as salam.
kasut tumit tinggi merupakan suatu kemestian bagi setiap wanita tak termasuk saya. walaupun saya sedang belajar pakai kasut yang bertumit tinggi sambil berlari *memandangkan setiap hari saya perlu berlari ke kelas* namun saya tetap failed untuk meMASTERkan diri dengan pakai heels ni. *sigh* there's a million times where i've been humiliating myself by doing some stupid act such as;
1- bila tengah jalan dengan penuh gaya muslimah yang sopan, tiba-tiba kaki terlanggar amende ntah. dan jatuh. *batu jatuh atas kepala* serius segan.
2- lagi 5 minit kelas nak mula dan saya baru nak keluar bilik *overslept. usually tengah hari. kabut nak pegi kelas.* sekali masa tengah lari turun tangga kaki tersalah pijak tangga dan .... jatuh? *tutup mata*
3- bila mana time tu di jalan yang lurus lagi benar, saya berjalan dengan laju, bukak langkah besar-besar dan tupp! tali kasut putus *heels*. ahhh.. pedulikan! jalan lagi laju, dah tak pandang kiri kanan da. tiba-tiba time naik tangga KBM org depan pusing belakang, pandang kaki, pastu tegur, "eh, kasut awak putus la." dan manusia yang baik hati tegur tu pulak lelaki. *tutup muka dengan bantal.*
there is a time when my friend ajak beli wedges yang tinggi giler. tapi kasut tu cantik. harga pun boleh tahan jugak. saya dah berkira-kira nak terpengaruh dengan dia sampailah saya try kasut tu. try jalan kat sekeliling kedai. dan hasilnya cukup memalukan. kbai.
=____________='
oke, pedulikan kisah memalukan antara saya dan kasut tumit tinggi a.k.a heels ni. malas nak ingat. kita pergi kepada main point dye. last time masa saya tengah kabut pasal accident thingy tu jumpa satu info dari facebook yang quite....confusing. tak pasti betul ke tak. ke saya salah faham. hmmm.....
ahh... korang sendiri jelah baca. *malas nak explain pajang-panjang*
1) Narrated by Abu Sa’eed Al Khudri, Allah’s Apostle said :” A Jewish women used to put two wooden legs to lengthen her shoes, so that no one could recognise her, for she was very short.” The Prophet forbade this action that is a kind of cheating others.
2) Abd Sa'id Khudri reported Allah's Apostle (may peace be upon him) as saying: There was a woman from Bani Isra'il who was short-statured and she walked in the company of two tall women with wooden sandals in her feet and a ring of gold made of plates with musk filled in them and then looked up, and musk is the best of scents; then she walked between two women and they (the people) did not recognise her, and she made a gesture with her hand like this, and Shu'ba shook his hand in order to give an indication how she shook her hand.
(Book #027, Hadith #5598) sahi muslim
3) The Woman with Wooden Sandals
“The Prophet (sal Allahu alaihi wa sallam) delivered a lengthy sermon one day covering the affairs of the world and the Hereafter. He also said: ‘Surely, the first thing that destroyed the Bani Israil were the poor and needy women who went to great lengths for their clothes and colours. They wore colourful clothes which only the wealthy women could afford.’ He then mentioned one woman of the Bani Israil who was short-statured. She got for herself wooden sandals to conceal her height and got made for herself a ring with an opening which was locked from the top. She filled it with musk. She then walked with tall or fat women. The people sent a man behind them and he recognized the tall women but not the one with wooden sandals.” [Sahih Muslim]
"Apa hukum islam memakai kasut tumit tinggi?"
"Minimal hukumnya makruh disebabkan beberapa hal:
1. Mengelabui orang dimana wanita tersebut terlihat tinggi padahal hakikatnya tidak demikian.
2. Dikhuatiri wanita tersebut terjatuh.
3. Memudaratkan kesihatan seseorang sebagaimana yang telah ditetapkan oleh para doktor.
(al-jami' lifatawa almar'ah almuslimah: 568)
jika hukumnya adalah makruh maka boleh kah kita terus memakainya?
Tetapi pendapat yang kuat -Wallahu Taala A'lam- berterusan melakukan perkara makruh tidak mengubah hukumnya kepada haram KECUALI jika perbuatan makruh yang berterusan itu menjadi wasilah kepada perbuatan haram, maka ketika itu baru menjadi haram.
kerana:
1) Makruh dan Haram adalah dua hukum yang berbeza. Makruh ialah yang dilarang syarak bukan secara ilzam, manakala haram ialah larangan syarak secara ilzam.
2) Makruh termasuk dalam perkara yang halal, dan Nabi bersabda dalam hadis yang sahih: "Yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas".
3) Tidak ada dalil yg menunjukkan suatu yg makruh jika selalu dilakukan akan menjadikannya sebagai haram.
walaupun begitu, amat tidak digalakkan berterusan dalam perkara makruh kerana:
-ia menunjukkan ketidakpedulian seseorang muslim terhadap hukum syarak terutama, hukum larangan.
-jika sikap bermudah-mudah dalam perkara makruh berterusan, maka tidak mustahil selepas ini, timbul sikap bermudah-mudahan dalam perkara haram.
wallahu Taala A'lam.
- Kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan.
- Kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkankencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.
- ”Selain itu ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan,”
- Berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.
- Memakai kasut tumit tinggi mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasaosteoprosis.
- ”Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.
- ”Masalah lebih menyakitkan berkaitan pemakaian kasut tumit tinggi ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.
- Kecacatan Haglunds juga, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.
- ”Masalah yang biasa berlaku ialah pergelangan kaki terseliuh kerana sukar mengimbang badan kerana memakai kasut tumit tinggi.
2 cot-cet cot-cet mereka...