Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Thursday, 31 May 2012

Bad Night.

as salam.

semakin lama dekat rumah, semakin banyak masalah datang. just now, saya, ibu dan adik-adik melawat kak yanti, bibik Cik Ita yang kena cancer, tahap 3. dan itu sangat menakutkan. dan sangat memberi kesan pada saya. mengingatka saya pada kematian.

dan just now juga, otw balik kami accident. saya yang drive. memang saya sangat blur masa kena marah tadi. tak tau kenapa cuai sangat hari ni. otak blank. tau tau kereta rosak dekat bahagian tepi. dan saya? fzikalnya okey. tapi mental tak berapa nak ok. ottoke? what should i do?

mungkin saya yang bersalah sebab fikiran melayang-layang time drive. salah saya. tapi kenapa hati saya rasa tak tenteram lagi walaupun dah minta maaf beberapa kali? ni namanya tabiat. tabiat saya dalam 3 tahun ni kalau sesuatu jadi je nak terus bagitau someone. grrrr.. DIA ada, nak jugak bagitau 'dia'. sedih la macam ni. sampai bila nak ok ni?

saya orang yang paling paham dengan keadaan Kak Yanti.kenapa dia sampai sekarang percaya yang dia boleh datang malaysia lagi untuk bekerja, walaupun dia ada cancer tahap 3. sebab persamaan kami, kami masih tak boleh nak terima hakikat. kot? aish.. sakit lah macam ni. >_<

mungkin saya kena mengadu dekat DIA sekarang. ya! sekarang jugak saya nak mengadu kat DIA! macam mana la saya boleh blur lagi ni... =_='

i hate tukang tipu.




ALL MALAYSIANS PLEASE BEWARE!
Conmen are lurking at the Midvalley KTM Station. They disguise as people raising funds for charity, they trick students to sign their name and then force them to give cash for donation.

Amounts range from RM10 - RM60. Ignore them when they ask you to give them 1 minute and write them your name, do not pay them any money.

Eventhough if you've written your name, you don't have to give any money, just walk away without looking! If they threaten you, report to the police immediately, there is a police booth in Midvalley.

They have been seen in several other spots, including Jusco Kepong, Berjaya Times Square link bridge, Lot 10, KL Sentral, City Square JB, Sunway Pyramid, Bandar Tasik Selatan etc.
 
 
As salam.
 
yes, ini pesanan khidmat masyarakat yang saya jumpa di rumah inchek pesbuk. berjaga jaga lah. please. maybe korang akan rasa;
 
"siapa yang 'bijak' sangat sampai nak bagi donation 30 hinggit kat orang-orang ni? terang-terang dorang menipu."
 
heh. saya lah orangnya. =_='
 
ya, saya akui saya dah pernah kena dengan sindiket 'padan-muka-kau-kena-tipu-bagi-duit-banyak-banyak-untuk-donation-padahal-duit-tu bukan-ntuk-donation!' dan dah lama baru saya sedar, "oh! aku kena tipu ke?" =.="  lokasi kejadian di KTM Mid Valley. which, dah tertera kat atas tadi. grrrr.... kenapa sebelum ni takde pun orang bagitau pasal iklan BEWARE ni!

adakah salah saya sebab senang kena tipu or senang terpedaya or senang sangat nak terima kata-kata orang lain or lembut sangat sampai tak reti nak menolak or sebab tu memang diri saya? haish... ibu pun cakap kat mak cik urut time kitorang pegi berurut ritu;

" haaa.. cik, dalam tiga-tiga anak perempuan saya, yang ni lah paling lembek. menangis je kejenye."

=_='

eh helo? si Fatin yang nanges! akak tak nanges pun tau masa kena urut tu! jerit sikit-sikit je.. >.<

grrrr.... fine. maybe saya berjiwa sensetip sangat kot sampai asyik-asyik saya je yang jadi mangsa. kena tipu dengan ayah (takmo cite!), kena tipu dengan housemate (kurang asam jawa punye Shida! bape banyak kali asyik kena tipu. dia cakap ada orang dekat luar nak jumpa tapi bila keluar-keluar je, takde orang pun!) kena tipu dengan nappeum namja (heh. semua kata-kata dia adalah dusta semata-mata! tak sangka aku kena tipu sampai 3 tahun. aish...) dan kadang-kadang dengan adik sendiri! memang sangat tak adil!


senyum, tak perlu kata apa-apa.


sumber: facebook. *facebook dah macam jadi sumber tetap pulak kan..? =_='*

as salam.

harap maaf, mungkin anda, pembaca setia (eww~) Teratak Farah akan baca entry yang kebanyakannya bertemakan "hating guys" or "move-on" or "bila-Allah-duga-saya". maaf sangat3. mungkin dalam beberapa minggu ni saya still dalam m0od sengal. insyaAllah, bila saya fully recover, saya akan kembali bersemangat dan berkongsi banyak lagi perkara menarik. hehe.. miane.. gomene.. sorry... >.<

sepanjang harini lepas kemas-kemas rumah, kecah-kecah dapur, saya dipaksa dan didera oleh adik-adik kesayangan saya untuk program "a day with sibling!". tapi pada pendapat saya lah.. sepanjang minggu ni hari-hari pun melekat dengan adik-adik. tak boleh nak pegii jauh2. ade je yang mengekor (ikut). =_=' huhu.. nak buat story telling kat sini memang payah la memandangkan badan dah penat, otak dah layu, mata dah kuyu, so esok-esok la ek kita story-morry. heee~..

yesterday punya yesterday, dalam minggu ni jugak la, (actually dah tak ingat bila. =_=' aigooo..) saya dipaksa oleh pandangan sayu si Alia untuk temankan dia beli gitar. hew hew hew.. al-maklumlah, gitar yang satu tu (mr. Kay) dah jadi milik saya, so nak cari pengganti la.  penat la satu hari (tak sampai pun) pegi sana sini cari gitar murah (sebab bajet dia sikit je) dan at last! jumpa jugak. tapi yang tak best design dia lebih kurang je dengan Mr.Kay, just kaler je yang berbeza. dan baby baru Alia dah diberi nama! nama gitar si Alia ---> Cik Lala. kekekee... nama tak boleh belah. sebabnya kuchen si Alia nama Lily, so nak senang gitar dia diberi nama Cik Lala. =.=



cer teka, which one Mr Kay, which one Cik Lala? haaaa.. teka cepat! ;p hehe.. penggedik sedunia. Mr. Kay kaler Merah. Cik Lala kaler oren. =)

maka bermulalah adengan duet bersama Cik Fera dan Cik Loyah. kekekee...Si Fatin merengek kat ayah nak jugak instrument/ any alat muzik. dan tiba-tiba ayah cakap;

"Aten..lepas ni boleh la beli keyboard pulak. ayah half, Aten half (keyboard agak mahal harganya. dan kami tak mampu...)"

" nak nak! ayah, kalau tak pun kita kongsi beli drum nak? boleh jadi Min Hyuk (CN Blue)"

eh eh? hambooooii.. lawan tokey nampak? jeles lah tu aku ade gitar macam Yong Hwa dan Jong Hyun (CN Blue). kekekeke... minggu ni minggu Cn Blue. memang lah nama dorang je yang naik. cuba kalau minggu ni minggu MBLAQ. maunya nama Thunder, Mir or Joonie naik. =_='

si Akim sejak dia tengok video lagu yang Shaheizy Sam dengan Yana Samsudin *ape ntah tajuk dia* begini caranya kot, dia terus menyanyi lagu tu. siap perasan suara macam SS (shaheizy sam) lagi. hambooooi.. perasan sungguh pak cik sorang ni. baru darjah 2 dah pandai nak perasan-perasan. dan yang paliiiiing tak boleh belah, siap paksa ajak pegi tengok wayang cerita "Aku Ade, Kau Ade?"! tak caye? tengok bawah ni;

hohoho.. saya sejujurnya, kalau cerita Melayu ni kureng sikit sampai nak pergi tengok wayang. last tengok wayang pun 2 tahun lepas kot. =_=' sangat ketinggalan. dan itu pun tengok cerita Chipmunk. eh, tu bukan 3 tahun lepas ke? errrr... entah. tengok wayang pun sebab adik-adik. sangat ketinggalan. >_<

dan kini, saya sangat penat. tengok jam, eh, dah pukul 1.44am! grrrr... padan la mata dah makin sepet. baiklah. nampaknya saya perlu undur diri. oh, sebelum terlua, i've got a new stalker yang dah upgrade jadi rakan blog! hehehe.. nanti la kite kenalkan ea? adek Chibi Maruko Chan yang comel. kekekeke... terima kasih dan, Assalamualaikum. =)

p/s:   pagi-pagi dah dapat mimpi tak tau nak klasifikasi sebagai apa. tu la padahnya tidur lepas Subuh. sekali termimpi nappeum namja kawen dengan 1st love dia! ouccch!!!!  memang la lepas tu aku terus bangun kan. =_=' tapi kalau jadi pun tak mustahil. she's his future wife (seperti yang dinyatakan sendiri oleh tuan punya badan) sakit? entah. malas nak fikir. kan aku nak move on. maybe Allah nak duga lagi, nak test aku ni betul-betul dah move on ke belum. dan nampaknya aku fail. maybe lagi 2-3 bulan kalau Allah bagi mimpi macam tu lagi aku dah boleh senyum je kot. insyaAllah.. meh la kita bukak lagu Leona Lewis-Better in Time. kekekke... ;p
Wednesday, 30 May 2012

apabila lelaki cuba memujuk....

as salam.

alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi kerana pada hari ini anda, pen 'stalker' blog saya masih lagi diberikan nikmat hidup, iman dan Islam. hehehe.. 'stalker' pada pandangan saya ialah orang yang baca blog tapi tak komen. haaaa... tu stalker. kalau yang tinggalkan komen tu status anda di'upgrade' kepada rakan blog. heee~...

oh, tahukah anda tajuk entry kali ni sangat menggedik? kekeke... orang dalam m0od sengal memang macam ni. =_=' a few entry before, if i'm not mistaken la.. saya ada cerita perihal seorang lelaki (the one and only, ayah) yang sangat tak pandai nak comfort anak dia. ye, sangat TAK PANDAI malah ada sikit mengguris sekeping hati anak kesayangan dia ni. ;p gedik lagi.

time saya tengah m0od kecewa dulu, berduyun-duyun manusia yang datang memberi kata-kata peransang. cuba memberi dan menyalurkan semangat pada saya. normal la tu kan. terima kasih, berjuta juta kasih saya tujukan buat mereka yang terlibat dalam proses 'mengembalikan semangat Farah'. you've done a very good job to me. hehehe.. dan kalau saya cerita apa-apa kat ibu, memang pasti, sangat-sangat-sangat pasti, ibu akan cerita kat BOYPREN merangkap BESTFRIEND merangkap INCHEK HUBBY TERSAYANG a.k.a AYAH. huhuhu.. malunya! ayah tau rahsia kite!! >.<

dan haruslah bila anak kesayangan dia ada masalah dia akan call kita nak tau keasaan kita macam mana. dan ayat-ayat 'memujuk' dia memang sangat pedas. tak tau lah macam mana kaum adam ni fikir. nak pujuk anak cubalah cakap lembut-lembut ke, bagi kata-kata semangat ke.. ni tak siap main ugut-ugut versi sopan lagi. =_='   daan saya rasa saaaaaangat tercabar! time tu la baru saya sedar saya dapat bangkit sikit-sikit. kekekeke.... bangkit dari menangis setiap kali lepas call.

dan tadi, saya pegi date dengan ayah. dalam perjalanan balik tu kebetulan lagu Aizat-lagu kita tengah bermain di corong radio.*pergh ayat!* otak saya tengah fikir pasal sesuatu, pasal Yong Hwa CN Blue kot kalau tak silap. hehee... si gatal. dan suasana dalam kereta sunyi sepi je. hanya suara Aizat yang berkumandang.. tiba-tiba;

"aaaaahhh!!"


"kenapa yah?"


"tukar-tukar!" sambil gerakkan tangan nak tekan next radio station.


"kenapa ni? tiba-tiba je ayah jerit. terkejut orang."


" dah maghrib-maghrib pegi bukak lagu jiwang-jiwang broken heart tu apesal? buat apa nak meratapi orang yang dah pergi. baik meratapi tadi solat Asar lambat. baik meratapi bape banyak solat yang kita dah tinggal"

okeeeei.. itu sangat pelik. bila pulak orang request hot fm suh bukak lagu Aizat? dan bila pulak orang meratapi pemergian you-know-who? ayah pelik. saya senyum je la. malas nak bidas pape. nanti kang lagi panjang berdebat dengan ayah.

"dah-dah. tak payah nak ingat-ingat makhluk Allah tu. ingat Allah lagi bagus."

hahahaha... tak sangka. ayah ingat saya masih terbayang-bayang kenangan tak best tu. ceeeh... cakap la nak comfort orang. ni tiba-tiba jerit.. bikin havoc je. hehe.. ayah comel!

sometimes, ayah boleh jadi seorang yang sangat menenangkan. melalui bebelan dia yang kadang-kadang mengarut.. =_=' melalui lawak dia yang kadang-kadang bukan-bukan je. dan kadang-kadang, perbuatan pelik dia boleh buat saya hepi. sangat3 hepi! hehe.. lelaki memang macam tu kot. unpredictable. susah nak jangka apa yang dia fikir. apa yang penting, seorang lelaki yang bergelar ayah, sangat menyayangi anaknya. cuma mereka, kaum adam ni tak reti macam mana nak tunjuk. it's ok lah ayah. orang faham. =')

Al-Baqarah : 286 [2:286]

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

orang yakin la yah, Allah duga orang bersebab. so jangan risau lagi ea? Farah kuat. gomawooo..~ terharu sangat.>.<

p/s: semua masalah ada penyelesaiannya. cara nak hadapi masalah tu, kita kena bersedia untuk berdepan dengan masalah tu sendiri. terima hakikat, in other word. =)

 
Tuesday, 29 May 2012

temujanji.

*ayat-ayat chenta dari inchek Facebook*


"pergi satu, insyaAllah ramai yg akan mengganti"
simple sentences but given thousand meaning... boleh diaplikasikan dalam semua sudut kehidupan...
bukan membenci, tetapi kerana kita tidak lemah dan itu adalah janji Allah...

peringatan untuk diri sendiri.

bukan kah kita melakukan janji 5 kali sehari bahawa
"sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku adalah untuk Allah tuhan sekalian alam"...

jadi jelaskan matlamat, luruskan semula niat..jika kita membuat sesuatu ber"asbab"kan Allah, insyaAllah kita tidak akan kecewa dgn setiap ape yg ditakdirkan kepada kita...samaada dihargai ataupun tidak...

as salam.

semalam saya ada date. hoho.. sila jangan jeles. >.< date ni ibu yang aturkan. memang patut pun sebab kitorang patut jumpa setiap 6 bulan sekali. dah berapa kali dah skip, tapi kali ni dah tak boleh nak skip-skip lagi dah. nanti ibu marah.  huhu..  ayat nak propa je lebih. metafora terlampau-lampau. =_='

sebenarnya saya dan adik-adik ada appointment dengan doktor gigi.geli sangat la kan nak guna ayat date segala bagai. niat asal nak jumpa kawan ibu, kak Ika merangkap my psychiatric doc. kekekke... suka hati je bagi gelaran macam tu. kak Ika lah yang banyak membantu saya dalam proses nak move on ni. she's the one yang bagi saya kata-kata semangat, zikir-zikir yang boleh saya gunakan dalam  memcari ketenangan, dan dia banyak memberi saya kekuatan, selain ibu. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana pertemukan aku dengan kak Ika. =)

tapi sebelum nak jumpa kak Ika tu, kena teman adik-adik pegi jumpa doktor gigi. dan si Akim gedik asyik takut je nak jumpa sorang-sorang, tak pasal-pasal saya kena jumpa doktor sekali. sebab nak temankan si Akim gedik. 






bila nak jumpa doktor, kebetulan ramai pulak orang time tu. so, pelbagai aktiviti tak berfaedah telah kami lakukan. kekekeke... antaranya, mengganggu baby orang kat sebelah dan selca (self-capture picture). nampak beno takde keje. =_='




kui kui kui... sekali masing-masing kena scaling. buat malu je. nasib baik takde kawan ibu kat situ. kalau tak mesti ibu segan. >.<

right after that baru saya mulakan sesi 'menguatkan semangat' with kak Ika. yang ni saya malas nak hurai panjang-panjang. yang penting, sekarang saya lagi kuat. Alhamdulillah... kak Ika cakap;

"dah molek sangat ibu bagi nama Farah Nurazrina tu. maksudnya pun dah memberi makna 'kekuatan'. tu tandanya Farah kuat. jangan kalah dengan emosi tu. emosi tu jahat, lawan dia habis-habisan. Farah boleh punya. kak Ika tau Farah kuat."

huhu.. baik kak Ika! Farah tau Farah memang kuat. =') satu benda yang saya sedar. Allah hanya tarik satu je nikmat dari saya. tapi lepas tu Dia bagi pelbagai lagi nikmat yang lain. betapa indahnya aturan Allah.

p/s: kini sedang praktis untuk melawan tabiat 'angkat-phone-setiap-kali-nappeum-namja-call'. tak sangka susah betul nak buang tabiat yang satu tu.. =_='

Monday, 28 May 2012

week-end.

‎" Bertalu-talu di facebook manusia berbicara tentang pernikahan, surat utk bakal pasangan, istikharah cinta, calon-calon pasangan, bla bla bla. Betul, perkara itu baik, tapi ia bukan matlamat! saya acap kali berpesan pada diri sy, dalam Al-qur'an tiada ayat yg berbunyi "setiap daripada kamu pasti merasai saat pernikahan". Yg ada hanyalah "setiap daripada kamu pasti merasai saat kematian". Kita banyak bercerita tentang perancangan saat pernikahan, tetapi sejauh mana perancangan kita tentang kehidupan selepas
kematian kita?
(pengerusi sigma)

*sekadar perkongsian dari facebook*

as salam.

it's been busy since I've back home. jadi drebar tak bertauliah. jadi seorang anak mithali, bukan mee-tali. =_=' jadi seorang kakak yang kuat depan adik-adik. jadi anak kesayangan (kekeke...) yang patuh pada kata-kata ibu bapa. jadi cucu sulong yang ambil berat akan ssatu-satunya nenek yang tinggal. dan jadi seorang wanita, yang dalam proses nak move on, sambil jadi wanita yang kuat. banyak sangat watak kena pegang dalam satu masa. phew....

alhamdulillah, i'm getting better at home. tips nak cepat sembuh kalau sakit, silalah bergedik dengan family. InsyaAllah anda terus sihat. hehe.. i've got so many things to talk about. tapi takde masa nak cerita semua. eh, masa tu ada. Allah bagi 24 jam tu dah cukup sangat. aku je yang tak sempat menyempat.adoooi..

dua hari ni, aku cuba mensibukkan diri. oh, tak payah nak cuba-cuba sangat. memang busy pun. =_='. orang cakap;

"one ways nak lupakan masalah, busykan diri. InsyaAllah kita akan lupa apa yang kita dok pikir. tapi jangan pulak busykan diri dari Allah. Tanpa Allah, siapalah kita, bagaimanakah keadaan kita, dan palah yang akan jadi pada kita."

yes, i've being doing a lots of thing. semua ni bertujuan untuk melupakan kenangan. haish.. rupanya susah jugak kan nak lupakan kenangan? apatah lagi kenangan pahit. suka sangat maen playback kat dalam kepala ni. nak tekan delete, tak jumpa pulak button 'delete' tu. =_= telekung, tafsir al-Quran sentiasa bawak dalam beg. setiap kali ada masa, mengaji. masuk waktu je, solat. bukan nak suruh diri aku riak ke hape, tapi nak suruh orang lain, (kalau boleh) pun buat sama. kita nak masuk syurga sama-sama kan sahabat? InsyaAllah. (^^,)

memang la time busy kita akan lupa. normally, other people do. tapi.. kenapa bukan pada saya? kenapa makin saya busykan diri, makin saya ingat kenangan tu? haish... tak boleh jadi ni. sampai time tertidur dalam kereta pun boleh mimpikan nappeum namja. aig0o... kronik sangat ni! *mencik mencik mencik! ops, gedik. =_=*. orang cakap;

"setiap kali kita ingat kat benda yang kita tak nak ingat (dugaan Allah), maknanya Allah nak kita pergi pada Dia. so, once teringat je, terus amek wudhuk, solat. buatlah apa-apa solat sunat. talk to Him. Dia dengar. eh, tapi kalau lepas Asar macam mana pulak? read His Love letter, Al-Quran.takkan kita je nak cakap dengan Allah. kena la ada hubungan dua hala. baru la communication tu berjaya"

practice makes perfect. kalau buat sekali dua kali memang tak jadi la kan. buat hari-hari. buat setiap kali. kuatkan hati. percaya pada Allah. Dia tau apa yang terbaik buat hambaNYA. ='). it's hurt a lot, but insyaAllah, we will get better in time. insyaAllah.

p/s: i hate sacrifices. tapi, dalam setiap perkara pun perlu ada pegorbanan kan? haish.... sabar Farah.. sabar. kalau tsak penat je ayah aturkan program " buat anak-anak gembira" tadi. huhuhuhu... >.<

Cinta adalah fitrah manusia, cinta yg didasari dengan taqwa akn membawa kepada cinta yang Maha Cinta.
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.” [QS. Ar. Ruum (30):21].

¨Maha Suci Allah yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.¨ [QS. Yaa Siin (36):36].

*p/ssss: yang ni pun copy paste dari pesbuk. *
Saturday, 26 May 2012

g0odbye nappeum namja!

as salam.

alhamdulillah, UiTM cuti seminggu. yeay!  alhamdulillah.. ibu ayah sudi datang amek saya kat Melaka, dan dah selamat pun sampai rumah. yeay! alhamdulillah.. rezeki harini mencurah-curah ke ladang gandum sampai pening kepala makan banyak sangat. =_='

it's been 2 week i think, since saya tak boleh makan nasi. dan dah kurang makan. dan dah tak boleh makan banyak. dan kalau lapar sangat, otak penat fikir nak bagi perut makan apa sebab banyak benda perut ni dah tak nak terima. bak kata si Mizat;

"aku rasa kan Ferra, cacing-cacing dalam perut kau demand nak makanan lain kot. atau mungkin cacing-cacing dalam perut kau tengah meragam, nak kuarkan baby cacing. sebab tu kau asyik muntah-muntah je. "


yeah right. kadang-kadang saya pun terfikir camtu. ye lah, bayangkan si gemuk yang sebelum ni makan nasi dalam polistrin (betul ke ejaan tu?) belum tentu cukup, sekarang kalau paksa diri nak habiskan nasi dalam satu polistrin tu punye lah payah. sampai kena dera perut, tahan muntah supaya hadam nasi-nasi tu. sebab penat nak jadikan toi-toi (toilet) tu 'rumah kedua'. grrrr...

dan harini, tengahari tadi dah paksa diri makan nasi. good. malam tadi dalam perjalanan ibu belikan sorang satu burger. daging (usually i pick ayam tapi ... huhu..nevermind.). special. dan sampai Kajang ibu suruh menghala ke arah kedai mamak yang berdekatan. errr... makan lagi i guesss? sampai sekarang saya dah rasa nak muntah sebab over kenyang. dah lama kot tak makan banyak! tapi burger tadi tak habis makan pun. bagi Alia (adik) habiskan. then kat kedai mamak just order air teh je. selebihnya kacau makanan orang lain. dan sekarang tak boleh tidur lagi sebab nak tunggu makanan tu turun cepat-cepat. aig0oo.... =_='

sebenarnya, sekarang saya rasa nak menangis. bukan nak menangis sebab meratapi peristiwa sedih yang sebelum ni. grrr.. yang tu dah buang jauh-jauh. shuuuuh! saya nak menangis sebab ibu dan ayah. sanggup ayah penat-penat balik kerja drive sampai Melaka sebab risaukan saya. *sob sob* sanggup ibu pujuk adik-adik ikut sama-sama dan bagi sokongan moral pada kakak dorang yang lembik ni haa. *sob sob sob* lepas tu siap pujuk ayah suruh bawak pegi jalan-jalan sepanjang cuti ni supaya saya tak stress. *sob sob sob sob*  lepas tu asyik fikir cara terbaik untuk membantu saya  dan bagi kata-kata semangat yang dalam segala aspek supaya saya kuat. huhuhu.. biane (maaf) ibu, ayah. akak lembik sangat. akak janji akak akan jadi kuat ea?

akak janji dengan nama Allah, insyaAllah akak takkan sia-siakan pengorbanan ibu dan ayah. insyaAllah, akak akan graduate in Bachelor in Accountancy lagi dua tahun setengah seperti yang ibu dan ayah dah rancang. insyaAllah akak dah ubah impian akak untuk kahwen awal seperti yang ibu pernah nak tu (=_=') kepada kumpul duit untuk bawa satu family tunaikan Haji dan Umrah. insyaAllah. unless keadaan jadi macam yang ibu cakap tadi. boleh pulak kan ibu cakap macam ni;


"kalau ada orang masuk meminang Farah nanti ibu terima je lah. biar Farah lupakan terus 'nappeum namja' tu."

*nappeum namja tu saya yang bagi, ibu tak cakap pun. tapi saya malas nak sensored nama dye so, tulis je la nama gelaran yang saya bagi. hew hew hew.

guess what, i'm in the middle of move on to a new life. ok. tak payah nak gues-guess sangat. =_=' maksud saya, saya sedang dalam usaha untuk move on. kalau boleh, segala 'kesan hitam', 'sejarah hitam', dan pape benda 'hitam' yang perbah terjadi selama 3 tahun ni saya nak lupakan. so that i can have a happy life. dan ibu ayah tak payah risau lagi. banyak benda saya plan nak buat cuti ni. banyak sangat. sangat3. sampai tak tau, boleh ke tak saya lakukan. *sigh* masuk balik UiTM nanti, Farah yang 'kuat' akan terhasil. hoho.. no more Farah yang susahkan kawan-kawan rumah dia untuk dengar cerita mengarut dia. no more Farah yang suka muntah-muntah bila stress. no more Farah yang cengeng. *heh. kalaulah berjaya lepas sifat cengeng tu...* hohoho.. hey 'nappeum namja', what's goes around comes around tau! hukum karma. kekekeke.. gedik nak cakap pasal hukum karma. hukum Allah tak nak pulak sebut. >.<'

ok. ok.

saya yakin qada' qadar Allah. saya yakin Allah nak saya kuat, sampai bagi saya dugaan yang macam ni. saya yakin, letakkan sepenuh kepercayaan pada Allah bahawasanya my Mr. Right tengah tunggu saya berjaya tunaikan impian saya tu. tak pun kalau dia baik dia tolong saya tunaikan impian tu. hehehehe...  geli. =_=

so, bai-bai nappeum namja. tak kuasa I nak ingat you lagi. *hew hew. geli la I-You neh.* kalau I ingat you lagi pun, sebab you dah jadi HISTORY I je. and i hate HISTORY. sebab tak dapat A masa SPM dulu. *kantoi. =_='*  dan thanks kak wa, thank Mizat. thanx dear housemate. thanks everyone. for being there when i need somebody. thanks Fara (dear roomate) sebab sudi layan saya yang sangat annoying time-menangis-dengan-hingus-meleleh-leleh-sambil-main-gitar-kono-nampak-cool padahal tak. =_=' dan thanks Allah, for giving me  chance to see how beautiful and wonderful my life is. kekekeke... gedik. thanks jugak Mr. Kay sebab sudi diputuskan oleh saya. (my guitar, satu tali terputus time lepas tension. hohoho.. jaga-jaga, sila jangan buat saya marah or i'll be Mrs. Hulk) dan to Cik Neko yang hilang tatkala saya gelabah bila Mr. Kay putus. grrr.. ayat macam baru lepas menang grammy awards. >.<

p/s: Alhamdulillah, saya terfikir nak block 'dia' di facebook tapi asyik takde kekuatan je. sekali 'dia' dah tolong block kan untuk saya. hew hew hew.. g0od. i don't want to have any connection woth you anymore nappeum namja. hope we'll never see each other again.
Friday, 25 May 2012

selamat hari Jumaat!

as salam.

pengajaran buat saya, lepas ni tak payah gatal-gatal suruh orang laen carikan calon. kang ramai-ramai bagi saya pulak yang yang segan. =_=' member saya, si Mizat cakap;

"Ferra, pada aku senang je. nak lupakan yang lama cari yang baru!"

hohoho.. takutnye dengar. =_=' kalaulah semudah tu... aip! ape masuk bab geli-geli ni. yang patah tumbuh, yang hilang berganti segala bagai. errrrkk....

alhamdulillah.. dah masuk hari Jumaat. maknanya dah 3 minggu nightmare berlaku. *kenapa tak "dah 3 tahun" je terus.*

semalam ada kuliah mingguan kat surau. Alhamdulillah saya diberi kekuatan, diberi keizinan oleh Allah untuk menghadiri majlis Ilmu. banyak sangat yang saya dapat semalam. sedikit sebanyak terkena jugak pada batang hidung sendiri. antara yang kak wa highlight kan dan bagi pada saya;

" tak payah nak menangis-nangis bila kehilangan seorang lelaki. lelaki kat dunia ni banyak lagi."

hoho.. tak habis-habis dengan lelaki. grrr...

padahal tajuk kuliah semalam, ISLAM SEBAGAI AD-DEEN,  yang mana memberi fokus didalam ibadah. ni antara yang saya dapat share dari majlis ilmu semalam. kak wa, kalau salah tolong betulkan ea? hehehe..

1. TAZKIRAH KEMATIAN (intro dari ustazah)

  1. bila kita mati, bukan orang-orang sekeliling kita je yang sedih. sendi-sendi badan kita pun sedih.
  2. sendi-sendi kita yang akan menjadi saksi segala perbuatan kita di depan Allah nanti. 
*time tu saya dah pandang tangan saya, "sorry tangan, sorry jari. berapa banyak kali je kau tadah tangan, berdoa pada Allah. sorry kaki, berapa banyak kali je kau membawa aku ke tempat0tempat begini. sorry mata, berapa banyak kali je kau menangis, bertaubat pada Allah diatas dosa-dosa yang aku dah lakukan." sigh. malu!*

dan ustazah cakap, orang yang paling bijak ialah orang yang sentiasa mengingati akan kematian. Ya Allah, aku asyik meratapi 'kehilangan', aku tak pernah fikir "cukupkah amalan aku, nak bawak jumpa Allah nanti?". malu!

2. IBADAH SECARA UMUM


  1. ibadah tu kewajipan kita. bukannya bermusim. maksudnya bila kita sedih, baru beribadah pada Allah. bila masuk bulan Rejab, Syaaban, Ramadhan, banyaknya amalan kita. tapi bila masuk Syawal..musim beribadah tamat..? =_=
  2. orang yang sentiasa beribadah, walaupun dirinya miskin sekalipun Allah tetap beri kekayaan padanya, dari segi rohani. jiwanya sentiasa tenang, tapi orang yang mementingkan dunia dah senang-senang meninggalkan ibadah, Allah beri kita kesibukan di dunia. sentiasa tak tenang.
  3. kita beribadah (solat) kerana kita rendah diri, malu kepada Allah sebagai hambaNYA, yang tak beribadah tu, dah rasa diri besar sangat kot sampai tak nak merendah diri pada Alllah. 
  4. ibadah ni ruang lingkup luas. ibadah umum dan ibadah khusus. kerja pun boleh jadi sau ibadah. kehidupan seharian kita pun boleh jadi ibadah, seperti makan, tidur, kerja. tapi kita sendiri yang kena jadikan ianya ibadah. sebab bukan semua kerja boleh jadi ibadah. haaaa... ni dah masuk point yang penting ni!

ustazah cakap ramai orang tak perasan sesuatu ni, dorang fikir kerja tu je dah jadi satu ibadah. so hari-hari la jadinya kita beribadah. tapi kita lupa nak jadikan kerja sebagai satu ibadah tu bukan senang.


SYARAT KERJA MENJADI SATU IBADAH


  •  niat ikhlas kerana Allah. ---> kadang-kadang saya pergi kelas pun saya lupa nak niatkan kerana Allah. ruginyeeeeeeeer!!!!
  • kerja yang mengikut syariat Islam. ---> kerja tu mestilah yang halal, yang mematuhi syariat-syariat Islam.
  • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja. ---> nak dapatkan pahala kerja, tapi kerja dok main-main je. boleh ke macam tu?
  • tak lalai dari melakukan ibadah yang wajib. ----> hoho.. yang ni memang kena jaga. kita kerja nak dapatkan sebagai ibadah. tapi solat pulak tinggal. hadoooi... 
  • mengikuti syariat Allah ketika bekerja. ---> hok yang ni ustazah dok tekankan bahagian pakaian. *accent yang saaaaaangat tak jadi. =_='*  kita bekerja tapi aurat tak jaga. pegi kelas pakai baju spring. pahala...ish, mana nak dapat, dosa pulak datang bertimbun-timbun.
*mula-mula aku tak paham, apa baju spring tu. lepas tu kak Aisyah duduk kat sebelah aku cakap, "kamu angkat tangan tinggi-tinggi, terangkat segala baju kamu". means baju pendek or ketat. ohooo...budak lelaki kadang-kadang time nak tekan button projektor (dalam kelas) selalu ternampak 6-pax dorang. hailaaa... =_='

setakat ni jela yang saya mampu kongsi. banyak lagi nota yang saya salin tapi memandangkan kejap lagi ade kelas....errr... kena la siap-siap. hohoho... lepas ni cuti seminggu. tak sabarnya! bai- bai! =)
Wednesday, 23 May 2012

apabila aku ditolak -versi si Ferra.

as salam.

pertama sekali, alhamdulillah. saya dah berjaya harungi 3 kuiz dalam masa satu hari dalam keadaan yang sangat pack, penat, dan sakit. Syukur alhamdulillah, Allah beri saya kekuatan untuk meneruskan hidup macam biasa. syukur alhamdulillah, Allah berikan ibubapa, sahabat, rakan dan lecturer yang memahami. syukur alhamdulillah. alhamdulillah..alhamdulillah.

mungkin ada yang pernah terbaca, mungkin ada yang belum. kenalkan anda dengan Hilal Asyraf?  oh, kalau belum maka silalah buat research sendiri. saya belum ada m0od nak buat research kat sini. maaf.. Hilal Asyraf adalah seorang motivator. karya-karya beliau semua berunsur motivation. gaya penulisan beliau cukup buat orang mudah untuk memahami. kisah yang saya ingin sampakaikan berkait rapat dengan salah satu hasil penulisan beliau; iaitu


Motivasi: Sebelum Aku Bernikah – Bila Saya Ditolak.



* sila klik pada tajuk untuk membaca karangan beliau.

ketika kali pertama saya ditolak, saya membaca karangan beliau yang diatas. mungkin kerana masih dilanda perasaan gundah gulana, sedih dan emosi belum stabil maka saya tak berapa menghayati apa yang ingin disampaikan.

dan ketika saya ditolak kali kedua, oleh orang yang sama, kerana sebab yang sama, saya mengalah. ye, saya tau akan konsep redha, namun bila nak aplikasikannya subhanallah, berat sangat! malah sehingga kini saya masih malu nak cakap yang saya pernah lalai kerana dikecewakan. hanya Allah yang tau betapa tak terurusnya keadaan saya dalam nak menerima hakikat, DIA BUKAN UNTUK AKU.


tanpa perasaan malu saya menangis, meratapi nasib yang tak-seberapa-teruk-tapi-dah-rasa-macam-dunia-dah-nak-kiamat dan terus-terusan menangis. sehingga sakit. =_='

dan saya lupa, sekali lagi. cinta yang sebenar-benarnya pada siapa. tak perlu saya sebutkan, semua pun tahu. CINTA PADA ALLAH ADALAH CINTA YANG SEBENAR-BENARNYA. alhamdullillah. dengan doa dan sokongan mereka yang berada disekeliling saya, saya mulai kuat. perubahan seorang manusia tu, bukan boleh berlaku dengan sekelip mata. tak boleh berlaku secara drastik. kita perlu berubah secara berperingkat. dan harus diingat, dalam berubah tu haruslah istiqamah. yup, the key words for today is istiqamah. hehe..

dan ketika saya dalam proses menguatkan lagi semangat, dan mencari sinar kekuatan, saya terjumpa lagi satu karya Hilal Asyraf yang kena tepat pada batang hidung saya. ouch!


Bila Cinta Putus. Bila Cinta Ditolak.



*sekali lagi, sila klik pada tajuk untuk membaca karangan beliau.

cinta yang saya cuba cari, yang saya ingat saya 'pernah' miliki... saya ingatkan adalah yang akan munuju ke gerbang perkahwinan, dan seterusnya membawa saya menuju ke jannah. namun, malu saya akui disini. saya dah silap. kalau benar itu tujuan saya mencari cinta, maka kenapa bila putus, bila ditolak, saya kecewa? kenapa perlu begitu FARAH! WHY? TELL ME WHY??! =_=' *konflik dalam diri kejap*

dan kemudian terjumpa lagi satu benda di facebook. *kdang-kadang facebook ni macam faham-faham je apa yang kita perlukan. weirrrrddddd00ooooo! =_='*


Terjumpa sesuatu yang menarik. Sembang-sembang dua sahabat.

Sahabat A: "Aku dengar, perempuan yang kau sangat cintai itu tak balas cinta engkau."
Sahabat B: "Ya."
Sahabat A: "Tapi kenapa aku tengok engkau tidak bersedih pun?"
Sahabat B: "Buat apa aku nak bersedih? Aku hanya kehilangan orang yang tidak cintakan aku. Tetapi dia kehilangan orang yang benar-benar mencintai dirinya."


hew hew hew. betul jugak. saya tak nak ulas apa-apa. masing-masing dah besar *i hope* so pandai-pandai la fikir sendiri. dan ketika saya cuba menahan kesedihan yang datang menggila tatkala nak baca buku, ibu hadiahkan saya sesuatu yang sangat bermakna. yang sehingga kini saya amalkan.

LEPAS DARI KESULITAN 

AL-ANBIYA 87: 87.

LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMIN 
(“TIDAK ADA TUHAN SELAIN ENGKAU. MAHA SUCI ENGKAU, SESUNGGUHNYA AKU ADALAH TERMASUK ORANG-ORANG YANG ZALIM.”


Rabbi Yassir wala tu-‘assir. Rabbi tham-mim bil khayr. 

“O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord, let my affairs end with goodness.”

alhamdulillah. dengan mengamalkan dua ayat ini menjadi zikir, beserta kepercayaan yang kuat kepada Allah, kini saya mampu bangkit. mungkin belum pulih sepenuhnya, namun alhamdulillah, ada sedikit perubahan berbanding dengan sebelum ni

*maaf, ayat ni saya cari di internert. tak jumpa yang jawi punye. so taip dalam rumi je, boleh kan?*

dan beberapa ayat...di facebook lagi =_=' yang cuba saya jadikan peransang untuk berubah. insyaAllah. kuatkan hatimu wahai Farah. Allah sentiasa ada bersamamu. =')

Yang engkau cintai selama ini ,
Belum pasti milikmu nanti .
Maka usahlah bersedih hati,
Dikala dia bukan milikmu lg,
Dikala dia melukai hatimu.
Bersyukurlah atas ujian dan cubaan dari ALLAH..
Ternyata ALLAH masih sayang kepada kita dengan memberi cubaan ....

InsyaAllah ...
ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA,
Akan memberikan penganti yang lebih soleh/solehah kepada kita....Aamiin.

YA..ALLAH..
Jika Cinta kan menghampiri diri
Jangan biarkan Cinta kepada Mu hilang di hati..
Perkenankanlah selalu tuk selalu Mencintai Mu..
Sepenuh hati dan Ketulusan diri.

YA..ALLAH
Hanya kepada_Mu Cinta Hakiki,
Cinta yang mengantarkan Keindahan sesungguhnya…
Cinta dengan kebersihan jiwa hati..
Cinta untuk mendapatkan Keredhaan Mu.
Aamiin Ya Rabbal'Alamin..

 dan sesuatu sebelum saya menutup entry untuk hari ni;

SILAPNYA SEORANG WANITA ialah :

✿ bila dia percaya, maka dia TERLALU PERCAYA..
✿ bila dia menyayangi, maka dia MENYAYANGI SEPENUH HATI..
✿ bila dia memberi, maka dia BERIKAN SEGALA-GALANYA..

SELAGI BELUM PASTI..janganlah terlalu mempercayainya..Selagi belum pasti
jangan memberi sepenuh hati, selagi belum memiliki .JANGAN MEMBERI segala-galanya, bila kita terlalu mudah memberi..maka kelak nanti kita akan SANGAT SUKAR MELEPAS PERGI..♥

ya, jika kita mudah memberi, maka susah untuk kita lepaskannya pergi. be strong!

p/s: si 'dia' sudah in a relationship dengan 1st love dye. what can i do? just smile and be strong. takde apa yang aku rugi pun. insyaAllah, aku kuat. 
Tuesday, 22 May 2012

oh tidak!

as salam.

preeetttt *bunyi tengah hembus hingus dekat tisu*. oh maaf. saya tengah kena demam. tapi dalam sakit-sakit ni saya rasa teruja! plop! *bunyi sumbat tisu dalam lubang hidung* =_='

saya baru dapat tau. kejap. nak tarik nafas dalam-dalam. hingus ni kacau je!

"Fera, Mia, Eli, Fiza. antara kita ni korang rasa siapa akan kawen dulu?"


"biasenye yang tak pernah couple ni yang akan kawen dulu. tak pun yang tak matang ni. ok, Fera kawen dulu"


"kenapa pulak orang!" =_='


"hahahaha... lepas tu mesti eli. then Fiza. last skali Mia. Mia nak kawen at least umor 28."


"Mia! tuanye!!! jangan lah"


"Fiza pun rasa dalam area 26 something kot kawen. eli?"


"sampai ke tua pun eli tak kawen kot. korang, kalau sampai ke tua nanti kite tak kawen lagi... nanti kita duduk rumah orang tua sama-sama tau."


hahahaha.. ni sekadar cerita yang lebih kurang apa yang pernah terjadi masa saya muda-muda dulu. oh, tak! baru sedar diri dah tua! preeeettttt *hembus hingus lagi*

now, disaat saya sedang recover dari kedukaan. dan disaat saya tengah demam. datang pulak berita..


ONE OF US DAH BERTUNANG! DAN DAH NAK KAWEN!!!!


aaaachuuum! *bersin sambil hingus meleleh* ohhooooo.. panik? terkejut? gembira? geram? semua ada! orang yang paling tak disangka-sangka dah nak kawen. haruslah gundah gelana kan? hehehehe.. CHUKAE!

just now semua orang saya call. in my gang la. nak gosip-gosip sikit. plop! *sumbat balik tisu dalam hidung*

semua terkejut! aaaaaaaaaa.... why?! kenapa tunang tak bagitau awal-awal? tup-tup dah nak kawen..  ulan 7 ni pulak tu! kalau saya tengah final exam macam mana nak pergi? *sob sob*

tak sangka... dia dah nak kawen. kawan yang dulu masa kat teknik kejap gaduh kejap baik. kejap merajuk kejap menggedik. partner in crime. tukang simpan rahsia. kongsi cerita suka kat sapa. now, she's getting married! dan paling tak tahan, hantaran 15k! oh tidak. sangat jeles!!!!!!!!! >.<

tadi borak dengan eli, dye cakap:

"cube kau bayangkan. kita grad (graduation) bawak family. dia bawak suami!"


"awww~..."


"cuba kau bayangkan... kita graduation baru nak cari calon suami, dia dah bawak baby in her tummy!"


"awwwwwwwwwwwwwwwwwwww~~"


oh tidak! ottoke? nampaknye saya dengan eli lah yang kena saling teman menemani di hari tua sebab takde pasangan. uwaaaa!! *dush!* degree pun tak habes lagi da gedik-gedik fikir pasal future.. =_='


oh tidak! kepala pening. hingus meleleh. sebelah tersumbat. rasa nak muntah. tapi jantung dup dap dup dap hepi. apa patut saya buat? tidur je la. bai.
Monday, 21 May 2012

Stress attack?!

"as salam. ibu..... ibu ade tak kawan kerja sebagai doktor yang psikiatri? tak pun yang boleh bagi kaunseling?"

as salam.

pagi tadi kepala saya sakit. mungkin kesan tidur lambat kot. mana taknya, puas saya berbincang dengan rakan sebilik, fikir apa yang patut saya lakukan untuk ubati masalah 'mental' saya yang makin senget ni. =_=' . tak lah. saya nak kan semangat saya. semangat saya masa saya belum terjebak dengan masalah with kaum adam. masa rasa saya dah berada di tahap kritikal. oh no! adakah saya dah sakit jiwa? teeeet! NAUZUBILLAH MIN ZAALIK. *pengsan*

saya cuma ada masalah. masalah tak boleh kena stress. ataupun dengan nama yang tak 'cool' yang diberi oleh r0omate saya, "stress attack!". urgh.. sangat tak cool. >_<

oh, berbalik kepada soalan diatas. actually saya hantar mesej kepada ibu sebelum ke kelas. dalam nak siap-siap pergi kelas, (dah lah kelas pagi tu ada presentation) saya terfikir nak tanya ibu, kalau-kalau ibu boleh bantu. saya tau, ibu mesti cerita kat ayah lepas tu. *ibu tak boleh simpan rahsia! takmo kawan ibu! ;p* dan saya dah fikir masak-masak. better mengaku yang diri saya lemah instead of berpura-pura depan ibu ayah as if nothing happen and i'm strong enough to handle it. saya tak reti la berlakon-berlakon ni. sebab tu tak jadi artis. =_='. ok, stop mumbling fera.

lepas saja mesej kat atas dihantar, terus dapat panggilan phone dari ibu. 

"Farah cakap apa tu (mesej handphone)? ibu tak faham?"

=_='

"oh, takde la bu. orang cuma nak tanya, ibu ade kenal tak mana-mana doc yang boleh rawat orang yang ade masalah nak handle stress?"

"eh, Farah stress sangat ke?"

"takde la. tapi akak tak boleh terima any stress lansung. lepas tu mesti kepala sakit. sebab tu....akak muntah-muntah."

"......... sebab aj ke?"

teeeeet.. takde kena mengena dengan dia lah! anything yang berlaku sejak kebelakangan ni semua buat kepala saya sakit. at least saya sedar saya ada masalah ni. daripada saya biarkan sendiri lepas tu sampai jadi macam EDWARD MARTIN JESUS yang murtad sebab putus chenta or pelajar yang terjun bangunan sebab tak tahan dugaan tu macam mana? NAUZUBILLAH! Ya Allah, Kau peliharalah iman aku.Kau jauhkanlah aku dari perbuatan terkutuk macam tu!

ok, berbalik pada cerita tadi. kalau nak jumpa doc, kena tunggu lagi seminggu. *sigh* lamenye! saya sampai dah kena demam ni! >.< and then i'll try to search kat g0ogle. dan ini yang saya jumpa. tips to overcome depression!


LANGKAH MENGATASI DEPRESI

1) Syabas kerana anda mempunyai " awareness" bahawa anda mempunyai depression atau kemurungan. Salah satu tanda seseorang yang mempunyai tinggi EQ (Emotional Intelligent) adalah kesedaran bahawa emosi telah terganggu.

2) Anda sekarang perlu mengawal emosi sebelum emosi mengawal anda

Mari kita belajar Cognitive Therapy.
- ---Bayangkan anda terdengar bunyi kaca pecah didapur ( Antecedent event) pada malam hari. -------Apakah yang anda percaya ( Belief)?
-----Jika anda benar benar percaya kepada apa yang anda fikirkan , apakah yang anda lakukan ( Consequent Event)?

Jawapan anda : Antecedent event : Kaca pecah
Belief : Pencuri masuk rumah
Consequent Event : Panggil Polis

Jawapan Saya: Antecedent event : Kaca pecah
Belief: Kucing terlanggar gelas
Consequent Event: Tak ada apa-apa; terus tidur

Jawapan Orang lain :
Antecedent event : Kaca pecah
Belief : Jiran biasa menonton TV tengah malam, bunyi bisisng dari jiran sebelah
Consequent event : Tak ada apa-apa; terus tidur

PERHATIKAN........ "Antecedent event" yang sama tetapi "Consequent event " berbeza. Consequent event berbeza kerana apa yang anda lakukan adalah bergantung kepada apa yang anda fikirkan ( Belief)

Mari kita selidik kenyataan individu yang mengalami kemurungan di atas:
Beliau mempunyai banyak Negative / Distorted Thought or Beliefs
----" hilang kepercayaan pada org2 di luar sana"
-----" merasa sangat tdk berharga kerana maruah diri tercemar"
-----"sy tdk tefikir masa depan"

Kenapa ini berlaku? Mari kita cabar dan betulkan pemikiran kita. Satu lagi Kemampuan penting untuk mempunyai EQ yang tinggi.

Dengan hanya satu kegagalan dalam percintaan , beliau membuat " generalization" kepada semua orang . Beliau perlu mengubah Negative Thought ini dan sentiasa BERFIKIRAN POSITIVE.
e.g. i) Benar, Si A tinggalkan saya untuk kali ini, tetapi masih ada ramai lagi di luar sana , bukan semua orang mempunyai sikap seperti A. Jodoh di tangan Tuhan. Tuhan jadikan berjuta umat dengan pelbagai kerenah . Tidak semua seperti A
Ingat : The Consequent Event is depending on Your Belief

e.g 2) "Merasa diri tidak berharga kerana maruah diri tercemar". Satu lagi contoh Negative Thought
Benarkah anda fikir maruah diri tercemar kerana gagal dalam bercinta..... ? Apa yang hilang pada diri anda? Hilang pendengaran? Hilang Penglihatan? Anda patut bersyukur kerana anda masih tidak hilang pedoman..... Jika dilayan emosi negative ini anda akan hilang segala-galanya. "Tidak salah jatuh tetapi salah jika tidak bangun berdiri selepas jatuh....."

e.g. 3) " tidak terfikir masa hadapan"
Lihat masa lampau... Berapa banyak jasa yang telah anda lakukan? Berapa ramai yang telah anda bantu? Berapa bayank kejayaan anda? Anda telah pernah berjaya sebelum ini wlaupun banyak dugaan melanda. Kali ini anda pasti berjaya mengharungi kegagalan ini . Gunakan apa jua solution yang pernah anda lakukan sebelum ini untuk mengatasi masalah anda. Pandang kehadapan. Sentiasa berfikiran Positif

3) Tingkatkan Social Networking
Anda perlu keluar dari bilik anda dan mulakan pergaulan dengan siapa sahaja yang anda rasa boleh membantu anda agar lebih aktif . Aktifkan diri . Ini dapat mengurangkan fokus anda kepada masalah yang sedang dihadapi. Antara yang boleh dilakukan; ke surau berjemaah, minum kopi di warung bersama teman dll

4) Senaman untuk meningkatkan Adrenalin.
Kemurungan akan bertambah teruk jikan anda tidak mengaktifkan diri. Mula bersenam dan tingkatkan adrenalin anda. Berjogging di taman, bermain bola bersama kawan dll

5) Jangan lupa... berdoa kepada yang Esa dan Tunggak yang 5 jangan dilupa

6) Jika masih gagal menangani masalah anda... Jangan segan silu... Segera ke klinik mendapatkan kaunseling pakar

Semoga dapat membantu anda

oh, sila lah jangan tanya saya dah buat ke belum. sebab saya sendiri baru jumpa tips ni. dan berperasaan macam.. err... tak boleh jadi je. =_=' . great. mengalah sebelum cuba. don't be like me. please, try dulu (bagi yang ade depression) then bagitau hasilnye kat saya ea? hehehe.. adios!

saya suka awak! tapi...



"saye suke awak , suke sangat , tapi biar Allah yang aturkan . . ."

as salam.

ehem, ini kata kawan saya di facebook dye. not mine. tapi saya pun ade tumpang komen jugak. saya cakap;

" saya suka dia, suka sangat sangat sangat kat dia. tapi, Allah kata dia bukan untuk saya."

ohohoho... gilos aku. orang letak status untuk bergumbira (gembira), aku bagi komen serba kachiwa (kecewa). kekekeke... sorry ea Hidayati.  saya terfeeling lebih.

hehehe.. boleh tak tiba-tiba nak bersaya-awak kat sini? tiba-tiba lepas buat assignment rasa nak bercakap. tapi kat bilik tengah ade orang buat study group. nak tidur kena tunggu dorang siap dulu. so sementara tu menaip je la yang mampu.

saya tersilap satu benda. saya tak jaga hati betul-betul. saya leka, biarkan hati dipengaruhi oleh syaitan. saya biarkan hati saya dimiliki oleh orang yang tak sepatutnya. saya biarkan hati saya terbuai-buai dengan kata-kata seorang kaum adam. *sigh* saya malu nak mengaku benda yang dah jadi, tapi saya dah sedar kini. saya akan jadikan benda ni iktibar kepada kawan-kawan saya yang lain.



✿~ Kata AYAH kepada anak perempuannya :

"Lelaki itu bukan untuk DIBANDING-BANDINGKAN ketampanan wajah dan DIMAINKAN hatinya, sebaliknya untuk MEMIMPIN IMAN DAN TAQWAMU.."

✿~ Kata IBU kepada anak lelakinya :
"Perempuan itu bukan untuk DIREBUT CINTANYA dan DIMEGAH-MEGAHKAN kecantikannya, sebaliknya untuk kamu LINDUNGI MARUAH DAN KEHORMATANNYA..

oh, ini sekadar quote yang saya jumpa di facebook. takde kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. :)

berbalik kepada point saya, wahai gadis. (ehem, saya dah masuk m0od wanita matang ni. bersedialah!)
tolonglah :

1.jangan biarkan seorang lelaki menjadi pendengar ceritamu hari-hari. pilihlah Allah. Dia tak pernah pergi. tapi seorang lelaki yang masih belum ada ikatan denganmu boleh pergi bila-bila masa. 

2. jangan biarkan setiap cerita kegemaranmu dikaitkan dengan dirinya yang bukan mahram mu. nanti bila dia dah takda, walaupun awak tengok cerita kelakar, awak akan menangis. don't be!

3. jangan biarkan lagu-lagu kegemaran anda menjadi lagu dia dan anda. nanti, lagu yang rancak pun boleh buat jiwa awak berkocak.

4. janganlah biarkan barang-barang kegemaran anda berkait dengan dirinya. nanti bila dia dah takde, barang tu... hmm.. nak buang, sayang. nak simpan, banyak kenangan. =_=

5. janganlah biar ingatan tentang dirinya masuk walau sesaat pun dalam ingatan awak dalam sehari. nanti bila ia jadi tabiat, susah awak nak buang. sakitnya umpama ada duri mencucuk-cucuk dalam dada. (perh... ayat tak boleh jiwang lagi ke? =_=')

6.jagalah hati. jangan terlalu sayang, janagn terlalu benci.  nanti bila terjadi something, mesti akan terjadi yang sebaliknya.

7. janganlah percaya walau satu patah pun kata-kata lelaki yang bukan mahram mu. anything can happen. sebaik-baik lelaki pun akan ada sesuatu yang dia tipu dengan awak. sama ada untuk tak nak menyakitkan awak atau memang dengan niat untuk menyakitkan diri awak.

8. jangan lah menaruh setinggi harapan. walau macam mana gentle sekalipun lelaki tu, sanggup jumpa parent awak, siap dah berniat untuk berkahwin dengan awak. boleh jadi dia bukan jodoh awak. boleh jadi, last-last dia digoda oleh ex-ex dye or mana-mana wanita dan terus buat dia lupa dengan janji dia pada awak. walaupun parent awak tau tentang dia, malah siap berikan keizinan untuk berkawan dengannya. jangan, TOLONGLAH JANGAN menaruh setinggi harapan. selagi belum diijab kabul, dia bukan untuk awak. 

lelaki, sekelip mata je boleh berubah. walaupun pada mulanya dia nampak serius sampai sanggup jumpa parent awak, but at the end dia jugaklah orang yang buat awak terluka. buat awak sakit. tak pasal-pasal dapat disease pelik-pelik. tak oasal-pasal tak boleh terima stress. tak pasal-pasal tak boleh makan. =_='.

TAPI, kalau awak pandai ambil positif akan sesuatu, awak akan tau something.

Allah bagi awak kedukaan supaya awak makin rapat dengan DIA. mungkin Allah rindu nak mendengar rintihan awak. mungkin Allah nak bagi sesuatu yang lebih baik untuk awak. terimalah walaupun pahit. :)

sebab tu wahai wanita, JANGAN SERAHKAN SERATUH PERATUS HATIMU pada kaum lelaki yang bukan mahram mu. kasihani lah bakal suami mu. nanti dia kekurangan kasih sayang dari awak macam mana? hehehe...

doakan saya kuat. saya doakan anda juga. semoga kita tak lagi ditipu oleh kaum yang sepatutnya melindungi kita. semoga kita tak lemah kerana mereka yang bukan sepatutnya. jagalah hatimu. =)

Sunday, 20 May 2012

ehem! selamat pengantin baru.

as salam.

hoho.. before that, nak ucapkan selamat pengantin baru kepada mereka-mereka yang melansungkan perkahwinan pada hari or minggu ni. or bulan ni. or tahun ni. =_='

hehehe...ramai bebenor orang kawen dan merancang nak kawen. bukak facebook, gambar orang kawen. borak dengan cousin, aik, dia pun dah nak kawen? hahahaha.. Kak Fiexa dan Mr. Teddy dye dah rancang nak kawen. tapi boleh pulak nak tunggu Mr. handsome punye keputusan. kalau mr. handsome nak sambung belajar lagi kak fiexa pilih mr.teddy. kalau tak pegi kat mr. handsome. ohoooo... eh, WHAAAAAT...???!!!

 *untung la orang ade banyak pilihan* =_='

alasan kak fiexa = sekufu.

yelah, kak fiexa belajar sampai master. mr teddy takat dip je. mr handsome, sampai ke Jerman blaja engineering.  1 point untuk Mr. handsome!

kak fiexa minum kat starbuck, mr teddy pulak mamak je. mr. handsome? anywhere you want dear... perh... 2 point for Mr handsome!

whoooo... chill la kak. pada orang lelaki sederhana tu dah cukup cool dah. dan lelaki yang belajar tinggi-tinggi tapi feelingless tak best jugak kak. apa guna belajar sampai degree/master tapi tak paham-paham yang kita kaum wanita ni nak kawen awal?

hoho.. tu lah susahnya kaum lelaki ni. dorang mana faham keinginan wanita. kekekeke... ;p

 macam kak fiexa, umor dah 25-26 ni ramai kawan-kawan dia dah kawen. siap beranak-pinak lagi. kalau aku la... JELESNYEEEE!!! ( sebab tu kot haritu bila yana tanya time presentation BEL siapa nak kawen awal aku dengan tak tau malunye angkat tangan tinggi-tinggi? =_=  errrr....)

pada aku, kayu ukur kak fiexa nak yang sekufu tu tak salah. betullah, dalam Islam pun suruh cari yang sekufu. tapi pada aku kalau yang susah tu lagi bawa kebahagiaan, better amek yang tu. contohnya, kalau si lelaki bukan dari yang senang:

1. at least dia tak busy melepak maen golf with their colleague.  lebih busy nak cari rezeki halal.

2. at least dia TAK ADA DUIT NAK MENGGATAL KAWEN LAEN. duit belanja dapur pun tak lepas ade hati nak kawen laen? *dush dush* nak?

3. at least dia akan sentiasa ingat pada Allah (hopefully, sebab tu nak cari yang beragama!) dan bersyukur dengan segala rezeki yang Allah bagi. awww~..

4. at least bila dye balik keje penat-penat, muka first yang dia nampak adalah aku! hehehehe.. *means takde mase nak cari wanita laen* awwwww~....

5. at least kalau dah takde duit sangat nak bercuti, kalau kena pegi outstation mana-mana dya bawak aku skali. hehehhee... *my dad use to bring us along bila dye kena pegi buat keje luar dulu*. awwwwwwwww~... (bape banyak kali nak cair ni. =_=')

6. at least dia tak riak sebab dia dye berada. sentiasa menjaga akhlak dengan orang yang lebih tua (terutama parent aku, dan sebab tu aku nak cari yang berakhlak!) dan sangat menghormati kedua ibu bapanya. awwwwwwwwwwwww~....

7. at least di mata orang laen dye tak handsome( sebab tu aku nak cari yang tak handsome) tapi di mata aku dya berjuta-juta-juta million trillion kali handsome dari Jung yong hwa or matzushima Hiro! kekekekeke.... hari-hari pandang pun tak bosan sebab takde pompuan laen nak pandang dye. kekekkee... he's mine only! *dush* kau jangan nak berangan besar la. ade ke lelaki macam ni lagi?*

see...? betapa banyaknya kelebihan lelaki yang bukan dari golongan senang? hohohho.. sori, aku dah termasukkan sekali ciri-ciri lelaki pilihan aku pulak. =_=' gatai... baru sembuh luka nak mencari-cari lagi ke? grrrr....


p/s: ni aku curik dalam facebook. tak tau sape owner, so x bole nak credit. credit to facebook dan tukang share. =)


aah. sampai bila-bila la aku tunggu orang datang meminang aku. *dush!* gatal lagi. best jugak kan nak berdrama  macam kawan kakak senior aku. balik-balik rumah parent cakap camni;

"Farah, ade orang datang meminang. dan ibu setuju. Farah ok tak?"

dan aku, tak payah nak buat effect sedih-nanges-kecewa-terkejut segala bagai. terus je;

"hooraaay!"


biar ibu yang terkejut segala bagai. kekekekeke... ibu nak tak camtu? ;p kekekeke.. gurau je. lelaki yang macam tu sangat gentleman. err...tapi before ibu setuju tu bagi la org tau siapa dulu. kang dibuatnya suami orang, NAUZUBILLAH MIN ZAALIK!!!! *pengsan*
Saturday, 19 May 2012

bersederhana lah!

as salam.

sometimes, we need a good friend to give us strength. yeah, a very good friend yang sanggup dengar bebelan and celotehan  kite, kesedihan kite, kegembiraan kita.

walaupun aku dah hilang sorang, tapi Allah tu adil. Dia tau aku perlukan sesorang tatkala ini. maka diberikan aku seorang yang mampu mendengar, mampu memberi pendapat. walaupun tak bersua muka, berbeza jantina, merentasi negeri, namun still dapat menjaga tatasusila, menjaga adab, memberi nasihat apa yang patut. Alhamdulillah, persahabatan yang tak membawa kepada maksiat. =)

aku nak bukak perspektif baru dalam hidup aku. hidup yang betul-betul barlandaskan Islam. bukannya sebelum ni aku tak ikot lansung, just that aku nak berubah, ke arah yang lebih baik. berat tu memanglah, amcam mana aku boleh melepaskan seorang 'good friend of mine' pergi, macam tu lah aku boleh berubah...i hope. =_=' kadang-kadang aku kuat, kadang-kadang aku lemah. macam sekarang. haish...

saat aku lemah je sakit kepala datang, mula la badan rasa tak sedap. padahal aku bersedih diatas kegembiraan orang lain.  aku sakit diatas kegembiraan orang lain. adil ke? sebab tu time gembira tu, berpada-pada la. berserdehana dalam setiap keadaan. ade hikmah kenapa kita perlu sentiasa bersedehana.

“Tidakkah kalian mendengar? Tidakkah kalian mendengar? Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian daripada iman!” (HR Abu Daud)
dalam bersahabat, dalam bergembira dalam bersedih, malah dalam beribadah pun kita harus beserderhana. dan aku tertarik dengan status seorang sis ni;



life actually is not hard as we think
juz don't be too excessive when u judge a situation..
dear, stop think too much like u know everything...
u juz obsessed with ur feeling..
the fact is, reality is much simple then ur complex imagination!!
life not a drama...
juz face it..
then you know how easy it was...
and how wonderful life u have..
kena la tabah. hidup ni indah. aku je belum nampak lagi kot. segala-galanya indah. bersahabat,  belajar, berkawan, bergembira, dan yang sewaktu dengannya. apa yang berlaku, hanyalah sekadar satu dugaan. Allah nak mengajar kita sesuatu. mesti punya. setiap yang berlaku kan ada sebab.=')

life is wonderful. buat penat je aku sakit kepala menghadap satu-satu masalah. hehe.. tiba-tiba rasa malu dengan diri sendiri. malu dengan kawan-kawan. malu dengan Allah. niatkan kita buat sesuatu kerana Allah. mesti dapat rasa kemanisan hidup. InsyaAllah..

p/s: fighting fera, fighting! u can do it!! =)

updated:


Forgiving people who have hurt you is your gift to them. Forgetting people who have hurt you is your gift to you.

sakit itu nikmat.

as salam.

baju-baju dah pack.
toiletries dah amek,
beg da siap packing.
mental, fizikal, semua dah siap-siap.
memang dah ready lah nak pergi camping.

sekali!

muntah-muntah, sakit perut, pening kepala.

semua pun cancel. uwaaaaa! ='0

sakit, memang lah sakit. pedih jiwa raga jantung segala bagai. *metafora memanjang*

but then semalam dapat tidur berjam-jam. bangun pagi tadi mata bengkak macam baru lepas apa je. *padahal terlebih tidur*.then telefon ibu, konon nak mengadu la sakit segala bagai. but then dapat pulak dengar syarahan ibu. huhuhu... ibu suruh kemas bilik sebab bilik berhabuk *lantai pecah. pasir dan habuk berkeliaran sekitar bilik. da buat aduan kat pihak AYM tapi dorang tak datang-datang lagi nak simen lantai ni. grrr.....*. ibu suruh buat bihun sup je kalau susah sangat nak telan nasi. semalam makan nasi la jadinya program muntah-muntah tu. huhuhu... so dah tau la, kalau tak nak sakit jangan stress. jadinya macam ni lah. hailaaa...

tak sangka pulak nak memalukan diri pergi tandas banyak-banyak kali time kelas sebab nak muntah. tak sangka pulak tak larat nak present dan paling tak sangka budak-budak group nak tolong presentkan walaupun dorang tak berapa nak ready. weh korang, aku TERHARU SANGAT!! ='))

aku tau aku lembik. tapi aku kena la kuat. takkan nak biar semua orang risau sebab aku kan? kalau ade la yang risau. sebab ibu ayah macam da tak nak risaukan aku je. sob sob..='(.

sakit macam mana pun aku kena ambil positif. sebab sakit tu kan kifarah dosa. aku kena kuat. final exam da makin hampir. aku tak boleh main-main lagi. biar la sakit macam mana pun, aku tetap kena usaha selagi mampu. insyaAllah.
Friday, 18 May 2012

bai bai.

Benar, terlalu sedikit mengambil berat, kita akan kehilangan..Terlalu banyak mengambil berat, kita akan terluka..Pilih antara keduanya~

Dan begitu juga antara suka dan benci..Bersederhanalah, jangan berlebihan! Semoga! Kerana sederhana itu tetap indah :)

p/s: sekadar berkongsi status facebook orang lain.

as salam.

siang malam aku berdoa, agar masalah tu akan pergi. siang malam aku berdoa, agar beban aku dikurangkan. dan bila 'dia' betul-betul pergi, aku sepatutnya bersyukur. bergembira. malah aku siap beli nasi yang dulu aku suka makan lagi untuk sambut pemergian dia. tapi..kenapa hati rasa kosong? kenapa bila makan rasa...kosong? tekak tak dapat terima lagi kedatangan nasi kot. but then, kenapa aku makan makanan yang dulunya faveret aku tanpa perasaan? why fera? why??!

mungkin aku punpatut pergi. bawa diri jauh2. fine. 3 hari ni aku akan pergi. lupakan masalah aku. lupakan boyfie aku, Mr.Kay and cik Kuro. lupakan B0o-b0o. lupakan alam maya. aku akan betul-betul menikmati pemergianku tu nanti, insyaAllah.

semoga bila aku balik nanti, aku makin kuat. semoga bila aku balik nanti, aku makin tabah. semoga bila aku balik nanti, aku tak lalai lagi. semoga bila aku balik nanti, takde lagi perasaan kosong tu. aku nak tambah ilmu banyak-banyak. sebanyak yang mungkin sampai perasaan kosong tu hilang. semoga bilik A6-7 ni tak banjir lagi. semoga aku tak perlu susahkan parent untuk datang Melaka semata-mata nak bagi aku ketenangan. insyaAllah. aku kuat! dan akan terus kuat sehingga ke akhirnya!
Thursday, 17 May 2012

geram.sebab.test. =(

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrggggggggghhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!! *jerit sambil tekap muka kat b0o-b0o (teddy bear sebesar-besar alam)*

as salam.

tak tau la apa nak jadi. sepatutnya aku dah ready nak jawab test. betul! dah baca berulang-ulang. tapi tadi time jawab boleh pulak aku blank?! dan yang paling kejam skali otak aku pegi maen playback gambar yang buat aku rasa nak 'termuntah'. seriously. aku dah tau something pasal diri aku. bila aku stress aku akan muntah-muntah. dan ianya sangat sakit. dan aku stress bila tengok gambar tu. apatah lagi kalau teringat time exam. grrrr.... streeees!

alhamdulillah aku tak kena migrain, just muntah-muntah. at least aku masih boleh goreng-goreng jawapan tadi. but seriously, kalau fail jugak aku tak terkejut. sebab sangat merepek. =_=. as if aku betul-betul tak baca buku! uwaaaaa..... ni yang nak menyorok bawah comforter selama-lamanya ni.

dan lagi aku diganggu dengan kecomelan tahap dewa anak madam tadi. awww~.. comel sangat! nak baby jugak... ='( *giler. studi tak habis lagi nak ade baby pulak. calon hubby pun takde nak dapat baby camne?*

aku nak tergelak bila tadi kitorang ade presentation, kawan kelas aku tanya;

"siapa nak kawen awal?"


dan zupp! dengan tak tau malunye aku TERangkat tangan tinggi-tinggi. kekekekke... serious gatai. dan aku saaaaaaangat segan. trauma dengan lelaki pun tak hilang lagi dah berangan nak kawen awal. ceeet!

bila aku stress ni mula la airmata nak menggedik-gedik keluar. Mr.Kay pun tak dapat nak tenteramkan hati aku. uwaaaaa... dengar lagu slow rhythm sikit mula la nak berdrama. bila aku nak kembali normal ni?! hurm...

musim terbalik?!

as salam.

alhamdulillah, aku masih diberikan nikmat hidup dan nikmat Islam. masih bernafas, masih sengal (erk?), masih in preparation of minggu test yang menimbun-nimbun. grrrr... suppost arini ade 2 test, BEL-Public Speaking dan MGT-Organization Behavior tapi tadi dah siap-siap nak present, pakai heels dan blazer segala bagai (sampai krem kaki jalan lama-lama. =_=') sekali turn aku kena tunda next week. happy? mula-mula memang la. tapi lepas tu aku fikir-fikir balik, next week yang dah present mesti la santai je. alaaaaaaaaaaaa........... nak rilek2 jugak.. >.<

p/s: pakai heels sangat menyeksakan diri! tapi kasut heels la channteeekkkkkkkk..!

                       

pernah tak dengar pepatah yag lebih kurang macam ni;

"mak cakap jangan suka/cinta/hepi sangat, nanti lepas tu mesti benci/tak suka/sedih." 


oh, yang pasti bukan ibu yang cakap. hoho.. something sort of like that, mula-mula aku tak percaya jugak. (biaselah, aku ni degil sikit nak percaya cakap orang lain. asyik pikir diri sendiri betul je. =_=') then bila dah jadi kat aku, aku kena dengan saaaaangat teruk. adoooooooi. sampai nak tengok muka orang tu pun aku rasa nak muntah. apa punya alah la aku ni. huhuhu... bukan aku yang control. maybe aku dah ter'setting' kat minda untuk

"benci  dia! benci dia! benci dia!"

sebab tu kot alah sampai macam tu. kalau kena kat dia sorang je takpe. ni sekali dengan MKA dan sorang akhi ni terkena emo aku. hohoho... MKA sampai dah keluar ayat wth...  dengan aku. whooooooooo...sabar la pak cik. aku tengah emo.. memang la jadi camtu. kekekeke... nasib dye la.. tapi aku dah minta maaf la dengan MKA. alhamdulillah MKA tu jenis yang sempoi. so takdelah dia makan dalam ke ape... kot. hoho.. yang pasti semalam aku memang emo habis. dan-dan pulak kan harini housemate aku cakap;

"fera nampak berseri harini."


haha.. seri orang nak kena present. haruslah kan? kekekee... lepas ni time berbuka aku dah setup nak makan roti sekeping or masak sup. no more nasi! mesti lagi berseri lepas tu. hahahaha... berseri sebab nak kurus!


kisah dua. aku punya lah ade harapan tinggi yang test 1 FAR400 aku akan lulus, dan mengalah dengan Test 1 MAF420 yang mana aku rasa akan fail. dengan teruk. =_= sekali TERBALIK! adoooooooi... FAR aku fail, MAF aku lulus pulak. what happen..??!!!

mungkin sebab tu orang cakap...lagi;

"benda yang kita suka tak semestinya baik untuk kita. boleh jadi ianya sesuatu yang buruk untuk kita."


aah. memang. NIGHTMARE! FAR awal-awal dah fail. apa nak jadi ni... same goes to PSA dan CRG. PSA (wlupun tak keluar result lagi) tapi aku pasti fail, sebab aku dah hilang 24 markah!!! padah PSA lah yang aku baca giler-giler-giler. CRG pulak aku baca maen-maen je, tapi tu yang aku boleh jawab. apakah?!

sekarang aku nak fokus sikit-sikit je kat MGT sebab aku tak nak nanti jadi macam PSA. sebab tu aku taip blog dlu baru sambung study. hehehe... alasan!

sekarang ni musim zaman kembali ke sekolah kot. aku asyik terngiang-ngiang lagu yang aku selalu nyanyi time prep dengan FEBINARAH. kekekeke.... better in time-leona lewis and walkaway-PaulaDeAnda. time ni la imej muka sememeh aku time sekolah muncul dengan Sarah, Naddy dan Bihah. aku rasa rindu pulak kat dorang. aww~.. bila nak raya ni! boleh gather sama-sama lagi! >.< ouch! dah lambat. aku nak sambung study. bai-bai! =))

p/s: semalam cik Kuro (pemetik gitar) termasuk dalam badan Mr Kay! (kan ade lubang yang kat gitar tu). dalam muka sememeh baru lepas nanges dan dengan pemuh kekabutan aku berusaha nak keluarkan cik Kuro. sampai keluar thought nak belah dua Mr. Kay! Oh tidaaaaaak!! sorry Mr. Kay. >.< emo tak pasal-pasal.
Wednesday, 16 May 2012

again. =_='

as salam.

farah, housemate aku cakap jangan tulis kat pasal benda ni kat blog. lagi-lagi aku tengah sakit. (bergetar tangan aku nak pegang key board komputer ni). tapi sakit-sakit aku ni, ade tempat lain yang lagi sakit. perit. hancur. kenapalah aku tak percsya csakap kawan-kawan aku, bila dorang kata aku ditipu oleh si aj?

aku naif sangat ke sambil betul-betul ambil positif semua yang dia cakap? aku percaya bulat-bulat. nah amek kau. sekarang dah nampak kebenarannya. tak sangka, ada orang yang berani tipu menggunakan kalimah Allah. contohnya;

"dengan nama Allaah, aku janji aku tak tipu."


"dengan nama Allah, aku janji tak buat lagi."


"kita berpisah kerana Allah"


sort of like that la. tapi tetap jugak buat benda  yang sama. mungkin ada hikmahnya aku nampak sekarang, supaya aku dapat buang perasaan yang masih ada jauh-jauh. kalau boleh aku nak delete segala 'memories' yang masih tersimpan ni. kalau yang fizikal punya senang je, delete masuk tong sampah. kat kat komputer pun senang, delete masuk recycle bin. tapi yang kat hati? yang terakam dalam minda? hurm...

Farah cakap, kita kena move on. yeah..i am move on.. tapi kena la lalui benda tu lagi. i mean, migrain, sakit kepala, muntah-muntah. haish... alhamdulillah aku dapat jugak menaip. nak bagi kusut sikit beban dalam kepala ni. lepas ni dah boleh la maen angry bird ke, fruit ninja ke, at least dalap lepas tension. dan lastly maen Mr. Kay. adoooi.. aku nak maen Mr.Kay pun tak larat. dan terpaksa skip kelas tadi sebab perut sakit muntah-muntah. dan sekarang kepala aku sakit balik. aku nak makan ubat dan tidur. again. walaupun esok aku ade test. oh no!


p/s: satu-satu masalah datang. sekarang ada pulak konflik kat dalam rumah. lantak korang lah. nak bayar ke tak, itu terpulang. susah2 aku anggap je aku sedekah. dan semoga esok aku boleh jawab soalan test dengan baik.

kisah ex-ex dan baitul Muslim.

as salam..


1 tips yang aku nak kongsi same-same dengan kawan-kawan sekalian. kekeke... once korang dah break-up dengan someone, (tak kesah la untuk jangka masa yang lama or pendek) better korang jangan sambung lagi hubungan dengan that person. especially for kaum wanita yang hatinya lemahm lembut, sensetif. kaum lelaki mungkin cuba jadi gentle, nak befriend balik dengan ex-ex dye but somehow tak semua orang boleh terima.

cuba bayangkan, anda serius dengan seorang mamat ni. then dye contact pulaaaaak dengan ex-ex dye. apa perasaan anda? jealous? oh pleasssse. bukan jealous tapi risau! anything bad can happen right?

dan dulu (zaman duluuuuuuuuuuuu kala)  aku dah pernah lalui perasaan macam tu dan pernah rasa kena marah dan sound dengan sorang wanita (yg dulunya pernah jadi bestfriend aku) semata-mata sebab aku rapat dengan bf dye (yang merupakan ex-classmate aku. =_=') dan aku saaaangat tak nak lalui perkara yang sama. so, avoid lelaki!

bukan apa, last two days aku berborak dengan sorang sahabat ni. cakap pasal baitul muslim. ehem! bukan ada pape ea.. aku tak terfikir pun nak kawen awal ke hape.(ingat, aku masih dalam m0od avoid kaum lelaki). topik hot kami petang tu adalah pasal ;

"EX ANDA CONTACT ANDA BALIK. APA YANG ANDA LAKUKAN?"


dan kami ceritalah luahan hati ke hati masing-masing. point yang dapat kami simpulkan adalah;

1- kalau kita masih ada hati pada ex-ex kita, avoid cakap dengan dye. susah nak berkawan dengan orang yang kita dah pernah ada "history".

2. kalau ex-ex kita nak kat kita balik tapi kita tak nak, better cakap jujur dengan dia. jangan bagi harapan. so, tolak panggilan ex-ex anda awal-awal.

3. buat apa nak buka balik parut lama? nanti diri sendiri yang sakit. nak- nak dye dok cerita pasal gf baru dye. pergh.. lelaki memang terkenal dengan sifat feelingless. so, better amek precaution awal. avoid ex anda!

"tapi....kite tak kuat... tangan kita cepat-cepat nak angkat phone kalau nampak nama dia kat phone. dan kita rindu dye...."


adooooi... adek, cuba kalau adek rindu kat ex-ex adek tu adik terus amek wudhuk, gi nanges2 story-morry-biskut-merry kat Allah. laaaaaaaaaaagi banyak pahala tau. laaaaaaaaaaaagi sweet tau. akak pernah rasa, akak tau la. (aip! ni bukan nak riak2 ea..)

akak nak bagi tips ni. (err..geli la pulak guna akak. tapi nak tunjuk diri dah matang sikit kan kena la bahasakan diri camtu. ;p) nak tak cinta yang saaaaaaaangat manis?  lagi maaaaaanis dari macaron. nak tak nak tak?

Dari anas bin malik radliyallahu’anhu bahwa Rasulullah shallallahu’alaihiw a sallam bersabda: “Ada tiga hal yang barangsiapa memilikinya niscaya ia akan mendapatkan manisnya iman: (1). Allah ta’ala dan Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam lebih ia cintai daripada yang lainnya, (2). Mencintainya seseorang, tidaklah ia mencintainya melainkan karena Allah ta’ala, (3). Benci untuk kembali kepada kekafiran setelah Allah ta’ala menyelamatkan darinya sebagaimana ia benci dirinya dimasukkan ke dalam api”

dan tau tau, betapa manisnya bercinta lepas kawen ni? awww~.... nak tau kena la rasa sendiri! save your true love for your hubby k?

p/s: one of my lovely sis kat Melaka ni ada yang diam-diam dah bertunang. dirisik oleh orang yang dye tak kenal. awww~... bestnye! nampaknya ramai yang nak ber-baitul muslim cepat-cepat. aku? huhuhu.. tunggu aku matang sikit la baru fikir. =_='
Monday, 14 May 2012

life must go on...with Mr Kay! (beserta hukum main gitar)

as salam..

i think i already mentioned, last Saturday, my lovely family datang ziarah anakanda yang jauh di Melaka ni. huhu.. dan paling mengharukan jiwa seorang anak, ayah aku sanggup cancelkan kelas semata-mata nak bagi sokongan moral kepada aku. sob sob.. thank ibu, thank ayah. =')

sepanjang hari tu kerja kitorang pergi makan je. try semua benda kat Melaka ni. tapi manalah sempat satu hari nak rasa semua makanan pelik-pelik kat Melaka ni kan? huhu.. makanya mana yang sempat tu kami pergi jugak la jelajah.

it's really fun! perkara paling menyeronokkan dan bahagia pada diri aku ialah dapat keluar bersama family. yes it is. lebih dari keluar dengan kawan-kawan. maybe sebab tu lah bonding aku dengan keluarga kuat. dua minggu tak jumpa pun boleh banjir satu melaka ni aku buat! kekekeke...

al-kisahnya kat rumah aku ade lah gitar. adek aku Alia yang guna sebab dia nak masuk kelas muzik. dan aku balik rumah aku la yang jahanamkan benda tu sebab jakun tak biasa maen. =_=' but believe me, bila aku tengah tension tu aku maen la petik-petik sikit gitar tu dan hey, semua masalah 'terbang' camtu je, terbang dengan not-not yang bersepah. kekekeke.... aku bukannye reti maen pun. saje nak me'nyumbang'kan halwa telinga masing-masing.

dipendekkan cerita, ibu datang melaka last week, dye bawak sekali Mr Kay (nama inche gitar yang aku bagi) dan cakap;

"nah, akak amek la. nanti Alia ibu belikan yang laen."


wallah! bermula la aktiviti aku men'sumbangkan' suara kat dalam rumah ni. aku terfikir jugak,  wanita boleh ke main gitar? then aku buat la research. dan ni yang aku jumpa.

Gitar tidak wujud di zaman salaf soleh ,tapi alat-alat muzik yang bertalimacam ini dikenali dgn nama ' alMa'azif (المعازقwink. Ataupun dikenali dengan alat-alat yang dipetik. Hadith yg melarangnya ialah hadith Al-Bukhari dari Abu Malik alAsy'ari:ليكونن من أمتي أقوام يستحلون r07; r07;الحر r07; r07;والحرير والخمر والمعازف" sungguh akan terjadi satu kaum dari ummatku yang menghalalkan zina, sutera, arak dan alat muzik petik." (Bukhari: bab Asyribah, # 5590). Hadith ini mu'allaq (tanpa sanad) dan ia menjadi khilaf di kalangan ahli hadith sama ada hadith ini boleh dijadikan hujah.Ibn Hazm dan Al-Imam Al-Qardhawi (Fiqh alGhinaa' wal Musiqii) mengatakan hadith ini tidak boleh dijadikan hujah kerana kecacatannya kerana dalam jalur periwayatannya terdapat perawi bernama Hisyam bin Amar, perawi Syria yang bermasalah. Ini diakui sendiri oleh Ibn Hajar dalam Hadyu Sari/448.Maka gitar tidak haram pada zatnya (fizikal gitar itu). Ini bermakna hukum bermain gitar itu tidaklah haram. Ia sama spt motor atau kereta. Keduanya harus dan halal. Tapi jika kereta itu digunakan utk lumba haram, utk bermegah-megah, utk ke Pub dan nightclub, maka itu dinamakan salah guna. Begitu juga gitar tadi, lagu apa yg dimainkan, apakah imej seorang pemain gitar di mata masyarakat? suasana gitar itu dipetik...itulah yg perlu dikaitkan.Tapi hukum gitar dan petikan gitar ..tidaklah ada masalah. Ia menjadi masalah bila dikaitkan dgn utk apa, kenapa, di mana, bagaimana, dalam suasana apa, lagu apa?(alQardhawi, Fiqh alGhinaa' wal Musiqi, maktabah Wahbah, 2001)

WaAllahualam..
p/s: aku bagi besar sikit, biar semua orang nampak. hehee..

sumber: http://shipofdream.blogspot.com/2010/12/hukum-perempuan-bermain-gitar.html

dan ini;

Tidak ada sebarang nas yang menyebut tentang gitar dengan jelas didalam hadith-hadith soheh. Kerana itulah berlaku khilaf dikalangan ulamak2 tentang hukum bermain gitar ini.

Ada yang mengharamkannya sama sekali samada menyebabkan lalai atau pun tidak.

Ada yang mengharuskannya dengan alasan tidak memberi sebarang kemudaratan.

Pendapat setengah ulamak pula mengharuskan bermain dengan syarat :

1. Untuk sekadar hiburan sendiri sahaja.

2. Tidak bercampur dengan perkara2 yang haram seperti dadah, perempuan atau seumpamanya.

3. Tidak dijadikan sebagai sumber pendapatan.

4. Tidak lalai daripada kewajipan dan tidak menyebabkan orang lain jadi lalai.

Jika saudara ingin bermain juga maka pendapat terakhir ini adalah elok untuk di ikuti. Janganlah sampai tak hadir ke surau dan masjid untuk belajar agama disebabkan oleh permainan. Hiburan diharuskan oleh Islam hanyalah untuk menghilangkan rasa jemu atau bosan bukannya dijadikan perkara penting dalam kehidupan.

Jika hanya berhibur tapi tak pernah hadir ke masjid dan surau untuk solat dan belajar agama maka jelaslah ini adalah hiburan yang diharamkan oleh Islam.

DI JAWAB OLEH USTAZ AZHAR IDRUS

sumber: http://suraualikhlas-sgbuaya.blogspot.com/2009/11/hukum-main-gitar.html


aku difahamkan, perempuan macam nampak tak sopan la nak maen gitar ni. plus nak bawak gitar ke hulur kehilir lagi. cuba bayangkan, pakaian dah sopan, tutup dada tutup punggung, labuh sikit je but then bawak gitar. errrr... ok, tak payah bayangkan. malu!

Makanya aku dah faham kenapa orang tak bagi perempuan maen gitar (walaupun spesies2 Yuna dan Najwa Latif dah mula bercambah) dan aku ingin tekankan, aku bukan nak tiru Najwa Latif ke ape. juz aku dari kecik memang teringin kot nam maen alat muzik. lagi-lagi piano! tapi..... kenapa entah zaman aku semua pun tak boleh. adek2 aku mintak sikit sume dapt. hurm.....  redha je lah...=_=
Saturday, 12 May 2012

lonely friday.

as salam.

tak payah nak lonely sangat la farah! *dush* aku lonely bukan ape, just  sebab roomate aku takde. dia balik. so takde siapa la nak layan aku yang tak betul ni. lagi-lagi time mood aku tengah swing. memang cun lah. =_='

sedar tak sedar, rupanya dah seminggu peristiwa tu berlaku. cepat? ohooo.. memang tak lah. lambatnye masa berlalu! kenapa tak sedar-sedar dah tiga tahun berlalu? >.< hahaha.. you wish! aku memang suka merepek time tengah takde m0od ni. tadi aku dah cuba buka buku FAR400. aah, dengan m0od tgh menggila nak gi study. haru.. rasa nak terjun je dari tingkat 6 ni tau tak? kekekeeke.... gurau je. aku waras lagi dari nak buat benda bukan-bukan. cumanya tadi aku dah langgar pantang larang aku untuk minggu ni. aku TERsedih dan TERmakan ice cream tengah-tengah malam. great. diet seminggu hilang camtu je. =_='

tak sabar nak hari esok. family nak datang melawat. yeay!! miss them s0oooo much! aku dapat tau ayah sanggup cancelkan kelas dia semata-mata nak jenguk aku dari pagi. ayah.... gomawo!  tak sangka ayaah faham apa yang akak rasa. akak nak jumpa family akak je. =')

maybe...tak semua lelaki teruk sangat. kalau takde lelaki macam MKA or AJ yang selalu buat aku geram  and sakit hati maybe aku akan cakap lelaki...not bad. dan kalau takde lelaki nakal macam si akim adik kesayangan aku tu, aku akan kata boringnye dunia! kekekeke... nampaknye...akak rindu akim la!
Thursday, 10 May 2012

.: review buku: Quartet :.

as salam.


sebenarnya agak lama jugak lah aku tertarik dengan sinopsis cerita ni. tapi aku belum punya kekuatan untuk membelinya, sebab aku rasa aku nakkan sesuatu yang mengindahkan jiwa (dlm erti kata laen yang cintan-cintun la). malunya aku! =_='  sebab tu ada pepatah mengatakan;

"don't judge a book by it's cover"

rupanya, buku mencari cinta versi Quartet lebih indah dari cintan-cintun yang aku baca sebelum ni. Quartet membawa aku memcari cinta Ilahi. dan setelah seminggu aku dihurung rasa tak tenang sebab aku tak tau bagaimana dan apa sebenarnya yang 'dia' di pihak sana nak, akhirnya aku temui dalam cerita Quartet. pelik. betapa aku mohon agar Allah bagi petunjuk (tak kisah la melalui mimpi atau nasihat yang berbekas dalam hati) namun aku temui jawapan dalam sebuah novel. dan aku boleh terima dengan tenang. Alhamdulillah.

Quartet mengisahkan kisah hidup Misa, atau Rumaisa', yang mudah jatuh cinta dengan lelaki. jatuh cinta yang bukan kerana rupa paras atau harta benda. tapi kerana perwatakan dan juga kepercayaan bahawa lelaki tersebut mampu merubah seorang Misa menjadi Rumaisa'. Misa, seorang pelajar Malaysia di Wisconsin, bukanlah wanita yang bercirikan muslimah sejati. masih free hair, masih memakai tee yang melekat pada tubuh. namun solatnya terjaga. akhlaknya terjaga. hasil bimbingan Azra dan rakan serumahnya yang lain. perlahan-lahan, Allah sayangkan Misa, dia diuji bertubi-tubi melalui hati.

Bilal- lelaki pertama yang Misa benar-benar suka.dia umpama Yusuf, dan Misa umpama Zulaikha, sebab ade kes jari Misa terluka lepas ternampak Bilal. tapi malangnya cinta Yusuf bukan untuk Zulaikha. Bilal ujian pertama Misa yang berjaya membuatkan Misa mula memakai shawl (sebagai permulaan). dan Misa mula mengenali Tuhannya.

Ustaz Mustaqim - sangka Misa, Ustaz Mustaqim ni sama macam Ustaz Din (dalam novel Jaja & Din). makanya Misa pun mulakan misi '30 hari mencari cinta'. al-maklumlah, adik lelaki Misa dan kahwin pun, malah Misa dah jadi mak long. takkan nak mendiamkan diri lagi kan? pelbagai cara Misa lakukan untuk meraih perhatian sang ustaz, maka bila ustaz mula melawat Misa lepas Misa dikejar anjing liar, harapan mulalah tinggi setinggi gunung. malangnya Ustaz Mustaqim bukanlah Ustaz Din. orang yang membawa gelaran ustaz bukan semua berperwatakan seperti seorang ustaz. kecewa lah Misa sekali lagi.

Anas a.k.a Abg Long - bakal pak su Misa merangkap abang kepada kawan baik Misa. sentiasa memberi nasihat kepada Misa, sama seperti Mak Su Bibnya. melalui abg long dan Mak Su Bib, misa mula merubah penampilan. Abg long menghadiahkan baju Muslimah, Mak su Bib menghadiahkan tudung bidang 60. kini, misa dah berubah!

Irfan Daniel - teman maya Misa. rupanya kenal dengan Misa sejak dari zaman sekolah, tapi hanya kenal di alam maya. follower setia blog Misa, dan menyaksikan sendiri perubahan seorang Misa kepada Rumaisa'. walaubagaimanapunmereka tak pernah bersua, cukup sekadar kenal di alam maya. namun bila Misa mula berubah, Misa rasa mereka perlu menghentikan hubungan yang entah ke mana itu untuk menjaga hati Misa supaya tak ter'jatuh' lagi. tapi apakan daya, Irfan salah faham. tanpa Misa sedar, Misa dah lama ter'jatuh' pada Irfan yang hanya dikenalinya dialam maya. hati Misa bertambah pedih sejak mereka tak berhubung. demi menjaga hatinya, Misa meminta kak Wafaa untuk mencungkil perasaan sebenar Irfan pada Misa. Misa tak sanggup terluka lagi. biarlah di'reject' awal-awal. namun jawapan yang diberikan Irfan lebih menyakitkan dari direject. Irfan rasa, dirinya yang jauh berbeza dari Misa tak sesuai untuk digandingkan dengan Misa, lalu menggantung jawapan kepada Misa untuk dijawab lagi 4-5 tahun. jadi, apa patut Misa buat?

akhirnya, belum pun sampai setahun, mereka kembali ke Malaysia. di Malaysia seorang Irfan bertemu seorang Rumaisa' di Majlis perkahwinan kak Wafaa lalu Irfan bertekad! walaupun Misa masih memarahinya Irfan tetap dengan pendiriannya untuk bertemu wali Misa dan menyelesaikan semua masalah mereka.

p/s: sweet sangat. Allah menemukan Misa dengan orang yang salah untuk memberi orang yang lebih baik kepada Misa. Allah memberi ujian hati kepada Misa agar hati Misa tergerak untuk berubah keranaNYA. dan yang paling best, Irfan sangat berani untuk terus berjumpa wali Misa dan berbincang mengenai hatinya pada Misa. aww~... sukanya dengan watak Irfan. hopefully kalau watak Irfan betul-betul wujud di dunia aku, aku dah boleh terima kehadiran seorang lelaki dalam hidup aku. mungkin sekarang aku kebal sebab masih marah dan berkecil hati. but who know, Allah mungkin dah tetapkan sesuatu untuk aku. =) till then, just wait and see.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...