (mulakan dengan m0od yang sangat serius!)


dan






jangan terkejut. benda-benda macam ni banyak je jadi sekarang. sorang, daripada Christian ke Islam, sorang lagi daripada Islam ke Christian. kalau nak tahu kisah mereka sila clik link diatas. saya tak mampu nak copy paste banyak-banyak ni sebab masa saya sangat terhad ni.

apa yang buat saya beria-ria postkan ketiga-tiga link diatas sebab ianya berkaitan dengan agama saya, yaitu Islam. saya sangat ambil peduli akan perkara diatas. kalau nak ikutkan berapa peratus je orang yang ambil peduli dengan kes murtad ni? dulu dimulakan dengan kes Lina Joy. semua terkejut. padahal dalam diam sebelum Lina Joy lagi ramai lagi remaja Islam berjaya dimurtadkan. dah2, saya malas nak bebel panjang. saya harap anda sudi baca link yang saya letakkan diatas.

peringatan: diharap anda baca dengan teliti segala artikel yang saya link kan diatas. baca betul-betul apa yang cuba saudara amenoworld sampaikan. tentang bagaimana seorang Islam tu boleh menjadi murtad (kisah Ali).

okey. lagi satu yang saya nak tekankan pasal artikel ni;


aish, si pengarah dokumentari ni seorang muslim. Islam. wanita. dokumentari yang dia hasilkan sangat menyakitkan hati. tentang 'permasalahan tudung yang membelenggu umat Islam di malaysia' konon. aish.. geram betul. korang baca jelah ape yang wanita diatas cuba bahaskan. malas nak komen panjang-panjang. buat sakit hati.


pengajaran hari ini:
--> sentiasa muhasabah diri, kuatkan iman, mantapkan akidah.
----> sentiasa berdoa agar dijauhkan daripada segala perkara yang boleh merosakkan iman, akidah dan sekaligus membawa aku jauh dari Islam. nauzubillah min zalik!
Friday, 29 April 2011

.: dirompak tapi sempat berdakwah..:.

sumber: http://kekoh.blogspot.com/2011/04/dirompak-tetapi-sempat-berdakwah.html


zharifjenn
Nama Mohammad Sohail kini menjadi sebutan di Amerika. Namanya menjadi sebutan dan mendapat liputan di arus media selepas seorang lelaki cuba merompak kedai Shirley Express iaitu kedai milik Mohammad Sohail di Shirley, New York pada Mei 2010.

Perompak itu masuk dengan memegang tongkat baseball dan menuntut wang. Tetapi Sohail nekad dengan memutuskan untuk menarik keluar senapang. Perompak terkejut dengan tindakan Sohail dan dia terus melutut ke tanah. Sebenarnya senapang itu tidak mempunyai peluru.
Perompak mula menangis seperti budak kecil, mengatakan dia hanya merompak kedai kerana dia tidak punya pekerjaan dan keluarganya sudah tidak mempunyai bekalan makanan. Sohail kasihan selepas mendengar rintihan perompak tersebut

"Ketika saya melihat dia mulai menangis, saya dapat rasakan yang dia terdesak dalam hidupnya sehingga mengambil keputusan untuk mencuri" katanya kepada CNN.

Sohail meminta perompak itu berjanji supaya untuk tidak merompak lagi, kemudian memberinya $ 40 dan roti. Lelaki itu menjawab dengan mengatakan ia ingin menjadi Muslim seperti Sohail. Sohail memberitahu dua kalimah syahadah dan memberikan nama Zardari Nawaz Sharif kepada perompak tersebut.

Sementara Sohail pergi untuk mendapatkan susu untuk perompak, perompak itu terus melarikan diri. Namun Sohail tidak menekan butang amaran selepas itu dan membiarkan perompak itu melarikan diri.

Selepas orang lain mengetahui tentang kebaikannya, mereka mula menghantar wang kepadanya. Tetapi Sohail tidak menggunakan untuk dirinya. Dia memutuskan untuk memberikan kepada orang orang yang tidak berkemampuan dengan menawarkan roti dan kopi setiap malam.

Minggu ini Sohail menerima surat tanpa alamat pengirim yang mengandungi $ 50 dan nota. Kandungan surat itu:

"Anda telah menukar keseluruhan hidup saya ... Pada waktu itu saya tidak punyai duit, tidak punyai makanan, meja saya kosong, saya tak punyai kerja. Saya tahu ini kerja yang salah dengan merompak tetapi saya tidak punyai pilihan. Saya perlu memberi makanan kepada keluarga saya. Bila kamu acukan senapang, saya yakin 100% saya akan mati. " Tapi kamu telah menjadi inspirasi saya untuk saya menjadi "muslim sebenar"

"Saya sangat gembira bahawa seseorang itu telah mengubah hidupnya," kata Sohail dalam temuramahnya dengan CNN. "Jika dia masih lagi melakukan jenayah, hidup dia takkan berubah. Jadi sekarang dia adalah orang yang baik di dalam komuniti ini dan saya sangat gembira untuk itu. Dia tinggal keluar dari masalah, dia tidak dalam penjara, dan boleh mengurus keluarganya dengan baik . "


p/s: terbukti dakwah boleh disampaikan dengan pelbagai cara. ikit kita sama ada nak berdakwah ataupun tak. huhu.. lelaki tu bertuah kerana 'merompak' kedai yang betul. =)
Thursday, 28 April 2011

.: kenapa kena jadi camni? :.

as salam.

alhamdulillah..saya masih diberikan peluang untuk menikmati hidup di dunia. walaupun diuji dengan pelbagai dugaan, insyaAlllah akan saya cuba harunginya dengan penuh keredhaan. saya bersyukur kerana ada juga yang sudi menjengah ke blog saya yang agak serabut, keanak-anakan dan mungkin agak menonjolkan sikap ketidak-matangan saya. kepada yang sudi follow saya, please accept my apologies coz i'm still in the m0od of final exam. dengan keserabutan yang melanda diri dan juga pelbagai penyakit yang melanda lapy kesayangan saya...urgh.. berikan saya waktu untuk stalk blog anda..eh2? errr....


ok. nowadays i keep doing a longer mukadimah instead of straight to the point. poor me. disebabkan keserabutan di segala tempat so system management saya makin senget sedikit. topic for today is..............




yes. have you ever heard of it? a fear of men? kalau dulu saya agak tidak mempercayai akan situasi takut-dengan-lelaki-yang-teramat-sangat-sampai-tak-boleh-tengok-lelaki-pun seriously. pemikiran kolot saya menyebabkan akal saya terbatas untuk mempercayai benda-benda macam ni. tapi...... saya rasa sekarang saya dengan penuh perasaan yakin penyakit ni memang wujud!



disebabkan Ashraf Muslim dah bertunang, gadis diatas terus fobia dengan lelaki. boleh tak gitu..? ;p

mengikut wikipedia,

Androphobia is an abnormal fear of men.[1][2] The word is derived from the Greek άνδρας (andras/man) and φόβος (phobos/fear).[3][4]

Androphobia may be related to traumatic events in the sufferer's past. It may also be due to social phobia or social anxiety disorder.


so, konklusi yang boleh saya dapat dari atas boleh dikatakan androphobia ni datang dari trauma dengan lelaki. pada pendapat saya, orang yang kena androphobia ni mungkin pernah ada 'sejarah hitam' dengan seseorang yang bergelar lelaki. wallahua'alam.

persoalannya: apa kaitan penyakit ni dengan saya?

kisahnya begini.....


saya tengah naik motor. br0oom..br0ooom.... (sejak bila entah saya ada motor). tiba-tiba hati saya tak sedap. dan automatik saya dapat satu visi (sejak bila entah saya ada kuasa camtu). handbag saya bakal di ragut oleh orang yang menaiki motor...ketika saya sedang membawa motor!..? apekah...?


ok. so saya pun terus buat preparation. keluarkan buku, apa yang patut sebagai senjata. tapi...yang saya rasa paling pelik entah kenapa saya keluarkan test pad. test pad zaman sekolah pulak tu. aish.. tak boleh jadi ni.

entah macam mana tiba-tiba dekat selekoh belum sempat pun saya nak belok tiba-tiba motor saya rosak. aig0o... hari dah nak gelap. saya tak tahu apa-apa pun pasal motor ni. ingat saya ni pandai ke nak uruskan segala neka mesin ni? mesin kira-kira saya tau la. huhu..

saya berkira-kira kalau saya godek-godek sikit maybe nanti motor ni boleh start. ok. itu merupakan solution terbaik! hooyeah! tiba-tiba......
saya tak sedap hati. dalam proses godek-godek motor tu saya jeling kiri, jeling kanan. takut vision saya tu menjadi kenyataan. takut ni! sorang-sorang pulak tu. aish....

tetibe, ade satu motor besar ni berhenti belakang motor saya. eh? siapa pulak ni? saya yang sangat cuak mula siapkan diri untuk larikan diri. in case anything happen. yelah, salahkan vision saya tadi. then dua penunggang diatas motor besar tadi pandang saya dengan muka penuh senyuman. mereka turun dari motor tersebut, then jalan perlahan-lahan ke arah saya. damn!


saya mula tolak motor saya...sambil berlari! saya usha belakang. dua lelaki tersebut berlari mengejar saya juga! oh tidak! memandangkan saya memakai baju kurung maka pergerakan saya terbatas! kenapa asyik pakai baju kurung ni? saya nak menangis..tapi airmata tak keluar. jantung saya tak payah lacakap, berdegup macam nak meletup! saya mengucap banyak-banyak! akhirnya........saya berjaya menangis! dan kemudian..

"shu bidoo bidoo raffa...shu bidoo bidoo raffa...lalalalala...~"



hempon saya berbunyi. dan saya berjaya keluar dari mimpi ngeri ni. AGAIN! MIMPI LAGI? aig00ooo.. tapi bukan pada waktu petang. waktu tu pukul 11 malam da. aish.. sengal! sejak akhir-akhir ni saya asyik mimpi yang bukan-bukan je. kenapa?!

ok. mungkin salah saya sebab tidur tak ambil wudhu'. tapi, saya rasa saya takut sangat. saya menangis. pedulikan kalau orang kata saya cengeng. but try put yourself in my shoes. what will you do?

ok. kesimpulannya, saya rasa...saya akan takut dengan kaum adam ni. kalau tengok dari jauh ( macam dalam tv ke, lapy ke..) takde la saya takut. tapi.. kalau ada lelaki depan mata saya, cuba approach saya mungkin saya akan takut. serius! tak kira la approach dengan cara baik atau sebaliknya.


mungkin sebab tu kot saya agak dingin dengan kaum lelaki dalam kelas saya. huhu.. walaupun ada 3 orang je, but i can't afford to approach them. giler. saya rasa saya sorang je yang tak de perasaan nak bergaul dengan budak lelaki dalam kelas. sorry guys. but i don't think i can handle it. saya tak mampu..


sorry..again saya mumbling about my stupid dream. but seriously benda ni ada effect dengan hidup saya. kalau dekat blog mungkin saya mampu komen-komen blog orang lain. i mean approach dorang, coz saya tak jumpa dorang. tapi kalau realiti... errr...sorry ek. saya dah tak boleh. tak nak jadi....macam dulu.. ='(


p/s: keserabutan. kekusutan. adakah disebabkan anda final exam? or disebabkan anda carry mark? or maybe sebab awak my stupid dream..? wallahua'lam.
Tuesday, 26 April 2011

.: ok. saya dah TAK trauma :.

as salam..

setelah dua hari berturut-turut menghadap kalkulator, makan dengan kalkulator, tidur bertemankan kalkulator, mimpi nombor-nombor plus bertemankan inchek demam, alhamdulillah...selesai sudah paper taxation and costing. mukadimah nak gempak je. hehe..

masuk hari ini dah 3 hari saya demam, namun itu bukan penghalang untuk saya buat preparation nak jawab final exam! haiyaaak! semangat membara-bara walaupun dalam keadaan begini......


huhu.. okeh. straight to the point. petang semalam keluar wajah MR BOGEL-MAN kat Berita Harian. sape pulak MR-BOGEL-MAN tu? haaa.... sila baca entry ini.






TERTUDUH, Mohd Karimi Kamal Arifin, 22, dihukum penjara 30 tahun dan 16 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Melaka hari ini atas tiga kesalahan iaitu merogol dan merompak dengan mencederakan seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Melaka serta menceroboh kampus terbabit Isnin lalu. - Foto Rasul Azli Samad
Apr 25, 2011 6:09 pm



dan setelah puas mengadakan sesi bertukar-tukar-cerita, kutuk-mengutuk, sengal-menyengal, akhirnya kami membuat keputusan untuk tak mempercayai Berita Harian. sebab yang kami dapat cerita mana ada sampai kena rogol. giler. malu budak tu! tapi.....kat tv3 pun keluar benda yang sama. giler! ape ni....?

and then cerita tu terkubur seketika. but suddenly today kitorang dikejutkan dengan berita lebih karut bin mengarut! memalukan mangsa tu je. aish....






Jel 30 tahun, 16 sebatan

Oleh
mriduwan@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

MELAKA: Seorang pemuda dihukum penjara 30 tahun dan 16 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tiga kesalahan iaitu merogol dan merompak dengan mencederakan seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Melaka serta menceroboh kampus terbabit, 18 April lalu.

Hakim Abu Bakar Katar memutuskan demikian terhadap tertuduh, Mohd Karimi Kamal Arifin, 22, yang mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan itu selepas meneliti rayuannya serta hujah Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah Abdul Latiff yang memohon hukuman berat.


Beliau menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama iaitu merogol penuntut berusia 19 tahun tujuh bulan di Kolej Siswi Tun Mutakhir, Jalan Tun Mutakhir, dekat sini pada 18 April lalu.

Bagi tuduhan kedua iaitu menyamun telefon Blackberry dan wang tunai RM133 milik mangsa di tempat dan tarikh sama kira-kira jam 2.25 petang serta mendatangkan kecederaan kepadanya iaitu lebam di muka dan leher, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan enam sebatan.


Bagi kesalahan menceroboh ke asrama berkenaan pada tarikh dan di tempat sama kira-kira jam 2.15 petang, dia dihukum penjara dua tahun.


Bagi kesalahan rogol, Mohd Karimi dituduh mengikut Seksyen 376 (2) (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan, manakala bagi kesalahan menyamun, dia dituduh mengikut Seksyen 394 akta sama yang jika disabitkan boleh dipenjara 20 tahun dan sebatan.

Bagi kesalahan menceroboh, dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan boleh dipenjara tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.


Tertuduh bagaimanapun bernasib baik apabila hakim menetapkan semua hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap.


Dalam hujahnya, Mahmoodah berkata perbuatan tertuduh menceroboh asrama wanita pada waktu petang menunjukkan dia langsung tidak menghormati undang-undang “Kawasan itu dikawal rapi pengawal tapi dia berjaya menceroboh masuk, sekali gus menimbulkan ketakutan kepada semua pelajar dan ibu bapa mereka.


“Tertuduh hilang sifat kemanusiaan kerana menumbuk muka dan bibir serta mencekik mangsa, malah bernafsu binatang apabila merogol mangsa yang datang haid.


“Akibatnya, mangsa trauma dan terpaksa menangguhkan pengajiannya satu semester serta tidak dapat menduduki peperiksaan akhir.


“Saya merayu hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang lain supaya tidak memijak maruah wanita sesuka hati,” katanya.


Tertuduh yang berpakaian lokap hanya tenang dan merayu hukuman ringan dengan alasan sudah insaf.


Berdasarkan fakta dikemukakan Mahmoodah, tertuduh memanjat pagar di belakang kolej itu lalu masuk ke bilik ketika mangsa sedang tidur menyebabkan dia terjaga sebelum melihat tertuduh yang berbogel terus datang dan menindih badannya.


Walaupun mangsa melawan, tertuduh menghempap dan memeluknya serta cuba mencium menyebabkan dia meronta dan menjerit meminta tolong sambil mengucap dua kalimah syahadah. Pada masa sama mangsa terbau cecair peluntur cat dari tubuh tertuduh.


“Melihat mangsa menjerit, tertuduh mencekik kuat lehernya dengan kedua-dua tangan, menumbuk muka dan bibir serta menghentak kepalanya di dinding katil menyebabkan dia lemah lalu menanggalkan seluar sukan dan seluar dalamnya.


“Dia menarik kedua-dua tangan mangsa hingga jatuh ke lantai sebelum mangsa mencapai bateri komputer riba lalu mengetuk kepada tertuduh tiga kali, namun dihalangnya.


“Dalam ketakutan, mangsa berkata dia datang bulan, namun tertuduh tetap merogol serta mencabulnya,” katanya.


Katanya, selepas itu tertuduh mengambil telefon dan duit mangsa sebelum mangsa berlari meminta tolong kepada rakannya di bilik sebelah yang kemudian menjerit meminta bantuan pengawal keselamatan.


Tertuduh ditangkap pengawal keselamatan, Saiful Ambia pada jam 3 petang di tingkat tiga asrama itu.



giler la. makin detail pulak serius menakutkan. mana pulak pakcik2 harian metro ni dapat berita TERamat detail ni? daripada saya dah TAK trauma, makin BERTAMBAH-TAMBAH trauma la nampaknya. aish...macam mana nak survive bile kena dok luar nanti ni.....???













Friday, 22 April 2011

.: Perancis akan menghalang solat Jemaah? :.

18 Jamadilawal 1432H.


Pemerintah Perancis mulakan semula fahaman anti-Islam setelah sebelumnya, undang-undang kontroversial melarang pemakaian jilbab, mendapat protes hebat dari umat Islam.

Dengan alasan kerana warga Muslim menunaikan solat di pinggir jalan, pemerintah Perancis berniat menghalang kebebasan warga Muslim menunaikan kewajiban agama mereka.


Menteri Dalam Negeri Perancis, Claude Guéant, (gambar diatas) yang dikenali sebagai salah seorang think-tank politik anti-Islam di negara ini, menetapkan peraturan baru melarang pelaksanaan solat jamaah di pinggir jalan.

IRNA melaporkan, akhbar Le Parisien dalam hal ini menulis, Guéant mengatakan, "Kami sedang mencari jalan untuk melarang penunaian solat berjamaah di pinggir jalan."

Menteri Dalam Negeri Perancis mengemukakan pernyataan itu ketika penunaian solat berjamaah di pinggir jalan, yang sangat jarang terjadi, dan biasanya hanya dilakukan di wilayah-wilayah yang memiliki kemudahan sangat terhad atau sekatan yang dilakukan pemerintah. Selain itu, warga Muslim Perancis juga menunaikan solat berjamaah itu tanpa mengganggu orang lain.

Menjawab pertanyaan mengenai sedikitnya jumlah masjid di Perancis, Guéant mengatakan, di Perancis boleh dibangunkan masjid yang lebih banyak. Namun Guéant tidak memberikan keterangan lebih lanjut bagaimana masjid-masjid tersebut dapat dibangunkan.

Di kota Nice misalnya, hanya terdapat dua masjid, dan warga Muslim di kota itu harus menempuh jalan jauh untuk pergi ke masjid. Namun masalah yang paling penting adalah bahwa kedua masjid itu tidak mampu menampung seluruh warga Muslim yang hendak menunaikan solat berjamaah.

Berkait dengan perlaksanaan larangan solat berjamaah di tepi jalan itu, Guéant menjelaskan, "Harus ada cara untuk menghentikan solat berjamaah di tepi jalan, dan saya secara peribadi menggalakan penggunaan "kekuasaan" dalam menjalankan ketentuan tersebut.

Guéant hingga kini telah berulangkali meletakkan umat Islam sebagai sasaran, termasuk penilaiannya terhadap peningkatan jumlah warga Perancis yang memeluk agama Islam. Keadaan ini menurut Guéant sangat diberi perhatian dan akan menjadi halangan serius bagi Perancis.

Sejumlah politik anti-Islam dalam pemerintahan Perancis yang beberapa waktu lalu melarang penggunaan burka, telah memasuki tahap baru yang lebih serius. Langkah itu mendapat riaksi negatif oleh pendapat umum Barat.

Laurent Booth, saudara perempuan isteri mantan perdana menteri Inggris, Tony Blair, dalam wawancaranya dengan IRNA, menepis dakwaan para pejabat Perancis bahwa kaum perempuan yang mengenakan burka merupakan ancaman pengganas dan keselamatan.

Dikatakannya, "Kaum perempuan berjilbab sebetulnya memang merupakan ancaman bagi negara-negara Barat. Namun ancamannya tidak dalam bentuk kekerasan seperti yang didakwa oleh para ahli politik Barat, melainkan kerana busana Muslimah pada hakikatnya telah menyoal kebebasan kaum perempuan di Eropah dan Amerika." -republika


p/s: tengoklah, orang kat luar negara nak solat jemaah pun susah. cabaran menjadi umat Islam kat luar negara sangat berat, namun mereka mampu mengharunginya dengan semangat yang tekad. kenapa lah kat luar negara Islam tu seakan lebih kuat daripada dalam negara Islam itu sendiri..? wallahua'lam..
Thursday, 21 April 2011

.: ok. saya trauma. Part 2 :.

as salam.

here he come..... 'the bogel-man!'

ok. mr bogel-man bukannya hot macam inchek-inchek 2pm ni. huhu.. kalau hot macam ni sume orang nak. eh2..?


ok. tajuk kat atas ini memang agak kontroversi sedikit. don't ask me why. recently my housemate keep using this word, 'the BOGEL-MAN'. sebabnya? sila baca entry ini. setiap kali nak tekan bell je mesti ade suara-suara sumbang bertanya;

'hah! sape tu? bogel-man ke?'

ha.ha.ha. takde keje. but somehow the fear toward mr.Bogelman semakin berkurang. Alhamdullillah. kalau nak ikutkan, semalam i just have another 'nite'mare. tak sesuai la guna nitemare sebab mimpi buruk ni time petang. huhu.. cer cite cer cite.



kejadian berlaku pada petang semalam. setelah penat menyedut segala neka section dan case-case yang berkaitan (study Law la katakan..;p) saya pun berehat la sebentar. badan rasa penat, otak rasa penat, tengkuk pun rasa lenguh sebab asyik menghadap buku atas meja je. so, saya pun pejamkan mata seketika sementara nak tunggu asar. tak sedar pulak saya dah terlelap terus!

mimpi pun datang. dalam mimpi tu, saya rasa macam...terjumpa mr.bogel-man! eventhough saya tak pernah nampak wajah mahupun tuan punya body, tapi saya dengan yakinnya rasa itu adalah mr.bogel-man.

saya cuak, takut, segala neka karate, taekwondo, mahupun silat yang saya pernah nampak semacam tak berguna. saya kaku. dia datang.. makin dekat! makin dekat....da seterusnya try nak pegang-pegang saya! oh no!!




**************iklan seketika**************

* just my imagination. kan bagus kalau tiba-tiba inchek wooyoung datang dari korea semata-mata nak selamatkan saya*


*dengan chumelnya dia datang depan saya dan puff! bertukar!*


*but then my imagination became worse. kenapa pulak tiba-tiba muka wooyoung jadi camni? cancel terus jadi hero!*


**************iklan tamat**************

mr bogel-man cuba pegang-pegang saya. saya melawan! saya menangis, tapi takde sapa dengar. saya rasa, keadaan saya sama seperti b udak yang jumpa mr.bogel-man tu. dia datang makin dekat...makin dekat.....saya dah berdebar macam nak terkeluar jantung ni! disebabkan saya berbaju kurung, maka pergerakan saya terbatas. saya terduduk. dan kemudian...........



"fera, bagun2! hmm.. kesian nya budak ni, penat baca buku. takpe lah. sambung tidur balik"

rakan sebilik saya, cik Far datang mengejutkan saya. mata saya dah tak boleh nak bukak...sebab saya menangis dalam tidur! jantung pun tak habis lagi dup dap dup dap. nampaknya, trauma saya masih belum hilang. huhu..

pengajaran: dah tak payah tidur petang la pasni. huhu...
Tuesday, 19 April 2011

.: kita belajar kerana apa ek? :.

as salam..

tiba-tiba terbaca satu ayat ni...buat diri ni terasa something. huhu..

" Allah tak tanya berapa CGPA kita nanti.Allah tak tanya berapa asset mahupun liabiliti kita kat dunia ni. Jangan letakkan ilmu didepan, sehingga kita melupakan Tuhan. ilmu yang kita belajar, ilmu Allah. Belajarlah kerana Allah..kerana Islam."

memang betul pun, Allah tak tanya berapa CGPA kita. Allah tak tanya pun macam mana kita berusaha gila-gila untuk capai CGPA tu. yang Allah akan tanya, amalan kita. buat apa dapat 4 flat tapi dalam test kita meniru? buat apa dapat anugerah dekan setiap sem hasil dari meniru kita tu?


ok. jom kita berfikir sekejap. what if, dalam test kita meniru, dan lecturer cakap;

'saya tak akan berkati ilmu dan segala yang saya sampaikan kepada awak semua sekiranya awak meniru dalam test saya!'

tak ke gila. TERANG-TERANG dia cakap ilmu kita tak berkat. test kita tak berkat. and then, disebabkan test yang kita meniru tadi, kita dapat anugerah dekan. dan perkara yang sama berulang sampai kita habis belajar. last sekali, kita dapat kerja HASIL DARIPADA TEST-TEST DAN EXAM-EXAM YANG TAK BERKAT tadi. wh0oo.. agak-agak, rezeki yang kita dapat, walaupun melalui cara yang halal, tapi.............. wallahua'lam. korang nampak tak consequences dia?




benda ni betul. my lecturer for Law, setiap kali before start test dia akan cakap macam tu. wh0o.. siap cakap lagi;

'kalau awak usha-usha (tengok-tengok) kertas kawan sebelah awak pun saya consider awak sebagai meniru!'

ok. kena jaga mata. to be honest, sometimes dalam test saya sendiri TERusha membe kat sebelah. tapi disebabkan tahap rabun jauh yang agak tinggi, mesti saya tak nampak. lagipun, kalau saya usha dorang bukan sebab nak meniru. serius! tapi sebab nak tengok dorang dah buat sampai mana. SEBABnya saya ni kalau buat test MESTI tak sempat. tulis lambat sangat or idea generate lambat sangat. saya pun tak tahu. saya ni memang problem sikit. huhu..

Farah yang selalu lambat, mengalahkan kura-kura. hurm.. =_="


lagi satu, ada lagi kes di mana student sanggup stayup untuk akademik, belajar sampai pagi, tak tidur lansung pun takpe, asalkan dapat belajar (termasuk tuan punya blog). nak berjaya dalam akademik la kononnya. tapi, untuk apa je kita belajar tu sebenarnya? kadang-kadang saya sedih. saya sendiri, kadang-kadang saya terlupa, alang-alang dah stay up untuk dunia tu kenapa saya tak stayup untuk akhirat sekali? maksud saya, melalui qiam.


berapa lama je qiam tu. tak susah pun. kalau dulu di Jengka alhamdulillah, dengan bantuan sahabat-sahabat tersayang saya sentiasa di ingatkan tentang qiam. bila dah jauh dari sahabat ni, hanya Allah je tahu. mungkin sebab saya terlalu kejar dunia instead of akhirat. padahal, Allah berfirman;

"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad 47:7)

wallauhua'lam.. yang lagi saya sedih, ada juga kawan-kawan yang sampai tertinggal solat. stay up sampai pagi boleh pulak? solat yang ambil masa tak sampai suku pun dari masa belajar kita punyalah susah nak buat. hmm.. ni memang sesuatu yang sangat menyedihkan. peringatan buat diri sendiri juga. tak nak la cakap orang. diri sendiri pun entah macam mana. wallahu'alam..


p/s: saya dalam m0od kekecewaan sebab exam Law pagi tadi mengjangkaui luar batasan normal. even my lecturer cakap soalan untuk section c TAK MUNGKIN KELUAR SELAIN DARIPADA DIRECTOR, namun entah macam mana tiba-tiba sem ni keluar AUDITOR. saya memang tak layak nak jadi AUDITOR. section untuk auditor satu benda pun tak ingat. sedihnya.. hanya mampu berdoa agar section A dan section B dapat cover untuk section C. redha dan tawakkal je la. =(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...