Jati diri, bina personaliti - Hilal Asyraf.

as salam.

hari ni hari ahad. maka, mari kita publish entry yang dah lama ada dalam draft. =___=' hehehe..


pada 8 november yang lepas, disaat saya tengah dilanda deman TEST 1 (which ade exam yang berderet-deret starting from jumaat, sampai la rabu minggu seterusnya) Hilal Asyraf datang ke KBM untuk program BINA JATI DIRI anjuran fakulti Business Office Society (kot nama dye. lupe) dan Rakan Intelek. dilema yang keep coming time dapat tau tarikh program tu;

"kau ade 2 test lah hari sabtu tu. giler ape nak pergi?"

"Jumaat tu kau ade test FAR (akaun) lah. bunuh diri ape pergi program laen selain dari belajar?"

"masa tu emas! program ilmu kan kau dah banyak pergi. tak yah pergi yang ni pun takpe."


heh. jahat punya hati. jahat punya otak. jahat punya fikiran. uweek! aku tetap nak pergi. hohoho... dan akhirnya, saya pergi jugak. =) thank kawan-kawan yang sudi teman kita pergi. dan desak kita pergi. =___=' alhamdulillah.. banyak point yang saya dapat. tapi nak tulis tu, panjang la pulak kan. hehe.. saya tulis mana yang penting jelah. heee~..

 "Jati Diri Bina Personaliti"


Personaliti 1: RABBANI => Berada dlm batasan Allah within syariat

Personaliti 2: MATANG => Pandai bezakan & prtimbangkan antara baik & buruk

Personaliti 3: BERWAWASAN => Ada matlamat, perancangan jelas

Personaliti 4: DISIPLIN => Tahu which one to make as priority

Personaliti 5: MUHASABAH => Check & Balance, tahu kelemahan & kekuatan diri, Make Next Plan for the future


5 point penting yang bro Hilal Asyraf terangkan. ade dalam buku conteng saya penerangan dia ni, tapi buku tu dah basan lencum terendam dalam air. takpelah. mungkin takde rezeki nak bebel panjang-panjang arini. 
>.<

sekitar program Hilal Asyraf.


meet Jiha. she's the one who force me to come. kekeke.. sebab saya beli tudung dari dia, and dia nak jual tudung lepas program tu, maka saya sebagai 'model-tak-berbayar' kena tunjuk contoh pada pembeli. =___='

meet Ira, the one and only budak kelas yang sanggup teman saya pergi program ilmu. setiap program ilmu RI dia dengan rela hati nak join. i'm so proud of you my dear!

kaunter pendaftaran. hehe.. saya takde keje malam tu. so boleh bersenang lenang dengar talk~


YDP RI memulkakan majlis dengan sajak buat Nabi Muhammad SAW. sob sob.. well done pak suhaimi!

duduk di depan sekali memberikan saya peluang yang luas untuk dapat ilmu dengan lebih jelas. hehe!





done.

You Might Also Like

0 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...