Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Sunday, 31 July 2011

.: tutorial #1 : jom maen highlight2! :.

as salam.

teringin sangat nak maen highlight2 mcam blog orang lain. letak je cursor kat gambar-gambar dalam blog, then ada satu kesan khas! nak jugaaak!

so, this is it. the tutorial. *1st time buat tutorial. gabra semacam je..*

1. dashboard > design > edit html. (better korang save dulu template asal ni. takut ade problem ke nanti kan? huhu..)

2. tekan ctrl+f then cari a img {

3. delete kod selepas a img{ tu, sampai ade lambang }. lepas tu copy link bawah ni kat tempat tadi.

-webkit-transition-duration:.4s;}

img:hover {filter: alpha(opacity=60);
opacity: .6;
border-radius:20px;
border: 1px #FF66CC;
-webkit-box-shadow: 0px 0px 20px #FF66CC;
-moz-box-shadow: 0px 0px 20px #FF66CC;
}

then preview dulu, tengok jadi ke tak. kalau dah puas hati, sila save.

4. DONE!

sorry takde picture2 untuk lebih detail. huhu.. ada pape tak faham boleh tanya k? sekian.

selamat mencuba!
Saturday, 30 July 2011

.: my 1st d0odle dan puasa :.

as salam.

err.. boleh tak nak jadi jakun kejap? i have my own d0odle!! hooyeah! ni lah hasil tangan budak yang tengah demam. tak sangka.. boleh jugak saya produce my own d0odle..MENGGUNAKAN MICROSOFT POWERPOINT! hehehe.. giler jakun. had0oii..

nah, tengok la sendiri betapa banyaknye kekurangan dolly saya. huhu.. *malu3!*



ok. enough of miss dolly. tomorrow! what happen tomorrow? *angkat kening double-jerk* ok. gedik. esok memang kompem umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa. orang demam pun kena berpuasa. haiyaaaak! no exception. oh, kalau anda ABC (Allah bagi cuti) takpe la. tapi jangan lupa qada' nanti. =)

ni ade doa untuk puasa. siapa yang agak2 belum baca ( niat) sila baca sekarang. ini satu paksaan!



haa.. nak tau kenapa kena niat puasa sekarang?


Niat puasa hrs dilakukan malam hari seblm subuh.jk seorg muslim berpuasa tdk disertai dgn

niat,/ niatnya di pagi hari setlh subuh mk puasanya tdk sah, sehingga harus mengqodho

puasanya di hari lain. Tetapi dia harus tetap menahan makan & minum sampai maghrib. Hal ini

sebagaimana diriwayatkan Ibnu Umar dari Hafshoh dari Nabi saw:


“Siapa yg tdk niat puasa sebelum shubuh, maka ia tdk puasa.” (HR Ahmad)

ade pehe dop? *tiru ayat si aj*

sooo... even though budak-budak tadika tak puasa, dan saya soraaaaang je kena puasa esok (kat tadika), insyaAllah itu takkan jadi halangan untuk saya teruskan puasa. ni bukan lagi zaman kanak-kanak hingusan yang bila-tak-tahan-ibu-cakap-boleh-buka-puasa. NO NO NO! insyaAllah saya akan kuat..walaupun demam.. aish.. bila m0od demam datang mesti ngade2 nak tekankan perkataan DEMAM tu. problem betul lah Farah ni.. =_="

petang tadi ade bocor satu rahsia dengan ibu. masa darjah dua dulu....

KANTIN SEKOLAH

K.A: eh f, awak ni okey tak? muka pucat je?

f :eh..? yeke? hmm... kak awin.... tolong boleh? *idea jahat datang!*

K.A: tolong ape?

f: kak awiiiiiiiiiiiiinnn...... tolong belikan air boleee? *muka gedik suara ngade2*

K.A: eh, f tak puasa ke rini?

f: ibu f cakap kalau tak tahan boleh berbuka awal. f pun rasa cam tak sehat niii.... toloooong laaaaa....

K.A : oh.. ok la kalau macam tu.

dan si f pun terus minum air oren..yang acik kantin jual. sila jangan tanya kenapa kantin jual makanan. aish.. tapi dek kerana takutkan si ayah, f tak telan pun apap-apap sepanjang hari tu selain air oren tadi. had0oooi...

THE END.

konklusi; jangan nak ngade-ngade tak puasa. bak kata Akim:

" ayok! tak puasa.. nanti masuk api neraka " *beserta lagu*

p/s: kena paksa diri makan ubat. takkan esok nak gedik2 batuk sana batuk sini sambil ngaja? huhuhu... ='( TAK SUKA UBAT!

.: muslimahku part 3 (edisi bergambar) :.


sumber : blog lain (tak sempat ambil link. lupa. =_=')
Wednesday, 27 July 2011

.: muslimahku part 4 :.

as salam..

sharing is caring. caring is loving. saya sayang saudara-saudara se-muslimah saya. let's us muhasabah diri by read this article.

sumber: cari.com.my


Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.





1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.



2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."



3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.



4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?



5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?



6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.



7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?



8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.



9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.



10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?



11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.



12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.



13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.




“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”





Hanya sekadar renungan....


p/s: i'm care because i do loves ya dear muslimah out there.
Monday, 25 July 2011

.: pra-puasa :.

as salam.

well hello there! long time no see. =) I've been very lazy these days. malas nak tulis post. keje nak baca entry orang lain je. haishhh... =.='

next week insyaAllah, kita dah nak start berpuasa. hooyeah! cabaran akan bermula. miss my old time, puasa dan berbuka bersama kakak-kakak kesayanganku di Jengka. miss those old time, berbuka ramai-ramai di surau. miss those old time, bila kita tak cukup duit nak beli makanan then somebody datang ajak kongsi makanan sama-sama. miss those old time, bertarawih ramai-ramai di Uwais. seriously, i miss those old time. mana nak rasa lagi dah benda ni. dengan sahabat, membe, kawan. hmm...


PENGAJARAN: NIKMATI KEHIDUPAN BERADA DI DIPLOMA SELAGI BOLEH (sebab budak diploma je rasa puasa kat uni masing-masing. budak degree mana rasa untuk tahun ni. kinda sad.)


ok. disebabkan next week puasaa, dengan alasan ni lah ibu dengan rajinnya buat "festival makan sehabis boleh" semalam. ade ke patut;

SARAPAN: rojak pudu + cendol.

TENGAHARI: spagetti.

PETANG: mee bandung muar!

MALAM: nasi goreng ayam.

boleh ke camtu..?

ok. tak payah cakap. that's why lah kalau anak-anak ibu 'membesar' dengan 'sihat' orang lain tak cakap apa. ibu suka masak (sebab ayah suka suruh ibu masak) tapi yang bagusnya ibu still boleh jaga badan. dan yang paling TAK bagusnya, berat ibu almost same with her daughter! hailaaa... competitive betol!

sendiri yang nak makan then salahkan orang lain. memang sikap yang 'bagus'. err... huhuu..

teacher kat kinder kids semua start tanya;

"bila u mau puasa?"

haha..dorang ingat dah start puasa kot. punyalah berhati-hati tak bagi saya in-charge bahagian makanan. it's okey la. i'm fine. i can handle it. dugaan makan-makan ni insyaAllah saya boleh. =)

pity my sister and lil brother..and my parent. senang cerita, kesian my family. kepingin sangat nak makan lulian tapi disebabkan saya tak boleh even terhidu pun bau dye, so dorang tak makan. but today, tahap keinginan membara-bara dihati mereka menyebabkan mereka beli jugak benda alah tu dan saya? tutup pintu bilik dan kunci. perintah berkurung. darurat! huhuhu...

p/s: malam-malam sakit hati. so just mumbling bubbling about anything. releasing my own stress. =.="
Friday, 22 July 2011

.: BERITA: murid taska parah diseret van :.

‘Tolong wan, adik sakit...’


IPOH: “Tolong wan, adik sakit..., tolong adik...,” jerit kanak-kanak berusia tiga tahun kepada neneknya selepas diseret sejauh hampir 100 meter oleh van dinaikinya menyebabkan kulit kepalanya terkoyak sehingga menampakkan tempurung kepala, pagi kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi di Bandar Baru Putra, Bercham di sini, turut mengakibatkan Muhammad Haziq Aqasha Muhamad Sazali, cedera di perut dan tangan kirinya. Mangsa diseret di depan neneknya, Timah Sukaimi, 70, yang sedang menunggu di pintu untuk menyambut kepulangan cucunya taska.

Menurut Timah, ketika kejadian dia mahu membuka pagar sebelum dikejutkan dengan jeritan Muhammad Haziq. “Saya sangka adik (nama timangan mangsa) diculik kerana dia tidak kelihatan di tepi jalan selepas van dinaikinya bergerak pergi. “Jeritannya bertambah nyaring menyebabkan saya panik dan seperti orang tidak siuman mencarinya sekitar kawasan rumah,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.

Warga emas yang uzur dan berjalan menggunakan tongkat itu hampir pengsan selepas dimaklumkan jiran yang turut terdengar jeritan itu bahawa cucunya diseret van.

Kejadian dipercayai berlaku apabila beg galas dibawa mangsa tersangkut pada pintu van ketika menutupnya dan pemandu van yang menyangka mangsa sudah turun, memecut kenderaannya.

Tindakan pemandu van itu menyebabkan Muhammad Haziq terseret sejauh hampir 100 meter di bahagian bawah kenderaan dalam keadaan terbaring.

Mujur tindakan berani seorang wanita yang juga jiran keluarga mangsa melangkah ke tengah jalan untuk memberhentikan van itu berjaya menyelamatkan Muhammad Haziq daripada maut.

Pemandu van, seorang lelaki berusia 50-an mendakwa tidak mendengar jeritan mangsa ketika ditanya jiran wanita itu.

Jiran itu kemudian meminta orang ramai mengangkat mangsa yang meraung kesakitan ke dalam van sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan. Bapa mangsa, Muhamad Sazali Yahaya, 30, anggota Batalion 1 Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta berkata, jirannya itu memaklumkan kejadian berkenaan kepadanya.

“Dia terlebih dulu memberitahu kejadian itu kepada ibu saya (Timah) sebelum menghubungi saya yang ketika itu berada di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) bagi menghantar makanan kepada isteri yang bertugas sebagai jururawat di sana.

“Saya bersama isteri bergegas ke klinik berkenaan dan luluh hati kami melihat keadaan anak yang meraung kesakitan. Saya cuba tabahkan diri untuk menenangkan perasaan, tetapi gagal,” katanya sebak.

Muhamad Sazali berkata, dia bertambah sayu selepas Muhammad Haziq meminta dia dan isteri berhenti menangis.

“Haziq pintar biarpun baru berusia tiga tahun lima bulan. Dalam keadaan sakit dia masih sempat menasihatkan saya dan isteri supaya jangan menangis kerana dia tidak mahu mati lagi,” katanya.

Berikutan kecederaan parah dialaminya, Muhammad Haziq dimasukkan ke bahagian kecemasan HRPB sebelum menjalani pembedahan.

Muhamad Sazali berkata, menurut doktor, anaknya mungkin mengalami kecacatan kekal pada dua jari tangan kirinya selepas urat saraf di bahagian itu hancur dan putus.

Pembedahan awal yang dilakukan ialah untuk mengambil cebisan kulit paha bagi ditampal pada perutnya.

Muhamad Sazali tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu van terbabit, namun tumpuannya kini ialah terhadap anaknya yang bakal menjalani satu lagi pembedahan plastik bagi menutup tempurung kepala. [SUMBER-harian metro]

p/s: ya Allah.. menangis tengok... kesian sangat kat adik ni..moga segala urusannya dipermudahkan Allah.. ='(
Thursday, 21 July 2011

.: akibat berzina :.



Kes persetubuhan ibu dan anak yang tak boleh dipisahkan telah menjadi buah mulut masyarakat Gorontalo. Kini, ibu dan anak itu telah meninggal dunia. Bilakah keduanya meninggal duniah masih menjadi pertanyaan.

Menurut maklumat dari Gorontalo Post, ibu yang berusia 30-an tahun dan anak yang berusia 15 tahun tersebut meninggal beberapa jam selepas berada di bilik pembedahan salah sebuah hospital di Gorontalo.

Ada desas desus yang mengatakan keduanya masih sempat bertahan beberapa hari sebelum meninggal dunia. Setelah menyelidik di Gorontalo Post, didapati ibu dan anak tersebut meninggal setelah pasukan perubatan berusaha melakukan pembedahan untuk memisahkan keduanya.

Pembedahan itu terpaksa dilakukan kerana keadaan kedua-duanya amat kritika.Doktor tiada jalan lain untuk memisahkan keduanya selain melakukan pembedahan.

Setelah melakukan pembedahan, keduanya meninggal dunia. Mayat kedua beranak itu dituntut keluar secara tertutup.


p/s: nauzubillah min zalik..
Wednesday, 20 July 2011

.: buatmu wanita :.

sumber: melur jelita dan petikan dari minda sesuka hati saya. ;p

nama si gugurl di handphone boboi-boy
1. mula-mula kenal --> nama 'dia' sendiri.

2. bila dah dapat --> hunny-bunny-bee

3. bila dah tunang --> sayang / wanita-masa-depan

4. baru menikah --> my lovely wife/ chenta-hati-sampai-mati

5. 1 tahun menikah --> my wife / wifey

4. 5 tahun menikah --> home / rumah

5. 10 tahun menikah --> ibu pejabat

6. 15 tahun menikah --> bilik gerakan

7. 20 tahun menikah --> bukit aman

8. 25 tahun menikah --> wrong number.

erk..? =,=' buat yang berkenaan, cube korang check apa nama korang kat handphone boboi boy korang. sekian.

* just for fun. takde kena mengena dengan yang masih hidup atau
yang telah meninnggal dunia.*

p/s: tunggu lah dah kawen nanti saya conquer handphone future hubby. muhahahaha... ;p
Tuesday, 19 July 2011

.: hikmah sesuatu kejadian. =) :.

sumber: http://wanwma.com/agama/tambah-anak-untuk-bercerai/

Bismillahirrahmanirrahim.....

Sepasang suami isteri yang sudah menikah selama 7 tahun dan memiliki 3 orang anak, terlibat dalam sebuah pertengkaran hebat. Begitu hebatnya pertengkaran mereka, sehingga akhirnya mereka memutuskan untuk bercerai, mengakhiri kehidupan rumah tangga mereka secepat mungkin.

Mereka menemui seorang peguam, untuk melangsungkan perundingan pembahagian harta sepencarian di antara mereka. Perundingan berlangsung lancar dan akhirnya sebahagian besar masalah dapat diselesaikan, baik tanah, rumah, dan semua aset harta mereka dapat dibahagi dan mencapai kepuasan kedua belah pihak.

Hanya satu hal tidak ditemukan jalan keluarnya, iaitu mengenai pembahagian anak [jangan lupa anak mereka tiga orang]. Baik si suami mahupun si isteri, sama-sama ingin mengasuh 2 anak, tidak ada yang mahu mengalah, dan anak tidak mungkin dibelah dua.

Akhirnya mereka menemui seorang tokoh agama, meminta nasihat bagaimana jalan keluar yang harus ditempuh. Sang Imam akhirnya memberikan jalan keluar yang bijak, iaitu mereka diminta menunda perceraiannya selama satu tahun, mereka harus menambah satu orang anak selama satu tahun. Apabila Allah mengizinkan penceraian mereka, Allah akan memberikan tambahan satu anak. Jadi, mereka akan mempunyai 4 orang anak, sehingga mudah untuk dibahagi di antara mereka berdua.

Kerana si suami dan si isteri sangat serius untuk bercerai, mereka mengambil keputusan berusaha keras untuk menambah anak, dan akhirnya mereka berhasil.

Setahun kemudian, ketika Sang Imam berjalan-jalan, beliau bertemu dengan pasangan suami isteri ini, sedang bergandingan tangan dengan mesra, sehingga Sang Imam bertanya :

“Apakah kalian tidak berhasil menambah anak sehingga kalian batal bercerai?”.

Sang Suami lalu menjawab :

“Allah maha pengasih. Dia memberikan kami tambahan anak, tapi sekaligus juga memberikan isyarat agar kami saling memaafkan dan saling mengasihi. Jadi kami memutuskan untuk tidak bercerai”.

“Bagaimana Allah memberikan isyaratNya?”, tanya Sang Imam.

“Allah memberikan kami tambahan anak, bukan satu anak, tapi dua anak. Anak kembar!!”.


p/s: boleh tak nak cakap ini sangat comel..? hehe.. =) Allah itu maha mengetahui.

Wednesday, 13 July 2011

.: kenali tokoh : Hazrat Anas bin Nadhr r.a.:.

Hazrat Anas bin Nadhr r.a. ialah seorang sahabat yang tidak dapat menyertai peperangan Badar. Beliau sedih tentang perkara itu dan mengutuk dirinya dengan berkata, "Badar ialah peperangan yang pertama dan agung dalam Islam sedangkan engkau tidak dapat menyertai peperangan itu."



Beliau bercita-cita sekiranya ada peperangan lain maka beliau akan tunaikan tuntutan semangatnya. Secara kebetulan peperangan Uhud pun tiba maka beliau telah menyertai peperangan itu dengan penuh kepahlawanan dan keberanian. Dalam peperangan Uhud, orang Islam telah menang pada permulaan perang itu. Tetapi, akibat satu kesilapan, orang Islam akhirnya kalah. Kesilapan tersebut berlaku begini. Rasulullah s.a.w telah menetapkan beberapa orang di sebuah bukit yang tertentu dengan bersabda, "Selagi saya tidak beri arahan, kamu jangan tinggalkan bukit itu kerana musuh mungkin akan menyerang dari tempat itu."



Orang-orang Islam telah menang pada mulanya. Kemudian apabila tentera-tentera yang berada di atas bukit melihat orang kafir melarikan diri maka kebanyakan mereka telah turun dari bukit itu dengan menyangka bahawa peperangan sudah berakhir. Oleh sebab itu, mereka berlari-lari mengejar orang kafir untuk mendapatkan harta rampasan. Ketua jemaah tersebut telah melarang dengan berkata,"Ini ialah larangan Rasulullah s.a.w, kamu jangan tinggalkan tempat ini."



Walau bagaimanapun, mereka menyangka bahawa perintah Rasulullah s.a.w. hanya semasa pertempuran sahaja. Oleh itu, mereka turun dari tempat tersebut dan menuju ke medan. Semasa melarikan diri, orang kafir ternampak yang bukit itu telah dibiarkan kosong lalu mereka pun datang dari arah tersebut dan membuat serangan. Pada ketika itu orang Islam berada dalam keadaan leka. Tanpa disedari, orang kafir telah melancarkan serangan mengejut dan ini menyebabkan orang Islam rasa tertekan. Tambahan pula, orang Islam berada di tengah-tengah orang kafir yang menyerang dari kedua-dua arah. Oleh sebab itu, mereka lari tidak tentu hala.



Hazrat Anas r.a. telah ternampak seorang sahabat, Hazrat Sa'ad bin Ma'az r.a. datang dari arah hadapan. Beliau berkata,"Wahai Sa'ad, ke mana engkau hendak pergi? Demi Allah, keharuman syurga sedang datang dari arah bukit Uhud."



Setelah berkata demikian, beliau menyerbu ke arah kumpulan orang kafir dengan pedang yang masih terhunus di tangan. Selagi tidak syahid selagi itu beliau tidak akan pulang. Setelah gugur syahid, didapati badannya telah cedera parah. Terdapat lebih daripada lapan puluh liang luka pada badannya akibat terkena pedang dan anak panah. Saudara perempuan beliau sahaja yang dapat mengenalinya melalui hujung jari beliau.



Keterangan



Orang yang terlibat dengan kerja-kerja Allah s.w.t (kerja agama) dengan ikhlas dan keinginan yang sejati akan dapat merasai kelazatan syurga dalam dunia ini lagi. Hazrat Anas r.a mencium bau syurga semasa hidup di dunia ini lagi. Sekiranya kita juga menjadi orang yang ikhlas maka kelazatan syurga akan dikecapi di dunia ini lagi.






sumber:

http://www.facebook.com/notes/sukey-azmi/kesyahidan-hazrat-anas-bin-nadhr-ra/248349848510394

Monday, 11 July 2011

.: Farah makin 'matang' :.

as salam..

syukur alhamdulillah.. saya dapat menikmati hidup di dunia sehingga kini. syukur alhamdulillah... saya masih diberi kesempatan untuk melihat alam ciptaan Allah. syukur alhamdulillah.. saya dah semakin 'matang' dalam mengharungi dugaan yang diberikan. eh..? iye ke? errr..

malam semalam acu (adik belah ayah) datang rumah saya. suaminya diamanahkan untuk merenovate rumah saya. dan kebetulan, cik mizi (suami acu) punya birthday jatuh pada tarikh yang sama dengan saya. haha.. so berlaku la adengan rahsia-merahsia-i antara satu sama lain.

satu kebiasaan dalam keluarga kami untuk menyambut ulangtahun kelahiran beramai-ramai. usually, semua (acu, cik mah, pakteh, pa'man, nenek umi) akan decide satu tempat (rumah) untuk sambut beramai-ramai. sume yang lahir pada bulan tersebut akan diraikan bersama-sama.

as for me, dah 2 tahun sejak saya masuk UiTM saya tak sambut b'day beramai-ramai. bila turn july datang je saya busy, or yang lain-lain busy. tak dapat celebrate. sedey ooo... bulan lain sambut ramai-ramai tapi bulan july mesti tak dapat. aish...

ok. start tahun ni, alhamdulillah saya dapat raikan b'day kat rumah. hooyeah! but somehow, sume orang cam lupe je bila b'day saya. penat la saya bagi hint;

"ibu, next 2 week ade pegi mana-mana tak?"

"next 2 week? oh.. ibu dah start pindah tempat kerja. kenapa?"

"oh..takpe la"

dengan fatin (semalam pagi);

"akak ingat nak cari hadiah untuk b'day kawan akak la. esok b'day dia. dia minat p0oh. nak belikan ape ek?"

"b'day? sape? kak Eliza ke? Aj? sape?"

"ade la kawan akak tu. dye dok dekaaaaat sangat dengan rumah kite. dekaaaaaaaaat sangat."

"kak nadia ke? bukan dah lepas ke?"

bush! gedebuk!

"oh, b'day kawan akak aten ingat ek? b'day akak aten tak ingat! dah la!"

DAN SETERUSNYA,

ceeet! takde sape ingat. padahal last week kan kita dah makan pizza, siap cakap lagi;



"mungkin next week ayah takde, gi kelantan. so kita celebrate b'day sumone tu dulu ek?"

tapi ayah tak jadi pegi pun. dah tu kenapa nak lupe?

***

malam.

"akak! ibu panggil. kenapa akak tak bagi alia belajar kat bilik akak?"

"bila masa lak?"

then bila turun pegi tanya kat Alia tengok dia nanges. ibu ayah muka masam
. acu pun muke bersalah.

"ape ni alia?! bile lak akak cakap camtu! PENIPU! JAHAT! ALIA FITNAH AKAK KAN? TENGOK LA. NANTI BERDOSA KENA SEKSA MASUK NERAKA PADAN MUKA!"

ok. drama. dengan air mata nak tumpah teros berlari masuk bilik. kunci. pakai earphone. dengar lagu kuat2. tulis diary. ceeeeh.. memang sangat matang.

but then..
"akak, ayah suruh turun makan. wajib. nanti ayah marah."

"tak nak! akak kenyang. makan hati."

"turun jelah. tak yah la nak gedik-gedik."

dengan hati panas membara saya turun. tengok lampu oren terbukak. eh...? rupa-rupanya...

"surprise! ade kek! haha..suke tak?"

ceeeh! dorang rancang bagi saya tak turun semata-mata nak buat surprise ni? had0ooooi.. malunye! pegi nanges macam orang tak betul klat bilik. adussss....

and here are the picture. some of the pic. malas nak upload banyak-banyak. btw, love them very much. =) memang jadi la 'drama' tadi tu. aish....


jamuan ringkas. sempat lak ibu masak time saya merajuk. haha..
si budak ni namanya Adam. time ni muka dye munyuuk coz kena marah ngan saya. ade ke berebut tiup lilin ngan b'day girl? hahaha.. ;p



oh ye, nak tau setiap kali ade event b'day dalam family ktorang, aten mesti pilih kek ni. hahaha.. see, hari bapa, hari ibu, b'day ayah, b'day saya, sume guna kek yang sama. faten ni.. aish..
oh ye, mamat bawah ni cazen saya, hazim. si ajim ni b'day dye bulan july gak. selalu kami slalu sambut sama-sama. but thn ni dye dah merantau ke kedah lak. haha..jgn jeles je ajim oii... oh dan juga lagi sorang, izyan dahlia. tapi dye dah lama tak celebrate ngan ktorang. hurm..

gud luck ajim. bakal guru yang cemerlang. ;)



p/s: rasa buat entry budak-budak lak. sungguh macam blog adek saya, si Faten. hahaha.. malunyeee... btw, selamat berumor 20 tahun Farah!
Saturday, 9 July 2011

.: Siaran Lansung Bersih :.

as salam..

nampaknya my dad begitu mengambil tahu pasal Bersih ni. sampaikan saya diarah untuk meng-update berita pasal Bersih ni. refresh la Malaysiakini banyak3 kali. hehehe..

korang nak gak tau perkembangan Bersih? meh sini:



ok ye, kalau nak update patriot pulak kat sini. kalau nak la. kalau. dengan keterpaksaan...ni dye :


refresh la banyak3 kali yer. jom. =)
Thursday, 7 July 2011

.: berhati-hati di tadika. :.

Tragedi Amuk, Tebusan Tadika Muar

MUAR – Semua guru dan murid Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang di sini berjaya diselamatkan polis dalam serbuan pada jam 3.41 petang tadi.

Lelaki bersenjata parang yang menjadikan mereka sebagai tebusan sejak pagi tadi dilaporkan parah akibat ditembak di kepala.

Seramai tiga guru dan kira-kira 30 murid tadika dijadikan tebusan seorang lelaki bersenjatakan parang yang menceroboh tadika itu.

Polis menerima maklumat kejadian itu kira-kira jam 9.30 pagi tadi dan lelaki itu mendakwa sudah mencederakan seorang budak dan mengugut akan mencederakan lebih ramai lagi jika polis memasuki rumah berkenaan.

Sehingga jam 12 tengah hari polis masih berusaha membebaskan tebusan itu, menurut BH Online.

Sementara itu, Bernama melaporkan, drama tebusan itu bermula pukul 9.30 pagi Khamis apabila seorang lelaki dipercayai kurang siuman yang bersenjatakan parang dan tukul menceroboh ke pusat asuhan Serikids di Taman Sungai Abong, Jalan Sakeh di sini. [sumber]


p/s : ya Allah..aku bermohon agar kau lindungi diriku dari malapetaka seperti diatas. cabaran jadi seorang tenaga pengajar. =) hwaiting!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...