Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Thursday, 30 August 2012

gangnam style la sangat. =_='


sumber: facebook

heh..nak sangat ber 'gangnam-style'. amek kau! hohoho.. *tiba-tiba ketulan batu bata halimunan jatuh diatas kepala.* =_='

#sebenarnya ni akhi rusydi yang buat. mr. syabab musafir kasih. hee~..

and last, but not lease;



sumber: facebook
Tuesday, 28 August 2012

penawar duka. eheh.


sumber: facebook

as salam.

pernah tak saya cakap ustaz comel? pernah tak saya cakap ustaz romantik? kyahahaha~..
*gelak bajet comel. uweek.. =_='* dikala waktu-waktu sukar mendatang, kata-kata ustaz azhar dan akhi rusydi jugaklah yang jadi penawar duka. eheh. jiwang gilos. >.<

it's been a while since saya berborak balik dengan junior kesayangan time kat teknik dulu. bila start berkomen, mula lah bergosip. mula la kenakan orang tu, orang ni. kekeke... rindu nak kenakan si hisyam. rindu nak buli si nadia. masing-masing dah besar. nak nak, tengok status dorang..pergh.. orang tengah jiwa kacau. hehehe.. gelagat dorang pun boleh jadi penawar duka. eheh..jiwang lagi.

#tiba-tiba teringat dulu time masing-masing tengah jiwa kacau zaman sekolah dulu. saya jugak la doc love dorang. muhahaha... tapi sekarang da tak sama macam dulu. dah tak boleh jadi doc love. saya fail bab hati dan perasaan. =__='

dan terakhir sebelum saya mengundur diri, saya selitkan kata-kata akhi rusydi yang buat saya senyum tak habes-habes.


Cara untuk menghalang diriku sendiri dari mengurat adalah dengan membaca 'ayat' ini pada hati. Ayat ini sangat mujarab. Ayatnya adalah:

"Cunnya dia. Tapi..kompem (confirm) dia tanak kat aku."

Setel.

Intention nak mengurat terus patah.
Berkesan serta merta.
Fokus kembali normal.

Angin sepoi² bahasa bertiup kembali. *tetibe*


gyahaha~.. he's soooo funny. cool, yet funny. dan mesra alam, but somehow pemalu. ececeeee~..



p/s--> i was totally wrong. accuse mka itu ini, padahal tak tau pun keadaan dia yang sebenar. maaf pak cik! ampuuun. walau kabut camne pun saya, dia jugak yang selesaikan problem kitorang. walaupun terlantar kat hospital, boleh pulak dia suruh saya cool, rilex, dan biarkan dia yang buat kerja tu. sorang-sorang! memang la saya sangat sampai hati kan? sob sob..kejamnye.. get well soon dear sahabat. dah la sakit, lepas tu suruh orang diam-diam, jangan bagitau sape-sape. nak rahsia-rahsia konon. saya ni bukan boleh nak berahsia sangat dengan orang laen. oh no.. apa nak buat ni.. mka.. i'm sooo sorry.. >_<
Monday, 27 August 2012

Curang itu satu seni..?

as salam.

pergh.. tajuk kontroversi. ish3.. ini bukan saya yang cakap tau. saya jumpa je. kat sini;


daebak! memang lah saya benci, menyampah, geram dengan lelaki yang curang, apatah lagi jenis yang curang-tapi-tak-nak-mengaku-and-act-macam-innocent-giler. heh. =,= tapi takde la saya rasa nak kena balas dendam or buat benda yang sama macam tu balik kat kaum adam ni.  apatah lagi nak jadikan ia satu seni. *sigh*

# last belajar seni masa tingkatan tiga. dan kerja amali seni saya fail. =__=' that's why i haaaate seni! 

dan tajuk berita yang saya baca tadi (sampai terkeluarnya ayat curang itu seni. pergh..) adalah;


Wanita Malaysia Ketiga Paling Ramai Curang Di Dunia

pergh! pergh! hebatnya.. mana wanita-wanita malaysia yang hebat-hebat belaka ni? meh ajar saya sikit camne nak curang. hohoho.. =_________=

kalau lelaki curang tu.. orang dah tak pandang serius dah pun. sebab kebanyakan lelaki memang akan/suka/teruja/nak/teringin untuk curang. heh.. i've seen many. and feel it twice. si lelaki hanya akan timbul rasa bersalah, si perempuan pulak akan timbul rasa sakit/sedih/benci/murung dan what-so-ever punya feeling. tapi nak buat macam mana.. dah lumrah kan..?

kalau perempuan yang curang pulak...hurm.. ramai kot.. tapi alhamdulillah bukan dari kenalan saya. so saya tak tau macam mana nak gambarkan perasaan tu. heh.. ter bias la pulak. >.< 

saya tak nampak celah mana yang orang boleh cakap curang tu satu seni, sebab saya rasa curang tu macam satu jangkitan. kalau terkena  dengan orang yang ade penyakit tu, sakit ooooo. dan ia juga senang merebak. true story. ada seorang lelaki yang saya kagumi (sebelum ni) mula curang dengan isteri dia sebab tengok kawan-kawan sekerja dia buat benda yang sama. WHAT THE FISH?! eh silap. astaghfirullah.. *geleng-geleng kepala*

apa-apa pun, pada saya kalau tak nak rasa kena curang or tercurang, tak payah bercinta. kawen je terus. dah kawen, pegi ikat suami/isteri ketat-ketat kat rumah. pastu kalau keluar, pakaikan purdah or topeng zorro kat muka dorang. tak pun soh dia keluar pakai outfit p0oh macam Kim Hyun Joong pakai dalam We Got Married. hohoho... comel... tapi kejam gilos.

p/s--> tertarik tengok gambar ni kat facebook;


sumber: facebook

fenomena 'gangnam style'.

GANGNAM (SUPER KAMPUNG) STYLE



heh.. musim 'gangnam style' kot sekarang. pusing mana-mana ade je parody untuk lagu ni. dan bukan remaja/dewasa je yang tau, sepupu sepapat saya (geng akim) time datang berbuka aritu pun sibuk melaung-laung ayat 'gangnam style' tu. ceeeh.. tak padan dengan kicik.

# eleh, tak payah pandang jauh-jauh. si akim dalam bilik air time mandi sibok melalak nyanyi lagu tu. =,='

nah.. kalau pagi tadi MHI tunjuk parody 'suasana kampung style', sekarang kita tengok parody fly.fm untuk 'super kampong style'.  *wink*
Saturday, 25 August 2012

sharing is caring



"Status dari hati mungkin boleh diSHARE beribu. Tetapi hati tidak begitu. SHAREnya terhad pada yang SATU."

Golongan SATU:
♥ Allah SWT dan Rasulullah SAW
♥ Islam [ dalamnya al-Quran & al-Sunnah ]
♥ Ibu bapa dan keluarga tercinta
♥ Yang halal lagi teristimewa :)

--
"Masya-Allah"

sumber: akhi rusydi

penat.

as salam.

oke. pedulikan entry lepas geram tadi. sekarang, entry 'lepas penat'. seriously, saya rasa nak membebel sekarang tadi memandangkan takde sape nak dengar, kita bebel kat blog je lah.

1. sorry to Bieha.

kau tak cakap awal-awal de open house, macam mana aku nak pelan elok-elok dengan naddy and sarah? huhu..kalau tak boleh la buat reunion febinarah arini. sorry tak dapat datang rumah kau bieha. aku memang tak boleh.

2. open house untuk family belah ibu.

kemas rumah macam nak buat kenduri sambut menantu. hiperbola tak? =_=' keluarkan pinggan mangkuk jenama corell yang freash dari kotak (which, saya yang kena cari dari stor bawah tangga tu! sorang-sorang!) kemas bilik sendiri yang dah macam tongkang pecah (heh.. anak dara bila hujung minggu memang pemalas dia lebih kot..? :p) lepas tu kelam kabut pegi pasaraya NSK beli barang dapur dengan pantas (sorang-sorang! sob sob..tak suka pergi sana sorang-sorang) dan bila balik, kelam kabut serve budak-budak kawasan perumahan yang datang beraya. kalau satu dua kumpulan takpe la jugak. ni kejap kawan ate, kejap kawan alia, kejap kawan akim,, lepas tu budak 3 orang ni lesap dengan membe-membe dorang pegi beraya. tinggalkan 'bibik farah' sorang-sorang buat kerja kat rumah. memang malam ni sebelum pukul 10 saya dah pengsan kot.. =_='

3. sorry parent Nasha.

huhu.. tadi jumpa mak Nasharudin (ex-kawan sekolah merangkap ex-musuh ketat) or kalau ikot saya sendiri, selalu panggil dia Nasha je. kalau kawan laen moden sikit, panggil dia Nash. whateva!

ibu memang mesra alam. selalu kalau jumpa mak or ayah Nasha, mesti ibu akan tumpangkan. dan tadi masa saya pergi NSK, kebetulan ternampak dorang tunggu bas/teksi kat seberang jalan. time tu pulak saya baru habis beli barang. so dengan niat yang ikhlas, ingatkan nak pergi tolong la dorang.

sekali!

heh.. saya yang nak kena mintak tolong. maybe ramai sangat yang buat open house harini. NSK penuh giler dengan umat manusia. apatah lagi tempat parking dia. dah la limited. lepas tu, bila kita keluar je, pemandu laen macam takde otak-otak block tempat tu sebab nak masuk. lantak korang la. tapi! dengan kereta saya sekali kena block ape kes? kalau kancil takpe gak. ni saya pakai avanza kot tadi. grrr! itu satu hal. lepas tu nak seberang jalan tu fuhhhh... menguji kesabaran hati nurani betui. >.< last-last, bila dapat lepas, dorang pulak dah naek teksi. right in front of my eyes. miane mak cik. saya ingat nak tolong pakcik makcik. ='(


dan sekarang.. moh la kite sambung layan tetamu. *pengsan* lepas acu datang, family belah ibu pulak. tu belum lagi group budak-budak taman rakan datang beraya. uwaaaa~... nak lari boleh tak..? memang esok tak la saya nak keluar rumah. nak duduk je dalam bilik tak keluar-keluar. boleh tak? huhuhu..


p/s--> nak kawan buat cara kawan. kalau dah lebih-lebih susah la brader. saya ni perempuan, hati lemah macam jelly. kalau awak lebih-lebih, kang saya tergoda pulak. nauzubillah.. shiro! tak nak! nak kena audit balik batas pergaulan antara kawan dengan berlainan jantina ni.. haish... >.<

diam.

as salam.

*short entry. lepas geram.*

heh..semua lelaki sama je. baek si aj, baek si MKA. cari kite time bosan or ade keje je. tak pun, time nak have fun. tapi bila kita ada hal nak mintak tolong, walaupun dia mesej, cakap;


"sorry orang buat farah rasa annoying"

or

"TAKDELAH BUSY MANA PONG"

but then bila dah mintak tolong terus senyap tanpa khabar berita. ceet.. kalau tak sebab orang perlukan pertolongan takde la cari awak. pehe dop?!

memang sah la kita tak payah mintak tolong orang lain kalau ade hal. better buat sendiri je. lagi-lagi dengan kaum adam ni. kata-kata dorang semua tak boleh pakai. grrr... geram sangat ni!

p/s--> lagi tension bila mana satu family pegi bukak Teratak Farah malam tadi. tak sempate nak buat private.  hancusss.. segala dark side of Farah terbongkar satu-satu. grrrr... serabut! >.<
Thursday, 23 August 2012

pandangan pertama.

as salam.

ini yang saya jumpa di facebook, tapi tak ingat kat mana. kopipes tanpa sempat ambil link. huhu.. miane..~

Perempuan yang manja memang cepat merajuk dan kuat menangis,cuma lelaki yang sweet dan bersikap matang je yang mampu pujuk dan cairkan dia.. ♥ 



heh.. untunglah ade lelaki yang sweet dan matang. ni kalau perempuan stok-stok manje. kalau stok garang macam singa, macam saya ni bagaimana? kena cari lelaki yang super-duper penyabar..ye tak? hohoho... ade kena mengena ke? =_='

kalau orang tak kenal saya, melalui 1st impression dorang akan cakap yang saya ni;
#based on true story

1. pendiam (dalam kelas)
2. pemalu tak kena tempat (dalam persatuan)
3. budak free hair (what the..?)
4. gedik (dengan kawan)
5. terlebih peramah. (dengan mereka yang sama spesis)
6. garang gilos. --> (kawan-kawan aten dan akim.)


nampak tak betapa kontranya setiap pandangan orang lain terhadap saya? ahaaa.. ni semua berdasarkan tingkah laku seseorang tu pada saya. kita akan behave according to tingkah laku seseorang tu pada kita..kan? makanya.. jangan terkejut kalau dengan orang tu, saya macam tu. dengan orang ni, saya macam ni. it's depend on your attitude toward me..got it?

but in reality....


sumber: facebook

hew hew hew.. hanya orang yang terdekat je tau macam mana tahap kegilaan saya. kekekeke... XD

pada pendapat saya, mereka boleh kata apa je pasal diri kita. nak kutuk ke, nak puji ke.. anything. tapi mereka tak tahu siapa diri kita yang sebenar. biarlah hanya mereka yang terdekat dan yang paling penting, DIA tahu siapa kita yang sebenarnya. TETAPI harus diingat juga.. first impression tu sangat sangat sangat penting. sebab orang zaman sekarang ni suka sangat

judge a book by it's cover.

sekian.



le familia. Raya 2012.

p/s--> orang kalau tengok gambar kat atas ni mungkin..mungkin sahaja...maybe dorang akan cakap;

" baik budak Farah ni. sopan je. nampak macam perempuan melayu terakhir (uweeek!). siap berposing segala bagai."

kahkahkah.. disebalik topeng bedak compact dan senyuman bajet tak menawan tu, disertakan bunga setempek diatas kepala (bajet wanita sejati la kan..) tersimpan satu identiti yang tersembunyi. yang menyebabkan saya digelar 'singa' oleh adek adek saya. huhuhu... T_T

de momento.

as salam..

pernahkah anda lalui...

1- that awkward moment --> bilamana ada lelaki bukan ajnabi datang rumah dan kita berdesup masuk bilik, pakai segala yang boleh dijadikan untuk menutup aurat, dan bila kita dah keluar dari bilik dengan penuh keyakinan yang kita dah jaga aurat kita tiba-tiba kita baru sedar yang kita pakai baju muslimah dengan seluar tidur! =__='

2- that embarassing moment --> bila mana kita baru lepas shopping komik bagai nak rak dan dengan gembiranya membawa satu plastik besar yang penuh dengan komik-komik dan bila kita tengah jalan tu tiba-tiba plastik tu koyak dan semua buku berterabuh kat atas lantai. dan adik-adik yang sangat sengal dengan lantang dan gumbiranya gelakkan anda yang tengah blank dan blur di tengah-tengah shopping mall.

3-  that crazy moment --> bila mana anda sedang membaca komik (selaen keluaran gempak starz) dengan khusyuk dan tiba-tiba ada bahagian sensored yang lansung tak di sensoredkan dan telinga anda terus rasa panas giler rasa tak tau nak buat apa dan bila anda pandang belakang tup-tup adek anda turut sama ternampak sesuatu yang dia tak payah nampak dan label anda sebagai gatai. >.<'

4- that funny moment --> bila mana anda yakin 100% yang adek kecil anda mencarut (i've clearly heard he said Ba*i) dan anda kejar dia satu rumah sebab marah sangat dengar ade orang mencarut dalam rumah anda dan tiba-tiba lepas cubit dan belasah dia habis-habisan adek perempuan anda cakap

"kakak, kenapa marah dia cakap tambi?"

*sigh* dan anda terus peluk si kecil dan terpaksa korbankan rm2 untuk memujuk dia kembali. semua salah telinga dan otak yang salah interpret maklumat. =_='


*sigh*

i'm being me again.

as salam.

short entry..again. *sigh*.. seriously, saya dah tak tau sama ada apa yang saya buat sekarang ni, memang betul-betul kehendak diri or just acting yang 'itu saya'. haila.. tak habes-habes dengan woman logic. kalaulah ia semudah tu...

woman logic bukan sesuatu yang kita boleh control. sebab kadang-kadang, yes means 'yes'. no means 'no'. tapi, al maklumlah.. perempuan sangat pemalu. merekas takkan simply cakap YA untuk  ya, TAK untuk tak. sometimes, perempuan ni akan twist ayat dia supaya tak ketara kehendak hati dia tu. tapi, itu sometimes la. ade jugak waktunya, yang bila dia keliru dengan perasaan, kehendak sendiri.. yes tu boleh jadi dua, whether ianya betul-betul 'yes' or 'no'. haish.. saya sendiri pun pening dengan diri sendiri. apatah lagi orang laen..ye tak? =__=

keliru boleh datang sebab ragu-ragu dengan instinct kita, atau boleh jadi jugak disebabkan pengalaman lampau yang menyakitkan. which akan result kepada negative though walaupun sesorang tu ikhlas..or not. haish... i'm being me again! what should i do?! >.<


#benci bila mana kita tak boleh nak control diri sendiri. heh.. cakap je dah berubah.. tapi bila habis puasa, terus tak dapat tahan kehendak yang tersimpan. pergh! ayat jiwang. =o='
Friday, 17 August 2012

bebel raya

sumber: facebook

as salam.

short entry. penat. huhu.. esok hari last puasa. sebelum si 'dia' bakal dilepaskan. *sigh*

sepanjang bulan puasa,start dari minggu kedua puasa kot. alhamdulillah.. hati saya, minda saya, berjaya dikawal. control supaya tak ingat benda-benda tak best. takde perasaan pelik-pelik. setiap kali 'ia' muncul je, terus istighfar banyak-banyak. selawat banyak-banyak. sampai memory dah penat nak buat flashback, hati dah penat nak rasa pelik-pelik, otak dah penat memikir, dan last sekali lupa pasal benda tu. alhamdulillah. berkat bulan Ramadhan.

Tapi! Ramadhan dah tamat. 'dia' pulak bakal dilepaskan. mampu ke lagi saya nak kawal benda pelik-pelik dari berlaku? mampu ke lagi nak jadi Farah yang sekarang ni? hurm...

#semoga kita istiqamah dengan segala amalan yang telah kita lakukan sepanjang bulan puasa. jangan biarkan amalan 30 hari hancur di pagi syawal. eheh. amek ayat kat pesbuk. >.< dan untuk saya sendiri..jangan biarkan diet selama 30 hari hancuss dek kerana ayam dipagi syawal. kekeke..XD

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan batin. kepada awok-awok sekalian,kalo ade terasa hati tu, maaf la yer. dan kalau balik kampung tu, berhati-hati di jalan raya. kalau 1st raya ada kat KL, meh la datang sini, kita beraya bersama. eheh? =_=' itu satu gurauan.

p/s--> advance pulok aku wish2 raya neh. macam dah tak sabau nak raya pulok. eh, bukan macam tu. saya wish awal sebabnya lepas ni dah tak online sangat kot. kot. kot. huhuhu... urghhh...! sedih pula bila ayah cakap tadi;

"ini terawih yang terakhir untuk tahun ni. buat betul2."

sob..sob..dapat lagi ke jumpa Ramadhan tahun depan..?
Wednesday, 15 August 2012

kachak luar, kachak dalam.


sumber: facebook

as salam.

gambar diatas ini adalah contoh lelaki kachak. a guy yang menangis bila berjumpa dgn Penciptanya, yang sebak bila membaca ayat-ayat cinta dari Penciptanya, that guy memang sangat kachak. sangat hensem. 100% lelaki idaman malaya. eheh. *over kau Farah.=_='*

If he can live many days without talking to u..then u must not be someone important to him

ini ayat curi. dari Sarah punya kawan lelaki punya kawan perempuan punya twitter. huh. complicated giler nak dapatkan ayat ni kan? hohoho... gedik. 

#mata dah mengantok. tapi nak tunggu Sarah selesaikan hal dia dulu. then baru boleh tidur. 

memandangkan ayat kat atas tadi macam nak tunjuk pride seorang lelaki, meh sini saya nak bagi satu ayat untuk kaum perempuan pulak.

If she doesn't answer your call so many times..and even if she answer it, she trying to end it quickly.. then you must be someone that she doesn't want to talk with.

eheh. tak merujuk kepada siapa-siapa pun. just some random talk. lalala~..

p/s--> hati seorang perempuan, selembek mana pun dia. tapi kalau berkali-kali terluka, heh, memang kebal la lepas tu. oke? don't simply bagi alasan bijak untuk cover kesalahan diri anda. kalau 2-3 kali dye boleh percaya, tak bererti dia akan percaya selama-lamanya. think about it.
Tuesday, 14 August 2012

hargailah.




"Sama seperti kehilangan someone. Bila dia dah pergi, barulah kita belajar menghargai."

sumber: akhi Muhammad Rusydi


sob sob.. berapa hari je lagi sebelum Inchek Syawal menjelma. Inchek Ramadhan pulak nak pergi jauh-jauh dah. jom tingkatkan amalan. entah dapat tak kita nak berjumpa dengan inchek Ramadhan tersayang ni lagi tahun depan. ='( hanya Dia yang tahu.

p/s--> ade jugak orang yang still tak reti nak menghargai walaupun dah kehilangan sesuatu. =_=. act as nothing happen. senangnye..? 

azam.

azam dari dulu sehingga kini. bak kata sorang pak cik ni, dah tiga kali raya dah saya doa benda yang sama. tapi... =___='


sumber: facebook
Sunday, 12 August 2012

bukan kisah saya.

An “ex” is called an “ex” because it’s EXample of what you shouldn’t have again in the future

source: facebook

as salam.

maaf, ni bukan entry pasal 'how-i-miss-my-ex' ataupun 'i-hate-my-ex-so-much'. *sigh..* saya tau, setiap dugaan pasti ada hikmahnya, pasti ada sebabnya. saya nak menceritkan, meluahkan satu cerita. bukan nak mengutuk siapa-siapa, cuma nak meluahkan. >.< bukan kisah saya. tapi kisah hidup seseorang. yang saya kenal. lelaki...memang macam tu kot. *sigh...*

#amaran! entry bebel panjang. kalau malas nak baca, boleh terus tutup. sekian.

******

pak cik A, sudah berumahtangga almost 24 tahun. ada 4 orang anak yang sehat-sehat comel-comel belaka. kewangan pun, walaupun tak berada macam orang laen but still boleh kira mewah jugak la bagi golongan sederhana.walaupun umor pak cik ni dah nak masuk 50 tahun, tapi alhamdulillah, masih diberikan tahap kesihatan yang baik, rupa paras yang macam lelaki berumur 30-an (urgh..). keluarga pak cik ni alhamdujlillah, bahagia. jarang bergaduh. solat pun kerap jugak berjemaah. kiranya, keluarga ni bukan berunsurkan dunia semata-mata la. still pentingkan ilmu agama, alhamdulillah. makanya, patut tak pak cik tu bersyukur?

anak-anak pakcik ni sangat rapat dengan keluarga. maksudnya, patuh dengan family. bukan jenis yang suka hangout dengan kawan-kawan sangat, sebab dorang sangat-sangat dijaga oleh kedua ibu bapa mereka. mungkin ade sorang dua yang degil, suka buat perangai. but still, takde yang sampai bila marah or merajuk tu keluar dari rumah. paling koman pun lari masuk bilik, kunci, lepastu nyorok bawah selimut. dan merajuk/marah dorang bukan lama pun. tak lama kemudian masing-masing mintak maaf, dan act like nothing happen. ciri-ciri keluarga agak 'bahagia' kan? hohoho.. makanya, patut tak pakcik tu bersyukur?

tapi nak buat macam mana. lumrah hidup seorang lelaki. bila dihasut, digoda syaitan sikit, mulalah rasa tak bersyukur. okey, bukan lelaki je. perempuan pun sama. tapi sekarang ni cerita ni pasal pak cik tadi, so highlight pada kaum adam la ea. huhuhu.. menggunakan alasan 'jiwa sepi', bermula dengan alasan 'have fun' je, dia mula memasuki dunia chatting. bila dah mula berchatting, semua gelaran hilang. mana lagi nak mengakui diri tu suami orang. mana lagi nak mengakui diri tu seorang ayah. mana lagi nak mengakui diri tu umor nak masuk zon 'warga emas'. menggunakan kelebihan yang Allah beri, dia mula bergembira di dunia cipataannya. sehinggalah...


meet poli (bukan nama sebenar). poli, seperti nama yang tertera didalam hempon pak cik ni. tak tau sama ada poli stand for 'ex-student-politeknik' sebab that women from politeknik or stand for 'poligami'. wallahua'lam. si wanita, lansung tak tau keadaan yang sebenar. sibok mengejar chenta internet, maka mereka mula berhubung secara serius. serius sampai tahap pak cik ni dah mula buat cerita kat anak-anak dia yang dia nak kawen lagi. disebabkan pakcik ni suka bergurau dengan anak-anak dia, so mereka anggap je lah benda ni macam satu gurauan.

sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah jua. kan? rahsia terbongkar. si isteri dapat tau. dengan rasa kecewa, si isteri pergi jumoa keluarga si poli ni. keluarga si poli? terkejut giler. dalam masa terdekat, terus dikahwinkan si poli ni. tanpa rela. kesian? hmmm.. agak la. tapi nak buat macam mana kan? nak selamatkan rumahtangga, tu jelah caranya. maka dengan ini, putus sudah hubungan pak cik ni dengan kekasih gelapnya.

cerita dah habis. eh, belum lah. si poli, alhamdulillah. dah terima hidup dengan suaminya. dah ada anak dah pun. keluarga pak cik tu? alhamdulillah..kembali aman. tapi.... lelaki. haish... tak tau kenapa. still tak boleh lupakan 'ex' dia. nak sangat couple balik dengan 'ex' dia. giler tak giler? setiap hari, diam-diam dia call ex dia si poli tu. wallahua'lam..tak tau sama ada si poli layan ke tak. eh pak cik ni. sedar ke tak dia dah bergelar isteri orang? 

cinta tak seharusnya memiliki

i don't know whether this pak cik sangat-sangat-sangat cinta dengan ex dia ke hape, sampai tak boleh lupakan tahap yang macam tu. hati isteri mana tak sedih keadaan suami macam tu? hati anak mana tak kecewa dapat anak macam tu? macam mana kalau benda tu jadi tak anak dia sendiri? *sigh...*

sometimes, seronok tengok pakcik-makcik guard sekolah rendah Akim yang pergi kerja, balik kerja, berpegangan tangan. padahal dah tua tu. susah senang still bersama. alangkah bahagianya begitu.

************


" MISKIN tidak menghalang KEBAHAGIAAN. GAMBAR ini telah menceritakan segala-galanya...walaupun mereka hidup SUSAH tetapi mereka tetap BAHAGIA..." ♥

Moral of the story...

" Kasih sayang yang sebenar itu datang dari hati yang jujur dan ikhlas, bukan dari kemewahan yang melimpah ruah..." ♥

sumber : facebook


dengan adanya lelaki-lelaki macam ni di sekeliling hidup saya... patut tak saya rasa... menyampah? benci? trauma? anti-lelaki? anti-kawen? *sigh*

mungkin, ada baiknya kaum wanita lebih mengutamakan hubungan mereka dengan sang Pencipta daripada memikirkan hubungan mereka dengan manusia. mungkin boleh ambil kisah Rabiatul Adawiyah;

“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”

tinggalkan cinta dunia, tinggalkan cinta manusia. gapai cinta Allah. semoga hati menjadi lebih kuat.


# kata-kata Rabiatul Adawiyah diambil dari sini; http://permai1.tripod.com/rabi.html

tertarik dengan kata-kata di facebook Bercinta Selepas Nikah;

Kalau kita betul-betul sayangkan dia, lepaskanlah dia demi kebahagiaannya.. Itulah erti cinta yang sebenar..

dear pakcik, tolonglah berubah. sayangi keluarga anda. sayangi orang-orang yang menyayangi anda. selagi mereka masih ada... 


p/s---> jom hidupkan 10 malam terakhir ni dengan segala amalan yang kita mampu. Ramadhan bakal meninggalkan kita. sob..sob..


sumber: facebook

Tuhan ni wujud ke?

#maaf, tajuk mengundang kontroversi.  bukan saya nak pertikaikan ketiadaan Tuhan, tapi hanya ingin berkongsi sebuah cerita yang diambil dari facebook. sila baca sampai habis okey? =)

sumber: facebook


Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.

“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.

“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.

“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.
Friday, 10 August 2012

Amirah..who?

as salam.

who's Amirah? huhuhu.. takde siapa-siapa yang spesifik pun. cuma tiba-tiba nama ni jadi trending dalam rumah pagi tadi. mulanya begini;

" ibu tau tak, amirul jiran kita tu cakap dia suka kat aten. shhh...rahsia tau. (nasib baik aten tak baca blog ni. kekeke...) mula-mula aten tolak, sebab dia kata amirul tu muka nerd. budak belajar je. tapi sekarang kalau nampak amirul, dia terus cakap kat alia, 'tu boypren aten'. gatai kan aten?" si alia memulakan bicara.

ketika tu, ibu tengah jaga oven, saya dan alia sibuk membentuk tart nenas.

" eley, alia pun apa kurangnya. dah la minat 'bekas perdana menteri'. hahahaha.." saya saje je bahan dia. sebab dia minat sorang lelaki sejak dari darjah enam. that guy nick name was Pak Lah.

# kami adik beradik agak open la cerita kisah hidup masing-masing dengan ibu. ni je caranya untuk ibu pastikan anak-anak ibu tak salah pilih kawan. ibu tau dengan siapa kami berkawan, dan siapa lelaki yang kami minat (errr..) dan siapa lelaki-lelaki dalam hidup kami (errrrrrrr....). huhuhu..

" eeee...akak ni! tapi amirul tu la lah pelik la. aten cakap kalau kawen dengan amirul nanti masa depan terjamin. yelah, dia kan pandai. nati mesti kerja bagus-bagus. jahat la aten amek kesempatan. padahal amirul tu tak hensem pun."

"eh, amirul tu okey la. akak setuju je kalau aten dengan dia. hehehe.."

"akak suka amirul ke?"

"giler! dia bawah umur la. entah-entah belum matang pun lagi. tamao la. maksud akak tadi, amirul tu okey apa. buat apa cari lelaki hensem. nanti dah tua berkedut jugak. amirul tu baik la. nerd (sebab pakai spek yang macam old fashion), pendiam, tapi comel je.dah la baik. hari-hari pergi masjid. tak pernah miss pun. kalau akak la jadi aten, akak ketepikan semua pakwe-pakwe cina dia tu. baik pilih amirul."

"ibu! akak minat amirul!"

tiba-tiba ibu yang mendiamkan diri je dari tadi tukar topik. hahahaha..

" korang tau tak, sebenarnya ibu suka nama Amirah. dulu sepatutnya nama kakak jadi Farah Nur Amirah."

"WHAT?! hahahahaha... ibu tukar topik! kenapa pulak amirah boleh jadi azrina ibu?"

"dulu masa sebelum ibu bersalin, ibu dah bincang dengan ayah. aklau anak perempuan, letak nama amirah. kalau anak lelaki, letak nama amirul. ibu tak tau pun jantina farah sebelum bersalin tu. ibu siap canang-canang lagi kat arwah mak, makcik-makcik semua yang nama bakal anak ibu ni amirah or amirul. tapi time tu Nabilah lahir dulu. lepas tu cik yah bubuh nama Amirah kat nama Nabilah. ibu sedih la jugak sebab ingatkan nan letak nama amirah kat nama Farah. tapi lepas tu ayah pujuk. cakap, 'apa kata kita gabung nama kita berdua? Nur dari nama you, Azri dari nama I.' maka akhirnya terlahirlah nama azrina."

"ohoooo... kenapa ibu minat nama amirah tu?"

"entah. ibu suuuuka sangat nama amirah tu. tapi takpelah. dah rezeki Nabilah dapat nama Amirah."

"hahahaha.. kak Amirah... oh..kak Amirah..."

maka, bermula lah sesi sakat-menyakat antara dua beradik ni. nasib baik Aten sekolah. kalau dia join jugak lagi parah. >.<
Thursday, 9 August 2012

random though.

as salam.

kalau kita susah nak benci someone, boleh tak kalau kita buat dia benci kita? so that dia akan pergi jauh-jauh dari kita. even one day nanti kalau kita tiba-tiba datang nak kawan balik dengan dia (sebab tak tahan...bogoshipo maybe?) dia dengan senangnya palingkan muka and pergi sebab dah benci kat kita. boleh tak buat macam tu? >.<

#sayasayangawakb'cozofAllah. truly, madly, deeply sayang sebab Allah. sebab tu kena buat macam ni kot. haish...

p/s--> peringatan buat hati. sila jangan goda tangan untuk buat benda yang bukan-bukan. pleeeease? ='(

dream guy.




Lelaki yang baik, ialah lelaki yang selalu menasihatkan org yang dia sayang demi kebaikan kerana Allah.. ♥


sumber: facebook

kekeke.... muka lelaki tu epik giler at the end of the story.  good guy. fear of Allah. macam ni lah lelaki idaman malaya. hee~..

p/s--> lelaki yang mampu mengubah diri dia from who he was to who he is now (lelaki soleh), pun lelaki idaman malaya jugak. people can change. bila mana Allah berikan dia taufik dan hidayah. =) hehe.. gatai. =_=.

tazkirah: nikmat dan musibah.


TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen.
Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.
Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya.Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya.Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Sumber: # Mastika

sumber saya--> facebook
Wednesday, 8 August 2012

cerita si kecik.

cerita1


"ibu, tadi kat sekolah akim kena marah."

"kenapa?"

"tadi kat dalam kelas akim takde cikgu. lepas tu ade pengawas yang jaga. dia tulis nama akim. padahal akim tak buat bising pun. kawan-kawan akim yang bising."

"oh..cikgu marah akim ke?"

" cikgu cakap, siapa yang buat bising nanti dia kena pindah kelas. akim sedih la. kawan-kawan akim pun sedih. lepas tu akim dengan dua orang kawan akim melukis sambil sedih-sedih. dorang tak nak akim pindah kelas. "

"betul keeeeeeeeeee..?"

"betullah. tak caya tengok ni."




time ni ibu tahan gelak. saya? kekekeke... *muka evil sambil tahan daripada nak gelak besar* tapi diam-diam saya curik buku dia, nak snap pic ni. tunggu la one day nanti akim dah besar sikit, saya nak tunjuk balik. kekeke...

"ibu..akim tak nak pergi sekolah esok. nanti akim kena pindah kelas. akim takut."

=__='  ooookey. naif sangat budak kecik ni. sebab tu lah asyik kena buli je dengan ayah. haha.. antara buli-an ayah;

cerita 2


"akim kenapa suka buat rambut terpacak camtu?"

"sebab smart lah yah. tengok ni, akim smart. ayah tak."

"akim, jaga-jaga tau. rambut pacak ni bahaya. *sambil pegang rambut pacak akim yang dah letak gel segala* kalau tercucuk orang, nanti boleh meninggal. sebab lama-lama nanti rambut akim ni jadi keras, tajam macam pisau"

lepas tu ayah mendiamkan diri dan fokus untuk drive. akim....berfikir kot. muka macam berfikir dalam-dalam. wayyy to deep. hahaha.. but the best thing is, lepas tu akim cuba 'cucuk' dashboard kereta dengan rambut pacak dia!

"akim buat apa ni?" -->ibu yang tanya

" tak tajam pun rambut ni? tempat ni *tunjuk kat dashboard kereta* tak tercucuk pun yah?"

 hahahaha.. ibu terus tepuk peha ayah. marah sebab cerita benda bukan-bukan kat akim. tapi yang nyata, semua orang dalam kereta time tu memang gelak besar la.


#kesimpulannya, kanak-kanak sangat mempercayai kata-kata orang tua. eh, kalau macam tu... mungkin sebab tu kot dia tak percaya cakap saya..sebab saya muda lagi! XD oke stop. tu bukan pointnya.

pointnya kali ni, kalau anda ade adik kecik, or anak saudara or sepupu or anak sendiri, silalah ceritakan benda yang benar sebenar-benarnya. jangan sogokkan dorang dengan benda yang tipu. sebab dorang mudah percaya. lagi-lagi cerita pasal hantu. kalau dari kecik dorang dah letak fahaman yang 'kita-paling-takut-dengan-hantu', tak ke dah syirik kecil tu? bukan ke kita kena takut dengan Allah, Tuhan sekalian alam? haaaa... think about it.


oh, saya perasan something..lately ni, saya banyak cerita pasal si akim. hehe.. nak buat macam mana, untuk distract perasaan kat 'benda' laen, lebih baik ingat kat adik sendiri kan kan kan? lagipun, si kecik ni adalah lelaki yang paaaaaaling saya sayang selepas ayah dalam hidup saya. if one day nanti...dia dapat tau perkara sebenar sekalipun.... saya tetap sayang dia. once he is my precious adek, forever he will be. =')


ok, stop emo farah. kau emo pasal benda laen, pastu lepas kat sini pulak kan. =_=' pffft!


ehem. budak-budak ni.... they're sooooooooooooo naive! but still, cute. hehehe.. best untuk dibuli. >.< oh no! jahatnya kakak ni.



p/s--> sarah, i'm soooooooooooo sorry. penat la buat kerja rini. sangat3 penat. aku tak dapat nak ym dengan kau malam ni. miane! i promise i'll make up for you later. buat masa sekarang, i just need to be alone.   so many things aku nak kena fikirkan. hohoho... kenapa macam pelik gila ayat aku. =_='
Tuesday, 7 August 2012

sigh...


Biarkan yang berlalu terus berlalu...

Disitulah terbit makna sebuah KEREDHAAN...

Pengertian REDHA ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan 
( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t

Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan tanda mahabbah kepada Allah s.w.t.

Mari kita semua menjadi HAMBA YANG REDHA ♥

sumber: facebook

penat lah jadi orang yang cakap je dah ok, redha, pasrah, tapi hati masih belum boleh terima hakikat. *sigh* munafik. teruk. memalukan. semuanya bergabung menjadi satu. malu kepada diri sendiri, malu kepada Allah. >.< maka, dengan ini kita kena let go perkara yang dah lepas. look forward for the future. ignore diri yang dulu. buka mata untuk menjadi diri yang baru. jadikan hari esok, adalah lebih baik dari hari ini. insyaAllah. fight for it!

# masa untuk mengenang, terkenang, semua dah tamat. tutup suis flashback. doakan saya.

si gatal. lagi!

as salam.

kejap. nak gelak. gelak besar punya. bhahahaha! *maaf, tak sopan.*


dalam ibu sibuk buat kuih raya, saya sibok pasang langsir sambil kemas rumah, akim yang bosan turut serta men'sibok'kan diri. mula-mula, cari gaduh dengan saya. lepas tu, sepahkan rumah. urgh.. geram betol! later on, dia mula menyanyi. hahaha. yang ni memang nampak sangat dia takde keje. =_='

*nyanyikan ikut nada budak-budak*

" a-pa-kah hu-bu-ngan i-bu de-ngan a-yah?" 
sambil mata memandang saya, tunggu jawapan. heh. memang tak la nak layan dia. hahaha.. padan muka. kemudian dia sambung lagi.

" a-pa-kah hu-bu-ngan a-ten de-ngan pa-kis-tan?" 
time ni ibu dah datang depan, nak rehat jap. ibu marah akim. suka hati je nak ejek kakak-kakak. padan muke dia lagi! hahaha.. *sambil angkat ibu jari, jelir lidah kat dia*

" eeee...! haaa! a-pa-kah hu-bu-ngan a-kak de-ngan a-bang a-***?" 
oke. ini dah melampau. turn ibu pulak gelak. ceeet! sampai hati ibu!

"eh, takde pape hubungan pun. akim jangan sebut nama dia lagi oke?!" sambil buat muka serius. kalau tak nanti dia buat lagi. padahal dalam hati nak tergelak dah tengok muka cuak akim. hehehe.. siapa suruh bahan kakak.


"kenapa akim suka sangat dengan abang a***?" oke. ibu ni memang lah.orang dah cakap drop the subject, tapi still nak bahan orang. yang lepas tu lepas lah. nak buat apa ingat-ingat lagi. >.<

"sebab abang tu baik. dia bagi akim maen game kat hempon dia. akim tak suruh bagi pun, tapi dia bagi jugak."

urgh.. adek aku yang sorang ni.. senang betul nak bagi rasuah. just sebab dia bagi maen game, terus dapat label abang baek? no wayyyy!

"akim, dia jahat lah. baek akim lupakan dia. nanti akak carikan abang laen untuk akim eh?"
hohoho.. niat kat hati nak cakap camtu. tapi kalau dilayan ibu dengan akim ni, kang tak abes-abes saya kena bahan. so, diam adalah perkara paling bijak yang saya boleh lakukan.

tiba-tiba alia masuk.
" a-pa-kah hu-bu-ngan a-kim de-ngan a-fi-na?"

"haa! akim gatal! siapa afina ni? ibuuuu! akim gatal." padan muka. bahan kite lagi. kan da kena. tapi reaki akim buat saya rasa...pelik..? dia...senyum kambing. sambil menggedik-gedik gelak. eh budak ni. angau ke ape?

"afina tu nak kawen dengan akim. dia cakap dia ada baaaaaanyak pilihan, tapi lepas tu dia pilih tiga je. akim, salehuddin dengan noramin. tapi salehudin suruh akim kawen dengan dia dulu. lepas tu dia cakap dah besar nanti dia nak kawen dengan akim."

WHAT THE........... FISH?  DUCK? CAT? bhahahahahaha! *gelak guling-guling*

ibu yang dengar pun gelak besar. alia apatah lagi. akim senyum kambing je. oh tidak. adek saya si gatal! =__='

#sukahatikaujenakkawencepatcepat. grrrrr....

kecoh rumah pagi tadi. semua sebab akim si gatai. >.< tapi bila dah hantar dia pegi sekolah tadi.. hurm...sunyinya rumah. akim cepatlah balik! ='(
Monday, 6 August 2012

tak perlu kaya.



Beliau adalah penarik beca selama 20 tahun yang telah menderma sebanyak RM150,000 untuk membantu 300 pelajar yang amat miskin.

Pada satu musim salji, beliau telah memberi RM250 terakhirnya untuk cikgu2 pelajar tersebut dan berkata, "Ini adalah derma terakhir saya kerana saya sudah tua dan tidak dapat bekerja lagi". Beliau meninggal dunia pada umur 93. Namanya Bai Fan Li

Anda tidak perlu menjadi kaya sebelum anda menolong orang yang susah.

Bagaimana kita sebagai umat Islam yang tahu besarnya pahala sedekah? bagaimana kita di bulan ramadhan pahala yang berlipat ganda ?

tepuk dada, tanya iman.... :)

sumber: facebook

# this article remind me of my old self. saya pernah cakap macam ni, lebih kurang la. bukan spesifik satu-satu ayat macam ni. (masa tu zaman belum matang);

"dah besar nanti akak nak jadi orang kaya la."

"kenapa?"

"nanti dah kaya boleh tolong orang miskin/tak berkemampuan. dah kaya boleh beli rumah agam yang besar (hasil tengok telenovela kat tv3 =_=) lepas tu ajak seeeeeeemua orang duduk sama-sama satu rumah."

this is a dream. my childhood dream. a real one. time tu dalam otak dok pikir  orang kaya je boleh bagi derma sana sini (konon-konon la) disamping dapat beli pape yang kita nak. sebab tu sibok nak jadi kaya. heh. punya la cetek pemikiran saya masa belum matang ni. =_=

dan lama ke lamaan, harapan nak 'jadi kaya' tu hilang dengan sendiri. bila mana tengok keluarga yang punya harta yang banyak, tapi punyai banyak problem. dengan masalah dengan iman, keluarga, dunia dan macam-macam lagi lah. urgh.. lebih baik hidup sederhana macam sekarang. walaupun nak mintak ipad tak pernah-pernah nak dapat, *tibe-tibe je* nak ipod/ipong pun tak mampu, tapi sekurang-kurangnya i'm happy with my life, with my family, with my everything. sikit-sikit Allah nak duga tu, biasalah kan?

bayangkan, saya yang sederhana, rumah pun takde barang-barang berharga sangat (berbanding pakcik kaya yang rumah dia sebaris dengan rumah saya) pun boleh kena pecah masuk. sampai saya trauma nak turun bawah sorang-sorang (even untuk minum air tengah-tengah malam) apatah lagi kalau berharta lebih sikit. >.<

okey. saya ada benda nak story sikit. gedik la nak story-morry segala bagai. =__=' tapi tak kira, saya nak story jugak. sebab saya sangat terkesan dengan kata-kata dia. ya, dan kini saya sangat pasti. memang lelaki ni fail bab memujuk wanita. >.<


*****

4 ogos yang lepas ibu ditimpa musibah yang teruk bagi kaum wanita, which barang kemas peninggalan arwah dan yang ibu dengan bersusah payah kumpul duit dari zaman remaja, dirompak. eh, ayat ni macam tak kena. bukanlah ibu kena rompak kat tengah-tengah jalan ke apa. tapi, rumah kami diceroboh masuk sekali lagi. tak tau pun bila. tapi penjahat tak aim barang-barang besar seperti laptop saya yang sentiasa terbuka ni. dia aim benda-benda tersorok. pelik kan? so, rantai, gelang, subang emas kepunyaan ibu, saya dan adik-adik menjadi sasaran. dan nah, raya ni no more barang kemas for us. ibu trauma. sedih. barang kesayangan hilang, yang dah kita kumpul-penat-penat dari zaman remaja, siapa tak sedih kan?

#perasaan tu umpama saya peristiwa ni, bila mana saya mengidam nak minum jus tembikai, dan ibu belikan tembikai. yeay!  saya sibuk prepare blender, ais, dan segala bagai untuk buat jus tembikai tu. tiba-tiba, bila nak keluarkan tembikai dalam peti sejuk, dia dah takde. hilang! dan ibu cakap, akim dah makan tembikai tu tadi. urgh!

lepas sedar barang kemas hilang, ayah ajak pegi shopping baju raya. of course la dalam perjalanan ibu moody, diam, suram je. kitorang buat lawak sengal kat belakang pun ibu tetap tak gelak. senyum pun tak. bimbang dengan keadaan ibu time tu, . dan dia mula membuka bicara. lebih kurang macam ni la ayat dorang;

"you sedih lagi ke? tu lah. siapa suruh beli barang kemas kalau tak pakai."


"kan budak-budak pakai time raya. abang ni, barang kemas tu keinginan setiap wanita la."


"kalau teringin nak ada, lain kali pakai 24jam. bukan simpan, setahun sekali je pakai"


"abang, budak-budak ni bukan boleh pakai time sekolah la."

"hmm..  buat apa beli untuk anak-anak? nanti dah besar dorang boleh beli sendiri."


"sekurang-kurangnya, ada lah peninggalan dari ani untuk anak-anak."


" ni yang i tak suka ni. sebab benda yang i tinggalkan untuk dorang ni, hanyalah ilmu dan agama. buat apa tinggalkan harta, nanti bukannya i dapat pape dari tu. tapi kalau tinggalkan dorang agama, at least masa dok dalam kubur nanti 'income' untuk i sentiasa masyuuuuk je dari anak-anak. hehehe.."


" hmm...tapi.. impian setiap wanita untuk ada barang kemas..salah ke nak belikan untuk anak-anak?"


" memang la tak salah. dah tu, yang you sedih sangat ni kenapa? cuba you fikir balik, time you tertinggal apa-apasolat, you sedih tak macam ni? fikir tak, 'ya Allah, kesalnya aku, sedihnya aku tertinggal solat'. ada tak? yang tu you patut sedih. bukan sebab hilangnya sesuatu barang yangAllah pinjamkan untuk you sementara di dunia ni. bla bla bla...."


#ayah kalau dah start membebel memang takkan habis. huhuhu..

******

so, as a conclusion... redha dengan apa yang kita ada sekarang. hehehe... yang laen-laen punya pengajaran, sila pahamkan sendiri. tak paham jugak, formspring saya. buat masa ni, saya tengah busy. ade date! dengan cik sarah. hehehe... >.<

p/s--> lelaki dan complicated memang tak dapat dipisahkan. dan i hate complicated man. yang suka bagi orang laen salah faham dengan tindak tanduk dia.
Friday, 3 August 2012

bersabarlah duhai hati.


"Selalu tanam pada hati, jangan berhenti berusaha, jangan berputus asa" ♥
source: facebook

as salam.

1st of all, untuk mereka yang bertanya soalan di formspring, saya akan try jawab kemudian. sebabnya, nak kena buat research dulu. nak kena pastikan benda yang saya cakap betul ke tak. sebab saya tak nak bagi maklumat yang salah sebab saya sedar saya belum cukup ilmu tentang agama. maka berilah saya masa untuk membuat kajian dan bertanya pada yang lebih tahu.

and secondly, *tahan keluhan. tak nak mengeluh* i've got my result. sebenarnya, saya tak tau pun result keluar semalam. muhahahaha... baru cek tadi. dah benda yang saya mampu cakap;

" it's okey Farah. you've tried your best. alhamdulillah.. redhalah duhai hati. kuatlah duhai hati. sabarlah duhai hati."

*tarik nafas dalam-dalam* this sem.. quite difficult to me...
kata hati -->oke tak. orang lain boleh je dapat DL. ape yang susahnya? huhuhu..

this sem, banyak sangat dugaan  yang datang.
kata hati --> oke tak jugak. orang laen tu lagi banyak dugaan Allah bagi. boleh je survive.

this sem..banyak subjek membaca. and i can't remember word by word.
kata hati --> oke tak jugak, yang MAF tu kau failed apecer?

this sem, banyak paper tough. killer paper 'kills' me!
kata hati --> oke. eh, tak jugak. yang paper FAR400 which suppost to be THE HARDEST ONE tu kau boleh lepas, boleh lulus *alhamdulillah* walaupun  ramai yang fail tu apecer?

grrrr... this sem.. errr... this sem... errrrrr... *kabut. tak tau nak bagi alasan apa*

kata hati ---> oke, done with semual alasan? let's think about it. last sem, result takde pun yang fail. semua ok. cume pointer tak cantek. apa kau rasa? gelisah kan? sedih kan? asyik menyesal tu menyesal ni kan? kan kaaaaan? *tanya kat diri sendiri ni*. however, despite all the things happened before, dan dicampur dengan result yang... hm.. paling worst sepanjang kau belajar kat uitm ni, apa yang kau rasa?

...................

redha kan? hati tenang je kan? tak kena stress attack kan? walaupun pada dasarnya mulut cakap cam nak terjun dari tingkap bilik ni, tapi dalam hati cakap "it's okey..it's okey.." kan? nampak tak perbezaannya? you've change Farah. Allah dah kuatkan hati kau yang lembek macam jelly tu. =_= dan bila dugaan datang, kau dah bole fikir dengan waras instead of terus meleleh and emo memanjang kan? itu pun tak bersyukur lagi?

*kata hati tamat*

okey. saya akui, sedih memang ada. hancur hati memang ada. tapi, airmata tak keluar pun. hati tak dup dap-dup dap sepanjang masa pun. in fact, hati siap berpesan, lepas ni buat dhuha, say thanks to Allah, terutama sebab lulus paper FAR400. so, apa lagi yang nak dikesalkan? just remember, keputusan exam ni adalah dugaan bagi Allah. walaupun saya lansung tak expect akan fail paper MAF.. *sigh* eh jangan nak mengeluh la makcik.

expect what unexpected

remember. kita boleh merancang, tapi Allah yang menentukan. dan perancangan Allah tu sebaik-baik perancangan. oke? sekarang. senyum.
Thursday, 2 August 2012

creative much..?

as salam.

creative is not equal tu Farah. =___= saya suka melihat benda pelik-pelik, buat benda pelik-pelik, suka tengok benda comel dan sexy dan hot dan saya giler sebab berani cakap benda bukan bukan, tapi kalau nak buat muka comel-comel  tu memang tak lepas la. failed! *ouch.* apatah lagi nak buat menda alah comel-comel dan memerlukan daya peng-fokus-an yang tinggi macam kat bawah ni;



sumber: facebook

atau ni;



sumber: facebook

dulu masa sekolah, *okey, get ready. si Ferra nak bukak memory lane ni* time seni or benda-benda kretip ni, mesti cik Tina (bekas bibik) yang akan tolong. saya tinggal hantar kat cikgu je. muahahaha... teruk gilos. =_= nasib lah bakal anak-anak saya nanti. kalau dorang suh tolong wat mende alah kretip-kretip ni; mungkin saya akan mati kutu dan letakkan sepenuhnya pada 'beliau' yang berkenaan a.k.a mr future hubby. har har har... >.<

tapi, sebenarnya saya suka mencuba. suka mencuba benda yang saya tak tau terutama bab kretip2 ni. for instant, dulu masa zaman bunga dari straw fofular, ibu cuat kat rumah. cik tina ikut smaa buat. ayah pun tolong ibu cuba buat. so takkan saya nak dok diam je? sebagai budah darjah 2 ke 3 time tu, sifat ingin mencuba membuak-buak ke ladang gandum. makanya, saya pun diam-diam amek straw ibu. diam-diam perhati je apa yang ibu, ayah, cik tina buat. oh, hobi saya yang lagi satu. saya suka memerhati. tapi tak suka bagitau orang yang saya perhati tu. dan tak suka orang tau saya tengah perhati sape-sape. segan oke? >.< berdasarkan pemerhatian saya tu lah saya cuba buat sendiri. and i did it at first! hooyeah! kepuasan berganda-ganda. walaupun huduh gilos, tapi pada saya, itu la permulaan bunga dari straw yang santek sangat. keekkeke... dan lepas tu, bila tiba-tiba saya salah buat sampai ntah ape ntah jadi. terus saya mengalah. terus malas nak buat. terus lari jaoh-jaoh tengok dragon ball. hohoho...

cool kan? *perasan* itu zaman saya dulu. tapi kalau zaman adek-adek saya skarang ni, pergh.. bukan maen manja-gedik-mengada gilos. ade ke patut skirt untuk projek Kemahiran Hidup (KH) ibu yang kena jahit? what the fish?! eh, dulu kakak korang neh buat sendiri tau! diam2 je buat kat bengkel KH time rehat. walaupun serabut dan hudus giler, but at the end jadi gak. dapat B+ lagi tau! heh.. korang (refer to my lil' sister) siap ibu tolong jahitkan kat klinik. pastu ade pulak kawan ibu yang tolong jahitkan. siap letak renda lagi! grrr.. melampau.. melampau.... dapat A+ tapi takde usaha sendiri. tak puas lansung.

# erk, termasuk sesi meluahkan perasaan pulak. =__=' miane.

semalam, saya kena 'culik' lagi. dengan makcik2 tersayang. hehehe.. lari pegi jalan tar, maju juction, sekitar2 KL tu, dari pukul 1-10 malam. giler. nak putus kaki berjalan. =__=' hohoho... nak dijadikan cerita, my aunt sambil shopping baju raya, dia cari sekali barang-barang hantaran. future hantaran. ceeeh.. calon belom tetap lagi pun yang mana, dan kak fiza rancang nak kawen lepas dapat Dr. which, memang lambat lagi la. master pun belum habis lagi ni. tapi dah cari barang2 untuk future hantaran. cool giler kan? ha. ha. ha.

agak pelik la kenapa beriya-iya dia nak cari. rupanya...... she's trying to make her hantaran sendiri! 0_o dan kalau berjaya, mungkin nak buat pelamin mini sendiri! gi.ler. kak fiza ni emnag kretif sikit. eh tak. kretif banyak kalau tak takdelah sampai dapat Anugerah Naib Cansellor untuk degree and diploma ritu. dalam bidang seni la. memang giler la. orang kretid ni, macam-macam dia boleh pikir. daebak!

#jeles..jeles.. kalau saya lah, memang tak la nak buat sendiri. hancus karang barang-barang tu semua. =_='

dan another story. last. di zaman teknologi di mana orang dah tak maen mesej lagi, orang maen whatsapp. dah tak maen ym lagi, orang pakai skype. dah tak maen voice call lagi, orang pakai video call. but me and my sayang choose an old way to communicate. which is soooooooo sweet (for me lah). hehehe.. kami berhubung pakai email! *lame.. totally lame..* i don't know. Sarah takde kredit, saya pong tengah poket kering. brodband pulak tengah capai limit. (cepat la 4hb!) thus, the only way we can communicate, is by email. soooooooooo sweet! i love that kind of situation. hehehe..

ok. enough talking. suddenly macam ade kerja nak kena buat. bukan macam, memang ade pun. huhuhu.. kalau dah masuk mood membebel, memang susah giler nak stop. =__='be

himpunan gambar awek cun..?



sumber: facebook

as salam.

bukan saya nak cakap apa lah. but ini lah padahnya kalau letak pic kat pesbuk. astaghfirullah.. saya dah tengok pu page tu. dan seriously, kalau rasa tak nak dosa bertambah2, sila jangan tgk phto2 dalam tu. just klik untuk report abuse je. ni link dia. seriously, better anda tak tengok pic dalam tu.

http://www.facebook.com/pages/Himpunan-gambar-awek-melayu/445102552196283



tau tak apa admin tu cakap bila semua orang serang page die?

bkn salah admin yg upload gamba ni, tp salah awek tu sendiri la yg upload kt fb. xkn la admin yg paksa awek2 ni amik gmba kn?
**renung2kn dan selamat menikmati keindahan awek2 ini..


ayat nak bagi pelempang, sepakan, berjuta das tumbukan, tau tak macam mana? haaa... memang lah orang tak belajar agama akan cakap macam tu kan! kuang ajo. *sabar Farah..sabar..* it's not that saya dah belajar agama tinggi-tinggi sampai nak kutuk org laen pulak. no no no! it's simple la.

kau letak gambar orang tak tutup aurat. lucah pulak tu. dan bila orang tengok, dia dapat dosa, kau jugak dapat dosa dia. pahala kau dah banyak sangat ke sampai nak !@#$%^&*().

grrrr... sebab tu saya tak suka berdebat or bergaduh or apa.sebab saya tau saya belum kuat. saya tau saya kuat emo. nanti ntah pape je yang saya cakap. better diam. dan lakukan apa yang patut. sebarkan apa yang patut. lagipun...

 action speak louder than voice.

kan? so... as a conclusion, simpan gambar2 anda sendiri. tak payah show off dekat orang. saya pun kesal dengan saya yang sebelum ni.. letak pic kat pesbuk., myspace, hi-5, tagged dan bermacam2 lagi yang saya dah tak ingat. nak bukak balik, dah lupa password. arghhh! geram betul lah. >.< macam mana ni...? *serve me right. *  makanya, gambar2 anda kat pesbuk tu sila lah delete. kalau nak letak snagat, jangan tayang yang manja2 ke, comel2 ke. tutup apa yg patut. sayangi diri anda. takkan nak biarkan orang laen sesedap oren je cilok, guna pic kite sesuka hati kan? kan? kaaaaaaan..?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...