Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Friday, 29 June 2012

mari menyayangi makhluk berbulu. =_='

as salam.

hari ni hari malas sedunia kot. saya lansung tak rajin nak buka buku arini. aish.. bagus sangat. =___=. mentang-mentang next exam lagi 5 hari. mulalah bermalas-malasan. memnag nak kena cubit ni! *cubit diri sendiri. ouch! tak sakiiiit~.. haha..*

esok kompem, saya balik. yeay! hehehe... pegi jugak la kenduri Mia.sebab nak jumpa dia lepas kawen macam segan giler kot. orang dah de tanggungjawab laen, takkan nak kacau pulak kot.. entah-entah dia tengah honeymoon kat rumah ke time tu, pastu nak jumpa pulak. mesti hubby dia marah. tengok, betapa memahaminya saya. hehe..

tau tak perasaan ni, bila mana kita tak sabar nak pegi majlis kawen kawan kite dan pada masa yang sama berdebar sebab akan jumpa ramai kawan sekolah yang lain? dan hadirnya perasaan excited sebab mungkin si biskot akan datang tapi kalau la..kalau la dia datang kan? hoho..ok, itu satu gurauan. TAPI yang yang perlu gembira, sebab kompem nappeum namja tak pegi. hooyeah! so takde la nak risau pape lagi. kang kalau terjumpa dia bawak adek kesayangan dia pegi lagi sakit hati.

serius tak sabar. rindu nak jumpa Dahlia Basri yang dah semakin matang dan kini bekerjaya, Eliza yang giler-giler, dan of course, Mia yang dah berkahwin. =') masing-masing dah besar. bape lama dah tak jumpa dorang ni. sob sob. budak Geng Kuning ramai tak datang. lama tak jumpa dorang. Soleiha Roffie pun dah berpunya. dia yang gangsta tu pun dah jadi wanita. Syaz sekarang dah ada kat Malaysia. tu pun tak jumpa-jumpa lagi. Nana pulak takde kat Malaysia sekarang. Mun Yee, Chiam, Farid, Shahir, semua pun tak pegi. takpe la korang. next time la kita reunion. =')

geng kuning without Mia and Chiam. adeeh.. time ni saya dah start mok-mok. maluuu! >.<



Mia dan Nana. Mia, si baju pink. *cubit diri sendiri*. still tak percaya dia dah nak kawen.. sob sob..

ok, stop dulu cerita reunion. nanti saya yang teruja lebih. hihihi.. next, cerita pasal makhluk berbulu. ye, saya tak suka makhluk berbulu. sebabnya mereka ada aura "aku nak gigit kau! gegegegeeeeet! hoho.." walaupun mereka chomel dan manja dan gedik. dan penggoda.  tak caya? tengok ni!


tengok! tengok tu! pandai betul goda orang suruh sayang kat dia. mengade! dan saya tak tau kenapa, makhluk berbulu ni suka datang kat saya. itu sangat pelik. al-kisahnya.. tengah hari tadi saya pergi blok sebelah nak isi air dan bekalan masa depan. dengan berpakaian serba hitam dah selekeh, saya melangkah dengan sepenuh kelajuan memandangkan masa itu emas. hoho..

tapi ade pulak pak cik berbaju biru pakai minyak wangi sedap tu jalan mengalahkan pompuan, dan menghalang saya untuk teruskan kelajuan. lantas saya memotong dia dengan cepat tanpa memandang ke belakang. eh, ni bukan cerita pasal pak cik tu! ok2. dan sampailah di tempat yang dituju. 

sambil-sambil tunggu Syiqa, saya pun pegi la isi bekalan masa depan. dan ketika itulah dia datang. makhluk berbulu! dengan muka comel dia datang kearah saya...dan stop betul-betul dibawah plastik nasi ayam saya! aipp! dengan penuh sayu, lepas pandang kiri kanan dan pasti takde orang, saya cakap camni;

"chen, aku tau kau lapar. tapi aku laaaaaaagi lapar! huhuhu.. kau buat la muka comel kat orang laen. aku tak mampu nak bagi ayam ni kat kau. maaf ea?"

dan si kuchen tu pegi pusing-pusing mengelilingi saya, dan tiba-tiba dia stop! dan landing depan saya. tiba-tiba, pakcik berbaju biru tadi datang kat situ dengan kawan-kawan perempuan dia yang sangat ramai. dan borak ape ntah,. like i care?

dan tak lama kemudian kuchen tu pegi. pheeew~.. lega. rupanya dia pegi ke arah pakcik tu, dan landing kat pakcik tu pulak! ok, sekarang saya dah nampak muka pak cik tu. no wonder la dikelilingi wanita. ade rupa. kuchen ni gatai jugak ek..? =_=' 

dalam hati saya dah mula membebel. mana Syiqa ni? dah la sorang-sorang kat sini. segan.. dan ketika itulah saya nampak, pakcik tu dok usap-usap kuchen tu. dan kuchen tu muka dia sangaaaat bahagia. eh kuchen? gatainye kau. =__=' tak lama kemudian, pak cik tu blah. da kuchen tu datang balik bawah kaki saya, landing kat situ. eh-eh? mentang-mentang la aku forever alone, kau nak temankan aku la ni? hehehe.. tengok! macam mana kita tak mudah tergoda dengan makhluk berbulu ni. 

eh? apa point yang saya cuba nak sampaikan ni? ermm...jap. meh kite pikir same-same.

1. orang takde keje dan kuat membebel memang macam ni. semua nak jadikan cerita. hoho..

2. kuchen tu gatai. tapi dia sangat memahami kehendak hati saya time tu yang memerlukan teman. hehehe..


ok. dah stop bebel. lagu IU-I hate her masih berlagu di telinga. nampaknya, ni minggu IU kot. hoho.. eh, just now kat fb ade member saya yang ade sugar glider. tak tau lak binatang berbulu lagi sekor ni pun comel jugak. oh tidak! serangan makhluk berbulu! mereka mula menari-nari dengan comel di depan mata saya!


seee? comel khaaaaaan? oh, pedulikan muka lelaki di belakang tu. Ahmad Afiq, aku curik gambar kau satu. sorry tak gitau kau. huhuhu.. niat aku nak tunjuk kyo, kau punye sugar glider tu je. no other intention.

mungkin lepas ni boleh kot promote kat Aten or Alia (adek) untuk pujuk ibu ayah beli mende alah ni satu. hohoho...


p/s:  quote kat atas ni untuk pujuk diri sendiri. takde kena mengena dengan entry diatas. dan yang ni untuk nappeum namja dan adek perempuan kesayangannya.


i wish you happily ever after...hohoho..
Thursday, 28 June 2012

rindu lahh..

as salam.

alhamdulillah.. dah settle satu paper. 5 more paper to go! gambatte Farah! =D sepanjang minggu study week, saya kembali menjadi puteri lilin di bawah tempurung. =__= which means, terperuk dalam bilik, tak keluar-keluar sampai tak tau apa dah jadi kat dunia luar. hoho.. unless ada meeting or program tertentu, selebihnya saya takkan keluar. memang satu aktiviti yang 'menyihatkan' dan ia juga penyumbang terbesar kepada mok2 yang berada didalam badan ni.

bila dah tak payah pergi kelas ni, memang best. masa tidur jadi tak tentu. kalau mengantok boleh terus landing atas katil. bosan sikit, main Mr.Kay. tak pun main stack (yang kayu-kayu tu) sorang-sorang. tak pun pegi dekat b0o-b0o, jerit kat perut dia kuat-kuat. or kalau nak gangster lagi, pegi tumbuk perut b0o-b0o. hahaha.. setakat ni saya belum sampai hati lagi nak tumbuk b0o-b0o. ;p pelbagai aktiviti berfaedah boleh dibuat dirumah. lapar je, masak bihun goreng (sebab malas nak tunggu nasi masak. lambat!). lepas makan, mengantuk, mulalah landing lagi atas katil. ha.ha. so memang patut la saya jadi mok-mok kan? >.<

keseronokan di bilik memang la best.. tapiiii.. there is a time when i do miss my classmate. BOGOSHIPOoooo...! terutama these guys, ops! these kakak. hehe..


sedey tengok pic ni. ketara saya yg mok2, dan saya gelap. dan pendek. awww~...


ohoooo..mereka penyeri hidup saya di kelas. pegi bengkel FAR400 yang kritikal tu pun boleh jadi menyeronokkan. sedih, duka, luka (pergh..ayat tak boleh belah) semua terubat dengan mereka. hew hew.. kak wa mesti bangga kalau baca ni. ;)

eh, budak kelas yang lain pun best jugak. meh kite tepek gambar dorang skali. =D



haaaa... senang cerita, saya bersyukur dapat masuk ke kelas yang saya boleh ngam dengan mana-mana group. dan mereka sangat sempoi. hopefully, sampai habis sem pun kite still satu kelas ea korang? =')


haaaa...nampak tak kayu yang besusun kat atas ni? tu la stack. saya memang suka main sorang-sorang. yelah, forever alone memang macam ni. =___=

sambil-sambil study CTU la gambar ni diambil. hew hew hew. sengal gilos. alhamdulillah tadi exam boleh jawab. kalau tak memang la ade yang nak kena cubit. asyik maen je kejenye. heee~..

saya still dalam dilemma. nak balik ke tak ea hujung minggu ni? nak pegi kenduri kawen Mia ke tak?  nak jumpa member-member zaman sekolah ke tak? nak ambil risiko ke tak? uwaaaaaa... pening! banyak benda bermain dalam kepala otak tapi tak boleh nak keluarkan semuanya. hanya DIA je yang boleh tau. sorry ea? hehe..

ok. kepala sangat sakit. oh, dah pukul 3 pagi. no wonder la sakit kepala. *cakap dengan diri sendiri* nampaknya, b0o-b0o dah panggil ajak tidur. ho.ho.ho. 

sorry, but i really hate her.

I Really Hate her by IU.


video: youtube


ajikdo geu aega geureoke daedanhani
geukkat jeonhwa han tongedo gaseumi deolkeokhani
hadeon yaegijocha itgo dareun saenggakhaneun neo
sungan gudeun pyojeonge nae mami deo nollae
manna bon jeok eobtjiman geu ae cham silta
* eolmana johahaetgillae irae
eolmana saranghaetgillae irae
geu saram eodiga geureoke johanni
neo jeongmal wae ireoni
ijeotda haetjanha jeonbu da jiwotdago
modu da jinagan il gieokdo an nandago
sasireun ajikdo gaseumsoge pumgo
bonaeji motagoseo itneun geoyeonni
mannabon jeok eobtjiman geu ae cham silta

* Repeat
eolmana johahaetgillae irae
eolmana saranghaetgillae irae
nakkaji ireoke apeuge hani
neo jeongmal eonjekkaji ireol geoni
chagapge neol tteonanoko tto yeollageun wae haneunji
badajuneun neodo cham dapdaphajiman
geureon neoreul bomyeonseodo ne juwireul maemdoneun naega deo baboya
gidarineun naega deo baboya
* Repeat
eolmana johahaetgillae irae
eolmana saranghaetgillae irae
nal apeuge hani
mannabon jeok eobtjiman geu ae cham silta
ENGLISH TRANSLATE
Is she still that great?
Does your heart jump at just a single phone call?
You even forgot what you were saying and started thinking about something else
I’m even more surprised at how your face instantly hardens
I’ve never met her, but I really don’t like her
* How much did you like her for you to be like this?
How much did you love her for you to be like this?
What was so great about her?
Why are you being like this?
You said you forgot about her, that you erased all memories of her
You said it’s all in the past so you don’t even remember anymore
But in actual fact, are you still embracing her in your heart
And unable to let her go?
I’ve never met her, but I really don’t like her
* Repeat
How much did you like her for you to be like this?
How much did you love her for you to be like this?
How can you put me in so much pain?
When are you going to stop being like this?
Why is she calling you again even though she coldly left you?
It’s frustrating to see you pick up her call
But I’m an even bigger fool for sticking around watching you
I’m the bigger fool for waiting for you
* Repeat
How much did you like her for you to be like this?
How much did you love her for you to be like this?
How can you put me in so much pain?
I’ve never met her, but I really don’t like her

source: http://shineelectricheart.wordpress.com/2012/05/14/lyrics-iu-really-hate-you/


---> hew hew hew. tajuk entry nak gedik gempak. hiperbola melampau-lampau. =____='

as salam.

i just finish up my last touch up on Rakan Intelek's final exam video. dan tadi alhamdulillah, dah tamat satu paper, CTU 553. kepala dah cramped tahap giler dah ni. sebab tu nak jugak siapkan video malam ni. sebab kalau study pun tak boleh masuk pape. kepala sakit! >.<

oh, kenapa tiba-tiba saya post lirik lagu korea? hoho.. dalam siapkan video ni, tiba-tiba addict dengan lagu IU yang ni. lirik dia kena dengan apa yang ada dalam kepala otak sekarang. maybe sebab tu jadi addict kot? ;p lalala~..
Tuesday, 26 June 2012

mimpi dan realiti.

as salam.

minggu study week dah start. sebab tu cik Farah ni tak rajin meng-update blog dia sejak akhir-akhir ni. heee~.. ade yang rindu tak? *dush* penyakit perasan dah mula datang. =__=' alhamdulillah, tadi dengan izin Allah, saya dapat pergi satu program yang sangat menyentuh jiwa. nak cerita detail, tapi next time la. sekarang ni kita masuk topik hot dulu yer? ;p

semalam saya mimpi.. pasal kawen. entah siapa la yang kawen  dalam mimpi tu *yang pasti, not me*. bila saya utarakan soalan mimpi tu pada kak wa, MIzat dan Siha, masing-masing mulalah buat gossip dan spekulasi siapa diantara kami yang akank kawen dulu. hehe.. kami memang begini. selalu melalut. padahal pagi tadi ade bengkel menjawab paper FAR400, tapi kebanyakan masa kami habiskan dengan bergelak tawa dan melalut. ;p sampai keluar ayat macam ni;

"kau jangan buat sampai aku jatuh hati kat ko!"

dan si sengal yang menyebutkan benda merepek tu terus blushing bagai nak gila dan tutup telinga sebab panas...dan tutup muka dekat beg. entah macam mana benda merepek tu boleh keluar. ingat ni drama ke hape? huhu..

dan itu sangat -sangat-sangat kelakar. thanx kak wa, Mizat dan Siha kerana menceriakan hari saya. thank a lot kerana bantu saya melupakan kedukaan yang melanda hari ni. dan thank sebab bagi semangat untuk saya ke tandas berulang kali. =___='

ok now back to reality. no wonder la saya mimpi pasal kawen. rupanya MIA, my bff yang saya pernah story-morry dulu tu, majlis dia Sabtu ni! 


memang saya buat kerja gile la kot..balik rumah kejap, pastu cepat-cepat balik Melaka sambung belajar. hew hew hew. ibu ayah entah bagi entah tak.. tapi saya nekad jugak nak balik. huhu..

plan zaman dolu-dolu, ingat nak pergi dengan nappeum namja, (sebab saya tak reti pegi sorang-sorang dan saya reti baca gps, at least boleh jadi co-pilot) but after what had happened, sekarang saya kena fikir sama ada untuk tarik ibu ayah or ikut konvoi member-member yang nak pergi. tak kire, nak jugak pergi!

sob sob... anak mak nak kawen da... dah besar dah Mia. hope, you boleh jadi wife yang baik dan solehah untuk your hubby. =') lepas ni susah la nak hangout dengan Mia.. dia dah ada tanggungjawab laen. uwaaaa.....!



MIa sayang, you dah ada tanggungjawab besar. sebagai kawan, i hope you dapat harungi alam perkahwinan dengan baik. if anything happen, just tell me. I akan jadi superwoman you, and save you! hehehe... berani la your hubby nak buat perangai. i belasah-belasah dia kaw kaw. kekekeke...


If you are single then make du'aa that you find someone who
makes you fall in love with ALLAH every single day! ♥

sumber: facebook

awww~.. so sweet lah. i hope i pun diberikan peluang untuk menjadi seorang isteri. tapi i tak tau la berapa lama lagi I boleh hidup, so tak tau la sempat ke tak nak lalui moment tu. =') 

and hey future guy! if you are one of my reader, please know that;

sumber: facebook

i'm waiting for you. ;p kekekeke... geli la.. 

p/s:my dear cousins read my blog! hehehe.. aku sentiasa ingat birthday ko lah Biela.. ko ingat tak bila birthday aku? hehehe... tak ingat pun takpe la..

today.. tarikh yang sangat bermakna.. 3 tahun dah lepas. tepat-tepat masa macam ni la kita bermula. dan kini kita officially not-know -each-other anymore. dah again saya highlightkan, saya redha. ni ujian buat saya dan awak. semoga kita hidup dengan penuh keberkatan lepas ni. eh, no more kita la. hehe.. silaaap~...
Saturday, 23 June 2012

nonsense.


Tuai padi antara masak

Esok jangan layu-layuan

Intai kami antara nampak

Esok jangan rindu-rinduan



the thing is, kalau anda selalu stalk blog saya, and one day saya tak update, mesti korang rindu. kekekekekkeke.. 

*sumpah perasan gilos. har har har. eh, ini hanyalah gurauan. maaf, saya nak jadi tukang perasan seketika. ;D*

reminder for myself.


sumber: facebook

as salam.

pada saya, kita tak patut padamkan semua memori 'semalam'. sebab kita kena belajar dari benda yang dah jadi. macam pepatah yang cakap;

LEARN FROM MISTAKE

dan dari 'kisah semalam' la kita boleh bangun kan? jadikan ia motivasi untuk berubah. even though it hurt you badly, right? that's my own opinion. setiap orang punya pandangan yang berbeza.

hmm...kalau Allah boleh beri kita peluang kedua, ketiga dan seterusnya, why can't we? saya sendiri.. akan beri perluang kedua, dan ketiga. but then, kalau benda yang sama jadi lagi, walau apa pun alasan awak, i won't ever, ever trust you anymore. nak percayakan awak buat kali kedua pun susah, apatah lagi kalau terkena lagi.

random again.

as salam.

1...2.....3!

yeay!

dah habis test, dah habis quiz, dan next week final exam start. =__=' ok, pedulikan yang last tu. yang penting, sekarang masa untuk me'release'kan tension dengan meng-update blog, membebel, dan tengok cerita gelak guling-guling dan tidur. bangun-bangun je terus belajar. kekekeke... bagus punye plan kan? ;p


ho ho.. makin lama makin suka pulak dengan makhluk berbulu ni. awww~.. you are sooooooooo cute! hehe.. ehem!

kalau ibu orang lain, bila anak dia mengadu pasal kegemukan yang melanda diri, usually, para ibu akan pujuk anak dia, macam mak kuchen yang chomel ni. tapi kalau ibu saya;

" tu la. sape suruh makan banyak. memang Farah G*M*K nak buat macam mana? suruh exercise takmo. suruh naik turun tangga takmo. bla bla bla..."

huk3.. sadisnya bila mana ibu sendiri mengakui tahap kegemukan anak dia yang melampau-lampau. dan lansung takde kata-kata semangat. huhuhu.. in fact, bila terjadinya kes putus dengan nappeum namja dulu pun ibu menggunakan alasan sape-suruh-gemuk sebagai motivasi *kunun-kunun* nak suruh saya berubah. huhuhu... mungkin doa ibu kot sebab tu asyik muntah-muntah je lepas tu.

dan sekarang saya dalam usaha nak kurus. kali ni betul-betul okey! si nappeum namja cakap, saya dah 3 raya janji benda yang sama tapi tak jadi-jadi pun. okey fine. tengok lah nanti saya dah kurus betul-betul. saya akan buktikan! *berkobar-kobar*



gambar curik dari pesbuk si Aten. suke hati je amek gambar kakak dia time tengah tak ready. huh. terserlah kegemukan ai.. *malu*

dan khas untuk cik exam... tolong la...tolong sangat...


=)
Friday, 22 June 2012

my blues.

as salam.

today's word would be CONFUSION. yeah. confusion. 


why does it keep haunting me? *it is the main subject okeeey?*

i'm in the middle of confusion. i'm confuse about myself, about friend, about love, about them. BUT! there is only one thing that make me sure, and 100% confirm. =')

I've got HIM. HE who always LOVES me. no matter how many times i keep breaking my own promises, HE always there for me when i'm in need. no matter how many times i did, forget about HIM for a second, instead, HE never, ever, forget about me. not even a second. reminding of HIS kindness does make me sad. because sometimes, it seems that i can't see HIS kindness. naaah, not that i'm blind or what. but it's more like.... I've forget. I've forgotten. Thank You Allah! =')

now, back to my confusion. i don't know. my friend says that i'm the most foolish girl they've ever met. yeah, i know that. i also feel the same bout myself. =__= but what should i do? tell me, what is the best thing to do if you're in my situation. i had tried to be heart-cold women. i had tried  to be strong. i had tried to push my problem away. faaaaaaaaaaar away. but 'that' problem keep on coming. and the best part is.... it's seems like it was me, who keep pull back my that problem. and i'm afraid that it will always be the same. even though i try to change it. haish...

i think i need more 'therapy' right now. more and more. and that will keep me calm. seriously, it does! wanna know the secret?

PRAY. 

SOLAT is the best therapy ever. try it. =')
Thursday, 21 June 2012

Pilihan kamu.

as salam.

alhamdulillah.. esok merupakan hari terakhir sebelum study week. esok ada test yang terakhir dan quiz yang terakhir sebelum final exam. petang ni ada kelas yang terakhir, dan perlu hantar assignment yag terakhir. moga dipermudahkan, amin. =)

tadi, buka facebook kejap. dan macam biasa lah, mesti jumpa benda best kat facebook ni. hehehe.. rasanya, semua sedia maklum kot.. kalau untuk lelaki, dalam memilih mereka ada 4 option kan? iaitu;

--->BERHARTA
--->RUPA PARAS
--->KETURUNAN
---> AGAMA

ni berdasarkan hadis,  iaitu;

Rasulullah s.a.w  bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” [1] *Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain.*

every choices that you make, will bring a different consequences. tak percaya? jom buat eksperimen. ;)

kita mulakan dengan memilih wanita yang punya rupa paras yang menawan/comel/cantik/hot. boleh jadi, maybe, mungkin, situasi begini yang terjadi. wallahua'lam.

MULA-MULA...

-bestnya! dapat Isteri cantik/comel/menawan/hot! semua member-menber aku jeles! kalau dah aku hensem (perasan), mesti la kena dapat gugurl yang macam ni. 
- tapi.... geram aku bila mata-mata lelaki kat luar ni asyik pandang isteri aku je. weh, korang tak nampak ke suami dia ade kat sebelah ni?! grrr... elok-elok la sikit!


BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN....

- ish dia ni (isteri), sedar tak kat muka dia dah ade kedutan? pandai-pandai la pegi cari produk nak kembalikan seri muka tu. setiausaha/rakan sekerja aku lagi comel/cantik/hot dari wife aku. hurm.. tergugat pulak iman macam ni.

atau;

si isteri mungkin dipikat oleh orang lain. 

p/s: ni kebanyakan yang terjadi je. bukan 100% betul tau. kang tak pasal-pasal saya yang kena hentam pulak karang. =____=

dan kalau anda pilih yang beragama pula...

kenapa pilih orang yg beragama hidup bahgia?kerana orang yang beragama dia memilih Islam sebagi cara hidupnya..Islamkan agama yang mengajar penganutnya berakhlak mulia,berkasih sayang, bertolak ansur antara satu sama lain..Islam juga agama yang penuh dengan keindahan,kebahagian dan nilai-nilai murni yang mulia..ini kerana ISLAM datang daripda ALLAH S.W.T yang Maha Indah,Maha Pemberi Kebahagiaan, Maha Mulia dan Maha segala2nya melalui RasulNya..sebab itu pilih orang yang beragama akan bahagia..kerana dia akan berusaha sedaya upaya mengikut ajaran Allah dan Rasulnya serta mengamalkan dalam kehidupan sehariannya...^_^

ni bukan kata saya. ni kata seorang rakan facebook. dan he's a guy, bukan kata-kata seorang wanita. sumber: facebook

mungkin ada orang akan fikir, 

Si Ferra ni jeles la tu. muka tak santek/cun/hot, pastu nak kondem kami yang santek/cun/comel/hot.

ish3... jauh panggang dari bara. jauh ayam dari kfc. hohoho... sorry ea? ni bukan entry jeles ke hape. memang tak la. saya bersyukur sangat dilahirkan dengan muka sebegini, perangai sebegini, dan cara begini. semua yang Allah beri, saya redha. =) 

last but not least, saya nak kongsi kata-kata seorang rakan facebook. tapi yang ni perempuan pulak. =) bai bai!

Dia comel, dia cantik. Allah beri dia kelebihan itu. tapi.....Apalah gunanya cantik tetapi hati tidak tenteram. Cantik tetapi dilaknat oleh Allah dan rasulNya. Kecantikan fizikal tidak akan bertahan lama, ia hanya palsu sahaja..
Wednesday, 20 June 2012

4 hour group project = sakit kepala!

as salam.

saya nak bagi warning kepada reader semua, kalau-kalau ada yang terfikir,

"bestnya amek account. senang je. tambah tolak, dah dapat."

STOP! please stop. itu adalah dusta belaka. believe me. =___='

arini kami ade projek group, yang mana kena siapkan akaun dalam masa 4 jam. dan hantar. dan serius saya cakap, sampai la ni pun sakit kepala dan frust menonggeng tu semua still ada. sebab akaun tak balance satu, sebab masa tak cukup satu, dan sebab tiba-tiba otak saya lambat berfungsi pulak hari ni. blur je memanjang.



dan satu meja seorang pelajar akaun takkan pernah cukup. kertas jalan kira bersepah-sepah atas meja. tu belum lagi kalau buat kat lantai. >.< 

ini baru subjek FAR400 punya penangan. belum masuk MAF punya test Jumaat ni. ditambah dengan Quiz FAR400 pada hari yang sama. oh tidak. cepat lah habis minggu ni!

pic of the day #6

as salam.

memandangkan minggu ni sarat dengan test, assignment, presentation dan quiz segala bagai, makanya saya mungkin.. mungkin la.. mungkin sikit la... akan jarang update blog. dan saya hanya akan post kalau ada masa terluang je. kalau la... kalau... huhuhu... *pening kepala tak cukup tidur. ayat semua versi tunggang langgang*

dan memandangkan final exam minggu depan, makanya marilah kita buat preparation sama-sama.. berdoalah banyak-banyak, semoga dipermudahkan olehNYA.

sumber: facebook


sumber: facebook

adooi.. sakit kepala dah menyerang..sambil-sambil siapkan video arab, sambil update blog, sambil sakit kepala.. nampaknya... katil dah memanggil-manggil... wassalam...
Monday, 18 June 2012

Quality times with them!

as salam.

hey, it's monday again! alhamdulillah... sehingga ke saat ini, saya masih diberikan peluang untuk menikmati keindahan hiduo di dunia. masih deberikan nikmat hidup, nikmat iman, nikmat Islam. alhamdulillah..

semalam, hari yang sangat menyeronokkan. sangat memenatkan. sangat menyedihkan. 3 benda berlaku dalam satu hari. amacam? cool tak? hehehe...

as i told you before, my parent datang melawat. again. hee~.. *orang cakap saya budak manja, saya cakap parent saya yang sayang saya. ;)* pagi yang indah dimulakan dengan cerita seorang ayah mengejutkan anak-anaknya bangun dari tidur;

(seperti yang diceritakan oleh ibu dan Aten)

"Aten, Alia, Akim! bangun cepat. nak ikot pegi Melaka tak? Nanti lama-lama cair kek dekat Melaka tu"


*uhuk!*


"siapa buat/beli kek ayah?"


"kakak la! siapa lagi."


*uhuk! uhuk!* (saya tengok purse, duit dalam tu ade rm5 je. o...key. =_='. dan bila pulak saya cakap saya nak beli kek?)


"yeay!"

dan askar-askar ayah mula berlari, berebutkan bilik air, kunun-kunun tak sabar nak jumpa kakak dorang padahal nak pegi jalan-jalan makan-makan je.

ayah yang bersemangat. yelah, semalam hari bapa, so konon-konon berharap anak dia nak sambut la. tapi sorry la ayah, akak tak pernah rasa nak sambut hari ibu or hari bapa.  sebab UAI cakap...


sumber: facebook

so, kiranya semalam kita...spent quality times together la. as a family. bukan celebrating hari bapa. =) it's been 2 weeks since last time kami spent quality times together before. dan in another 2 weeks, bermulanya final exam saya. so memang padan sangat la dapat jumpa family sekarang. selain dari mintak berkat, at lease dapat la suntik semangat banyak2 dan dapatkan mood study. hehe...

kami menghabiskan our quality times with bowling, karaoke dan of course, makan. hehe.. seronok sangat semalam. terima kasih ayah, terima kasih ibu, terima kasih adik-adik. you've made my day. =')

benda yang saya idam-idam sangat dua tiga hari ni, iaitu burger, pun ayah tolong tunaikan. yeay! eventhough dapat burger dengan sos tomato (akim salah beli) tapi itu dah cukup buat saya gembira. benda yang kita idam kita dapat, siapa yang tak hepi kan? hehehe...

p/s: benda yang menyedihkan of course la pasal nappeum namja. satu-satu kebenaran terbongkar sekarang. hurm...


ini sebab saya. atas segala batasan yang saya buat. jawapan kepada 'something missing' awak. kenapa saya tak boleh buat itu, kenapa saya tak boleh buat ini, kenapa saya tak boleh panggil awak ma cam tu, semua kerana jawapan yang atas ni.
Saturday, 16 June 2012

Isra' Mikraj.

as salam.

it's been a very tiring day! seharian saya menghadap komputer, menyiapkan 1 video, 1 assignment, 1 slide presentation dan 1 wallpaper dakwah untuk Rakan Intelek. itu belum lagi kejap lagi nak siapkan video arab, masukkan subtitle, edit2 mana yang patut. *sigh* penat, memang lah. siapa tak penat seharian menghadap laptop. tapi takpe.

road to successful always bitter! because the fruit is sweet. ;)

saya sentiasa pegang kata lecturer yang telah menjadi kaunselor saya diwaktu saya dilanda musibah. nak jadi akauntan memang la kena belajar sampai nak pecah otak. *metafora yang melampau-lampau* sebab nanti bila dah kerja nanti korang akan dapat hasilnya. masyuuk tau!

p/s: tapi madam, saya tak nak jadi akauntan. macam mana ni? huhuhuhu...

masuknya maghrib tadi, bermakna ini malam 27 Rejab, which, malam Isra' Mikraj.


ada aoa dengan Isra' Mikraj? haaa... jangan cakap korang tak tau pulak? nak kena ni. hehehehe... ;p



ingat nak taip panjang-panjang. nak bebel banyak-banyak.. tapi tak larat la.. rasa macam nak tidur....huhu... pic, credit to facebook RAKAN INTELEK


p/ssss: cuba cari muka paling sememeh kat atas ni. tu lah saya. hehehehe... ;p

ok lah. before tidur saya nak kongsi pic-pic dari facebook untuk hari ni. semoga kita dapat mengambil iktibar. baaaai...

1. without Allah....

sumber: facebook

2. setiap saat, setiap detik, setiap waktu... hanya DIA di fikiranku..

sumber: facebook

3. be a better muslimah. be a good muslimah. obey HIS order if you love HIM. =')

p/sssssssssssss: mengidam burger. nak burgerrrr.. nak burgeeeeer... tadi ibu call lepas tu ibu cakap kat rumah dorang tengah makan burger! serius rasa nak nanges.. sampai hati ibu...... ='((

our story.

as salam.

...once so close... now  we're far apart...

it's really awkward...even just to say 'hai' and 'what cha doing'.it's really hard...even to smile on your jokes. and when jealousy comes, i keep reminding myself, "what for?". because now, our situation not the same as before. yeah.. you have move on. I have move on. but still, there is a time when i miss our old times together. *sigh*

somebody says that;


‎"... bila kita ketuk paku pada dinding..
kalau kita cabut balik semula pun, bekasnya tetap ada ..."

Fikir baik² sebelum nak lakukan sesuatu lagi-lagi apabila ianya berkait dengan orang lain.

we have to be strong. even though it's hurt us badly. i know you can do it. i know i can do it. i know, we both can do it. Allah choose us to be in this situation. because He know we can make it through. so, sincerely from my heart, please! Please be strong. you are a nice person. i know you can handle it. be strong dear friend. once you are my friend, forever you may be. =')

InsyaAllah...

sesi muhasabah.

as salam.


i love this quote. biar saya kehilangan dia, tapi jangan sampai saya kehilangan DIA walau sesaat pun. tanpa DIA, entah ke mana arah tujuan saya. mungkin sampai dah terbang dari tingkat 6 ni. Nauzubillah min zaalik! shiro! >.<

memang mati itu pasti. in fact, bila-bila masa je kita boleh dijemput oleh malaikat maut. but still, bukan dengan cara yang salah.


terkesan dengan entry seorang rakan fb, berkenaan soal harapan dan berharap. hmmm.. saya akui, memang saya tersilap sebelum ni. mujur, alhamdulillah, Allah beri peringatan. Allah bayar 'cash' untuk beri saya kesedaran sebelum terlambat. Allah beri saya kekuatan, Allah beri saya ketenangan. Farah yang cengeng, kini makin tabah. alhamdulillah.. mehnah yang Allah beri terlalu banyak hikmahnya. sampai rasa nak menangis bila ingatkan semula nikmat-nikmat yang Allah beri. =')


Semalam (jumaat) adalah jumaat yang terakhir dalam bulan Rejab. MasyaAllah, cepatnya masa berlalu! sedar tak sedar, lagi 35 hari untuk ke Bulan Ramadhan. =') dah bersediakah anda? dan yang paling penting, bersediakah saya? InsyaAllah...

oh oh.. saya dapat berita mengejut. bukan lah mengejut sangat pun. tapi ia berkait rapat dengan rakan-rakan saya.



i had a friend, a girl friend yang nak lepas tension dengan buat benda ni... before. dan saya lansung, tak terlints lansung untuk buat research sama ada ianya dibolehkan atau tak. dan kini bila jawapan ada didepan mata, rasa bersalah, berdosa, semua ada. saya telah menyokong tindakan rakan rakan saya! malu sangat!

maaf kawan-kawan.. saya tak sedar.. saya pun bersalah sebab turut sama menyokong apa yang korang buat... maaf.. ='(


p/s: dia buat istikharah, skejap je dapat. kita buat sampai la ni tak dapat-dapat. mula-mula sedih jugak. tapi lepas tu kita sedar, Allah beri kita jawapan melalui dia. mungkin. dan kita kenalah redha kan? sebab kita dah serahkan seluruh jiwa raga pada Allah. dan kita kena yakin dengan keputusan Allah. sedih-sedih belakang kira. yang penting, yakin dengan keputusan Allah. 
Friday, 15 June 2012

it's Friday, Friday~...

as salam.

setelah beberapa hari bersengkang mata tak cukup tidur, ditambah dengan test-test, assignment, kini tibalah hari yang ditunggu-tunggu. it's Friday babe! hehe~... hari yang penuh barakah. tapi saya terpaksa mulakan hari ini dengan perasaan marah sebab........ ade orang ganggu waktu tidur kite! >.<

tau tak perasaan ni, bila mana bangla ops! pekerja KAYM ni janji nak datang betulkan simen dalam bilik saya yang dah ranap *not my fault okeeeh?!* pukul 10, but instead dia datang pukul 7 lebey! dan tuan punya bilik baru je nak tidur lepas Subuh dan berharap dapat tidur lama sebab lepas tu ade kelas memanjang but then kena kejut sebab bangla pekerja tu tiba-tiba cakap nak buat awal. dan ketika tu kita dalam mamai dan berpakaian tak sopan *baru bangun dari tidur* dan ade pulak housemate dah tolong bukak kan pintu untuk bagi bangla pekerja tu masuk. tau tak perasaan tu?


eh, bukan mangsa kemarahan. tapi perasaan nak marah+nak nanges+ sakit kepala mamai + keliru + malu semua bergabung menjadi satu. sort of muka macam dekat atas la. tapi cuba tambah sikit minyak-minyak masak *sebab baru bangun* kat muka tu. haaaa... jadilah koko crunch! =_='

grrrr.... memang lah seronok kan tidur berapa jam je lepas tu kelas sampai ke petang. tadi sebelum nak presentation pun dah menguap besar, ditambah dengan mata yang semakin mengecil. dan sekarang tak sabar nak tunggu Maghrib kepas tu terus nak tidur!


keadaan lantai bilik lepas disimen. pedulikan makhluk berbulu yang diberi nama B0o-B0o tu. dia memang suke mencapap. hehehehe...


dan pernah tak anda lalui keadaan dimana lepas siap-siap semua, dah prepare nak pegi kelas, tiba-tiba terasa nak jenguk muka sendiri dekat cermin. al maklumlah, dalam minggu ni dah berapa lama tak picit-picit jerawat kat muka, berapa lama tak belek-belek lemak kat pipi yang makin bertambah. =_= dan tiba-tiba anda terkejut!

"eh, sejak bila muka aku ade jerawat warna hitam?"

dan penat la anda tekan-tekan picit-picit gonyoh-gonyoh tanpa sedar yang itu sebenarnya tahi lalat dan sejak kecil lagi dia memang dah  menetap kat muka anda. daebak! (dah bertahun sangat ke aku tak tengok muka sendiri kat cermin?) dan kemudian siap cari balik gambar-gambr lama, nak kompemkan sama ada tahi lalat tu betul-betul ade ke tak. pathetic!

bila saya cerita dekat roomate saya dia cuma cakap ni je;

Ferra gile. dah lama kot tahi lalat tu ade kat situ. *dengan muka unbelievable dia*

ha. ha. ha. sangat memalukan. oh oh, dah maghrib! yeay!! nak solat so that lepas tu boleh tiduuuuuuuuuuuur! bai-bai!

pic of the day #5

as salam.


sumber: facebook

miane-yooo... hehehe.. walaupun saya tak berapa gemar haiwan berbulu ni tapi dorang comel. itu memang pasti.

oh oh, memandangkan tadi ibu baru call (yeay!), rasa rindu pada ibu makin membuak-buak. huhu.. tak sabar nak jumpa ibu hujung minggu ni. ibu suka sangat dengar ceramah prof dr Muhaya dekat IKIM.fm. bukan ibu je, saya pun suka. jadi memandangkan saya tengah rindu ibu sangat-sangat, saya nak buat Tribute to Prof Dr Muhaya untuk pic of the day kali ni. semoga mendapat manfaat! =)




Ikut ahli psikologi, bila ada kesusahan;

1. kita harus cerita pada orang yang kita cintai dan percayai. 
2. Kalau tidak ada orang itu kita tulis atas kertas, 
3.cerita pada binatang kesayangan. 

Kalaulah cerita pada makhluk Allah kita tenang apa lagi kalau kita merayu pada Allah pencipta kita. Allah tidak pernah bosan mendengar masaalah kita tidak seperti manusia. Yakin pada kasih Allah. Jika kita sibuk dengan manusia, kita tidak sibuk dgn Allah. Maka kita harus sibukkan diri dengan Allah supaya kita tidak sibuk dengan manusia. Solat satu kerehatan yg mendekatkan kita dengan Allah. Jika solat tak dijaga jangan hairan kalau hidup penuh masaalah.
sumber: prof Muhaya

p/s: i love her statement. it's soooo true! indeed, memang kita harus cerita pada orang yang kita cintai dan percayai. so, jadinya cinta kita hanya pada Allah dan RasulNya, dan berceritalah pada Allah. sesungguhnya, Allah Maha Mendengar. =')

antara yang dapat dikongsi dari status prof Muhaya;

1. Kita mesti sentiasa bersedia untuk diuji oleh Allah. Ini memberi rasa kehambaan dan ketenangan- ustaz Pahrol

2. Manusia yang banyak masalah selalunya hati mereka amat dekat dgn manusia , dunia dan jauh dari Allah. Dekatkan diri pada Allah insyaAllah masaalah menjadi peluang dekat dengan Allah.

p/ss: sangat TERKESAN! ='( i used to be that kind of manusia.

3. Kalau tak dapat khusyuk solat kita akan gagal dunia akhirat.

TIPS UNTUK KHUSYUK DALAM SOLAT!
1. Faham
2. fokus
3. membesarkan Allah,
4. kagum dan takut pada Allah,
5. harap pada Allah,
6. merasa malu dan hina pada Allah.
Ustaz Pahrol- ikim.fm dari kitab imam ghazali . Berapa orang dari kita mementingkan yg paling penting dalam hidup kita. Jika kita ucap saja bacaan solat tanpa tahu makna ibarat burung kakak tua.

4. Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.

FROM ME: The road is bitter, because the fruit is sweet!


dan yang terakhir, bukan dari prof Muhaya. =) semoga kita muhasabah diri bersama-sama. wassalam.


sumber: facebook
Thursday, 14 June 2012

happy never after.

as salam.

tau tak perasaan ni, bila masa kita dah habis paper rasa macam nak lompat-lompat jerit-jerit senyum-senyum  macam orang gila walaupun kita sebenarnya waras? hehe.. it's not that saya dah habis final exam. eh, kalau  dah habis saya lagi giler dari ni. hehehehe... alhamdulillah, minggu ni saya berjaya settlekan 2 subjek, which is BEL (public speaking) dan Arab (3rd language) dan kedua-dua paper ni takde final exam. yeay! tak sia-sia tahan muntah, pegi tandas banyak-banyak kali, diam-diam praktis kat cermin dalam tandas, pakai wedges yang sangat tinggi dan menyakitkan kaki dan segala benda merepek yang saya lalui tadi. phew~.. lega!

oh oh, kegembiraan ni tak boleh bertahan lama. sebab next week lagi pack. dengan test MGT, test MAF, quiz Far, hantar video Arab, hantar assignment CRG. ok. itu belum lagi masuk keje persatuan yang tak settle lagi. okeeeeey.. pedulikan lah. happy never after. so selagi boleh, nak bergumbira dulu! lalalal~... kekeke...

tiba-tiba petang tadi jalan-jalan stalk stalk jumpa benda ni;


hah. ni sangat sesuai untuk saya tujukan buat awak nappeum namja! walaupun awak tak promise directly, tapi indirectly awak dah bagi saya harapan as if u were promising me to ......... so, memang salah awak nappeum namja! u've broke the promise. u've make me like this. jadinya, saya memang susah nak lupa apa yang awak pernah buat dekat saya. walaupun kita kawan sekarang. 

shuuuush! pegi jauh jauh la! kita nak masuk happy mood, bukan bad mood. haish.. =_=' mungkin ada baiknya saya siapkan video arab alang-alang ada masa terluang kejap ni. see you later! ;)

buat aku dan mereka.

as salam.

alhamdulillah.. pagi yang indah. normally pagi-pagi kat Melaka ni panas, yang mana memudahkan proses bangun pagi tu. tapi pagi tadi hening, sejuuk je. aish.. mata dah menggedik-gedik suruh "pejam la... pejam la...". =_='.

beberapa jam lagi saya ada presentation BEL (Public Speaking) dan saya belum settlekan lagi bahagian full speech saya. dan jari jemari saya menggatal nak update blog. >.< hebat kan? ho ho ho.



saya dah penat mengejar benda yang tak pasti. dah penat dimanipulasi orang insan yang tak berperasaan. *haish..* so sekarang saya dah jumpa conclusion yang pasti. jawapan muktamad. saya akan pergi jauh-jauh. jauh dari semua masalah saya. heee~.. eh, ni bukan suicide letter tau! karang ade yang ingat Farah ni nak pegi terjun tingkat 6 pulak lepas ni. =_=' 

no no no! Nauzubillah min zalik! 

saya cuma nak pergi dari masalah saya je. gi jauh-jauh. jauuuuuuuuuuuuuh sangat sampai masalah tu hilang. penat lah berdepan tapi tak jumpa jalan penyelesaian. betul tak tindakan saya ni? selebihnya, saya berserah pada Allah. kalau ada rezeki, jumpa lagi. takde rezeki, bai bai. =)

oh oh, boleh tak nak letak pic of the day kat sini? malas nak buat entry banyak-banyak. =)

1. buat sang hamba:


~♥ 8 PAHALA YANG BERTERUSAN ♥~

Anas r.a. berkata bahawa lapan jenis pahala yang tetap di terima seorang hamba Allah walaupun dia telah meninggal dunia iaitu:

✿ Sesiapa yang mendirikan masjid tetap mendapat pahala selagi masjid itu digunakan oleh orang ramai untuk beramal ibadat.

✿ Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang meminumnya.

✿ Sesiapa yang menulis mashaf (naskhah al-Quran yang tertulis tangan) selagi ada orang membacanya.

✿ Sesiapa yang menggali perigi selagi ada orang menggunakanya.

✿ Sesiapa yang nenanam tanam-tanaman selagi ada yang memakanya, sama ada manusia atau burung.

✿ Mereka yang mengajar ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

✿ Ibu bapa yang meninggalkan anak yang soleh yang mana si anak selalu beristighfar dan mendoakan kedua-dua orang tuanya.

✿ Guru al-Quran yang mengajar ilmu kitab suci itu kepada muridnya dan si murid mengamalkan ajaran tersebut tanpa sedikit pun mengurangkan pahalanya.

Dari Majalah IMAN Keluaran Bil 04
Waullahu'alam
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

sumber: facebook


2. buat pencinta wanita:
sumber: facebook

3. buat kaum hawa yang masih single! ;)

hew hew hew. have a nice day!
Wednesday, 13 June 2012

not in the mood.

as salam.

disaat saya dilanda sakit hati sebab tak dapat jawab test dengan baik tadi, datang lagi satu benda buat saya sakit hati. makanya, bertambah tambah tambah la sakit hati saya. ho ho ho. >_<

sepanjang hari saya berfikir. dan kini saya kena pasti dengan jawapan saya. dan jawapan dia. kalau itu yang dia mahukan, itu juga yang saya akan buat. eh, ni bukan sesi balas dendam tau. tapi saya memang tak suka main badminton sorang-sorang. and it takes two to tango right? kalau sebelah sana cakap nak macam ni, makanya.... ok. saya pun akan buat macam tu. rasa macam bodoh je main badminton sorang-sorang selama ni. grrrr... padan la orang kata saya bodoh dan lembab sebab percaya dengan apa yang hati sengal ni cakap.

okey. kita tutup buku sakit hati. dan masuk chapter baru.




tau tak perasaan ni;


serba tak kena. serba berdosa. serba salah. serba serbi ada. puncanya? entah. saya rasa lost la. rasa macam nak ibu ayah adik adik ada kat sini bawak kita lari jauh-jauh. nak balik rumah sekarang jugak. adakah ini namanya homesick? oh tidak!

orang cakap, sejak dua menjak ni saya asyik stress je. mungkin juga. walaupun saya rasa saya takde la stress mana. kot. mungkin ini balasan sebab bila susah carik Allah, bila dah senang sikit terus tinggal solat sunat. sebab tu asyik nak marah-marah. syaitan dan conquer diri sendiri. adoooi.. serius rasa nak marah sangat ni. takpe lah. out dulu. kang entah apa saya dok bebel lagi. =_='
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...