Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Wednesday, 28 September 2011

.: tak payah nak sayang sangat! :.

as salam.

*PERINGATAN: maaf, entry kali ni lebuh kepada nak luahkan segala yang terpendam. better tak payah baca tapi kalau nak baca jugak terpulang lah. dan maafkan saya atas penggunaan ganti nama 'aku' untuk entry kali ni.*

ok. settle dah sesi mukadimah versi lemah lembut. sekarang sesi 'aku' mengganaskan diri. heh, ganas la sangat.

this severe week, minggu permulaan jntuk semester baru. suppost to be minggu-rest-bagai-nak-rak-tengok-movie-24jam-dan-tidur-je-memanjang. but somehow permulaan sem ni bagaikan esok dah nak final. pergh.. ayat tak boleh belah. serius! mana taknye, keje assignment segala mende awal-awal lagi dah banyak. ok fine. takpe la exercise. aku ok je. buat, try harder to understand subjek MAF(management accounting) yang dah ber'sem-sem' aku belajar tapi tak jugak dapat A. FAR (accounting) yang makin complicated. AUDIT yang takde manual pastu buku tebal giler. bla bla bla.. hoi! kau dah degree memang la kena push harder. apa daaa... =.=

banyak giler kerja tertangguh. banyak giler story morry tersimpan je dalam draft. tak complete. aku rasa masa tak cukup, padahal aku yang takpandai manage. tak tau la kenapa aku fail giler nak manage masa sem ni. FAIL!! sume hancuss.. aku sedih tapi takkan nak tunjuk kat orang kan? senyum je la. untung dapat housemate yang pandai buat aku gelak hari-hari. alhamdulillah..

ok. sekarang bab cintan cintun. aku ni orang yang sangat LAMBAT PICKUP. SANGAT3. kalau aku dah start sayang, mana aku nak perasan. blur giler kot.bila dah takde baru aku nak meraung. silly me. 4 bulan aku cuti, dye selalu menggedik nak kat aku. aku hari-hari take care pasal dye. antara dye dengan adek dye, dye lagi baik. lagi mendengar kata. dalam ke-tidaksuka-an aku terhadap dye actually dah muncul pun rasa sayang. macam biasa la, mana aku sedar. hari-hari aku kutuk dye, suh ibu buang dye dari hidup aku. tahi dye, sume aku kena buat padahal bukan kucing aku. aku tak suka kucing ade 2 sebab je, dye punye tahi dan dye BERBULU. aku takut. tu je. tapi kalau dah lama-lama takde lah aku takut sangat. malah aku dah sayang kat dye. seyes Dylan, untung kau sebab aku lagi suke kau dari Lily.

tapi tetibe kau buat perangai. kau sakit sebenarnye, tapi kitorang maneeelah paham pe yang kau cakap. bila aku balik kerja, tidur atas lantai, kau datang kat aku.. tidur atas lengan aku..aku tak marah pun. malah aku boleh belai-belai kau. tu tandanya aku dah start boleh terima kau. kau baik, kau manja,walaupun kau suke buat hal sendiri tapi kau mendengar kata. kau sebijik cam aku. aku je yang tak perasan.

tapi, bila kau mula buat perangai, kau mmula susahkan ibu, aku geram. sebab benda tu effect ibu = effect aku. so aku antara orang yang dok canang-canang kau dihantar ke pusat penjagaan kucing. ikot ayah nak hantar je kau kat pasar borong, tapi..... hmm..

bila aten dalam tangisan bawak kau keluar dari rumah, lepas tu hujan, dan kau terus lari menghilangkan diri. then aten balik rumah , moody. satu family m0ody. aku pun kena effect m0ody tu. tapi mana orang lain tau. aku diam-diam je. bila aku balik rumah last 2 week, aku cari kau. aku drive pegi tempat last aten hantar kau, tapi kau takde. sampai sekarang pun kau tak balik rumah. kami tau kau merajuk. kau paham yang kami nak buang kau. tapi kau tak paham kami berat sangat hati nak buang kau. luar cakap lain dalam cakap lain. tu lah aku. sekarang aku taip bende ni pun meleleh-leleh hingus. airmata dah tak boleh stop dah. aku rindu kau la dylan!

tapii... pagi tadi ibu call. cakap aten mimpi kau..kena langgar. 2 hari berturut-turut. kau tak tau betapa m0odynye aku harini. mana ade aku buat keje lansung! sampai sekarang m0od belajar aku belum datang. aku tak sempat pun jumpa kau buat kali terakhir. last aku bermanja dengan kau time kau tidur kat lengan aku. YA ALLAH, rindu nye aku dengan kau.

5-10 minit kemudian.

ok. aku dah puas menangis. dah henti dah pun. aj call pun aku layan tak layan. it's time to move on. aku rasa aku dah boleh start belajar. puas dah luahkan, puas dah nangis. Dylan, even apa-apa pun yang jadi kat kau, aku tetap doakan semoga allah melindungi kau. dan kalau betul kau accident, semoga jasad kau ade lah orang yang baik hati tolong kuburkan. semoga kau berbahagia walau dimana pun kau berada. *ok aku rasa aku nak nangis lagi*.
Thursday, 22 September 2011

awk2..blog awk agak serabut la..sorry kalo sy tegur ni ye ^_^

thanx.. xpe.. mmg ade rasa nak tukar layout n design blog ni. tggu masa free je. sekarang bussssssssyyyyyyyyyyyyyyy sangat. insyaAllah ada masa tuka. thanx again.=)

Ask me anything

apa tajuk lagu korea ni ye? rain fox?

1st, sorry sangat sebab tak perasan pun ada soklan kat formspring ni. huhuhu.. lagu tu lagu ost drama my gf is a gumihoo, tajuknya fox rain. penyanyi lupe. maaf..=)

Ask me anything

salam'alaik~~ mcm mne ye nk letak faveret books to kat blog??? hehe~

w'salam. maaf tak perasan pun formspring ni. huhuhu.. kalau nak letak faveret b0ok tu boleh klik je dekat gambar-gambar buku dalam blog saya or boleh pergi terus ke http://www.goodreads.com. kena daftar dulu tau. =))

Ask me anything

Monday, 12 September 2011

.: tutorial #4 : jom buat cik d0lly bhgn 1 :.

as salam.

haaaai semua.. alhamdulillah.. hari ni lecturer taxation batalkan kelas yang mana menyebabkan saya ketiadaan kelas sepanjang hari. yippie! banzai! hehehe..

akhirnya pintu hati saya terbuka untuk merajinkan diri membuat tutorial 'bagaimana nak buat cik dolly menggunakan microsoft powerpoint'. lama dah kawan saya, cik Sarah dok 'paksa2' saya buat tutorial ni. saya dah cakap dah better dye search kat internet, ada je yang dah buat tutorial ni. tapi dye dok paksa jugak saya buat. huhuhu.. sayang kawan, nak buat macam mana kan kan kan? *wink wink*

untuk entry ini, saya akan ajar basic untuk buat cik dolly macam kat bawah ni;

dan hanya fokus untuk bahagian MUKA SAHAJA. sebab akan wujud entry sambungan okey? heee~...

baiklah, tanpa melengahkan masa lagi.....jom kita mulakan KELAS CIK DOLLY BY CIK FARAH!

1. mula-mula sekali, pastikan anda buka dulu software MICROSOFT POWERPOINT tu. dah buka dah? bagusss..

2. discover your powerpoint 1st. make sure anda tau mana nak cari basic shape macam kat bawah ni. ianya satu tools yang saaaaangat penting dalam kelas ni. ok?



jumpa tak? cariiiik sampai dapat! ini satu paksaan. ;p

3. untuk menfancykan kelas, sila baca keterangan dalam gambar kat bawah ni. right-klik open in new tab kalau tak boleh baca..




4. untuk basic cik dolly hari ini, sila follow step kat dalam pic di bawah ni.




5. siap dah bentuk muka dan mata. mata dan bentuk muka boleh berubah, ikut mana-mana keselesaan anda. nak muka bulat ke, oval ke, same goes to the eyes. ikut kreativiti masing masing. got it? =)

6. ok, untuk mata dan mulut, tools kat bawah ni boleh digunakan. yang saya tunjuk ni sebagai option sahaja. if korang dah jumpa cara yang lebih baik, then use it. follow ur own imagination ok?

ni imagination saya. saya 'lahirkan' dulu dalam a piece of paper then saya 'wujudkan' dye dalam powerpoint.

ye, saya memang suka menconteng. ;)

oh, laparnye..!! TO BE CONTINUE....

*anda boleh lihat disini cik d0lly yang saya dah hasilkan. walaupun tak seberapa namun saya nak tunjuk jugak. daaa~...*

Sunday, 11 September 2011

.: selamat kembali & tips baca buku tebal! :.

as salam..

cuti 4 bulan lebih sudah pun tamat. say bye-bye to h0olidays dan hai-hai to KBM! uwaaa... ='(

ok. stop emo. eventhough baru tadi akim yang selalu cakap nak halau kakak dye ni balik asrama cakap rindu kakak. stop emo eventhough semua orang keluar pegi shopping barang kejap but si Farah ni stay sorang-sorang dalam bilik coz mengemas barang. stop jugak emo eventhough si aj sekarang dok cakap dengan gaya yang menakutkan. STOP EMO OKEH? smileeee~..

dalam dok mengemas barang-barang tadi saya tengok banyaaaaaknye lah buku tebal. antaranya buku tax. owh..don't say a word. m0od study belum muncul lagi okeh? huhu..

tapi haritu dok usha-usha blog rynaowhryna.blogspot.com terjumpa something yang best. nak tau tak tips baca buku tebal-tebal ni? haaaa... let's check this out.



TIPS MENGARUT #1

1. buka buku tersebut. start with whatever chapter that you want.

2. ambil sedikit gula-gula, jelly beans, or anything (makanan yang tak melekat kat buku).

3. letakkan gula-gula, jelly beans, or anything (makanan yang tak melekat kat buku) tadi di atas muka surat yang ingin dibaca. pastikan MAKANAN TERSEBUT DILETAKKAN BERJARAK-JARAK, DONT CHEAT! macam kat bawah ni.

4. mulakan pembacaan anda. sampai di checkpoint yang ada gula-gula/ makanan tadi, anda boleh ambil dan makan! kemudian teruskan pembacaan anda semula sehingga sampai ke checkpoint gula-gula tadi. DON'T CHEAT!

PERINGATAN ;

--> tips ini boleh menambahkan jumlah lelemak's yang berada dalam tubuh badan anda.

-----> pastikan anda BETUL-BETUL FAHAM APA YANG ANDA BACA, bukan sekadar nak KEJAR GULA-GULA. ok?

----> pihak saya (cheewaah!) tak bertanggungjawab diatas segala masalah yang mungkin berlaku jika anda menggunakan tips mengarut ini. ;)

so, selamat mencuba! hehe.. dan selamat kembali ke alam BELAJAR okeh? daaa~..


p/s: lapaaaar niii.. nak makaaaaaaaan... ='(
Thursday, 8 September 2011

.: raya dan hutang :.

as salam.

bertemu kita lagi setelah lama saya menghilang. huhu.. sebelum terlambat, saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua rakan blogger, reader tersayang dan juga teman-teman di luar sana.

*orang dah basi dah dengar ucapan raya, si Farah ni giler lambat wish. had0oi...*

misteri kehilangan saya terungkai apabila banyak HOMEMADE kek dan kuih raya hasil tangan ibu terchenta yang berjaya disiapkan dengan bantuan SUPERFARAH! hooyeah..

before raya last saya update entah pasal apa pun saya tak ingat. huhu.. busy tolong ibu siapkan kuih, preparation raya sume, dan lepas raya sibuk pulak buat open house family gathering, jalan sana sini beraya sakan sampai sakit. urgh.. betul saya tak tipu. baru jumpa doc petang tadi..or semalam dan saya disahkan keracunan makanan + demam. no wonder la 2 hari diarrhea tak sudah-sudah. aig0oo.. time-time nak balik Melaka la benda ni jadi. takpe2..sabarr..

nah, ni bukti segala macam 'hadiah' dari doc.



ok, saya berhutang 2 benda sebelum raya. giler la. berzaman kot simpan benda alah ni. nak update blog susah sangat. malu jer bila Sarah tanya masa beraya ritu;

"FERA! DOLLY AKU BILA KAU NAK SIAPKAN?"

uwaaaaa... sorry Sarah.. tsk. aku busy tak hingat dunia weh.. =_="

ok, la ni saya nak langsaikan segala hutang piutang yang tak settle lagii. 2 je pun.. huhu..


1.

yg atas ni khas untuk CIK ZUNETA. arghhh.. MAAFKAN SAYA ATAS KELEWATAN YANG MELAMPAU-LAMPAU. uwaaa.. malunyer.. >.<

ok, cik dolly awak bersifat kesenian (giler pelik ayat ni adooi) sebab saya tengok awak ni cam orang seni. ok, maafkan saya atas kepelikan bahasa tadi. hopefully awak dapat bagi komen keatas cik dolly awak yg saya terlambat buat ni.malunyer... =(


2.
ok, yang kedua ni untuk cik sarah. sarah syg, sorry ek klu cik dolly ni tak menepati citarasa ko.. aku buat time sakit ni. huhuu... kalau ade ketidak-puasan hati sila lah bagitau aku cepat-cepat ea..? huhu..

ok. settle dah 2 hutang. pheww..~ lega!

sekarang boleh fokus nak kemas barang. boleh tak hari sabtu ade pendaftaran kolej tapi satu benda pun tak settle lagi? kemad barang pun idak. entah kemana la menghilangnya segala bagai barang-barangku. huhuhu.. sadisnya! nampok bebenor m0od kembali ke Melaka belum di install sepenuhnya. uwaaa...>o

sampai ketemu semula, asslamualaikum dan selamat hari raya dan selmat kembali ke alam universiti. tsk..

p/s: bila sakit menjelma, perangai jadi makin ngada. cepat terasa satu perkara, merajuk jadi perkara biasa. uwaaa...m0od swing dah datang. sorry aj..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...