Hubbun Dunya

As salam.

No automatic alt text available.

I read this screenshot from Facebook. Click on picture for the link.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Hai orang-orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang merugi.

Ayat kat atas ni surah Al-Munafiqun ayat ke 9.

Saya pernah dengar kat IKIM.FM pasal dia cakap kita jangan melebih-lebih dam buat sesuatu. Tak kira la dalam bekerja mahupun beribadah. Dan saya pelik. Okey kita mulakan dengan kenapa tak boleh berlebih-lebih dalam buat kerja.

Penerangan ustaz tu simple je. Kita tak boleh berlebih dalam bekerja sampai lupakan Allah. Terlalu kejarkan buat kerja sampai lupa nak solat. Terlalu kejarkan Overtime sampai solat dihujung waktu. Terlalu nak siapkan kerja sampai solat pun seminit je dah siap.

Ohh.. make sense right?


kenapa tak boleh berlebih lebih dalam beribadah pulak?

bukan ke lebih banyak lebih baik?


That's what i though. then Ustaz tu terangkan yang berlebih dalam ibadah tu lebih kurang macam ni.  Ni apa yang saya faham lah.

Kita semangat masa bulan Ramadhan, buat solat sunat itu ini, khatam Quran, then habis je ramadhan semua amalan tinggal. tak istiqamah. buat amalan banyak-banyak tapi setakat satu dua hari. Kan tak berapa nak elok macam tu. Biar amalan sikit, tapi istiqamah. konsisten. hari hari pun buat. sort of like that.

then i though, ohhh.. i see. betul la jugak. jangan berlebih-lebih, biar sikit tapi istiqamah, dan biar sama rata dunia dan akhirat.

sebab kita kan kena jaga hubungan dengan dua pihak;


Hablum minallah wa Hablum minannas.

Ayah selalu pesan, jangan biarkan penyakit hubbun dunya ada dalam hati. penyakit terlalu cintakan dunia. Takut la jugak, sebab kita ni manusia jenis-jenis yang rapuh. iman nipis lagi nipis dari kulit bawang. sobsobs.

And other things, sometimes saya masuk kerja 8.30 terus pergi pantry lepak-lepak cari makanan. pukul 9 baru start serius buat kerja. then saya fikir saya dah 'curi' masa kerja. sebab tu saya akan lebihkan masa kerja supaya ganti balik masa yang dah TER'curi' tu.takut Allah tak redha. nanti rezeki tak berkat. hidup gundah gelana.

Oh oh, mengantuk dah. busy sangat tiga minggu ni. dan sekarang Allah tarik nikmat Iphone rosak masuk air laut. sobs. disebabkan taknak rasa cintakan dunia sangat, saya redha dan anggap mungkin ada khilaf saya kat mana-mana. siapa suruh bawak handphone (dalam waterproof casing) pergi snorkeling? haha. padan muka.

Until next time, wassalam.

You Might Also Like

0 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...