Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Thursday, 18 July 2013

hey my future guy.

as salam.

rasanya semua dah tahu pasal isu poligami Ashraf Muslim. saya bukan nak mengulas ke ape, just nak letak pandangan sendiri kat sini.

Ashraf Muslim.. saya mula kenal dia sebagai aktor dalam siri Impian Ilyana. mula meminati saat terbaca pasal perihal dirinya yang pada saya sangat cool dan unik dalam Majalah Remaja isu berapa ntah. oh, for your information, i used to subscribe Majalah Remaja. dulu. bukan sekarang. oh sambung balik.

tenang. ada rupa. berbudi bahasa. siapa tak suke? ye tak..

zaman jahiliyah dulu saya sangat-sangat-sangat suka dengan Ashraf Muslim, sebelum saya kenal dunia Korea-Jepun-Anime ni lah. sangat kagum dengan dia. saya ikuti kisah chenta dia, dari masa dia couple dengan Sherry Ibrahim sampai la dia kawen dengan Dayana. dan again, bertambah kagum bila mana dia kawen dengan Dayana kat Mekah, dan seterunya jadi pengamal perubatan Islam. pergh... memang kite suke sangat lah! hohoho.. *keluar aura gatal*

dan lately keluar isu poligami. oke, pendirian saya, kau tak tahu ape yang dia alami so jangan masuk campur or kritik.so saya pun takdelah ulas pape. sebab my dad  that someone i know used to be like him. had someone that your accidentally fall in love even though you already married, dah ada anak bagai, family bahagia bla bla bla that sort of thing.

***tapi dalam kes Asyraf Muslim, diwar-warkan punca dia nak berpoligami sebab dah dua tahun kawen tapi still takde anak which i think is bulls*** sebab that someone i know used to say the same thing. nak kawen lagi sebab nak dapatkan anak lelaki. walhal dah amek anak angkat lelaki. oh maaf, saya terguna bahasa yang kasar. it just that hati saya sakit bila ingat balik. *sigh* istighfar.

berbalik pada cerita tadi, you accidentally fall in love, and decided to marry again. oke fine. isteri pertama sakit hati. sedih. kecewa. itu hal rumah tangga korang. just be strong je lah Kak Dayana. Allah tengah duga akak.

but then bila mana si pakcik Ashraf ni pegi kawen WITHOUT HIS WIFE KNOWLEDGE, dimana proses minta persetujuan kawen lagi kat mahkamah pun belum selesai lagi... haish.. hilang sudah segala kekaguman tu tadi. hilang. hancur. pakcik, awak tu dah tak sabar sangat ke nak kawen lagi? geramnye!!!

that someone i know tu, walaupun dia berniat nak kawen lagi, tapi bila mana isteri dia tak bagi persetujuan dan something happen in the family, dia berhenti dari pentingkan diri. dia cuba baiki hubungan kekeluargaan yang retak sekejap sebabkan perasaan chenta dia tu, dan ketepikan selfishness dia untuk kawen lagi sebabkan family dia. that kind of man, the way he handle dugaan yang Allah bagi tu, memang saya kagum. at least he try. buang sifat 'pentingkan diri', 'pentingkan dunia', 'pentingkan nafsu' dia. Alhamdulillah, Allah tarik balik dugaan tu dan beri dugaan laen.

but this pakcik, Asyraf Muslim, cara dia handle dugaan ni sangat-sangat-sangat tak patut. lagi dengan dia punya future wife, cakap kat newspaper yang isteri pertama dia REDHA dia nak kawen laen. tup tup dapat tahu rupanya semua tu DUSTA. what the..?! Astaghfirullah.. saya yang emo bagai. rasa nak ketuk diri sendiri je.


i hate that kind of guy. PENIPU. orang yang tak reti hargai apa yang dia ada. i don't care kau nak kawen laen ke apa but pak cik, please. at least jaga lah hati isteri pertama kau tu. susah sangat ke?

sedih sangat bila saya baca nukilan Kak Dayana yang dah tersebar kat fesbuk dan blog. tak baca lagi? ha.. nah baca.


"Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand "

Sungguh ! Beratnya memegang kasih dan cinta pada seorg suami ! Berdoa agar jodoh dia mmg milik aku seorang smpai mati dan sungguh ..andai jodoh dia tetap ada bersama org lain , aku akan terima dgn terbuka dan terus kuat mcm yg mami lakukan !!

Percaya pada jodoh ! Percaya pada ketentuan ! Menangis air mata darah pon kalau takdir dah begitu..kita ada dua pilihan, terima atau menarik diri !!!

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan...



p/s: hey future guy. kalau sempat saya dapat bersama dengan awak, i hope, i pray, i wish, (but somehow i know Allah know the best. Qada' and Qadar is not something that i can easily change) that you would NEVER hurt me like this.even if something happen, please! i beg you. take good care of my heart. take me to HIM first. make me forget about my love to you, and make me TOTALLY IN LOVE WITH MY CREATOR until i would not care with whatever you wanna do. saya tak nak rasa benda yang sma berulang kali. it hurt me enough.

sekian. wassalam.


UPDATE:

puisi tersebut bukan dari Kak Dayana? sila ke link berikut untuk maklumat lanjut:
http://farah-hime.blogspot.com/2013/07/maaf-kak-dayana-maaf-asyraf-muslim-maaf.html

0 cot-cet cot-cet mereka...:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...