How to - Redha.

As salam.

Yesterday i talk about,


"kalau memang bukan milik kita, buat macam mana pun, usaha macam mana pun memang takkan jadi milik kita. Tapi kalau memang milik kita, walau ia bukan pada kita pada mulanya tapi pengahirannya akan kembali pada kita juga."



i heard bout this kat dalam one of ceramah dalam IKIM, facebook, dan of course, salah satu daripada tazkirah maghrib ayah. And also i read it somewhere, pasal kita berdoa selalu supaya hati kita redha dengan setiap yang telah Allah dah tentukan untuk kita.


well konsep dia senang je. Sort of

Usaha. Doa. Tawakkal.

Usaha la walau sekecil usaha. Even bab rezeki pun awak awak semua tak boleh expect awak duduk melanguk tunggu je rezeki turun dari langit kan? kena la usaha dulu baru Allah buka jalan untuk rezeki tu. isn't it like that?

Kemudian awak awak berdoa, semoga Allah redha dan berkati usaha awak tadi. doa bukan sekali dua. doa la banyak kali. turunkan ego. kan kita nak meminta kat Pencipta kita? Doa lah sungguh-sungguh. Sampai Allah perkenankan.

Akhir sekali tawakkal. berserah pada Allah. Minta pada Tuhan;


"YA ALLAH, jadikan aku hambaMu yang redha dengan ketentuanMu. Redha dengan Qada' Qadar yang Kau tentukan buat aku. Sesungguhnya hambaMu ini lemah.Sesungguhnya Aku bergantung harap padaMu YA ALLAH."


jadi anything happen next, you won't be dissapointed.

Next, sepatutnya kena masukkan ni dalam list tadi;

BERSANGKA BAIK.

setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. tak kira baik atau buruk. boleh jadi ia dugaan buat kita. boleh jadi ia suatu istidraj. we don't know rite? dalam motivasi IKIM.FM jumaat lepas ada cakap pasal;

"kita kena bersederhana dalam setiap perkara. baik pekerjaan mahupun ibadah."

yang itu kita kupas kemudian hari ye. InsyaAllah.

Lemme tell you a story. Pada suatu Jumaat yang indah, ketika sang lelaki sedang bersolat Jumaat, seketul Farahime sedang duduk didalam ofis sambil memakai earphone. tengok drama/ korea. pfffttt.. Then Azie, my colleague datang. dan kami berborak. Suddenly,

"Ferra jangan cakap kuat-kuat sangat."

"kuat ke? oh, sebab tengah pakai earphone. jap."

so saya pun tarik earphone tu dari telinga. dan tiba-tiba telinga rasa sakit. bila saya pegang telinga, i notice that;

'mana subang aku?!'

dan saya dengan cuak terus buka tudung kat situ ( well lelaki takde kan?) selak baju. cari bawah kerudi. merangkak bawak meja. angkat carpet. Everything is a mess! But still tak jumpa. dan Azie dah risau.

"salah kite ke? sorry Ferra."

"naah. its okey. not your fault. memang kita yang jatuhkan. ntah mana ntah jatuh. takpelah."

well dalam hati i almost wanna cry sebab tu ibu bagi, subang tu dari ibu. Matilah kalau hilang satu.huhu.. i dont know why but somehow i feel rest assured. sebab saya cakap kat Azie macam ni;


"takpe Azie. kalau subang tu Allah kata milik kita lagi, nanti kita jumpa jugak. kita dah usaha cari. tapi tak jumpa. sokey. Kalau memang Allah kata sampai hari ni je subang tu kepunyaan kita, nak wat camne. kena redha jela."

And so hati saya masih ada sangsi. risau. sedih. Feel like wanna talk to someone. jadi saya terus minta permission Kak Siti, my head of department untuk solat Zuhur awal. and guess what?

ALHAMDULILLAH i found it! tersorok dalam baju. HAHA. tak kisah lah yang penting lepas ambil wudhuk tu terus saya jumpa. dan saya terus solat dan sujud syukur. benda nampak simple kan? tapi tulah.Allah masih 'pinjamkan' saya geran untuk memiliki subang ni. tehee.

nampak tak? usaha, doa, tawakkal. dan akhir sekali bersangka baik. kalau tak sebab subang tu tak mungkin saya solat diawal waktu.  kan?

Kak Siti is the one in pink. Depan my ... naah. put away the 'crush' words.

Maka saya akan sentiasa letak macam ni dalam hati. so i won't be hurt again in the future. Tak letak harapan tinggi sebab takut tak jadi. Tak suka sangat sangat supaya one day tak membenci. Tak yakin sangat sampai kecewa bila tak dapat.

doakan saya. saya doakan awak awak semua dapat input dalam bebelan saya kali ni. insyaAllah. until then, wassalam.

You Might Also Like

0 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...