Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Tuesday, 17 January 2012

.: MORE news on BOOKSALES! :.

ok, short entry je ni. sempena dapat baucar RM200 neh, meh la kita berjimba-jimba sopping sakan dengan buku ye..? ;p lalala~..


MPH Mid Valley Relocation Sale




MPH Mid Valley Relocation Sale 12 – 22 January 2012


DATE: 22-26 January 2012! (cepaaaaat!)

VENUE: MPH Mid Valley Megamall

highlight this;

70% Off on Selected Books
Get 70% discount for MPH members and offer valid for non members with any three books purchased.
15% Off on All Books
Get 15% discount for MPH members and offer valid for non members with any minimum purchase of RM5.
RM5 Book Voucher Bonus
Redeem your RM5 book voucher with every purchase of RM100 nett*


p/s: saya tak pasti dekat MPH boleh pakai baucar buku rm200 tu ke tak. yang pasti popular boleh.;p 


next event on BOOKSALES!


1 Malaysia Book Expo at PWTC



1 Malaysia Book Expo at PWTC 1 – 6 February 2012

venue: PUTRA WORLD TRADE CENTRE, (PWTC)

date: 1-6 FEBRUARY 2012 (still got time. boleh la rilex2 dulu. ;p)

highlight this thing;


1 Malaysia Book Expo
1 – 6 February
10.00AM – 8.00PM
International Book Conference
1 – 3 February 2012
9.00AM – 5.00PM
International Book Forum
4 – 5 February 2012
10.00AM – 5.00PM
Book Auction
1- 6 February 2012
10.00AM – 8.00PM

that's all folks! see you next time. lapaaaar..

.: move on girls! :.

as salam..

1st of all, saya nak mohon maaf kepada sesiapa yang dah 2-3 hari asyik jumpa entry 'lepas-geram-dan-stress' yang melampau-lampau dari saya. ehem.. biasalah, time exam ni banyak betul benda yang meng'stress' kan. sekarang, tinggal 1 paper before habis exam untuk sem ni. paper hari jumaat, TAX 370. so, dah boleh start packing2 barang sikit.

malas nak kupas benda yang dah berlaku, so marilah kita beramai-ramai m0ve on ke hidup yang lebih baik. ceeet! ayat tak boleh blah. =_=' btw, entry yang merepek-repek-lepas-geram tu saya dah letak balik kat tempat yang sepatutnya, which is draft. hu hu. *kate nak move on, kena la delete benda lama kan?*


harini jawab paper dengan mata lebam sebab 'masuk habuk' dan tak cukup tidur. grrr..nak bukak mata pagi tadi payoh bebenor! letak la segala jenis krim, lebam bawah atas mata tu tak hilang gak. memang pedih gak la mata arini. hu hu. tapi tadi dah qada' tidur, so mata dah kembali normal! kekeke.. *logikkah perkara ini berlaku?* LOL!

alhamdulillah, paper harini boleh jawab. betul ke salah, tu belakang kira. 'cukai' coming up next, so, kena delete segala benda belajar akaun untuk exam pagi tadi secepat yang boleh. lalala~..

last merepek for today, tak sabar nak dapatkan baucar buku RM200 tu. orang lain dah lama dapat kite baru nak terhegeh-hegeh amek. hurm.. next entry, nak letak info pasal booksales yang ade. ops! dah isyak. hehe.. bai2. wassalam. =)


Friday, 13 January 2012

.: jangan mengeluh! :.


‎" Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)


~Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah~



as salam.

pernah tak dengar ungkapan macam ni;

"benda tak jadi kat kau, mana kau nak tau. cakap je boleh la. cuba kalau kau kena pulak. boleh tak kau handle dan buat macam mana kau nasihat aku?

huhu.. tajam betul. tapi, betullah kan? few days ago saya post status seperti yg kat ataaaas sekali tu. copy paste dari one of my 'kakak' di Jengka. =) saya rasa time tu macam (riak giler okeh time ni? ish3..)

'alah, just bear with it. setiap problem ade la penyelesaiannye. tak pun, Allah nak duga, takkan baru sikit nak mengalah?'

and now DUSH! setepek aku dapat. hu hu. satu problem, yang agak berat la jugak bagi saya nak kena tanggung..again. ngaaa~ hmpir-hampir saya mengeluh..or sebenarnya saya dah mengeluh tanpa sedar. wallahua'lam.

Farah yang suka bercakap ni jadi takde m0od nak bercakap, makan pun roti je sehari, belajar pun otak tak terima. berat! sangat berat. nak nak tengah 'cuti', tak dapat nak mengadu pada DIA. sedihlah sorang-sorang. but then tengok kat news feed (fb) ade orang bagi link buka page baca Quran dalam fb. dengar balik ayat2 Quran. tenang je jiwa. rasa bersalah sangat sebab tak buat dari mula. tu lah yang orang cakap, selagi kita tak kena memang la kita boleh bagi nasihat, terasa riak sebab kita tak kena.bila part nak amalkan balik apa yg kita suruh orang buat, FAIL! grrr...

baru semalam post entry pasal Surah as-Saff ayat 2 & 3. nampaknya saya lupa. astaghfirullah.. *istighfar banyak3*.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."

surah As-saff, ayat 2&3
Wednesday, 11 January 2012

.: kenapa terciptanya CERMIN? :.



as salam.

saja je buat tajuk pelik-pelik. padahal nak kaitkan dengan gambar kat bawah ni. hehe..


this is something that i get from faceb0ok. Alhamdulillah, ramai rakan-rakan saya kini lebih mengutamakan bahan-bahan yang berunsur dakwah instead of others. huhu..*muhasabah diri sendiri balik! malu..*

ok, kali ni entry just nak sentuh pasal gambar diatas. sebab lepas je tengok gambar diatas saya teringat pulak maksud surah as-saff ayat 2 dan 3;

" wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan. (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang kamu tidak kerjakan."
Surah As-Saff, Ayat 2 & 3

faham tak? huhu.. kadang-kadang saya sendiri pun takut nak tegur orang lain sebab saya rasa saya tak layak. then bila difikir-fikirkan balik, sampai bila saya nak dapat tahap 'layak' tu kalau diri sendiri tak nak berubah kan? aish...

selain dari gambar yang kat atas ni, ade jugak gambar lain yang memerlukan kita 'melihat' cermin sekali lagi. huhu..



p/s: cermin tu..metafora je. point dye, tengok diri sendiri dan marilah muhasabah diri sendriri..wallahua'lam..

.: bertambah lagi saudara kita! :.



kesahihannya, wallahua'lam. but kalau betul, Alhamdulillah..Subhanallah..

kalau tak jelas boleh tengok kat sini;
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=223081207773732&set=a.220437121371474.53705.220400904708429&type=1&ref=nf
Monday, 9 January 2012

.: NEWS: MPH KL Sentral Book Fair 7 – 20 January 2012 :.

MPH KL Sentral Book Fair 7 – 20 January 2012


location:


MPH KL Sentral Book Fair,
Concourse Area, KL Sentral,
Jalan Stesyen Sentral, Brickfields,
50470 Kuala Lumpur




From 7 till 20 January 2012
  • 9.30AM – 9.30PM



  • enjoy discount until 70%! grrrr......

    kenapa time tengah ada exam pulak ade bookfair ni? geramnye!! sejak tahun lepas dah banyak dah bookfair saya terlepas, tak dapat pergi. bagi ulat gonggok buku macam saya ni, (kekeke..) itu satu kerugian yang saaaangat besar!! IBU, NAK BALIK KL SEKEJAP PEGI BOOKFAIR BOLEH TAK? huhuhu.. ='(

    p/s: today birthday ibu! yeay! dapat jadi orang 1st wish jugak.. hehehe.. entah ayah ingat ke tidak ni.. aish..selalu kitorang yang rancang event sambut-menyambut birthday ni, then baru ayah sedar 'oh, ibu dah makin tua' something like that. aig0o..siaplah ayah kalau tak ingat!
    Sunday, 8 January 2012

    .: dedicate to someone name 'IBU':.




    Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling 


    penting, amalkan ilmu yang anda dapat.

    Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

    Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
    Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan 
    mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”



    Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
    Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

    Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
    Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”




     

    Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
    Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

    Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
    Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

    Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
    Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

    Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

    Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
    Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

    Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

    Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
    Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
    Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
    Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu





    credit to: KAKILIKES (FB)



    dedicate this to my mom. tomorrow is her birthdy. hooyeah! sayang ibu! =) kinda sad rite now sebab every year mesti balik rumah time birthday ibu, tapi tahun ni tak boleh la sebab tengah final exam. giler la kalau nak balik. mesti kena halau suruh balik melaka dengan ayah. huhuhu..='(

    seriously, i miss my mom, lagi-lagi time saya tengah tension, tengah dalam feeling nak berperang dengan someone (kekeke..kitorang suka gaduh gaduh manje. ;p), dan tengah nak shopping online. hehe.. *mata masuk habuk la pulak..*

    p/s: banyak sangat gambar twins kan? kekeke.. sebab saya suka kembar. shooomel sangat! hehe.. selingan je ni. nak release tension belajar MAF330 sat. ok lah, nak sambung balik. bai2!

    .: koleksi doa lazim :.

    as salam.

    saya nak bekalkan antara koleksi doa-doa lazim yang even kanak-kanak tadika pun kena hafal. oh, ni takde paksaan, saya tak cakap pun anda semua (of course, include me) kena hafal tapi sekali lagi saya ulangi, even budak tadika pun tau. takkan la kita yang dah besar panjang ni tak tau koot? wallahua'lam..

    oh ye, if ada masalah nak besarkan or kurang jelas, korang boleh g0ogle je. saya pun tanya pakcik g0ogle je ni. ;)

    *muhasabah diri sendiri*

    1) doa untuk ibu bapa (kalau anda sayangkan parent anda..)



    2) doa sebelum dan selepas makan (kalau nak makanan anda diberkati, dan takmo kongsi ngan syaitan)



    3) doa ketika masuk dan keluar dari tandas



    4) doa ketika bangun dari tidur



    5) doa ketika nak tidur (alamak, terbalik pulak susunannye. hehe)



    6) doa naik kenderaan



    ni je yang saya boleh provide sekarang. ade sambutan birthday pulak dalam bilik ni. later on saya update lagi, insyaAllah..=)

    .: pernah jumpa lelaki hensem? :.

    as salam.

    ehem..ni bukan tajuk kontroversi je kawan-kawan. ye..saya tau suuuume lelaki hensem. =) just that saya nak recite balik apa yang one of my housemate cerita tadi. ;)

    p/s: susun atur kata mungkin tak sama 100%, but isinya sama. yg penting point yang nak disampaikan tu. =)

    ***

    "ana dari mana ni?"

    "study dengan Farah (my rakan sebilik) and ain kat foodcourt. ana kejap je ni, nak solat jap then sambung study balik"

    dalam hati, saya terfikir juga nak ikut study kat food court tapi rasanyaaaa...tak payah lagi bagus kot. nanti mata tak boleh duduk diam! hehe.. dengan dugaan bau makanan lagi...aish..tak boleh jadi.

    "best study kat bawah (refer to foodcourt)?"

    "best la jugak. at least takde la bosan tengok muka yang sama je. kekeke.."

    "haha.. ni mesti ana ade usha-usha time belajar tadi khaaaan...?"

    "takdelah.. tapi kalau dah bosan tu...hehehe... haa! fera tau tak tadi kan ana jumpa lelaki hensem."

    "haaaa..kan da cakap. ala, lelaki hensem banyak la ana. da tak heran da."

    "tapi fera, laki ni hensem betuul. camni, tadi masa ana penat giler study lepas tu ana pandang la kiri kanan. then ana nampak sorang mamat ni, baru kuar toilet, then dia angkat tangan! baca doa lepas tandas. rare giler kan? dye saangat hensem!"

    "owh..now i get it." saya senyum sendiri. faham sangat maksud ana.


    ***

    now let me ask my precious rakan blogger, how many of korang yang tau doa keluar tandas? kalau doa masuk tandas rasanya ramai yang tau..kan? 

    ini terbukti time saya mengajar tadika after habis SPM dulu. rezeki dapat menngajar kat tadika, tadika Islam pulak tu. syukur sangat. ok, that not the main point. yg pentingnya, after rehat, budak-budak tadika ni kena recite bacaan doa lazim dan beberapa hadis pendek. termasuklah doa masuk tandas dan keluar tandas. kebiasaan budak-budak ni kalau dorang konfiden dengan bacaan dorang, hmm..bukan main kuat baca. sampai hujung hall sekolah boleh dengar.lagi-lagi doa makan, doa masuk tandas, doa sebelum tidur. tapi, time baca doa keluar tandas ke, doa bangun dari tidur ke, volume masing-masing turun sampai tahap satu! haha..

    seriously, saya tak berniat nak malukan dorang, sebab saya sendiri pun masa mula-mula mengajar termalu sendiri. sebab saya pun tak ingat doa keluar tandas! aig0o...malu okeeh? but somehow, dengan bantuan kanak-kanak ni jugak lah saya berjaya hafal doa keluar tandas, naik kenderaan (ok, malu), doa bangun pagi and others.  sama-sama ikut dorang recite baca doa, even hadis pendek. masih terngiang-ngiang jeritan dorang time baca doa. how i miss those old time. =')

    pengajaran untuk hari ni, sehensem mana pun lelaki tu, tapi kalau nak suruh baca doa-doa lazim pun dia tak tau, that's MEAN AWAK TAK HENSEM! ;p *muhasabah diri sendiri*
    Thursday, 5 January 2012

    .: kelas memasak! :.

    as salam.

    thanx to my housemate, sekarang saya berazam untuk belajar masak makanan-makanan ni time cuti sem ni. insyaAllah!

    last time masak nasi ayam without even ask my mom to teach, alhamdulillah jadi..walaupun nasi tawar..erk? but somehow dah dapat kekuatan untuk belajar masak lagi. hooyeah! so, ni listnya before i forgot;

    1. nasi kerabu



    err...disebabkan saya suka makan ayam, so maybe lauk ikan tu tuka jadi ayam masak merah je kot.. hehe..

    2. nasi dagang



    ngaaaa....sedap! taaapi...tengok kat blog lain macam susah je nak buat.. maybe ni kena suruh ibu buat dulu baru belajar kot...?

    3. nasi lemak



    aigoo..ni paaaling senang nak masak (bak kata ibu) but smpai sekarang belum punya kekuatan. huhu.. takpe2, balik nanti boleh try. ;)

    4. soto..kot?



    err...this one atas permintaan. huhu.. takmo belajar tapi...kena jugak! huhuhu.. takpe2..pelan2..

    5. bergediks ops! begedil.



    mak cik kat bangunan mara ni pandai giler buat begedil. sangat sedap..tapi saya rasa saya tau apa dye letak.. dye tambah blackpaper and isi ayam. of course la lagi sedap dari ibu buat. erk..? hehe.. sorry ea ibu..

    6. puding roti kastard!



    tak payah cerita la.. drool... ;p sedap la.. nak sekaraaaaang...

    7. kek coklat moist



    ni edisi balas dendam. ade ke patut ibu try buat time saya takde kat rumah? huk3... sedey la.. takpe, pasni akak buat biar ibu jeles pulak. kekeke...

    8. nasi tomato



    alamak...lupa lak nak masukkan awal-awal. huhu.. ni antara yang senang nak buat jugak.. =)


    ok. nampaknya saya memang dah tak sabar nak habiskan final exam ni cepat-cepat! uwaaa.. makin domoklah balik nanti... ='(
    Monday, 2 January 2012

    .: wahai gadis..:.



    Wahai GADIS, apabila KAMU BERKAWAN dgn INSAN bergelar LELAKI, INGATLAH ADA DUA PILIHAN yg TERBENTANG iaitu,

    PERTAMA, KAMU MENJADI seperti KELAPA..... MUDAH DI PEROLEH, DI PARUT, DI PERAH, DI AMBIL SANTANNYA, selepas itu HAMPASNYA DI BUANG.....

    Dan,

    KEDUA, KAMU MENJADI seperti MUTIARA..... BERADA DI DASAR LAUTAN, TERSIMPAN RAPI, DILINDUNGI KULIT, BUKAN SENANG DI LIHAT apatah lagi MENDAPATKANNYA..... HANYA ORANG yang BERTUAH DAPAT MEMPEROLEHINYA....





    via: ustaz penang


    p/s: saya suka kata-kata yang berbaur metafora. menunjukkan kita menasihati dengan cara yang berhikmah, ciri ciri seorang mukmin yg sebenar. =) pada saya la. ;)

    .: it's 1 hour before Subuh :.

    as salam..

    dah masuk musim study week, dah masuk tahun baru, dah masuk minggu meng'stress'kan diri. hooyeah! =_=' malam tahun baru orang lain keluar, yang lagi baik ada yang pergi dengar ceramah ustaz Azhar Idrus kat Shah Alam *nak pegi! nak pegi!* saya pula duduk didalam bilik, tengok bunga api dari tingkap bilik tingkat 7. haisssh... nak baca buku serius takde m0od, dengan penat drive dari Klang ke Melaka bla bla bla yada yada yada. fullstop. introduction yang memboringkan huh?

    5 hari duduk kat rumah ti,e study week memang SANGAT BUANG MASA sebabnya anda takkan punya perasaan nak baca buku, dan kalau baca pun takkan semua masuk. it's happen to me. 5 hari kat rumah satu chapter je masuk kepala, tu pun yang senang nak ingat. alhamdullah jugak ingat, kalau tak ingat lansung...? haisssh.. memang tak boleh jadi neh! tapi... saya bersyukur jugak la dapat balik rumah. rindu family wooooo...!!!

    tau tak kenapa kita tak boleh lawan cakap parent? sebabnya..

    " ayah, akak nak download movie la.."


    " hei budak ni! jangan nak mengada ea? sekarang kan tengah nak exam, jangan nak carik penyakit. lepas exam baru la download sesuka hati okeh?"


    "hurm..."


    'kalau aku download pun bukan ayah tau.. guna nroadband je pun.. download jela. lagipun Jung Il Woo dah memanggil2 tu...'




    haaipp! jangan nak mengada buat muka comel. gara-gara Flower Boy Ramyun Shop makanya saya pun download la jugak...diam2. tapi... baru sampai episode 10 (citer ni ada 16 episod) dah stuck! celcom mengada bagi warning.



    dan sekarang...PADAN MUKA! speed broadband dah kena tarik.dan nak nak pulak balik sini tertinggal charger lappy. haish... STREEES! padan muka. ;(

    ok, niat asal stayup ni sebab nak study, tapi rasa malas la pulak dan alang-alang dah pukul 5 pagi better tunggu Subuh baru tidur. sebab kalau tidur sekarang MEMANG SAH AKAN SUBUH GAJAH dan saya TAKKAN BIARKAN PERKARA INI BERLAKU. titik.

    hari ni je baca 3 chapter dan buat 1 past year, yg mana sangat teruk sebab masa dah terlalu suntuk! haila Farah, apa nak jadi ni. asyik main je kejenye. uwaaa...lagi 2 hari je before ETR300 start. haisssh...=o='

    ok. last sentence. CEPATLAH SUBUH FARAH MENGANTUK NI!!

    *suppost saya nak taip pasal benda lain, in the end benda laen pulak yang saya karang. mengarut pulak tu. nilh padahnya tak tidur sepanjang malam. hurm... next time la cakap pasal benda tu.*
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...