Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Wednesday, 31 October 2012

the day: MEBA ATTACK!

as salam.


seperti yang dijanjikan (eheh, macam ape je bunyinye.) here's the full story on the event. kekeke...=)

pada 21 Oktober yang lepas, disebabkan saya ingin mula menghabiskan masa bersama-sama kawan di KBM maka saya dengan berbesar hatinya join program MEBA (member's of bachelor in accounting) which is OPKIM MEBA ATTACK yang bertempat di Sekolah Menengah Iskandar Shah, Jasin, Melaka. fyi (for your information), sejak dari sekolah lagi saya suka join program kemasyarakatan ni. selalu jeles dengan mereka yang dapat join. dan akhirnya, diri sendiri dapat jugak pergi. yeay!
#sebenarnya masa semester 2 dulu dah join jugak program kemasyarakatan dengan anak-anak yatim under Rakan Intelek. lupa pulak. hew hew hew...
dan desebabkan saya malas nak cakap panjang-panjang, makan kita biarkan gambar berbicara. ceeewaaah! credit pic to my phone (cik nini), dahlia's phone and MEBA's photographer. =)


welcome to SMKIS!



 first activity berkumpulan. tanam pokok! kekeke... bukan kitorang yang buat pong. budak laki 2 orang ni hah yang settlekan. senior part 8, Akhbar (tak reti nak panggil abg. sorry) dan si atlet Qayyum.


2nd activity, sukaneka! hew hew hew.. jangan tekejut tengok budak gemok ni lari. hebat tau! *tangan didada mata keatas*








 kawan-kawan kelas dahl yang sporting. sebok je si gemok kat hujung sekali belah kanan pakai tudung merah tu. ;p







pernah tak nampak orang kena denda dengan gembira? heh.. kumpulan kitorang dengan semangatnya ketuk ketampi sambil kira kuat-kuat. lepas tu siap minta tolong ajk amekkan gambo lagi. eheh. tengok muka acting sedih ni. kekeke...

kena pakai kapur kasut kat muka. sebab game campak kasut fail. hew hew hew... kena kapur pun still hepi lagi.

owh..ini budak manyak bajet oo... sibok mao amek gambar lepas mandi dengan air hujan. huhuhu.. alhamdulillah pakai baju hitam. kalau taaaaaak... T_T





dahlia merenung tempat kenangan. hew hew hew..



alhamdulillah, kami dapat 2 hamper, satu untuk group paling ceria. satu lagi untuk menang sukaneka. heh, jangan tak percaya budak gemok ni dah sumbangkan kemenangan untuk satu game tau! kekekeke... abes burn 5 kilo aritu. ;p

overall, tak rugi lah saya bangun dengan kabutnya sebab malam sebelum tu ade program sampai lewat malam. pastu katanya pagi tu bas gerak pukul 6.45, but mata saya terbuka tepat-tepat 6.45 pagi. T_T bayangkan betapa kabutnya saya dengan nak pakai lens, nak mandi, nak kemas barang sume. sob sob... ingatkan dalam bas nak tidur kejap, but then bila dah duduk sebelah kawan lama memang tak la nak tidur kan. sebok bukak 'memory lane'  sepanjang perjalanan. sebok cerita pasal inchek biskut. sebok cerita pasal geng kuning. aigooo..




kami berjodoh. itu yang pasti. walau berapa tahun terpisah pun, bila jumpa tetap tak janggal. masing-masing boleh masuk dengan perangai masing-masing. nak cari kawan macam ni? satu dalam seribu. huhuhu... thanks dahlia, for making my day. thanks adik-adik yang terlebeh peramah, sampai boleh acknowledge nama saya time berucap kat depan. *malu* hehehe.. sayang korang! memang bertambahlah adek-adek saya.. =)
Friday, 26 October 2012

apa kata hati?

as salam.

sometimes, kata hati yang firssssssssssssst tu dah betul.selalunye lah. tapi sebab ragu-ragu, so kita biarkan je. kan? macam masa jual beli saham. saya ade instinct yang ia akan naik lagi, tapi sebab ragu-ragu, at the end lepas dah jual... booom! dia naik berlipat kali ganda. heh. bukan sekali, tapi berkali-kali. berapa ribu dah saya rugi. sampai gaduh-gaduh dengan ayah. sama main yang visual punya, dia main yang realiti punye. huhuhu..

dalam exam pun sama. kata hati dah cakap dah, ni jawapannya ni, tu jawapannya tu, tapi nak jugak guna logik akal yang pelik dan tak logik ni. at the end result dye? heh.. tak payah tanya lah. yang saya liquid tu, semuanya salah. jawan mula-mula tu pulak, dah 80-100% betul. at least kalau 50% betul pun, still boleh dapat satu markah kan? haisssh... rugi...rugi...

dalam kehidupan seharian? haaa..tak payah cakap la. mende ni boleh diaplikasikan kat mana-mana pong. dalam kerja-kerja persatuan lah, kerja group lah, mesti ada though macam;

"eh, ni idea yang aku pikir tadi ni. kalau aku yang cakap tadi kan bagus"


tak pun;

"haaa... betullah yang aku pikir tadi"

heh. ironinyeeee~ *cakap sambil pejam mata bajet budak-budak* kekeke... gedik. =____=. but still, bendanya kata hati tu mesti dah terdetik satu jawapan yang betul. tapi sebab ragu-ragu, hesitation yang melampau-lampau, so kita let go kata hati (yang kita dah agak yang ianya betul tapi kita nak jugak endahkan) dan ikot logik akal yang selalu membawa kepada..... malu sendiri. sekian. >.<

disebabkan saya suuuuke memalukan diri sendiri (one of my hobby yang pelik), maka saya selalulah mengendahkan kata hati. contohnya, kata hati dah cakap;

"jangan balas mesej/angkat call/involve lagi dengan nappeum namja. jauhkan diri dari dia. jaga hati. jaga iman. iman awak tu lemah. jangan menangis sebab mana-mana lelaki yang bukan mahram lagi. chaebal (please!), tetapkan pendirian awak!"

tapi at the end, heh.. tau-tau sendiri la. siap pergi bukak memory lane lagi. memang parah la gini. pastu at the end, seperti yang dijangka. hoooreeey! kita malu lagi!

=____________=

makanya, lepas ni kena kuatkan lagi iman. kuatkan diri. make sure tak terjebak lagi dengan kumpulan yang suka mengikot kata otak, dan menolak kata hati. kita patut ikot kata ALLAH. amek mana yang baik, tinggalkan mana yang dilarang. kan senang...? kaaaaaaaaaaaaaaaann..............? *gaya sir nazim*





p/s--> muka menyesal. ada yang kata muka menangis. heh. mana-mana pun, tetap jugak muka aku. =____= muka penuh jerawat. ciri-ciri wanita matang. eheh? ;p
Sunday, 21 October 2012

.preview of OPKIM MEBA.

as salam.

phewww~.. lega! penat tak hengat dunia. serius kaki rasa nak patah. rasanya tadi tak payah minum herbalife dah turun 5 kg kot. kekekeke...

here's the preview of program pagi tadi. it's a blast! seronok. bertambah dah adik-adik angkat saya. =______= well, tak kesah lah. yang penting, kembali ke sekolah, eventhough ianya bukan SM Teknik Kuala Lumpur but still, it's bring back those memories. lagi-lagi dengan adanya si comel Dahlia Basri, bff zaman sekolah nun. hew hew hew.. bertambah muda rasanya. ngeee~

sayang awak ! kalau kita tak kawen sampai tua nanti kita dok rumah orang tua sama-sama ea? =')
*tiru ayat eli*


new friend. new girlfriend. new boyfriend. eheh. gedik. =___=

teman sehati sejiwa. kami berjodoh! 

dengan adik-adik baru saya. bila bergambar macam ni, rasa macam baru umo 17 tahun pulak. eheh..?

pelan diet habis dalam satu hari. berat juga naik-turun dalam satu hari. penat sangat. sampaikan basuh baju pun buat halfway. tak laraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat. baiklah, done with update blog. done with makan megi tengah-tengah malam. now, jom tidoq! zzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZZZ...
Saturday, 20 October 2012

ku menunggu.

troll.

mr s punya status kat pesbuk:
aku dah tunggu dia selama 4 tahun. kenapa dia masih tak nak layan aku?

kawan mr. s pun mengomen: sabar la weh. Am tu tunggu Ain 8 tahun tau baru dorang bersama.

mr. s: siapa am? siapa ain? hmm.. btw, congrate to them.

kawan mr. s: muahahaha... ni mesti tak tengok Adam & Hawa kan? kau bukan suka tengok cerita jiwang camtu ke?

!@#$%^&

kah kah kah. troll. kureng betul budak-budak zaman sekarang ni. keje nak troll orang je. ;p gelak besau bila baca mende alah ni. kekekeke... 
Thursday, 18 October 2012

tips nak bangun malam.

as salam.


saya sedar kepayahan diri nak bangun tengah malam, date dengan DIA. saya sesar setiap malam, kadang-kadang saya akan terbangun pagi, sama ada melalui kejutan dari teman sebilik ataupun, bunyi hempon yang mendayu-dayu ataupun mimpi yang buat saya tersentak seketika. setiap malam pun macam tu. tapi malangnya, tak lama lepas tu saya akan kalah dengan nafsu sendiri. tidur balik. =__________=' malunyer!

sampailah tadi, bila tiba-tiba dalam pukul 2 lebih kot, ade pakcik 'history' telefon. entah apa yang dia nak cakap, bila tau saya dah tidur, dia terus letak, tinggalakn saya dalam curiosity yang melampau-lampau. hurm..pantang betul lah dengan orang yang suka tinggalkan tanda tanya ni. penatlah saya dok pikir amenda la pak cik ni nak cakap, sekali zaaap! saya teringat sesuatu.

beberapa jam sebelum tu;

ketuk-ketuk bantal;
" Ya Allah, aku betul-betul nak bangun tengah malam malam ni. tolonglah kejutkan aku walau seketika."

letak tangan kat dada, pejam mata;
"aku berniat nak bangun pagi malam ni. bukan sebab nak isi kekosongan dalam jadual amalam yang sahabat sediakan, bukan juga untuk menunjuk-nunjuk ataupun kejar ilmu dunia semata-mata.aku nak bangun malam sebab aku dah rindu nak date dengan DIA."

dan kemudian, paksa mata untuk pejam sambil hayati ayat-ayat Ruqyah dalam mp3. paksa diri tidur awal seperti biasa supaya esok boleh bangun pagi walau dengan apa cara sekalipun.

alhamdulillah! alhamdulillah! alhamdulillah! berjaya jugak. kenapa aku tak sedar? kenapa aku boleh pikir reason pakcik tu call instead of fikir kenapa Allah gerakkan hati pakcik tu untuk call aku. aturan DIA sangat indah. DIA tahu betapa kuatnya pengaruh pakcik tu dalam hidup aku yang mana sampai sekarang masih ada kesannya (erk..=___=) dan menggunakan kelebihan yang dia ada, aku dapat bangun malam seperti yang aku nak. TERIMA KASIH nappeum namja. TERIMA KASIH YA ALLAH!

actually, tips tu pun saya terbaca dari post pak cik tu kot sebelum ni. dah lama dah saya tau pasal tips ni, tapi tak jugak buat. entah kenapa, tiba-toba teringat cara ni. dan alhamdulillah, berkesan!

sebelum ni, kalau nak bangun malam saya akan mintak tolong housemate yang kejutkan, which kadang-kadang TERsambung tidur jugak. kalau ibu yang kejut lagi lah. lembut sangat suara sampai tak mampu nak gerakkan badan pun. =____= dan kalau hempon yang kejutkan, heh... jari saya mesti akan automatik tekan snooze sampai dia diam. hohoho..

saya pernah terbaca, kalau nak bangun malam, mula-mula, kena tidur awal. dalam pukul 10-11 tu dah elok la nak tidur. sebelum tidur tu amek wudhuk dan niat, minta Allah kejutkan  untuk bangun malam. tapi saya ni pemalas. malas nak amek wudhuk sebelum tidur. memang patut la kena ganggu selalu. haissssh... >.<

alang-alang dah bangun ni, boleh la sahur sekali. esok puasa sunat. yeay!

p/s-->pagi-pagi  perut dah craving for kit-kat. tapi tengah on diet. arrrrgh! iman belum cukup kuat nak lawan nafsu untuk sebatang kit-kat! ='(
Wednesday, 17 October 2012

.solat dan dosa.

as salam.

dalam kuliah lepas Isyak semalam, Ustazah Minah ade cakap;

"kenapa kita solat, tapi tetap lakukan perkara mungkar? itu  tandanya solat-solat kita tak khusyuk. bila solat tak khusyuk tu, cuba kita fikir balik. adakah solat-solat kita diterima oleh Allah?"

wallahua'lam. ustazah tak cakap spesific macam ni, tapi saya sendiri yang ringkaskan. sebelum ni pernah terjadi sesuatu yang buat saya terasa sendiri dalam diri. it's not about mengaibkan diri sendiri, tapi nak muhasabah diri sama-sama,

 bila mana family dilanda musibah, adik-adik kena gangguan, time tu iman dan akidah kami benar-benar teruji. time adik-adik ganggu tu, one of us pegi telefon kawan yang ade 'kelebihan' untuk 'minta tolong'. dan alhamdulillah dia tak angkat call tu. sebab ayah marah sangat. ayah cakap;

"bila ada masalah macam ni, kita minta tolong pada ALLAH. bukan pada manusia! tu pun alhamdulillah kawan awak tak angkat call tu. kalau dia angkat tadi macam mana?!"

betul. apa yang ayah cakap tu betul. dekat situ kita boleh nampak sekuat mana pergantungan kita pada Allah. dan one of us,cuba baca zikir-zikir, ayat-ayat quran untuk lawan gangguan tu. tapi.... hilang. lupa. even bacaan simple macam Ayatul Qursi pun boleh salah! malu. malu sangat.

dan sekarang, rasanya ayah dah pesan;

"jadikan ayat-ayat Ruqiyah tu amalan, bukan baca time ada problem je. jadikan al-Quran tu amalan. bukan baca time hati tak tenang je. kalau benda-benda tudijadikan amalan, insyaAllah badan jadi kuat, terhindar dari gangguan-gangguan ni."

tapi kami ni.. heh.. manusia yang gedik lagi tak tahu malu. beramal time perlu. bila dah oke sikit, tinggal macam tu. memang padan la muka diri sendiri. =______=

one of us, walau macam mana pun dia cuba buat, tapi dia lansung tak diganggu. i'm quite curious, kenapa dalam family, dia sorang je yang selamat, tak diganggu. dan ini jawapan ayah;

"cuba tengok amalan dia. pernah tak Farah nampak *** tak solat tahajud? pernah tak Farah nampak *** tak puasa dalam seminggu? dan ayah sendiri redha dengan setiap perbuatan/amalan ***. redha *** terletak pada keredhaan suami, dan bila suami redha, maka Allah pun redha."

it's something like that lah ayah cakap. bukan exactly macam tu, tapi based on apa yang saya faham, ianya macam tu. *sigh* time untuk muhasabah diri. malu lah macam ni. malu sangat. >______________<
Monday, 15 October 2012

.mimpi.

as salam.

#not in the mood of gadis-yang-sopan. maaf untuk penggunaan 'aku' didalam entry ini#

*sigh*.. seriously, aku ingatkan kes ni dah habes. rupanya belum lagi. it's okey for me kalau aku yang kena santau ke ape ke jadah semua benda yang seseorang tu nak bagi. it's okey. aku boleh accept. insyaAllah aku akan cuba lawan. tapi kalau yang kena tu family aku, lagi-lagi adik-adik aku yang lembek tu, memang lah mengundang kemarahan yang teramat. nak nak lagi, hari ni last day of PMR 8untuk si Fatin. tapi semalam dia kena kacau. memang aku sangat marah.

ayah dah mimpi sesuatu, dan ye, aku ada instinct yang benda ni akan jadi lagi. maybe dia slow down aritu sebab 'benda' kepunyaan dia penat nak lawan ayah.Alia siap mimpi lagi 'benda' tu minta maaf sebab ganggu kami.  but now, apa dah jadi? melampaulah sekali dua-dua orang adik aku kena. and worst sekali, aku takde untuk bantu family aku. dan aku sendiri tengah berperang dengan batuk yang tiada kesudahan.

aku terfikir tentang mimpi ayah tu. kenapa.. kenapa ada orang nak porak perandakan keluarga kami? aku kena persiapkan diri. persiapkan iman. persiapkan amalan. kalau ikot hati jahat aku, nak je aku doa 'semoga Allah membalas apa yang seseorang tu dah buat keatas keluarga kami'. tapi hati baik aku kata, 'jangan! ni adalah ujian yang Allah berikan buat kami. just be strong, and believe in HIM.'

hey hati jahat! nyah kau dari sini. aku nak letakkan sepenuh kepercayaan pada Allah. DIA tahu apa yang terbaik untuk hambanya. =')

p/s--> no wonder...aku asyik mimpi yang pelkik-pelik. yang membabitkan keluarga. tapi bila aku sedar, mesti aku lupa. dan no wonder aku kerap terjaga sebelum subuh. disebabkan mimpi yang aku tak ingat tu. sigh....
Sunday, 14 October 2012

...what's make you so beautiful...

as salam.

again, i'm being budak gedik-yang-suddenly-minat-justin-bieber. urgh.. sejak jadi forever alone, si budak Farah ni asyik TERminat kat suara si bieber ni je. i do dislike him, tapi aku tak dapat nafikan suara mamat ni boleh tahan la sedap. hew hew hew... malu pulak nak mengaku budak dah cukup umur tapi suka lagu Bieber. cukup la lirik dia, lagu dia, suara dia yang harmoni dengan CRJ tu, semua berjaya menggugat iman saya untuk addict dengan lagu ni. ohtidak! 'm a bieber fans now!  \ >0< /


beautiful- carly rae jepsen feat bieber.




[Carly Rae Jepsen]
I know, I know it’s been a while
I wonder where you are, and if you think of me
Sometimes, got you always on my mind
You know I had it rough, trying to forget you but
The more that I look around, the more I realize
You’re all i’m looking for

What makes you so beautiful, is you don’t know how beautiful you are to me
You’re not trying to be perfect
Nobody’s perfect, but you are, to me
It’s how you take my breath away
Fill the words that I don’t say
I wish somehow, I could say them now
Oh, oh, I could say them now, yeah

[Justin Bieber]
Just friends, the beginning of the end
How do we make sense
From we’re on our own
It’s like you’re the other half of me
I feel incomplete, I should’ve known
Nothing in the world compares to the feelings that we share
So not fair

What makes you so beautiful, is you don’t know how beautiful you are to me
You’re not trying to be perfect
Nobody’s perfect, but you are, to me
It’s how you take my breath away
Fill the words that I don’t say
I wish somehow, I could say them now

[Together]Oh, it’s not you, blame it all on me
I was running from myself
Cause I couldn’t tell how deep that we
We were gonna be
I was getting stress of me, but it hurts like hell
Hope it’s not too late, just a twist of fate

What makes you so beautiful, is you don’t know how beautiful you are to me
You’re not trying to be perfect
Nobody’s perfect, but you are, to me
It’s how you take my breath away
Fill the words that I don’t say
I wish somehow, I could say them now
Oh, oh, I could say them now, mmm

.rindusetengahmati!.

as salam.


it's been a while since si Farah ni dapat pangkat CEO of PBSM (persartuan Balik rumah setiap minggu). sekarang dia dah turun pangkat, bagi pangkat tertinggi ni kat orang lain. sekarang si Farah cuba untuk mengorak langkah, join PBI  persatuan budak independent) yang mana majoriti ahlinya stok-stok yang tak reti nak balik rumah jumpa family. nak hidup berdikari, walaupun sekangkang kera sebatang kara kat Melaka ni. eheh..

dah dua minggu saya kena batuk-batuk+demam yang kejap ade kejap tak+ hingus yang dengan lajunya meleleh-leleh + pening kepala yang tak frequently datang pun tapi sebok nak mention kat sini. hew hew hew.. disebabkan duration mende alah ni berlaku sangat lah lama (pada pandangan ibu) maka tiba-tiba mereka yang berada disebelah sana bercadang untuk menjenguk seketika anak kesayangan yang sakit diperantauan ni. hoyeeeah! maka perasaan anak yang sedang sakit ni mula lah berbunga-bunga keriangan sebab dah lama tak jumpa family, rindu tak terkata!

kusangka, panas hingga ke petang. tapi tiba-tiba hujan pulak tengah hari. ceeeh! sebok je hujan!

suddenly, lepas bagi harapan segunung impian, ibu cakap ayah kerja. tak dapat pergi jenguk anak kesayangan dorang. *matamulaberair* maka, si budak matang ni mula bertukar menjadi budak cengeng kembali. sob sob.. i miss my family.

saya tak kesah orang nak label saya gedik, mengada or whatever lah yang sesuai. hey! rindu kat family, bukan salah pun. sekurang-kurangnya, rindu saya pada insan yang betul. pada mereka yang HALAL untuk dirindui. bukan pada jejaka-mana-ntah-yang-tiba-tiba-dapat-mandat-untuk-dirindui. ewww~...*ala-ala budak gedik* at least saya utamakan parent selagi mana saya belum punya tanggungjawab pada insan yang bergelar.... ehem..bakal suami *panastelinga*.

ayah banyak kali mention, once perempuan tu dah berkeluarga *means kawen lah* dia kena ikut segala perintah suami dia (as long as tak melanggar perintah Allah) dengar cakap suami dia, ikut suami dia, dan kalau si suami sampai tak bagi balik kampung jumpa parent pun kena ikot jugak. ayah cakap ayah tak nak jadi penyebab kami, anak-anak perempuan dia dapat dosa sebab tak ikot cakap suami. so dia dah redha awal-awal kalau saat-saat akhir dia, anak-anak dia tak ade dengan dia sebab kena ikot cakap suami. *sob sob* walaupun nampak kejam, tapi itulah realitinya. sebab tu lah sejak dengar kuliah subuh ayah tu, saya dah nekad, utamakan family selagi boleh. sob sob..

kan dah gedik, mata nak berair time cakap pasal family. grrrr.... lepas subuh tadi dah basuh baju, kemas katil, kemas buku, konon nak sibukkan diri. tak nak ingat atau sedih sebab tak dapat jumpa ibu ayah adik-adik. but at the end, tulis jugak blog sebab dah tak tahan. rindu sangat!

p/s--> cepatlah cuti!
Tuesday, 9 October 2012

jom makan pizza!

as salam.

memandangkan pagi ni hujan dan kelas pagi ni start pukul 9, marilah kita bersama-sama menikmati suasana hujan ni sambil makan pizza. eheh? semalam disebabkan stress disebabkan oleh busy yang melampau-lampau dengan segala presentation nak kena siapkan dalam masa satu hari dan saham yang jatuh dengan teruknya, =____= i've decided untuk tak makan. heh, memang  la saya tak tahan... lapar gilos sepanjang hari tapi cover dengan  minum air masak je. tapi bila tak makan ni, mula la nafsu menguasai diri, terasa nak makan itu ini. kalah ibu mengandung.

dan tiba tiba, keluar benda ni kat news feed;


tekan gambar atau kopipes link ni--> http://bit.ly/RJ4l6K untuk dapatkan kupon.

heh..ape lagi? melompat-lompat la si Ferra ni. gedik pegi pujuk roommate, Farah pegi belikan pizza untuk dia. pastu Farah pun nak join, bahagi je lah dua. ala, macam la si Ferra tu mampu nak habiskan 3 kotak pizza medium dalam satu hari. so, sharing is caring! =) promosi 3 hari je bermula semalam. nak? pegi print cepat-cepat!

p/s--> pagi ni tengok pizza ade 2 kotak lagi. heh... budak moks ni makan sikit pulak... macam tak percaya je...
Saturday, 6 October 2012

pagi sabtu.

as salam.

#moodnakmasakhilangsebabtakdeorangkatrumah.#

pagi-pagi lagi saya dah ke 'pasar' a.k.a bilik Mizat untuk amek barang-barang daput. konon nak masak itu ini lah hari ni. sekali bila dah balik bilik, dah kupas, potong, siang apa yang patut dan sementara tunggu ayam nak de-froze, sorang-sorang housemate keluar. ada hal katanya. yang lain dah lama balik rumah masing-masing. *sigh*

sekarang yang ada kat rumah cuma tinggal dua orang. nak masak pun mood hilang. nak basuh baju, semalam dah basuh. dah kering dah pun baju-baju tu. nak tengok movie, tapi lagi best kalau sambil makan, which kena pegi masak dulu. tapi sekarang belum dapat mood. =__=' nak mandi, tapi lebih baik masak dulu. kang kotor lak nak kecahkan dapur ni. aigooo... dah tu apa je nak buat sekarang? mix feeling yang melampau-lampau.

time malas ni lah rasa macam nak masak bihun sup je. tapi mee kuning tak tahan lama, kena makan cepat-cepat. tapi perut mengidam nak bihun sup. kalau masak dua-dua, kat rumah ni ade dua orang je. grrrr.... ape nak buat ni! >.<

i'm sixteen again!

as salam.

setiap orang mesti ade sorang kawan zaman dolu-dolu yang boleh buat diri dia kembali ke zaman tu bila jumpa dia. kah kah kah. pelik gilos ayat tu. =_='

nak dijadikan cerita, i've meet Dahlia Basri, one if my bff masa kat Teknik dulu, pencetus geng kuning, dan pencetus kepada nama Fera @ Fer @ Ferdi (+_+') yang sampai sekarang saya still guna. the one and only Dahlia Basri, yang boleh buat seorang 'kakak' jadi adek, pendiam kepada hyperaktif, budak garang jadi budak gedik, budak yang konon-nak-maintain-ayu-pakai-heels-dengan-jubah-segala kepada si gedik yang hampir terseliuh sebab badan tak imbang bila jumpa kawan lama. =___= weird huh? 

jumpa kat depan surau Apartment Yayasan Melaka, which rumah sewa saya sekarang. konon-konon dia nak buat surprise datang rumah saya, sekali time tu saya ade meeting pulak. kekeke... you are still adorable Dahl. ;D suka buat benda unexpected. kan dah fail. ngee~..





the best word/sentence to heard kalau jumpa kawan lama ni memang la satu ni;

"eh, gemoknya kau!"

but dengan dahl ni satu je ayat dia;

" fer, fer dah lain lah."

hehehe.. dan dengan tak malunya saya sendiri boleh cakap, boleh mengaku;

"memang lah! kita dah gemok."

grrrr... tak malu gilos. mengaku diri sendiri gemok. =___=. nevermind! yang penting, hepi giler jumpa Dahl! sampai asyik kejang je pipi ai yang gemok ni. erk? nvm.

zaman-zaman kami-bergambar-dalam-tandas! hew hew hew. ade iras tak? 


bila bandingkan pipi sekarang dengan gambar kat atas, memang terbukti. SAH! KOMPEM! gemoks. sob sob.. susah nak senyum lebar-lebar sebab pipi yang moks dah takeover. T___________T



p/s--> balik lepas jumpa dia, terus bukak album gambar masa sekolah dulu. sumpah rasa nak menangis. bukan sebab rindu yang teramat ke ape (rindu tu ade la jugak, tapi tak sesedih macam ni.), tapi sebab tengok perubahan si budak mok mok ni! nak badan macam zaman sekolah dulu!!!!!!!!!!! >________<
Tuesday, 2 October 2012

sob sob.

as salam.

tatkala para housemate membusykan diri dengan aktiviti seperti;

--> tengok bola
--> maen badminton
--> keluar bersuka ria
-->tidoq / tengok movie

saya disini, sambil menyumbatkan tisu kedalam hidung dan menahan segala kepeningan yang mendatang, bertungkus lumus membuat note untuk LAW, which en. Nazim 'the excellent' said that he's gonna give his precious student neh TEST esok. great! 


untung jadi budak akaun. minggu ketiga dah ada test and quiz. untung lagi jadi student en.Nazim yang single mingle tapi strict giler tu. =__=' takde siapa ke yang sudi ngorat sir so that hati batu dia tu lentur sikit? huhuhu.. penat la macam ni. every week dia nak bagi test, and choose only 6 out of 10 test that he'll give us every week. sir...kasihanilah budak Fera ni. takpun budak Farah Nurazrina ni. kesian dia. dah la demam, takde suara, sakit tekak, sakit kepala, sanggup stayup nak study LAW. dah la budak neh fail bab menghafal-fahal segala akta ni. sob sob.. sir tak kesian ke? 

heh, muka kat atas ni kira oke lagi berbanding dengan muka saya tatkala menaip entry ni. dengan tisu tersumbat, mata makin mengecil dan gaya macam wanita yang tengah dalam pantang. sob sob...

p/s--> bosan gilos baca LAW! sir, i'm not interested on your subject. how am i suppost to do? i can't even remember every single word i wrote in my note. how am i suppost to answer your test tomorrow, sir? urggh! ottoke~

.anak ibu ayah ni kuat.

as salam..

uhuk3...*kunun2 batuk ala-ala gedik*

this is the worst. terpaksa skip 2 kelas sebab tak tahan pening kepala. tak tahan mengantuk makan ubat. tak tahan air-cond yang mengundang mata untuk menjadi sepet. dan mengundang hingus yang laju mengalir bak sungai congkak.

tengahari tadi, ade masa 2 jam je sebelum nak pergi kelas MAF. konon-konon dah sehat la. dengan pantas dan kabutnya saya masak nasi ayam dengan keadaan yang sakit tekak ni, sampai kena mintak tolong housemate tolong rasakan sup dan kuah cili tu. huhu.. ingatkan dah boleh masak (Jiha sampai tambah dua kali. yeay!) sedap-sedap ni, makanya boleh la pergi kelas macam biasa. sekali dekat kelas MAF sakit kepala mula menyerang. suara dah tak boleh nak keluar. diam-diam saya makan ubat sakit tekak. hah bagus. tekak makin pedih. sob sob...

dah la kelas 6 jam straight. dengan beraninya, saya jumpa madam Wan, lectrurer for next subject untuk mintak tak hadir kelas. dengan suara dan muka yang meyakinkan (haruslah. dah aku sakit betul-betul. daaa..? =_=') , madam pun suruh balik berehat. sampai rumah, solat, telan panadol (which, saya takkan pernah nak makan kalau tak sebab esok ade test LAW dan saya tak larat nak baca buku kalau sakit). dan dan pulak teringat pukul 6.30 nak kena jumpa Syahmi. adoooi..takkan nak suruh dia datang rumah pompuan pulak. shiro! takmo! dan tiba-tiba dia hantar mesej;

salam. maaf, ana tak sihat. harini ana tak datang pun kelas. tak dapat jumpa enti rini. maaf.

yes! alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...!! rasa nak menangis pun ada. Allah betul-betul bantu saya. =') dengan perasaan terharu tu, saya terus tidur. sampailah pukul 5 lebih tadi. great. lama gilos aku tidur. =__=' bangun-bangun tengok saham. hah, ni lagi bagus. orang sakit pun gedik nak main saham. sekarang ni saya join game ni;



lepas tengok saham banyak rugi, (kah kah kah. padan muka.) terus sambung tidoq balik. makin sakit pulak kepala, tapi dah tak mengantuk. sebenarnya, dari pagi tadi hati kecil saya meronta-ronta nak telefon ibu ayah mengadu. tapi lepas fikir-fikir balik...heh.. maunya ibu ayah nak layan? sob sob.. takpelah. mengadu pada DIA je lah. then membebel sorang-sorang kat blog. insyaAllah, mesti esok oke punye. =') anak ibu ayah ni kan kuat? *yakinkan diri sendiri*


sumber: facebook


p/s--> esok b'day kak wa. uwaaaa... nak ikot sambut.. tapi.. macam tak larat je.. sori kak wa... orang wish dari jela. join dalam mimpi. sob sob...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...