As salam.
it seems like my mood quite good this week. Mungkin sebab kerja dah banyak siap dan boleh balik awal selalu? hihi.
Anyway, alhamdulillah ibu ayah dah pergi dan pulang dengan selamat dari Trip London-Paris dorang. They were soooo cute in this picture!
I love my parent soooooooo much!
Dan sekarang marilah kita bincangkan dan bentangkan resolusi seorang Farahime tahun 2018 ni bersama-sama. pfffft..
1. STOP TALKING BOUT GETTING FARAHIME A HUSBAND
Memandangkan setiap tahun saya letak azam nak kahwin or dapatkan seorang future zauj *gatal* tapi tetap tak berjaya, maka tahun ni saya tolak ketepi siap-siap. no more talk bout finding future husband or kahwin. nope. no more gais. Buat apa penat-penat cari kalau belum sampai masanya kan? so goodbye love. i won't ask anybody to find me a guy to date. dan tak perlu bagi makcik-makcik kebenaran untuk kenalkan saya dengan mana-mana kawan kepada menantu dorang ke. Urgh serik dah.
Unless... tetibe ada orang ajak kahwin dan lepas buat istikharah memang patut je aku kahwin dengan dia so aku kawen but heyyy stop day dreaming. Stop living in naive world. dunia ni kejam dah boleh stop kot berfikiran suci murni ni. sobs.
2. EXERCISE. TAK PAYAH KURUS TAPI NAK SIHAT.
Dah bertahun buat azam nak kurus tapi asyik tak jadi. Bak kata Piitt Acad,
"Farah takde disiplin. Pantang nampak makan. Takde orang monitor."
Tapi tahun ni special sikit sebab i have my squad yang sanggup temankan saya jogging. dan monitor makanan saya. dan marah saya bila makan nasi banyak. haha. Thank you Vee. I love u sooo much, more than u know.
Visha selalu buat saya berfikir. dia tak paksa tapi dia bagi facts yang saya tak boleh nak denied. Dan since dia nak bertunang tahun ni which one of the reasons she is exercising with me after working hours so we both become motivated and support each other. 1st week of 2018 kami dah berjaya laksanakan resolusi yang satu ni. hew hew. semoga lebih istiqamah. Next week i'm gonna drag Anwar, Azi and Amni untuk exercise sekali. hew hew.
3. BALIK KERJA ON TIME. OT? NOT MORE THAN 9PM.
Tahun 2017 banyak kali jugak la saya balik pukul 11pm-12a.m. Dan hasilnya? period kembali tak teratur. Stress. Makan banyak terutama chocolate. Drama airmata. Jerawat mencanak naik bagaikan cendawan turun selepas hujan. gituhh..
KPI saya yang my squad dah tentukan dan monitor, termasuk juga balik awal. Bila kerja dah habis je balik, jangan kesiankan orang lain. kesiankan diri sendiri. I even langgar divider aritu sebab mengantuk sangat drive dalam jem pagi-pagi. (pity my babyyy myvi.) so yeah, i'll be more firm and efficient with my work this year. Hopefully aku tak terkesan bila tengok Kak Siti buat puppy-eyes mintak temankan dia stayback buat kerja.
4. IMPROVE MY FINANCIAL MANAGEMENT
Heh, ni salah aku juga. tak jaga akaun diri sendiri. sibuk beli makanan. tak jaga aliran keluar masuk duit sendiri dan sekarang bila ayah tanya;
"Farah. dah 3 tahun kerja kan? ada berapa puluh ribu dalam simpanan?"
saya terdiam. shoot. banyaknya batu jatuh atas kepala. And ayah pun bebel la sepanjang perjalanan hantar Alia balik UiTM Jengka sampai la kami balik semula ke rumah. pfffttt.. i've been thinking,
"aku nak sambung belajar. kalau aku guna duit simpanan untuk belajar nanti aku dah takda apa-apa. tapi aku tetap nak ambil ACCA. or Master."
dan tambah lagi,
"dalam masa yang sama aku nak bersosial. nak bermasyarakat. nak beraktiviti. dan semua tu perlukan duit."
Then should i start buat tuisyen sekali lagi? Atau buat part time kerja kat shopping mall? Okey ni still dalam perbincangan. Takpe akan saya fikirkan lagi. sambil-sambil tu kena banyakkan dhuha dan mengaji al-waqiah dalam kereta pagi-pagi. semoga Allah permudahkan.
5. FURTHER STUDY.
Disebabkan saya kurang yakin dengan diri sendiri, maka saya selalu mengelak bila cakap pasal ni. bila Visha, Anwar dan Pitt cakap pasal ACCA saya selalu diam. sebab macam malu la nak join. And i do feel down. Semua orang pandai-pandai. and i'm not.
i even cried so many times because of this. Until one day i opened up to Vee and she comforted me. Telling me it's okey, and motivate me. Tak semestinya kena ambil ACCA. do what u want. But sambung study waktu tengah single ni la bagus. takde la broken heart pastu fail exam sebab putus cinta lagi. pfffttt..*demyuuu memories*
Dan untuk saya keluar dari comfort zone, dan improve myself more, saya berazam untuk mulakan langkah. Plannya awal tahun ni ambil ACCA but then tak dapat redha ayah so takpe, kita postpone dulu. But within this year mesti dah start something. Fighting Farah!
6. NO MORE CRUSH
Since Mr. A dah ada girlfriend, and it is my policy not to suka orang yang dah ada someone so i let go of my feeling. And Vee selalu bagi motivation,
"Sokey Lets find new crush! how bout dating Fen?"
pfffttt.. no. no more. i told Vee no more crush. Fen is Family. Anwar is family. i love them as a family. dan saya dah tak nak cakap pasal cinta-suka-sayang lagi. Stop.
7. LOVE YOURSELF. SAY GOODBYE TO DEPRESSION
Last year banyak benda bukan-bukan yang saya dah buat. yeah, i have a depression. sometimes bila saya lonely, sedih, emo, marah, saya akan pendam. which later ada la kesan-kesan cakar diri sendiri. ada la TER-stapler diri sendiri. ada la rasa
"Apa tujuan aku hidup?"
macam orang tak ingat Tuhan kan? silly me. I pray sooo hard. Doa dan Allah perkenankan dengan beri saya kawan-kawan yang sentiasa mengisi masa sunyi saya. Alhamdulillah.
TAMAT
and so, ni macam hanya sebahagian daripada apa yang saya nak achieve tahun ni. buat sikit, sikit, harap istiqamah. sebenarnya banyak lagi benda sikit-sikit yang saya cuba nak ubah. Istiqamah pakai handsock, pakai stokin balik and etc. tapi tu takpayah la mention kat sini kot.
Sementara tunggu ibu ayah balik dari pasar ni saya sedang menikmati weekend dengan indahnya! EH Akim ajak main air basuh kereta. haruslah join. Until next time, wassalam.
0 cot-cet cot-cet mereka...