Hidup kena selalu pandang bawah. Dan ingat Allah.

As salam.

masuk bulan ni, dah 2 bulan saya menganggur di rumah. oh ya, buat pengetahuan semua saya dah habis belajar. atau belum? erk.. status saya masih tergantung. nak tau kenapa?

but 1st, let me remind bebudak Bachelor in Accountancy UiTM yang ade repeat paper lebih dari satu. JANGAN AMBIL SEMUA PAPER MASA PART 8.

Mohon extend.

saya tahu benda ni susah nak diterima oleh sesetengah pihak. macam saya, dulu saya terasa nak extend, tapi parent tak bagi. maka sebab saya memang bukan yg jenis melawan cakap ibu ayah saya pun ikot jela. dan banyak bende yang saya kena tempuh sepanjang semester tu. Ingat boleh pass semua paper dan tak payah fikir lagi. sekali.. expectation saya lari jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. *sigh*

sedih la bila result keluar aritu, saya ada kantoi satu paper. paper FAR 450 pulak tu, paper part 6 yang saya carry bawa ke part 8. tak pasal-pasal dalam dilemma sama ada nak extend untuk satu paper ( konon nak betulkan sikit pointer) atau nak amek suppliment paper. dan setelah berbincang dengan ibu dan ayah, again dek kerana patuh saya ambil suppliment paper untuk ambil sekali lagi paper tu 3 minggu selepas result keluar. dengan gigih saya dan kawan-kawan yang bernasib malang menguruskan apa yang patut untuk menduduki suppliment paper. oh ni saya nak bagitau info pasal suppliment paper:

SUPPLIMENT PAPER UiTM

    1.  TAK SEMUA paper boleh ambil untuk suppliment paper ni. ikot rekod yang terbaru, hanya paper part 8 sahaja yang boleh ambil suppliment paper. Dan paper tu pun ikot mana yang rate failure ramai je dia bukak untuk suppliment paper.
    2. yuran exam RM100 untuk satu paper.
    3. gred paling tinggi untuk paper ni hanya C atau C+ (yg ni x sure antara dua tu la). maksudnya, andaikata anda dapat A+ untuk paper ni, tapi dalam result hanya akan keluar C atau C+ je. so memang tak boleh nak baiki pointer
    4. korang kena alert sendiri pasal pendaftaran dan exam dia. kena banyak call UiTM. tanya pihak HEA (Hal Ehwal Akademik ) berkenaan paper ni.
    5. kena daftar cepat-cepat sebab pendaftaran dia ambil masa 5-7 hari selepas result final exam keluar.
    6. paper ni katanya senang sikit daripada masa final exam. KATANYA. terpulang pada orang yang ambil exam tu untuk tafsirkan.



dan sekarang saya nak highlight pulak kenapa tak boleh amek sampai 8 paper masa part 8 nanti:



KENAPA TAK BOLEH AMBIL PAPER BANYAK-BANYAK MASA TAHUN AKHIR
  1. penat. penat giler. serius. T___T
  2. Jaga pointer. kalau pegang paper banyak sangat, susah nak jaga pointer. apatah lagi nak naikkan pointer.
  3. tahun akhir adalah dimana anda akan dapat banya giler, diulangi, BANYAK GILER DUGAAN which sometimes tak expect pun akan dapat. serabut giler nanti. serius tak tipu.
  4. Projek / Assignment / Roleplay yg banyak giler nak mampssssss.. errr.. hehehee..
  5. susah nak cari masa free untuk buat assignment dengan groupmates yg tak sama ambil paper sebanyak kita. nanti asyik ade clash masa je sebab kita ade kelas itu la, kelas ni la.
  6. lower self confident. bila banyak paper, we are intended to be less focus. time ada test, banyak paper nak kena ambil maka result suck. then bila kena compared dengan kawan kelas, rasa macam low gilerrrrrr self confident.


ni jela antara yang saya mampu tulis. sebab banyak sangat reason dia yang saya dah rasa, tak nak orang lain rasa benda yang sama. tapi kalau korang nak juga buat benda yang saya dah rasa, sokey la. mungkin tu yang terbaik ke kan. kena banyak buat istikharah. serius.

Naddy pun extend walaupun hanya repeat satu paper. Faten Farahin pun sama. saya rasa sedih sebab tak ikut jejak langkah mereka. at least dorang dapat jaga pointer. saya? hm.. takpalah. sebab ayah selalu cakap;

"YANG BAGI REZEKI TU ALLAH, BUKAN POINTER"

okey. totally agree!

saya tanya ibu,

"Ibu, akak da usaha sehabis yang boleh. berkejar sana sini untuk kejar keputusan yang baik. dan capai impian ibu ayah untuk tengok akak grad on time. tapi result akak tetaap macam ni. malah makin teruk. "

"Farah, Allah tu nak suruh Farah sentiasa ingat DIA. sebab tu DIA tak bagi Farah kejayaan sesenang macam tu je. nanti Farah jalan pun da tak pandang bawah, asyik mendongak gembira je sebab result bagus."

lebih kurang macam tu lah maksud ibu. tak exactly cakap macam tu pun tapi lebih kurang la. huhu.. dan ayah pun ada cakap;

"Kejayaan tu boleh jadi satu ISTIDRAJ. ingat."

okey ayah. okey ibu. akak redha. insyaAllah. lagipun, saya dah pernah rasa dekan pun dulu. at least takde la rasa kempunan sangat. lols.

dan kini, saya masih lagi menunggu result suppliment paper. sama ada saya boleh grad on time atau kena extend. semuanya saya SERAH PADA DIA, insyaAllah, apa-apa jadi pun saya dah tak kisah. mungkin ada hikmahnya, dan yang paling penting sebenarnya sebab saya ada moral support yang sangat kuat.. doa IBU AYAH. =) i'm a happy girl~

dan sementara menunggu grad ni, saya cari jugak la keje. memandangkan result degree tak la bagus mana dan saya sendiri pun sebenarnya belum grad, maka saya cari kerja yang SPM level je. dan alhamdulillah, sekali interview Jumaat lepas, terus saya ditawarkan kerja sebagai invoice assistant di sebuah syarikat swasta yang quite terkenal. ALHAMDULILLAH.. ALHAMDULILLAH.. ALHAMDULILLAH... what can i ask more? Allah selalu beri sesuatu yang lebih baik diatas sesuatu yang DIA tarik. thank you ALLAH!

kata ayah, biarlah belajar hidup susah. belajar kerja dari bawah. hidup kena selalu pandang bawah, jangan asyik nak mendongak keatas je terus. bila kita belajar hidup susah, kita akan lebih menghargai hidup. insyaAllah.

kekonon merenung masa depan lettew. kah kah kah! kami tiga beradik ni once orang hala kamera je mula lah berksi. kemain lagi. mohon tahan muntah. kbai.

You Might Also Like

0 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...